AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Khamis, 5 September 2013

Syiah: Ajaran Sesat, Musuh Islam, Pembunuh Sunah Waljamaah ,Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

Foto Saya

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Syiah: Ajaran Sesat, Musuh Islam, Pembunuh Sunah Waljamaah ,Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Bahaya Syiah kepada akidah Islam dan sebagai perosak akidah Islam tidak dapat dinafikan. Kita juga tidak dapat menafikan bahawa Syiah adalah pergerakan Batiniah dan merupakan pelopor kepada kemunculan puak-puak dan ajaran sesat dan kumpulan-kumpulan Batiniah yang lain. Kemungkinan ada yang tidak bersetuju kata-kata ini yang agak keras namun sejarah dan kajian menyebut puak-puak sesat Batiniah seperti Ismailiah, Nusoiriah, Qaromitah, Duruz, Bahaiah dan lain-lain lagi adalah pecahan dari golongan Syiah.

Percanggahan pendapat dalam menentukan Imam mereka dari keluarga Rasulullah s.a.w menjadikan mereka berpecah kepada pelbagai jenis ajaran dan kumpulan. Walaupun ada dakwaan bahawa Syiah sudah tidak mengamalkan ajarannya, akidah-akidahnya sudah tidak disebar dan dipegang lagi tetapi hakikatnya sukar diterima kerana adanya konsep taqiah dalam ajaran Syiah. Kemungkinan mereka bergerak dengan menyembunyikan akidah dan identiti mereka yang sebenar untuk memudahkan dakwah mereka tersebar dan perancangan politik mereka tercapai.

Kekuatan Syiah boleh dilihat apabila mereka mempunyai kuasa, pengaruh dan negaranya sendiri. Iran adalah negara Syiah yang tidak akan membiarkan negara sunni berdiri tegak meskipun mereka berada dalam satu barisan dengan puak sunni memerangi musuh-musuh Islam. Di perpustakaan-perpustakaan seluruh dunia, buku-buku rujukan Syiah masih digunapakai, dikaji dan dipelajari oleh puak-puak Syiah. Ajaran-ajaran mereka masih diamalkan.

Oleh itu, untuk menulis tentang ajaran sesat di Malaysia tidak lengkap tanpa menyebut ajaran Syiah bahkan ia merupakan satu kemestian untuk membuka hakikat bahawa Syiah itu adalah ajaran sesat Batiniah melalui sejarah dan ciri-ciri persamaan antara keduanya.

Syiah Di Malaysia

Syiah telah lama bertapak di Tanah Melayu bahkan ada yang berpendapat Kerajaan Islam awal iaitu Perlak dan Pasai terpengaruh dengan Syiah. Di Malaysia, pengaruh Syiah semakin kuat selepas kejayaan revolusi Iran yang pelopori oleh Ayatullah al-Khumainy pada tahun 1989 dan terbentuknya Kerajaan Islam Syiah Iran. Atas asas kerajaan Islam, rakyat Malaysia telah memberi banyak kerjasama dan pertolongan kepada kerajaan Islam Syiah Iran tanpa melihat pada usaha mereka untuk menyebarkan akidah Syiah di Malaysia ([1]). Kedatangan orang-orang Pakistan dan India yang bermazhab Syiah ke Malaysia juga banyak membantu penyebaran Syiah di Malaysia.

Syiah tersebar di Malaysia dengan cepat kerana beberapa faktor ([2]), iaitu:

  1. Orang Malayu Islam sangat cinta dan kasih pada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. Di atas asas sayang dan cinta tersebut mereka mudah menerima dakwah Syiah yang melampau dalam membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah s.a.w.

  1. Hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah. Setengah orang terpengaruh dengan hukum fekah Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding hukum fekah mazhab-mazhab lain seperti boleh jamak (himpun) solat lima waktu dalam satu waktu sahaja. Mereka juga merasa kagum dengan keharusan nikah mut’ah dalam mazhab Syiah.

  1. Kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah di Malaysia. Mereka mengedarkan risalah, majalah dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.

Cara Tersebar Dakwah Syiah Di Malaysia

Dakwah Syiah tersebar di Malaysia melalui beberapa cara antaranya:

  1. Ziarah rasmi dan tidak rasmi rombongan-rombongan dari pemimpin-pemimpin Iran ke Malaysia. Ziarah tersebut diakhiri dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan akidah dan ajaran Syiah ([3]). Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menziarahi Iran di samping menghadiri program-program yang diadakan oleh Syiah di India, Bangladesh, Australia, Thailand, dan Kuala Lumpur ([4]).

  1. Melalui pelajar Malaysia yang belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran sebagaimana terdapat juga pelajar dihantar ke Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran Syiah. Penghantaran pelajar ini bermula semenjak 20 tahun dahulu lagi. Pada tahun 1984 seramai enam orang pelajar dari Sekolah Agama Darul al-Falah telah dihantar menyambung pelajaran di Universiti Qum di Iran. Selepas itu dihantar pula seramai 10 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada sekolah yang sama dan Sekolah Agama Darul al-’Atiq di Johor Bahru ke Pakitan bagi mempelajari Bahasa Parsi dan ajaran Syiah di sana. Mereka ini apabila pulang akan menjadi pendakwah Syiah dan akan mengembangkan Syiah di Malaysia ([5]).

  1. Melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia. Mereka mengadakan ziarah ke Pusat Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Mereka memberi hadiah-hadiah yang berupa buku, majalah Syiah kepada perpustakaan umum, universiti, kolej, masjid, dan penerbit-penerbit buku ([6]). Sebagaimana mereka juga menghantar beberapa rakyat Malaysia ke Mekah untuk menunaikan haji bersama pengikut-pengikut Syiah secara percuma dari kerajaan Iran ([7]).

  1. Terdapat bantuan dan sokongan daripada golongan akademik dan politik di Malaysia. Sesetengah pemimpin politik pro Islam menyokong kerajaan Iran. Antara mereka ada yang menganggap tidak ada beza antara Syiah dan Ahli Sunnah Waljama’ah kerana telah dibuang oleh Ayatollah Khumeini ([8]). Pegawai Diplomasi Iran ada mempelawa Almarhum Dato Fadhil Muhammad Nor (1937-2002) bekas Presiden PAS mengubati dan merawat penyakitnya di Tehran, Iran ([9]). Ini menunjukkan beberapa perkara, pertama: terdapat usaha dari golongan Syiah untuk menjalinkan hubungan dengan pemimpin politik Islam di Malaysia; kedua: kehebatan pemimpin PAS sehingga disanjung dan dipandang tinggi oleh orang Syiah; ketiga: kemungkinan ada hubungan baik antara Iran dan PAS di Malaysia. Walaupun begitu pada pendapat penulis hubungan tersebut bukanlah hubungan kerjasama untuk menyebarkan Syiah di Malaysia.

  1. Terdapat golongan akademik yang terpengaruh dengan Syiah terdiri daripada pensyarah universiti, kolej dan lainlain di Malaysia. Ini memudahkan penyebaran ajaran Syiah dalam masyarakat pelajar di Malaysia apatah lagi kerajaan Iran memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar Malay-sia bagi melanjut atau menyambung pengajian mereka di Iran dan Pakistan. Melalui majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti atau pusat-pusat pengajian yang lain, pensyarah dan guru-guru menyebarkan dakwah Syiah di majlis-majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ulama Syiah ([10]). Terdapat juga pensyarah yang sengaja memberi assignment dan menugaskan pelajar mengkaji dan menyelidik tentang Syiah, membuat ringkasan teks-teks ucapan pemimpin Syiah dan seumpamanya agar mereka dapat mengenali Syiah dan terpengaruh dengannya.

  1. Menyebarkan pamplet, buku, dan majalah Syiah kepada orang ramai seperti majalah Fatimah dan majalah al-Quds ([11]). Buku-buku tentang Syiah juga tidak ketinggalan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti buku Nahju Al-Haq Wa Kasyfu As-Sidq yang ditulis oleh penulis Syiah yang bernama al-Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy telah diterjemahkan oleh Lutfi Ibrahim ke dalam Bahasa Melayu dan menjadi rujukan utama bagi pengikut Syiah di Malaysia ([12]). Penulis buku tersebut terkenal dengan sifat khianat dalam meriwayatkan hadis sebagaimana dinyatakan oleh Syah Abdul ‘Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy ([13]).

Puak Syiah Di Malaysia

Syiah telah berpecah kepada pelbagai puak dan golongan. Puak dan kumpulan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Pertama: Syiah Pelampau yang dikatakan oleh sesetengah orang telah pupus dan berakhir pengaruhnya di dunia Islam. Apatah lagi Syiah yang ada sekarang tidak mengaku yang mereka asalnya daripada Syiah pelampau tersebut.

  1. Kedua: Syiah Ismailiyyah yang terdapat di India, Pakistan, timur dan selatan Afrika, dan di buah beberapa negara Arab.

  1. Ketiga: Syiah Imamiah atau Ithna ‘Asyariah yang tersebar di Iran, Iraq, Syria, Lubnan, Kuwait, Bahrain, negara-negara Balkan, India, Pakistan, dan lain-lain lagi.

  1. Keempat: Syiah Zaidiyyah yang tersebar di Yaman dan ia lebih cenderung dan hampir dengan Ahli Sunnah Waljamaah ([14]).

Setiap kumpulan Syiah yang tersebut di atas pula terbahagi dan berpecah kepada beberapa kumpulan yang lain. Oleh itu, Syiah boleh dianggap antara kumpulan yang paling banyak mazhab aliran dan merupakan mazhab tertua yang wujud selepas kebangkitan Islam. Di Malaysia pula terdapat tiga kumpulan utama Syiah iaitu:

Pertama:

Syiah Ismailiyyah Bahra Atau Tayyibiah (Syiah Taiyibi Daud Bohra) ([15]). Syiah ini pecahan daripada Syiah Isma’iliah. Ia dikenali juga dengan nama Syiah Musta’liyah kerana mengiktiraf al-Musta’ly dan keturunannya sebagai Imam mereka. Anak Musta’ly bernama al-Tayyib, jadi golongan ini juga dinamakan Taiyibiah. Golongan ini banyak di India dan Yaman. Mereka telah meninggalkan bidang politik dan berkecimpung dalam bidang ekonomi (perniagaan). Orang India menamakan dan mengenali mereka sebagai Bohrah yang bermaksud peniaga dalam bahasa India lama. Imam Tayyib telah masuk al-Sitr (tempat persembunyian) pada tahun 525 Hijrah dan menghilangkan diri sampailah sekarang. Begitu juga keturunannya yang merupakan Imam-imam bagi golongan Syiah Tayyibiah tersembunyi dan tidak diketahui tentangnya sehingga nama mereka pun tidak dapat diketahui sampailah sekarang. Ulama-ulama mereka juga tidak tahu siapa imam-imam mereka. Puak Syiah Bohrah ini berpecah kepada dua golongan iaitu:

  1. Bohrah Sulaimaniyah yang dinisbahkan kepada pendakwah mereka yang bernama Sulaiman Bin Hasan. Pusat bagi golongan ini ialah di Yaman sehinggalah ke hari ini.

  1. Bohrah Daudiah yang dinisbahkan kepada pendakwah mereka yang bernama Qutub Syah Daud. Golongan ini terdapat di India dan Pakistan semenjak kurun ke sepuluh hijrah lagi. Pendakwah-pendakwah golongan ini menetap di Bombay. Puak atau golongan inilah tersebar ke Malaysia di kalangan pemilik kedai yang dikenali sebagai Kedai Bombay. Terdapat tanah perkuburan dan masjid khas untuk mereka. Pusat dakwah mereka ialah di daerah Klang. Pengikut golongan ini dianggar lebih kurang 200 hingga 400 orang ([16]).

Kedua:

Syiah Ismailiyah al-Agho Khoniyyah ([17]) (Syiah Ismailiyyah Agha Khan). Syiah ini juga pecahan daripada Syiah Isma’iliah. Kumpulan Syiah ini muncul di Iran pada awal kurun ke 19 Masehi. Antara pendakwah-pendakwah mereka ialah:

  1. Hasan Ali Shah. Dia dikenali sebagai Agha Khan Pertama. Pihak Inggeris telah menggunakannya untuk mengetuai pemberontakan sebagai satu helah bagi mereka menduduki Iran. Dia telah dibuang negeri ke Afghanistan, kemudian dia menuju ke Bombay. Mati pada tahun 1881.

  1. Agho Ali. Dia dikenali sabagai Agha Khan Kedua. Meninggal dunia pada tahun 1885.

  1. Muhammad al-Husainy iaitu anak Agha Khan Kedua. Dia digelar Agha Khan Ketiga. Dia tinggal di Eropah dan tenggelam dalam dunia hiburan dan keseronokan. Apabila meninggal dunia pada tahun 1957, dia telah mewasiatkan cucunya yang bernama Karim sebagai pengantinya. Ini bercanggah dengan ajaran Ismailiyyah yang menetapkan penganti imam atau ketua mereka hendaklah anak yang sulung.

  1. Karim digelar Agha Khan Keempat. Mengantikan datuknya pada tahun 1957. Dia mendapat pendidikan di Amerika Syarikat.

Kumpulan Syiah Agha Khan ini tersebar dan terdapat di Nairoby, Darussalam, Zimbabwe, Moghadisu, Congo, Balgiky, India, Pakistan, Syria dan pusat utama kepimpinannya ialah di Karachi. Di Malaysia, kumpulan ini terdapat di Lembah Klang dari kalangan pemilik kedai-kedai Peerbhai. Pengikut kumpulan ini tidak dapat diketahui jumlahnya tetapi mengikut pendapat ia lebih sedikit daripada kumpulan Syiah yang pertama ([18]).

Ketiga:

Syiah Jaafariah atau Imamiah Ithana ‘Asyariah. Kumpulan ini mula tersebar di Malaysia pada tahun 1979 di kalangan tenaga pengajar di universiti-universiti di Malaysia melalui buku-buku fahaman Syiah. Pengikut kumpulan ini telah menterjemah beberapa buah buku fahaman Syiah ke dalam Bahasa Melayu. Bilangan pengikut kumpulan ini di Malaysia mengikut sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) antara 300 hingga 500 orang ([19]). Tetapi jumlahnya yang sebenar tidak dapat diketahui dengan tepat.

Kumpulan Syiah inilah yang paling masyhur di Malaysia. Oleh itu penulis akan menulis tentang Syiah ini dan menerangkan kesesatan dan ciri-ciri ajaran sesat batiniah yang terdapat padanya.

Sejarah Ringkas Syiah Jaafariah Atau Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah

Syiah Jaafariah atau Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah yang terkenal dengan pangilan Syiah Imamiah muncul hasil dari percanggahan pendapat antara pengikut Syiah siapakah yang layak menjadi imam mereka selepas kematian Imam Jaafar As-Sodiq. Antara mereka ada yang mahu melantik anak sulung Imam Jaafar iaitu Ismail bin Jaafar dan ada yang mahu melantik anaknya yang bernama Musa al-Kazhim bin Jaafar kerana mengikut dakwaan mereka Imam Jaafar telah menyatakan Musa sebagai pengantinya. Kumpulan yang melantik Ismail sebagai imam mereka dikenali selepas itu dengan nama Syiah Ismailiah dan kumpulan yang melantik Jaafar pula dikenali dengan nama Syiah Jaafariah nisbah kepada nama Jaafar.

Kumpulan Syiah ini dinamakan Imamiah mengikut pendapat Imam al-’Asy’ari kerana pegangan dan dakwaan mereka Imam Ali bin Abi Thalib dilantik oleh Rasulullah s.a.w sebagai iman penganti selepas kewafatan baginda dengan cara ‘nas’ ([20]). Mengikut pendapat lain mereka dikenali sebagai Syiah Imamiah Ithna ‘Ayariah kerana pegangan mereka wajib terdapat imam di setiap zaman dan semua imam-imam tersebut seramai dua belas orang mestilah dari keturunan Imam Ali bin Abi Thalib ([21]). Mereka ialah:

  1. Abu Hasan Ali bin Abi Thalib yang digelar al-Murtadha.

  1. Abu Muhammad Hasan bin Ali yang digelar az-Zaky.

  1. Abu Abdullah Husein bin Ali yang digelar Sayyid as-Syuhada’.

  1. Abu Muhammad Ali bin Husein yang digelar Zainal Abidin.

  1. Abu Jaafar Muhammad bin Ali yang digelar al-Baqir.

  1. Abu Abdullah Jaafar bin Muhammad yang digelar as-Sodiq.

  1. Abu Ibrahim Musa bin Jaafar yang digelar al-Kazhim.

  1. Abu Hasan Ali bin Musa yang digelar ar-Redha.

  1. Abu Jaafar Muhammad bin Ali yang digelar al-Jawwad.

  1. Abu Hasan Ali bin Muhammad yang digelar al-Hady.

  1. Abu Muhammad al-Hasan bin Ali yang dikenali sebagai al-’Askary

  1. Abu al-Qasim Muhammad bin al-Hasan yang digelar al-Mahdy yang merupakan Imam yang kedua belas ([22]).

Pengikut Syiah Imamiah berpegang bahawa Imam mereka yang terakhir iaitu al-Mahdy telah masuk ke dalam sardaba atau bilik bawah tanah dalam rumah ayahnya dan terus ghaib hinggalah sekarang. Mereka bercanggah tentang umur al-Mahdy semasa beliau ghaib. Ada yang berpendapat umurnya pada masa tersebut ialah empat tahun dan ada yang berpendapat lapan tahun ([23]).

Kesesatan Akidah Syiah Rafidhah

Syiah lahir sejak masa kekhalifahan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu dan dipelopori oleh seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba’, beliau mengaku sebagai seorang muslim, mencintai ahli Bait dan berlebihan dalam menyanjung Ali bin Abi Thalib, dan pada akhirnya beliau mengangkatnya hingga ke tingkat ketuhanan.

Kemudian Syiah berkembang biak menjadi berpuluh-puluh aliran, dengan berbagai macam ideologi yang mereka ada-adakan dengan akal fikiran mereka sendiri. Dinamakan Rafidhah kerana mereka menolak keimanan Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. Dan dalam pendapat lain kerana mereka menolak agama.

Beberapa Akidah Mereka

  1. Akidah Bada’ iaitu meyakini bahawa Allah s.w.t tidak mengetahui sesuatu sebelum terjadi. Mereka mengatakan tidaklah Rasulullah s.a.w diutus kecuali diperintahkan untuk mengharamkan khamr dan menetapkan sifat bada’. Bagaimana mungkin mereka menisbatkan ketidaktahuan bagi Allah s.w.t padahal mereka meyakini imam-imam mereka mengetahui sesuatu yang tersembunyi?

  1. Berkeyakinan bahawa Allah s.w.t berjism (bertubuh seperti makhluk).

  1. Meniadakan sebahagian dari sifat-sifat Allah s.w.t

  1. Mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk dan mengingkari akan melihat wujud Allah s.w.t di akhirat dengan mata kepala, bahkan mereka mengatakan, barang siapa yang menisbatkan kepada Allah s.w.t sebahagian sifat, seperti sifat Allah s.w.t dapat dilihat, maka ia dihukumi murtad.

  1. Majoriti ahli hadis Syiah berkeyakinan adanya perubahan dalam Al-Quran. Abu Ja’far berkata: ‘Barang siapa yang mengaku telah mengumpulkan Al-Quran dan membukukan seluruh isinya sebagaimana yang diturunkan oleh Allah s.w.t, maka sesungguhnya ia seorang pendusta. Tidak ada yang mengumpulkan dan yang menghafalkannya sebagaimana yang diturunkan Allah s.w.t, melainkan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu dan para imam sesudahnya.’ Jadi pada hakikatnya mereka memiliki 2 Al-Quran, iaitu Al-Quran yang maklum dan Al-Quran yang khusus bagi mereka, yang di antara isinya terdapat surah al Wilayah.

  1. Akidah mereka juga berpijak atas pencacian, pencelaan dan pengkafiran terhadap para Sahabat Nabi.

Al-Majlisi menyebutkan dalam bukunya bahawa Ali bin Husain berkata kepada hambanya: ‘Bagiku atas kamu hak pelayanan, ceritakan kepadaku tentang Abu Bakar dan Umar? Maka ia menjawab: ‘Mereka berdua adalah kafir, dan orang yang cinta kepada kedua-duanya termasuk kafir juga.’

Mereka juga mengatakan bahawa semua sahabat sepeninggalan Rasulullah s.a.w keluar dari Islam kecuali tiga orang iaitu al-Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. Tidak hanya itu, mereka juga melaknat dua sahabat Nabi yang sangat mereka benci iaitu Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. Bahkan mendoakan keburukan kepada kedua-duanya dengan menamakan doa dua patung Qurasy. [a]

[a] Kutipan dari doanya: ‘Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ya Allah berikanlah selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, ya Allah laknatilah dua patung Qurasy, dua thaghut dan jibtnya dua pendusta dan pembohongnya dan kedua anak perempuannya (maksudnya: ‘Aisyah dan Hafshah), kerana mereka telah mengingkari perintah-Mu, mendustakan wahyu-Mu, tidak mensyukuri nikmat-nikmat-Mu, bermaksiat kepada utusan-Mu, memutar balik agama-Mu, mengubah kitab-Mu, mencintai musuh-musuh-Mu, mengingkari nikmat-nikmat-Mu, meninggalkan hukum-hukum-Mu, membatalkan dan mengabaikan kewajiban-kewajiban-Mu, mengkufuri ayat-ayat-Mu, memusuhi kekasih-Mu, berwala’ kepada musuh-musuh-Mu, memerangi negara-negara-Mu dan membinasakan hamba-hamba-Mu...

  1. Syiah Rafidhah mengaku bahawa para imam mereka ma’shum (terhindar dari kesalahan dan dosa) serta mengetahui hal-hal yang ghaib. Bahkan mereka lebih utama darjatnya dari pada para Nabi dan para Rasul.

  1. Mereka juga meyakini akidah raj’ah, iaitu keyakinan hidup kembali setelah kematian sebelum hari kiamat. Kemudian akidah raj’ah ini mengalami perkembangan yang sangat cepat sehingga mereka mengatakan bahawa semua orang Syiah bersama para imamnya, musuh-musuhnya dan para pemimpinnya akan dihidupkan kembali. Dan pada akhirnya akidah ini dijadikan sebagai sarana yang digunakan kelompok Saba’iyyah (salah satu aliran Syiah) untuk mengingkari hari kiamat.

  1. Membolehkan untuk Taqiyah iaitu: Suatu ucapan atau perbuatan yang dilakukan tidak sesuai dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta, atau untuk menjaga kehormatan. Sebagaimana kedustaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w, mereka berangapan bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah bertaqiyah tatkala beliau mensolatkan Abdullah bin Ubay (gembong munafik), kemudian Saiyidina Umar berkata kepada beliau tentang larangan Allah untuk mensolatkan orang munafik, maka beliau menjawab: ‘Celakalah engkau, tahukah engkau apa yang aku baca? Sesungguhnya aku mengucapkan: ‘Ya Allah, isilah mulutnya dengan api dan penuhilah kuburannya dengan api dan masukkan dia dalam api.’

  1. Mereka juga meyakini, bahawa tanah kuburan Husain sangat barakah. Mereka menamakannya dengan istilah ath Thinah. Mereka mengatakan bahawa tanah kuburan Husain adalah ubat untuk segala penyakit, ia adalah ubat yang paling agung.

  1. Akidah Rafidhah juga berpijak pada penghalalan harta dan jiwa ahli Sunnah Waljamaah. Lebih daripada itu, mereka juga beranggapan bahawa kekufuran ahli Sunnah lebih besar dari pada kekufuran orang-orang Yahudi dan Nasrani, disebabkan orang-orang Yahudi dan Nasrani memang kafir asli, sedangkan ahli Sunnah, mereka adalah murtad dari Islam. Oleh sebab itu, orang-orang Rafidhah membantu orang-orang kafir di dalam peperangan melawan orang-orang Islam sebagaimana yang disaksikan oleh sejarah.

  1. Mereka meyakini bahawa nikah mut’ah adalah sebahagian dari agama. Maka barang siapa yang mengamalkannya bermakna ia telah mengamalkan agama, dan barangsiapa yang mengingkarinya bererti ia mengingkari agama, dan anak yang dilahirkan dari hasil perkahwinan mut’ah lebih utama daripada anak yang dilahirkan melalui nikah yang biasa. Dan yang mengingkari nikah mut’ah adalah kafir dan murtad. Mereka berdalil dengan firman Allah surah an-Nisaa’ ayat 24. Mereka tidak berhenti hanya di situ, bahkan mereka membolehkan mendatangi isteri pada duburnya (anus). (na’udzubillaahi min dzaalik)

  1. Orang-orang Syiah Rafidhah juga mempunyai tanah haram, sebagaimana Mekah dan Madinah bagi kaum Muslimin. Tanah haram yang suci menurut mereka adalah Kufah, Karbala dan Qum. Tanah Karbala menurut orang-orang Syiah lebih utama daripada Kaabah.

  1. Menjadikan sepuluh hari pertama sebagai upacara dan ratapan untuk mengenang kematian Saiyidina Husain radhiyallaahu ‘anhu, dengan keyakinan bahawa ini merupakan sarana pendekatan kepada Allah dan merupakan ajaran dari syiar Islam.

  1. Meyakini tentang Lauhul Fathimah, iaitu dakwaan mereka bahawa Jibril turun kepada Fathimah untuk menyampaikan wahyu kepadanya.

  1. Rafidhah beranggapan bahawa seluruh pemerintahan selain pemerintahan imam mereka yang jumlahnya 12 dianggap tidak sah dan batal. Salah seorang daripada mereka berkata kepada tiga khalifah iaitu Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Utsman: ‘Bahawa mereka adalah para perompak kekuasaan, pengkhianat, dan murtad dari agamanya, semoga laknat Allah kepada mereka, dan orang-orang yang mengikutinya, disebabkan kezaliman yang dilakukannya kepada keluarga Nabi dari generasi pertama dan sesudahnya.’

  1. Mereka juga beranggapan bahawa sesiapa saja yang berhukum dengan keputusan yang telah diberikan selain dari golongan mereka, bererti ia telah menerima keputusannya taghut, walaupun keputusannya benar berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah.

Aspek Kesamaan Yahudi Dan Rafidhah

Yahudi

Rafidhah

Yang layak memimpin kekuasaan adalah keluarga Daud ‘alaihissalam

Yang layak memimpin kekuasaan adalah keturunan Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu (ahli bait).

Tak ada jihad di jalan Allah sehingga al-Masih ad-Dajjal keluar dan pedang turun di tangan.

Tidak ada jihad di jalan Allah sehingga Imam Mahdi (imam kedua belas mereka) keluar dan ada yang memimpin dari langit.

Mengakhirkan solat sampai munculnya bintang-bintang.

Mengakhirkan solat Maghrib sampai munculnya bintang-bintang. (sedangkan hadis Rasulullah mengingkari akan hal itu). Hadis itu ialah sabda Rasulullah: ‘Umatku masih dalam keadaan fitrah, selama tidak mengakhirkan solat Maghrib sampai munculnya bintang-bintang.’ (HR Ahmad 4/147, 5/417, 422 dan Abu Daud 4/8 serta Ibnu Majjah dalam az Zawaid dengan sanad hasan.

Memutar balikkan isi kandungan Taurat

Memutar balikkan isi kandungan Al-Quran.

Tidak berpendapat bolehnya mengusap al khuf (sepatu slop) waktu berwuduk.

Tidak berpendapat tentang bolehnya mengusap al khuf waktu berwuduk.

Membenci Malaikat Jibril ‘alaihissalam. Mereka mengatakan ia musuh kami dari golongan Malaikat.

Malaikat Jibril ‘alaihissalam salah alamat dan khianat ketika menyampaikan wahyu kepada Muhammad, yang seharusnya orang yang berhak membawa risalah ini adalah Ali bin Abi Thalib.

Akan tetapi orang-orang Yahudi dan Nashrani memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang-orang Rafidhah, iaitu:

  1. Apabila orang-orang Yahudi ditanya tentang siapa sebaik-baik pemeluk agama kalian? Mereka menjawab para sahabat Nabi Musa ‘alaihissalam.

  1. Apabila orang-orang Nashrani ditanya siapa sebaik-baik pemeluk agama kalian? Mereka akan menjawab: ‘para sahabat setia Nabi Isa ‘alaihissalam.

  1. Tetapi, jika orang-orang Rafidhah ditanya tentang siapa yang paling buruk dari pemeluk agama kalian? Mereka akan menjawab: para sahabat Muhammad.

Demikianlah pembohongan-pembohongan Syiah terhadap Allah dan Rasul-Nya. Mereka menyembunyikan permusuhan dan kebencian kepada kita, mereka bahu membahu dengan orang-orang Yahudi untuk menghancurkan kita, kerana mereka menganggap kafir orang yang tidak berada dalam golongannya.

Syaikhul Islam rahimahullah berkata: ‘Orang-orang Syiah tidak berinteraksi kepada seseorang melainkan ia menggunakan kemunafikannya, kerana agama yang mereka yakini agama yang rosak, mendorong untuk berbuat pembohongan, pengkhianatan, penipuan terhadap orang, dan selalu mengharapkan keburukan kepada orang, mereka tidak henti-hentinya menimbulkan kemudaratan, tidak meninggalkan keburukan selama mampu melakukannya, mereka dibenci oleh orang yang belum mengenalinya, meskipun orang tersebut tidak mengetahui dia adalah orang Syiah, disebabkan tanda-tanda kemunafikannya nampak di muka mereka, dan kesalahan yang banyak dalam ucapannya.’

Akidah Syiah Rafidhah

Difahamkan terdapat 200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai sedang berkembang. Untuk mengenali Syiah, perlu difahami bahawa ia terbahagi kepada tiga golongan iaitu al-Tasyaiyu’, al- Mufadhdhila dan al-Rafidhah. Pada asasnya, Syiah dianggap golongan yang memberikan wala’ (taat setia) melampau kepada Saiyidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali gus menafikan kemuliaan Khalifah Ar-Rasyidin yang lain iaitu Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Umar Al Khattab dan Saiyidina Usman Ibn Affan.

Turut termasuk dalam kumpulan yang ditentang oleh Syiah ialah Saiyidatina A’isyah, iaitu isteri kesayangan Rasulullah s.a.w sendiri. Selain itu ada juga telahan bahawa penentangan ini bukan sekadar membenci, malah sampai ke tahap kafir mengkafir. Namun, daripada tiga golongan Syiah ini, hanya al-Rafidhah yang menolak Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Usman.

Al-Tasyaiyu’ pula adalah golongan yang bersimpati dan menyebelahi Saiyidina Ali dalam Perang Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abi Sufyan pada 657 Masehi. Rasa simpati ini turut berkait dengan peristiwa Karbala yang berlaku pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah (680 Masehi) apabila anak Saiyidina Ali, iaitu Saiyidina Husain diserang dan dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala, Iraq. Sejak itu, pada setiap 10 Muharram, penganut Syiah akan melakukan upacara memukul diri sendiri dengan qamezani iaitu sejenis pisau seakan-akan pedang atau rantai besi sebagai tanda meratapi pembunuhan Saiyidina Husain dengan kejam pada tarikh tersebut.

Al-Mufadhdhila pula, meskipun mereka meletakkan kedudukan Saiyidina Ali dan keturunannya lebih mulia dan lebih tinggi daripada sahabat lain, namun mereka tetap mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman. Mereka juga tidak sampai mencela sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah s.a.w itu. Daripada tiga golongan ini, hanya al-Rafidhah sahaja yang secara terang-terangan menafikan kekhalifahan Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Usman kerana mereka menganggap, selepas kewafatan Rasulullah, orang yang layak menggantikan baginda ialah Saiyidina Ali, diikuti keturunannya.

Ini sekali gus menyebabkan timbul tanggapan kononnya pelantikan mereka yang selain Saiyidina Ali dan keturunannya adalah salah dan mereka yang mematuhinya didakwa sesat. Meskipun Syiah lebih cenderung untuk dikaitkan dengan Saiyidina Ali dan keturunannya, namun kewujudan Syiah dikatakan lebih dahulu daripada itu. Malah ada versi yang mengaitkan kewujudan kumpulan itu dengan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam (munafik). Namun, Abdullah bin Saba’ hanya seorang individu dan ini bukan faktor yang kuat bagi perkembangan Syiah hingga ke hari ini.

Faktor lain yang lebih kuat ialah kaitannya dengan sejarah Parsi sehingga melahirkan negara Syiah, Iran yang paling kuat pada masa ini. Kegemilangan empayar Parsi berakhir pada era pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Orang Parsi yang sebelum itu beragama Majusi (Zoroastrian) mulai menerima Islam antara 637 hingga 651 Masehi. Meskipun ramai yang ikhlas memeluk Islam, namun ada juga yang berdendam. Ada versi mendakwa mereka yang berdendam ini mendalangi misi pembunuhan Saiyidina Umar selain mencetuskan bibit kebencian sehingga terjadi pembunuhan Saiyidina Usman.

Misi membalas dendam ini dikatakan diatur bersama kumpulan Abdullah bin Saba’. Ketika Saiyidina Ali mengambil alih tampuk pemerintahan, berlaku kekecohan dalam menentukan siasatan dan hukuman terhadap pembunuh Saiyidina Usman. Kumpulan diketuai Saiyidina Ali berpendapat, kekecohan perlu diredakan segera, kemudian barulah siasatan dilakukan untuk menjejak pembunuh Usman. Namun kumpulan yang kedua diketuai Muawiyah, Gabenor Syria pada masa itu sebaliknya mahu pembunuh Usman segera dihukum, barulah umat Islam dapat disatukan.

Pertelingkahan ini akhirnya membawa kepada Perang Jamal dan Perang Siffin, perang saudara yang terawal berlaku dalam Islam. Kumpulan dari Parsi ini bersungguh-sungguh menyokong kumpulan Saiyidina Ali kerana putera baginda, Husain berkahwin dengan puteri Parsi, Syahr Banu. Demikianlah dikatakan pertalian awal antara Syiah dengan pewaris empayar Parsi bermula.

Di negara negara kita Malaysia, ajaran Syiah boleh diamalkan namun tidak boleh disebarkan. Bagaimanapun hakikatnya, ia sedang berkembang sehingga mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa dan kumpulan pendokong Sunnah Waljamaah yang sejak sekian lama menjadi anutan rakyat Malaysia.

Apa Yang Tidak Kena Dengan Syiah?

Syiah di peringkat global kini telah menjadi satu agenda Yahudi untuk melumpuhkan kesatuan dan kekuatan Islam. Yahudi berselindung di sebalik Syiah kerana fahaman ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar iaitu Ahli Sunnah Waljamaah.

Permainan Yahudi terlalu licik, pakar strategi mereka sangat bijak menggerakkan agenda untuk memerangi Islam dari dalam dengan memperalatkan Syiah. Perkara ini menjadi mudah kerana permainan politik dalam kalangan sesetengah pemimpin di Asia Barat yang lebih mementingkan kelangsungan fahaman Syiah berbanding Islam seluruhnya. Kelicikan itu membuatkan bukan sahaja dalam kalangan orang Islam yang biasa malah ulama besar seperti Dr. Yusuf al-Qardawi pernah terpedaya dan menyokong perjuangan Syiah tidak lama dulu.

Pengaruh hebat ulama itu dimanfaatkan apabila Dr. Yusuf Qardawi tidak sedar memberikan pengiktirafan dan sokongan kepada Syiah yang merupakan agenda Yahudi. Misalnya pada tahun 2006 beliau memberi sokongan kepada pergerakan Hizbollah pimpinan Hassan Nasrallah di Lebanon untuk melawan tentera zionis Israel. Hizbollah adalah pergerakan Syiah yang diketuai oleh Hassan Nasrallah, tokoh Syiah yang sangat dikagumi. Tetapi apakah yang berlaku di Syria apabila pemimpin diktator Presiden Bashar Assad membunuh penentangnya dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kebangkitan rakyat yang berlarutan hingga sekarang?

Teori mengaitkan perjuangan Syiah dengan Yahudi boleh dibuktikan apabila Hassan Nasrallah menghantar beribu-ribu pejuang Hizbollah ke Syria untuk membantu Bashar Assad memerangi orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beberapa egensi berita antarabangsa melaporkan sasaran Bashar Assad adalah penduduk dan pejuang Ahli Sunnah Waljamaah. Ini menunjukkan perjuangan Hizbollah selari dengan Amerika Syarikat yang sejak awal lagi menyokong Bashar Assad. Siapa yang menentukan dasar luar negara Amerika Syarikat kalau bukan kalangan pelobi dan pembiaya Yahudi? Sama ada Presiden Barack Obama atau sebelumnya, dasar luar Amerika Syarikat tidak pernah berubah selagi pelobi dan pembiaya dalam kempen pilihan raya presiden adalah Yahudi.

Kerana itu di peringkat global Syiah memberikan ancaman yang sangat besar kepada Islam. Syiah kini sudah berada dalam lingkungan geopolitik antarabangsa apabila Iran, negara yang menjadi tunggak fahaman Syiah. Iran menyokong Presiden Bashar Assad membunuh pejuang Ahli Sunnah Waljamaah. Sokongan ini selari pula dengan Rusia dalam isu Syria malah hubungan rapat Iran dengan Rusia bukan menjadi rahsia lagi.

Di negara ini isu mengenai Syiah sentiasa dibangkitkan dan baru-baru ini kembali hangat apabila kerajaan negeri Kedah menjadi negeri pertama yang mengharamkan fahaman tersebut. Mengikut statistik terbaru, dianggarkan tidak kurang 250,000 penganut fahaman itu di negara ini dan yang paling membimbangkan penyebarannya bukan lagi secara tertutup seperti sebelum ini. Malah di Kedah sendiri ada persatuan Syiah.

Walaupun begitu ada pihak menganggap ancaman Syiah di negara ini tidak membimbangkan memandangkan kerajaan berjaya membanteras kumpulan Al-Arqam tidak lama dulu. Ketika dibanteras, Al-Arqam sebuah pergerakan yang mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat tempatan. Maka kejayaan menghapuskan Al-Arqam dijadikan sandaran untuk mendepani Syiah yang menular pesat ketika ini.

Benarkah Syiah tidak memberikan ancaman dan pendekatan memerangi Al- Arqam boleh digunakan untuk memerangi Syiah? Sebenarnya Syiah dan Al-Arqam sangat berbeza dari segi pengaruh di peringkat antarabangsa. Al-Arqam sebuah pergerakan yang bersifat domestik dan tidak didokong oleh mana-mana negara. Sementara pusat penyebaran Syiah bukan di negara ini tetapi di Iran yang menjadi satu-satunya negara yang mengamalkan fahaman Syiah dan membantu meluaskan pengaruh Syiah di seluruh dunia. Buktinya ada pihak mengakui bahawa sesetengah pelajar yang dihantar ke Iran suatu ketika dahulu menjadi pemangkin penyebaran Syiah di negara ini.

Pengaruh Syiah di peringkat antarabangsa melonjak selepas kejayaan Revolusi Islam 1979 menggulingkan pemimpin monarki Shah Mohamad Reza daripada Dinasti Pahlavi. Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agung Syiah di Iran. Selepas lenyapnya sistem monarki, Iran muncul sebagai negara Syiah yang hebat kerana berjaya menggulingkan raja yang menjadi boneka Amerika Syarikat dan Britain. Dalam konteks ini Syiah memang dipuji dan menjadi jenama perjuangan Islam menentang penguasaan Barat di Iran. Tetapi yang tidak baiknya Syiah memusuhi orang Islam yang tidak sealiran dengannya.

Ketika ini dianggarkan 70 juta atau 95 peratus daripada populasi penganut Islam di Iran adalah Syiah. Ini bermakna 40 peratus daripada taburan penganut fahaman Syiah berada di Iran dan angka ini adalah sangat besar. Dalam konteks ini kita mesti melihat Iran daripada pelbagai sudut, bukan sahaja sebuah negara Islam yang kelihatan lantang menentang kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Tetapi di sebalik itu kenapa Iran tidak diserang walaupun Amerika Syarikat mendakwa Iran membangunkan senjata nuklear?

Kenapa Amerika Syarikat begitu pantas mengambil keputusan menyerang Afghanistan dan Iraq? Iraq yang belum dibuktikan membangunkan loji senjata nuklear telah dimusnahkan oleh Amerika Syarikat dan pemimpinnya, Saddam Hussein yang anti Syiah dibunuh.

Apa yang berlaku di negara kita hari ini ini telah lama diperangi oleh bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Malah beberapa negara di Asia Barat juga memerangi Syiah tetapi yang kelihatan negara berkenaan seolah-olah memusuhi Iran yang menonjol sebagai penentang utama Barat. Tindakan radikal Saddam menghapuskan penganut Syiah dengan gas beracun memang melampau dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi apakah pemimpin Iran lebih berperikemanusiaan membantu Bashar Assad?

Iraq diserang kerana negara itu bukan negara Syiah seperti Iran yang Yahudi mempunyai kepentingan untuk melemahkan negara Islam. Tetapi selepas tumpasnya Saddam dan muncul pemimpin boneka Amerika Syarikat di Iraq, Syiah kembali berkembang pesat. Statistik terkini menunjukkan 22 juta penganut Syiah atau 65 peratus daripada populasi penganut Islam di negara berkenaan. Maka ada benarnya bahawa Syiah menjadi ancaman kepada Islam dan menyumbang kepada kepentingan Yahudi. Mungkin pemimpin Syiah tidak sedar tetapi Yahudi telah mengaut keuntungan daripadanya.


Pengaruh Revolusi Syiah

Revolusi Iran kira-kira 34 tahun lalu menggoncang dunia. Kuasa besar Barat terpinga-pinga dengan pengaruh pemimpin Syiah, Ayatollah Khomeini dan bagaimana beliau menjatuhkan kerajaan Reza Shah Pahlevi, yang disokong Amerika Syarikat. Gerakan Islam sedunia bagaikan mendapat semangat baru. Di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjumpa Khomeini. 

Pulang ke Malaysia, Anwar isytiharkan sambutan ‘Hari Pembebasan dan Perpaduan Iran’ pada 16 Mac 1979. PAS tidak ketinggalan. Pemimpinnya, Mohamed Sabu menggunakan retorik tokoh Syiah itu dalam ucapan dan ceramahnya. Mereka juga mempengaruhi gerakan pelajar Islam, terutama di sekolah agama dan pondok, untuk menentang kerajaan menggunakan revolusi di Iran sebagai contoh. 

Rencana Harakah (31 Disember 1999) memuji Khomeini sebagai wira dan ‘role model’ untuk PAS. Malah, ada dakwaan seorang ulama PAS dilantik duta khas Khomeini untuk Asia Tenggara dan risalah ucapan pemimpin Syiah itu diedar di masjid sekitar Kuala Lumpur (Baca Shanti Nair, Islam in Malaysian Foreign Policy, ISEAS 1997). 

Pada Muktamar PAS 1983, Presidennya, Yusof Rawa berucap: “Kejayaan revolusi Islam di Iran menambah lagi keyakinan kita terhadap kejayaan Islam masa hadapan. Kita mestilah mempelajari daripada kejayaan umat Islam di Iran untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan kita untuk berjuang.” Yusof Rawa menyaksikan sendiri bibit-bibit revolusi kerana ketika itu, beliau adalah Duta Malaysia ke Iran, Turki dan Afghanistan. 

Kebetulan, perkembangan di Pakistan yang menyaksikan kemunculan Jeneral Zia ul-Haq (yang memperkenalkan hudud dan cukai cara Islam) dan gerakan Islam menentang kerajaan Anwar Sadat di Mesir turut memberi kesan ke atas PAS sehingga muncul kumpulan pemimpin muda yang berlainan pembawaan berbanding pemimpin terdahulu seperti Dr Burhanuddin al-Helmy dan Tan Sri Asri Muda. Selain Yusof Rawa, paling menonjol ialah Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa pemimpin ABIM-PAS, seperti Datuk Fadzil Noor, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman. 

Sebagai Presiden (1983-89), Yusof Rawa membawa pendekatan baru, menyusun organisasi parti dan membuka ruang kepada ulama menguasai PAS. Beliau mempelopori konsep ‘kepemimpinan ulama’, memperkenalkan Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am, yang dipegangnya sendiri. Menurut Badlihisham Mohamad Nasir: “Imej PAS dikatakan seolah-olah berubah mengikut rentak kepemimpinan ala-Syiah di Iran yang memberikan status yang amat tinggi kepada ulama.” (Tamadun, Ogos 1999).

Apabila Jaafar Nimeiri melancarkan revolusi Islam di Sudan pada 8 September 1983, Yusof Rawa mencadangkan penubuhan negara Islam di Malaysia mengikut acuan revolusi Iran. Menurut Dr Farish A Noor, di bawah kepemimpinan Yusof Rawa dan kumpulan muda, PAS bersikap lebih militan dan berkonfrontasi ala gerakan radikal Mesir seperti Tanzim al-Jihad dan Takfir wa’l-Hijrah. 

Tanzim al-Jihad (atau Jama’ah al-Islamiyyah) dipimpin personaliti Ikhwanul Muslimin seperti Muhamad Abdul al-Salam Faraj, Abbud al-Zumur dan Khalid Islambuli, semuanya pengikut Khomeini, Syed Qutb dan Sheikh Umar Abdul al-Rahman, yang membenarkan pembunuhan orang awam Islam atas nama jihad. 

Takfir wa’l-Hijrah (atau Jama’ah al-Muslimin) dipimpin Ahmad Shukri Mustafa, juga pengikut Syed Qutb, dan sering menggunakan takfir sebagai senjata politik. Kumpulan ini menganggap selain ahli mereka, orang lain adalah kotor dan berdosa. (Islam Embedded Vol 2, MSRI Kuala Lumpur, 2004). Tidak terbabit ialah Imam Hassan al-Banna, Sheikh Ahmad Yasin atau Fathi Yakan.

Sejak itulah, PAS dilihat mengambil pendekatan politik yang semakin keras. Pemimpin mereka sering melabel orang lain sebagai kafir, asabiyyah, munafiqin, mustazaffin dan syirik. Kemuncaknya ialah Amanat Haji Hadi pada 1982 yang menuduh UMNO kafir. Hadi juga menulis buku bertajuk Hizbullah dan Hisbussyaitan manakala Ibrahim Libya mahu berjihad menumbangkan kerajaan yang dianggap sekular dan munafik menggunakan revolusi Syiah sebagai model. (Baca Perisai Memali oleh CN Afghani, Baling, 1997) 

Pengaruh Syiah 

Revolusi Iran akhirnya menghadapi masalah dalaman dan luaran. Mereka yang dianggap musuh kerajaan Syiah dipenjara atau dibunuh, tokoh akademik dibuang kerja dan parti politik seperti Tudeh diharamkan. Khomeini melancarkan perang dengan Iraq antara 1982-1988 sehingga menghancurkan kedua-dua negara. Ramai pemimpin dan tokoh revolusi yang kemudian membantah pemusatan kuasa ulama, kerakusan Khomeini dan kekejaman Syiah letak jawatan (Perdana Menteri Mehdi Bazargan), meninggalkan negara (Presiden Bani-Sadr), dibuang negara (Ayatollah Muhammad Kazim Shariatmadari,) atau dibunuh (Sadeq Gobtzadeh). 

Hari ini, PAS secara terbuka menolak pengaruh Syiah tetapi sekitar 35 tahun lalu, tokoh yang berani membangkitkan bahaya kesan revolusi Iran dan sikap Syiah dalam kalangan kepemimpinan parti seperti Abu Bakar Hamzah, Asri Muda dan Dato’ Nakhaie Ahmad telah disingkirkan. Kata Abu Bakar, yang dipecat pada 1986: “Memang perangai orang PAS sekarang ini suka mentakfirkan orang lain, suka pulau memulau, suka rasa dirinya saja yang beriman dan bertakwa, sedangkan orang lain adalah kafir belaka. Perangai biadab seperti ini berleluasa dalam PAS dan ayatollah-nya gagal membendung perangai jahiliah beginilah yang akan meruntuhkan perjuangan PAS.” (Mingguan Islam, 17 Jun 1988) 

Gerakan Syiah Dalam PAS Bukan Persepsi

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak menolak adanya penganut Syiah dalam jemaahnya. Dalam satu ceramah, beliau berkata: “PAS terbuka kepada semua orang, bukan saja Mazhab Syafie. (Orang) Mazhab Hanafi, Hambali, Wahabbi, Syiah, Khawarij pun masuk PAS.” Jika benar pun ada pemimpin PAS yang menganut ajaran Syiah, mereka pasti tidak mengaku.

Sikap ini dipanggil takiyyah (munafik, berbohong) dan diamalkan penganut Syiah untuk melindungi diri dan membolehkan mereka terus mengamal dan menyebar pengaruh dalam kalangan umat Islam di negara ini, yang majoritinya beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan menjawab kerana anggap soalan itu perangkap media, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula beri jawapan bodoh. 

Namun, tidak sukar untuk kita mengenali siapa antara pemimpin tinggi PAS yang dipercayai penganut Syiah. Menurut ramai guru pondok dan pengikut PAS sendiri, ia berdasarkan pengucapan, amalan dan tindakan individu berkenaan. Beliau sering mengagung-agungkan pemimpin Syiah seperti Hassan Nasrullah, Sheikh Ahmad Yasin dan gerakan seperti Hizbullah dan rejim Bashar al-Assad juga Hassan al-Banna, Kalim Siddiqui, Ali Shariati dan Fathi Yakan. Selain melawat Lubnan, Iran, Iraq dan Syria, individu ini juga sering mengagung-agungkan kejayaan Iran dan membela Syiah dalam ceramahnya. Kata mereka, hakikat individu ini menjadi pemimpin tinggi PAS juga disebabkan sokongan golongan Syiah dalam PAS. 

Dalam satu wawancara pada Jun 2011, pemimpin ini akui kagum dengan gerakan dan kejayaan Revolusi Ayatollah Khomeini ketika menyertai PAS sekitar 1978-1979. Beliau juga akui mempelajari falsafah, cara dan mendalami semangat beberapa pemimpin politik yang beliau sanjungi tanpa sedar mereka adalah Syiah.

“Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepemimpinan. Inilah sikap saya, tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.” Namun, pemimpin ini mengelak menjawab sama ada beliau Syiah atau tidak. 

Bila dicabar oleh Datuk Mukhriz Mahathir untuk tampil menjelaskan secara ikhlas dan telus mengenai pembabitannya dalam fahaman Syiah, beliau juga tidak menjawab. Pemimpin Syiah dalam PAS juga adalah mereka yang menolak penyatuan dengan UMNO yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka dikatakan mula bergerak sejak 1980-an, apabila mengikuti lawatan tajaan ke Iran dan Pakistan. Pada 1987, seramai 300 penganut Syiah berkumpul di Kota Bharu atas nama seminar haji. Dewan seminar penuh dengan gambar dan risalah Khomeini. Ini segera diikuti satu lagi seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang mana antara resolusi yang diluluskan ialah menzahirkan ketaatan kepada pemimpin revolusi Iran itu selain menggesa Haramain ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa. 

Mulai 1987, buku Syiah dan pelbagai risalah yang memuatkan ucapan Khomeini tersebar luas. Dalam memperingati Hari Quds Antarabangsa, perutusan Khomeini disampaikan yang mempertahan akidah Syiah. 

Kini, ajaran Syiah mudah diakses melalui internet. Lagu dan hujah pemimpin Syiah boleh diikuti di YouTube. Bilangan pengikut Syiah di Malaysia hari ini dianggarkan ratusan ribu orang, termasuk pensyarah universiti. Walaupun pihak kerajaan masih mencari bukti pengaruh Syiah di institusi pengajian tinggi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah antara IPTA yang mempunyai sel Syiah yang aktif. 

Rujukan:

  1. ([1]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 131.

  1. ([2]) Tuan Che Mat bin Che min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculan, Bahayanya, Pemulihannya, Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam, ctk 1, 1994, ms 99-101.

  1. ([3]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.

  1. ([4]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 101.

  1. ([5]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98.

  1. ([6]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.

  1. ([7]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.

  1. ([8]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.

  1. ([9]) Subky Abd Latif, Fadhil Noor: Dia Guru… Dia Kawan, Kuala Lumpur, Penerbitan al-Azim SDN BHD, ctk 1, 2003, ms 30.

  1. ([10]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 98-102.

  1. ([11]) Tuan Hj Che Mat Che Min, ‘Gerakan Syiah Dan Pengaruhnya Di Malaysia’, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah MABIMS Tahun 1413 Hijrah/1993 Masehi, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya, Op.cit., ms 101-102.

  1. ([12]) Buku tersebut dalam Bahasa Melayu bertajuk Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan, oleh Al-Hasan Bin Yusuf al-Mutahhar al-Hiliyy, terjemahan: Lutpi Ibrahim. 1993.

  1. ([13]) Syah Abdul ‘Aziz Ghulam Hakim ad-Dahlawy, Mukhtasor At-Tuhfati Al-Ithnai ‘Asyariah, op.cit., ms 167.

  1. ([14]) Mahmud Salim Ubaidaat, Tarikh al-Firaq wa ‘Aqaidiha, op. cit., ms 42.

  1. ([15]) Sila lihat: An-Nadwah Al-’Alamiah Li Asy-Syabab Al-Islamy, al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyaan wa al-Mazahib al-Mu’asirah, Riadh, al-Mamlakah al-’Arabiyah as-Sa’udiyyah, ctk 2, 1409 Hijrah/1989 Masehi, ms 48

  1. ([16]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.

  1. ([17]) Sila lihat: An-Nadwah Al-’Alamiah Li asy-Syabab al-Islamy, al-Mausu’ah al-Muyassarah fi al-Adyaan wa al-Mazahib al-Mu’asirah, Riadh, al-Mamlakah al-’Arabiyah as-Sa’udiyyah, ctk 2, 1409 Hijrah/1989 Masehi, ms 51.

  1. ([18]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.

  1. ([19]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 132.

  1. ([20]) Abi al-Hasan Ali bin Ismail al-’Asy’ary (meninggal dunia 330 Hijrah), Maqolaat al-Islamiyyiin Wa Ikhtilaf al-Musolliin, tahkik: Mohammad Mahyudin bin Abdul Hamid, Maktabah al-’Asriyyah, t.ctk, 1411 Hijrah/1990 Masehi, juz 1, ms 89.

  1. ([21]) Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun (732-808 Hijrah), Muqaddimah Ibni Khaldun, op. cit., ms 151.

  1. ([22]) Muhammad Redha al-Muzhaffar, Aqoid al-Imamiyyah, Beirut, Muassasah al-Imam al-Husein, ctk 10, 1417 Hijrah/1997 Masehi, ms 70.

  1. ([23]) Muhammad Abu Zahrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, Qoherah, Darul al-Fikr al-’Araby, t. ctk., 1996, ms 48.

Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

1. Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(نَاصِبِي) "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah.

Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi. Menurut ulama Syiah lagi:

"Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat".

[Lihat: Asy-Syiah wa as-Sunnah. Hlm. 7. Ihsan Ilahi Zahiri].

Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani. Beliau menegaskan:

"Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah".

[Lihat: Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147].

2. Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah):

"Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang dari Islam. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".

[Lihat: Manhaj Shalihin. (1/116)].

Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah):
"Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".

[Lihat: Tahrirul al-Wasilah. (1/116). Cetakan Beirut].

3. Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam Dua Belas. Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):

"Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".

[Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah. (28/153). Cetakan Beirut].

Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah):

"Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".

[Lihat: Kitabul Khalash Fi Zilli al-Qaimmul Mahdi. Hlm. 44. Cetakan Beirut, Lebnon].

Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah. Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad:

"Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam: Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin".

[Lihat: 'Ilal asy-Syar'i. Hlm. 44. Cetakan Beirut].

Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah):

"Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq): Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima".

[Lihat: Tahzibul Ahkam. (1V/122) Cetakan Tehran].

Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah):

"Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan membunuhnya".

[Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah Fi Ahkam al-Atraf at-Tahirah. (X11/323-324)].

Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar sebagai an-Nasibi. Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).

*Apakah perasaan kita? Hanya sekadar mendiamkan diri?! SEBARKAN. Inilah Syiah!

Pluralisme Agama : Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah

بسم الله الرحمن الر حيم


إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Pluralisme Agama : Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah

Ramai Golongan Pluralis Agama salah dalam memberi tafsiran kepada beberapa ayat al-Quran. Antara ayat yang menjadi kegemaran mereka untuk mewajarkan tindakan mereka menjadi golongan Pluralis Agama ialah ayat al-Quran, Surah al-Hujurat yang ke 13 mengenai penciptaan Allah SWT yang berbagai-bagai bangsa dan suku puak.

Mereka menafsirkan ayat yang mulia ini sebagai: Allah menjadikan manusia ini supaya berpluralisme dalam agama.

Mereka tidak merujuk kepada sabab nuzul dan tafsiran Mufassirin yang muktabar. Ayat ini diturunkan berkaitan dengan sebahagian Sahabat yang kurang senang perbuatan Sayyidina Bilal r’a melaungkan azan di atas Kaabah ketika Fath al-Makkah.(40)

Ayat al-Quran yang mulia ini, tidak ada kena mengena langsung dengan fahaman Pluralisme Agama.

BERBOHONG ATAS NAMA ULAMA SUFI

Selain dari menggunakan ayat-ayat al-Quran al-Karim, golongan Pluralisme Agama, baik dari kalangan yang mengaku Islam atau yang di luar agama Islam seperti Kristian dan Yahudi terutamanya, suka sangat menggunakan perkataan tokoh-tokoh Sufi yang utama seperti Jalaluddin al-Rumi, Ibn Arabi dan Abdul Ghani al-Nablusi. Malah, Pluralis Melayu mengkaitkan juga Muhammad Nafis al-Banjari rh.

Golongan ini memetik ungkapan tokoh-tokoh Sufi tanpa memiliki Ilmu al-Ibarah dan Ilmu Isyarat, yang semata-mata untuk mewajarkan mereka dan mempengaruhi orang ramai untuk menganut agama baru mereka yang bernama Pluralisme Agama itu.

Anwar Ibrahim misalnya, dalam ceramah di LSE itu, telah menulis: the lamps are different but the Light is the same…

Beliau mendakwa bahawa ungkapan ini adalah perkataan Maulana Jalaludin al-Rumi rh yang terdapat dalam Mathnawi Maknavinya.

Sebenarnya, beliau tidak merujuk pun kepada dan mengambil terus dari Mathnavi, tetapi mengutip dari tulisan John Hick yang takrifkannya dari tulisan R.A Nicholson yang asalnya berbunyi: ‘The light is not different (though) the lamp has become different (cahaya tidaklah berbeza meskipun lampunya berbeza).

Anwar terpaksa bergantung kepada seorang bukan Islam seperti Hick untuk menghuraikan makna Islam, padahal beliau klaim menghayati sapere aude. Satu paradoks!

Al-Rumi rh bukanlah seorang Pluralis seperti yang didakwa oleh Anwar dan golongan Pluralis Agama yang lain. Ia adalah seorang Muslim soleh yang sejati, yang mengikut syariat Nabi Muhammad SAW secara ketat zahir dan batin.(41)

Perhatikan kata-kata beliau:…wahai Yang Maha Wujud, lahirlah perbezaan antara orang beriman yang sebenarnya dan orang Zoroastrian dan Yahudi. Malah, al-Rumi rh menempelak al-Jarrah, seorang Kristian yang tidak mahu menggunakan akal anugerah Allah untuk meninggalkan dari menurut pegangan ayahnya yang juga seorang Kristian dan memeluk syariat Nabi Muhammad SAW.

Pengusung Pluralisme Agama menonjolkan bait-bait syair versi Nicholson-Joh Hick ini, konon mahu berdakwah kepada audiens bukan Islam di Barat.

Golongan Neo-Zindik Pluralis ini tanpa rasa malu, memasukkan Ibn Arabi rh ke dalam golongan mereka sebagai tokoh Pluralisme Agama. Padahal beliau rh menegaskan secara jelas kewajipan menurut syariat Nabi Muhammad SAW.

Dalam Futuhatnya, Ibn Arabi rh dengan tegas dan jelas menyatakan: ….sekiranya Rasul-rasul (yang terdahulu, hidup)pada zamannya (yakni pada zaman Nabi Muhammad saw), pasti mereka akan mengikutnya, sebagaimana syariat mereka mengikuti syariatnya. (42)

Apa yang menggelikan hati sekali ialah apabila seorang Pluralis Melayu, yang juga salah seorang tulang belakang IKD, Khalid Jaafar berkata: Muhammad Nafis al-Banjari rh pun seorang Pluralis Agama!

Dalam buku Kerohanian Dan Pencerahan, IKD, 2007, artikel, Kebebasan dan Pluralisme di Malaysia Baru oleh Khalid Jaafar, beliau memetik kata-kata Syaikh Muhammad Nafis rh: syuhud al-kathrah fi al-wahdah dan syuhud al-wahdah fi al-kathrah (43), sebagai kata-kata Pluralisme Agama dan mewajarkan tokoh ini dimasukkan ke dalam kelompok sesat mereka.

Kata-kata ini bukan kata-kata Pluralisme Agama atau kata-kata yang memaksudkan semua agama sama. Syaikh Muhammad nafis rh dalam mukadimah kitab ini, awal-awal lagi sudah menegaskan bahawa beliau telah diminta menulis sebuah risalah …pada menyatakan wahdah al-Zat dan wahdah al-Sifat dan wahdah al-Asma dan wahdah al-Af’al…

Ertinya Syaikh Muhammad al-Nafis rh membicarakan mengenai Tawhid Islam pada peringkat tinggi mengenai Wahdaniyyah Allah SWT dan menghuraikan paras dan pengalaman musyahadah orang yang menjalani perjalanan rohaniyah dalam konteks Tawhid yang hakiki dan syuhud.

Pesan Syaikh yang mulia ini: … dan jangan engkau melampaui Syariat Muhammadiyyah iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah Taala dan Rasul-Nya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang dilarangnya jangan sekali-kali I’tiqadkan gugur taklik Syara, maka jikalau engkau i’tiqadkan gugur taklik Syara, nescaya jadilah engkau kafir zindiq, nauzubillahi minzalik dan berpeganglah engkau pada Syariat Muhammadiyyah…

Syaikh yang mulia ini tidak sedikit pun ada memberi gambaran atau bayangan atau isyarat dari perkataannya itu, kepada makna wahdah al-adyan atau kesatuan segala agama seperti yang dikatakan oleh golongan Neo-Zindiq ini; bahkan beliau menyuruh manusia berpegang kukuh kepada Syariat Nabi Muhammad SAW.

Dalam memberi komen kepada golongan Neo-Zindiq, al-Sarraj (w: 378H) berkata: Perlu anda ketahui, bahawa di zaman kita ini telah banyak orang yang berusaha membahath ilmu thoifah ini (golongan Sufi)… masing-masing dari mereka, menisbahkan pada dirinya suatu kitab yang diperindahkan dan kata-kata indah yang mereka susun sevara baik, padahal mereka bukanlah ahli dalam bidangnya. (44)

PENGARUH YAHUDI-KRISTIAN-IBLIS

Sekiranya diperhatikan secara cermat, akhir-akhir ini, ternyata bahawa faham Neo-Zindiq dan gerakan pemurtadan di kalangan umat Islam, adalah diusahakan dan dikembangkan oleh orang Islam sendiri.

Ada di antara mereka yang memiliki pendidikan Islam yang relative lumayan. Sesetengahnya pula pernah terlibat dalam gerakan pelajar, mahasiswa, belia dan NGO Islam, menjadi professor dan pensyarah universiti dalam bidang keislaman dan sebagainya.

Apakah punca sebenar mereka menganut fahaman Liberalisme-Pluralisme ini? Adalah tidak terfikir, bagaimana mereka ini boleh menganut akidah Liberalisme-Pluralisme Agama.

Dalam memahami kes ini, saya cuba menyelami sejarah manusia pertama iaitu Adam as, seperti yang diterangkan oleh Allah SWT dalam al-Quran al-Karim. Ketika dihalau dari Syurga, Iblis memohon dari Allah untuk menyesatkan anak Adam dengan memasukkan ‘pengaruhnya secara terus’. Allah SWT dengan hikmahNya memperkenankan permohonan Iblis tersebut, namun seperti kata Iblis sendiri, hamba-hamba Allah yang mukhlasin (45) saja yang tidak dapat diperdaya olehnya.

Imam Shahrastani rh (w: 548H) dalam al-Milalnya menghuraikan dengan panjang lebar lagi, mengenai ayat al-Quran di atas, ketika membincangkan terjadinya firqah-firqah akidah dalam umat Islam. Beliau menyatakan dengan jelas bahawa fenomena wujudnya pelbagai firqah yang berkaitan dengan akidah umat Islam itu adalah angkara Iblis. (Bayangkan alim dan abid lagi zuhud seperti Amru bin Ubayd pun menjadi ideologi Mu’tazilah).

Demikian juga al-Ghazaliy rh, dalam membincangkan sebab-sebab rosaknya manusia, menyatakan bahawa hal tersebut berlaku, antara lain, adalah angkara pengaruh Iblis.

Faktor lain yang boleh dikaitkan dengan fenomena ini ialah seperti dalam sebuah ayat al-Quran yang mana Allah SWT berfirman, bahawa Dia-Allah menghantar Syaitan kepada orang Musyrikin, agar orang Musyrikin itu berbuat maksiat kekufuran semahu-mahunya (46).

Orang kafir Musyrikin ini kemudiannya akan menjadi agen Iblis-Syaitan tadi untuk merosakkan akidah umat Islam. Hal ini dinyatakan Allah dalam al-Quran: Dan berkatalah orang-orang kafir kepada orang-orang yang beriman: ikutlah jalan kami (47)… dan firman Allah lagi: Dan orang-orang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar dengan bersungguh-sungguh akan al-Quran ini dan buatlah kekacauan terhadapnya…(48).

Keterangan di atas wajar ditambah lagi dengan beberapa ayat al-Quran yang lain. Antaranya al-Baqarah ayat 109, yang menyatakan kepada kita bahawa orang Yahudi-Nasrani tidak akan jemu-jemu berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam sehingga menjadi kafir.

Pendeknya, golongan Yahudi-Kristian-Kuffar serta Iblis-Syaitan, akan senantiasa mempengaruhi manusia dan kemudiannya menunggani mereka seperti kumpulan tis’atu rahtin (49), agar membuat kerosakan di muka bumi – kerosakan akidah dan syariah – dan tidak berbuat sedikit pun kebaikan.

Gerakan Yahudi-Kristian terlalu halus, sehalus gerakan Iblis laknatullah itu. pada awal tahun 70-an , ABIM yang mana saya merupakan salah seorang pengasasnya – adalah di antara kumpulan pioner yang mendedahkan peranan dan gerakan Yahudi-Kristian untuk memurtadkan ummah Islam.

Peranan gerakan Yahudi yan bernama Freemasonary, sebuah gerakan sulit Yahudi yang berpengaruh dan peranan gerakan kristian melalui The World Council of Churches, merupakan tajuk panas-penting dalam perbincangan usrah dan sebagainya.

Diadakan program khusus bagi menerangkan mengenai gerakan dan bahaya pengaruh Yahudi-Kristian; bagaimana modus operandi mereka dan bagaimana mereka berjaya menyusup masuk ke dalam diri individu dan organisasi Islam serta pimpinannya.

Senarai nama-nama individu dan pemimpin Islam yang telah masuk ke perangkap Yahudi tersebut diedarkan.

Buku-buku mengenai kegiatan dan bahawa Yahudi-Kristian diterbitkan semula dan diedarkan secara besar-besaran, ceramah dan pertunjukan slaid mengenai kegiatan Yahudi dipertontonkan ke seluruh negara.

Itu senario awal gerakan awal Islam pada tahun 70-an. Senario tersebut telah berubah sekarang. Dewasa ini, NGO – badan dakwah Islam dan individu yang lantang menentang Yahudi-Kristian pada awal 70-an itu, sudah tidak mempedulikan lagi semuanya itu (sesetengahnya menjadi rakan karib Yahudi). Adalah melanggar ‘adab’ dan amat sensitif jika isu Yahudi-Kristian dibangkitkan.

Kini, pendokong Pluralisme Agama Malaysia cuba mempertikaikan kesahihan buku The Protocols of The Elders Of Zion. Mereka menafikan bahawa buku ini ditulis oleh kumpulan gerakan sulit Yahudi. Kalau pun ia tidak ditulis oleh orang Yahudi sendiri, namun isinya ternyata benar dan selaras dengan apa yang berlaku dalam sejarah dewasa ini (50).

Umat Islam boleh faham dengan mudah kenapa pendirian ini dibuat. Mereka boleh saksikan dengan terang bagaimana golongan Pluralis Malaysia sering ulang-alik ke Eropah dan Amerika Syarikat, mengadap orang-orang Yahudi untuk berbincang, menyusun strategi dan mendapat arahan-arahan penting untuk menjahanamkan orang Islam (51).

Orang-orang yang diagung-agungkan oleh umat Islam seperti Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghan adalah ahli Freemasonary sementara Munsyi Abdullah pula adalah agen Kristian yang bantu menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu.

Ramai lagi orang yang dipuja-puji di kalangan umat Islam dan pemimpin umat Islam dewasa ini menjadi agen pemurtadan. Jika kita perhalusi dengan cermat, maka akan berjumpalah dengan mereka itu, yang sesetengahnya kita tidak sangka.

Perlu juga diberi perhatian kepada satu organisasi peringkat antarabangsa yang bernama The Gulen Movement. Organisasi ini diterajui oleh Muhammad Fetullah Gulen, seorang ahli perniagaan Turki yang menetap di Pennsylvania, AS.

Pada zahirnya aktiviti mereka banyak kepada bantuan kebajikan dan pendidikan. Di bawahnya terdapat puluhan NGO yang aktivitinya berdasarkan kepada pendekatan ‘inklusif’ yang bertema dan menjurus kepada apa yang mereka namakan sebagai ‘Abrahamic Faiths.’

Salah satu badan yang bernaung di bawah Gulen ialah Affinity Intercultural Foundation, beroperasi di Sydney, Australia.

Pada Disember 2009, bertempat di Melbourne, mereka telah menganjurkan satu program yang bernama ‘Parliament Of The World’s Religions.’ Ini adalah siri terbaru dari beberapa siri yang berlangsung beberapa abad yang lalu.

Tujuan program ini ialah untuk melahirkan ‘satu agama baru’ bagi satu planet ini. penceramahnya, antara lain ialah Prof. Hans kung, Rev. Corbin Arthen, Rabbi David Rose, Dalai Lama, Dr. Siti Musdah Mulia dan Anwar Ibrahim.

Satu poin penting lain yang saya perlu sebut ialah dalam usrah tahun 70-an itu sudah dibincangkan mengenai agenda Kristian untuk memurtadkan-Kristianisasi di alam Melayu dalam lingkungan masa 25 tahun (dari tahun 70-an).

Ya, ternyata benar. Dalam lingkungan masa sekitar 25 tahun, rancangan mereka bergerak lancar walaupun belum mencapai target. Pun begitu, sudah ramai dari ‘kepala’ aktivis Islam tahun 70-an di Indonesia dan Malaysia – walaupun tidak menjadi Kristian secara pengucapan dan upacara – telah menganut faham Liberalisme-Pluralisme Agama yang diasaskan oleh seorang Kristian yang bernama John Hick itu. inilah yang dikatakan oleh (Dr) Uthman El-Muhammady “sayu tidak terkira hati…” (52)

Strategi Yahudi-Kristian di alam Melayu sama sahaja, baik di Indonesia mahupun Malaysia iaitu menyerang persatuan pelajar dan belia Islam.

Yahudi-Kristian sedar bahawa persatuan pelajar dan belia Islam ini adalah reservoir penting yang menyediakan aktivis yang berwawasan Islam dan mempunyai potensi besar menjadi pemimpin politik dan masyarakat. Jadi, secara strategik, maka sumber itu harus dimusnahkan.

Di Malaysia, kumpulan yang pernah digelar sebagai ‘belia kompang dan pintu gerbang’ kerana mereka tidak terlibat dalam kegiatan dakwah Islam pada tahun 70-an, tidak menjadi sasaran mereka. Tetapi yang menjadi sasaran mereka ialah persatuan pelajar dan belia Islam.

Sebab itu kita dapati, pemimpin dan persatuan ‘belia kompang dan pintu gerbang’ini, tidak membuat masalah kontroversial dalam hal akidah seperti yang dibuat oleh sesetengah ‘kepala’ aktivis atau bekas aktivis pelajar atau belia Islam. Merekalah yang menjadi promoter dan lokomotif kepada Pluralisme Agama di Malaysia. Yahudi menjadikan Goyim sebagai Agentur!

Dulu, gerakan pemurtadan di alam Melayu bahkan di seluruh dunia Islam, adalah di bawah organisasi Freemasonary dan WCC. Jenama ini sangat terkenal dan amat sensitif pula kepada umat Islam.

Untuk mengabui mata umat Islam, mereka mengubah jenama ini dengan berbagai-bagai jenama baru atas nama yayasan kebajikan, pendidikan dan mempromosi demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, good governance dan sebagainya. yang saya namakan ‘Pergerakan Yahudi Baru’ dan ‘Pergerakan Kristian Baru.’

Seluruh umat Islam, baik yang terlibat dalam parti politik atau NGO, bahkan umat Islam seluruhnya perlu mengenali dan meneliti ‘Pergerakan Yahudi Baru’ dan ‘Pergerakan Kristian Baru’ ini. kita perlu mengenali individu-individu dan organisasi Islam yang bekerjasama dan menerima dana dari mereka.

Kata Imam al-Ghazzaliy rh : “… melihat ahwal (pelakuan, aktiviti) atau mendengar aqwal (perkataan, percakapan, tulisan) maka anda akan kenal mereka!”.

Bagi aktivis Islam tahun 70-an, nama tokoh Yahudi seperti Theodore Herzl, Weizman, Ben Gurion, Benjamin Disraeli dan lain-lain lagi, adalah tidak asing dan amat dikenali. Namun sekarang tahun 2011M, aktivis Islam dan masyarakat Islam, hampir tidak mengenali tokoh-tokoh Yahudi semasa dan pergerakan mereka.

Untuk tujuan keselamatan ummah, umat Islam harus mengenal peribadi-peribadi yang bergerak secara terang atau di sebalik tabir dalam ‘Pergerakan Yahudi Baru.’ Mereka wajar mengenali nama-nama seperti Paul Wolfowitz, Al Gore, Martin Indyk, Michael Danby, William Cohen – sekadar menyebut beberapa nama – seperti mana aktivis Islam mengenali musuh mereka dari kalangan tokoh-tokoh Yahudi pada tahu 70-an dulu. Mereka inilah yang merupakan arkitek dan engineer pemusnah umat Islam.

Selain dari individu, perlu juga mengenali organisasi/institusi/yayasan seperti AIPAC, Foundation For The Future (FFF), The Brookings Institute, East West Foundation, APCC, The Soros Foundation, The Asia Foundation, Konrad Adenauer Siftung, RAND Corporation, The Sasakawa Peace Foundation (Jepun), The Becket Fund dan lain-lain yang mana semuanya ini menyediakan bermacam-macam kemudahan infrastruktur dan logistik untuk tujuan di atas. Aktiviti mereka berselindung atas nama dialog, persefahaman dan keamanan sejagat.

SARANG PLURALISME AGAMA

Tidak boleh dinafikan bahawa hubungan aktivis Liberalisme-Pluralisme Agama antara Malaysia-Indonesia amat erat. Golongan Pluralis Agama yang beroperasi melalui IKD telah mencetak ulang banyak artikel dan buku-buku yang pernah diterbitkan oleh golongan Liberalis-Pluralis Indonesia.

Aktivis Indonesia juga sering dijemput dalam diskusi/wacana anjuran IKD dan aktivis Pluralisme Agama Malaysia juga ke sana dalam program yang sama.

Saya sengaja menyebut hal ini adalah sebagai peringatan kepada pengalaman kita masa lalu, yang mana kita tidak memberi perhatian yang serius kepada ajaran sesat al-Arqam dan Syiah. Sehingga akhirnya kita terpaksa membayar harga yang amat mahal untuk menghadapi mereka.

Selepas revolusi Syiah Iran, organisasi politik dan NGO Islam menjadi sarang penyebaran faham Syiah di merata dunia termasuk Malaysia. Beribu-ribu buku ajaran Syiah masuk ke Malaysia dan sesetengahnya diedar percuma. Malah, ada ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke Iran untuk mempelajari Islam (yang sebenarnya mereka belajar ialah agama Syiah).

Orang-orang Syiah juga ada menghantar propagandis mereka ke Malaysia dengan tujuan untuk mengajar agama mereka. akibat dari hal-hal demikian, maka wujudlah komuniti Syiah Melayu di tengah-tengah masyarakat Islam Sunni.

Demikian juga dalam kes al-Arqam. Sarangnya tidak dimusnahkan dan buku-bukunya dibiar tersebar luas dan berjaya mempengaruhi sebahagian masyarakat Islam.

Bagi ajaran sesat yang tidak mempunyai cita-cita besar dan tidak pula mempunyai strategi untuk menyebarkan faham mereka, tidaklah begitu sangat merisaukan.

Tetapi itu pun sudah cukup memenatkan kita, apatah lagi bagi golongan yang mempunyai cita-cita besar dengan berbagai strategi seperti penerbitan berskala besar dengan dana yang besar keranan sokongan kumpulan anti-Islam Barat; mempunyai jaringan antarabangsa yang melibatkan individu profil tinggi; hubungan akrab dengan NGO luar negara dan sokongan sesetengah kerajaan asing; maka perhitungan dan perhatian yang lebih serius perlu diberi oleh masyarakat Islam.

IKD sudah bertahun-tahun mendapat dana asing untuk aktiviti mereka dan aktivisnya konsisten dengan program mempromosi doktrin Pluralisme Agama melalui penerbitan, wacana, kursus, latihan dan sebagainya.

Adalah suatu kenyataan bahawa Pluralisme Agama, yang bermula dari Yahudi-Kristian itu, kemudian masuk ke dalam diri individu dan organisasi yang dipimpin oleh orang Islam, seperti seekor burung helang Amerika Utara: bersarang-bertelur-menetas-membesar dalamnya, kemudian mencari mangsa di tengah-tengah masyarakat Islam.

Sarang-sarang maksiat Pluralisme Agama di Indonesia adlah seperti Salihara-Paramadina-JIL dan seumpamanya dengan tokoh yang masih hidup seperti Goenawan Mohamad, Luthfi Assyaukanie, Ulil Abshar dan lain-lain. Sementara di Malaysia, sarangnya ialah IKD dengan tokohnya seperti Khalid Jaafar, Anwar Ibrahim dan lain-lain.

Kenapa organisasi orang Islam? Jawapannya mudah: ia adalah palaksanaan sebahagian dari resolusi RAND Corporation iaitu : Ini bukan satu bentuk peperangan antara tamadun – bukan Islam lawan Barat – tetapi peperangan idea antara Islam sesama Islam dalam menentukan takrif mereka; Islam Liberal (juga Islam Pluralis-P) atau Islam Radikal (maksudnya ialah Islam sebenar-P). (53)

Sarang Pluralisme Agama terbesar iaitu IKD, kini di dalam keadaan cemas. Para aktivisnya tidak hilang akal. Mereka mencari (sudah dapat?) NGO-NGO Islam yang lain untuk membuat sarang baru.

PLURALISME AGAMA DAN PERJUMPAAN DENGAN ANWAR IBRAHIM

‘(Saya) bertempur…’ kata-kata ini diucapkan oleh Anwar Ibrahim pada dua tarikh berbeza, di dua tempat berbeza, di depan dua audiens berbeza.

‘…bahkan kalau di Malaysia, (saya) bertempur dengan kalangan yang menjadi Islam itu sebagai faktor penghalang…’ Inilah kata Anwar Ibrahim pada 11 Oktober 2011 di Salihara, Jakarta, di hadapan aktivis Liberalisme-Pluralisme.

Kata-kata ini diucapkan kira-kira lima bulan selepas Program –Wacana MUAFAKAT pertama yang menyanggah fahaman Pluralisme Agama pegangan beliau yang berlangsung pada 1 Mei 2010. (54)

‘Kalangan’ yang dimaksudkan oleh Anwar ialah golongan yang menentang Liberalisme-Pluralisme di Malaysia.

Salihara adalah salah satu sarang golongan Liberalisme-Pluralisme Agama terpenting di Indonesia.

‘…sebab saya di Jakarta…, saya memang dalam pertemuan, bertempur dengan mereka dalam hal ini dalam beberapa isu dengan Lingkaran Liberal…’ Inilah pula kata Anwar pada 2 Januari 2011 di Cyberjaya, dalam majlis perjumpaan beliau dengan MUAFAKAT dan aktivis Islam lain.

‘Mereka’ yang dimaksudkannya itu ialah golongan Liberalis-Pluralis Indonesia.

Saya sendiri adalah salah seorang yang hadir dalam perjumpaan dengan beliau pada malam tersebut. Dalam perjumpaan itu, beliau amat defensif bahkan apologetic dengan mengakui beliau “sedikit longgar” (sebenarnya tidak sedikit) dalam ucapan di LSE itu dan berjanji akan edit semula tulisan itu. (55)

Jadi, bila beliau bertempur? Jika pembaca meneliti pula ucapannya di Salihara, beliau tidak pun bertempur dengan golongan Liberalis-Pluralis yang hadir itu, bahkan menggembirakan mereka.

Ini adalah kerana beliau memberitahu audiensnya, bahawa beliau bertempur (sebenarnya tidak) dengan golongan penentang Liberalisme-Pluralisme Malaysia untuk menyakinkan mereka yang beliau bersama mereka, menentang para penentang fahaman Liberalisme-Pluralisme di Malaysia (dan memang pun beliau menentang para penentang fahaman Liberalisme-Pluralisme Agama).

Allah Maha Benar. Allah SWT mengingatkan manusia supaya jauhi perkataan dusta. Firman-Nya dalam Surah al-Haji ayat 30 berbunyi: wajtanibuu qaula z-zuur.

Imam Bukhari dan Imam Muslim rh meriwayatkan bahawa Nabi SAW menyatakan, di antara sifat munafik ialah apabila seseorang itu bercakap, dia berdusta: iza haddatha kazaba. Ulama Ahli Sunnah pula menyuruh supaya berinteraksi dengan lisan-percakapan yang benar- sidqu llisan.

Sebaik sahaja wacana pertama dianjur oleh MUAFAKAT itu, Anwar Ibrahim meminta untuk bertemu dengan aktivis MUAFAKAT. (Dalam perjumpaan itu dia mengatakan MUAFAKAT yang ingin berjumpa!)

Perjumpaan ini tertunda beberapa kali atas permintaan beliau sendiri kerana kesibukan beliau menghadiri program politik yang urgent.

Akhirnya pada 2 Januari 2011, malam, perjumpaan yang dirancangkan itu telah diadakan. Tujuan perjumpaan tersebut adalah kononnya beliau ingin memberi penjelasan lanjut berkaitan ucapan beliau di LSE itu.

Dalam perjumpaan tersebut, beliau mengaku merujuk dan mengambil tulisan John Hick dalam menulis ucapan beliau itu. ternyata saat tamat pertemuan, beliau masih tidak menarik balik ucapan pendirian beliau mengenai Pluralisme Agama mazhab John Hick itu, walaupun diminta berbuat demikian.

Beliau sekadar berkata, akan ‘edit’ semula tulisan=ucapannya itu. Ini adalah logik kerana seperti kata beliau:… lebih dua dekad lalu saya cuba hayati semangat sapere aude… Ini mungkin kerana akidah tersebut sudah melekat kukuh pada akal dan sanubari beliau.

Sebenarnya, perjumpaan tertutup ini hanyalah untuk aktivis MUAFAKAT dan beberapa orang jemputan sahaja. Namun seperti yang dijangka, dihadiri juga oleh orang lain. Kehadiran sekitar 120 orang yang terdiri daripada pimpinan-pimpinan NGO Islam, pelajar dan belia Islam, pensyarah universiti, aktivis politik dan beberapa orang luar, yang nampaknya dikerah khas untuk memberi sokongan moral kepada tokoh Pluralisme Agama ini.

Perjumpaan ini tidak menepati tujuan sebenar iaitu untuk berbincang secara terperinci mengenai isu Pluralisme Agama berdasarkan ucapan Anwar itu. Banyak soalan yang bersifat amat fundamental dan memerlukan jawapan dari Anwar, telah tidak dapat disoal oleh penentang Pluralisme Agama kerana sikap moderator iaitu Prof. Osman Bakar.

Beliau membiarkan perkara yang tiada kena mengena dengan isu Pluralisme Agama turut disentuh.

Padahal beliau memberi jaminan tidak akan mengizinkan hal tersebut. Beliau juga mengambil kesempatan dengan menggunakan masa yang panjang untuk menegaskan pendirian Pluralisme Agamanya yang sepatutnya dibuat dalam satu sesi berasingan seperti yang beliau buat tidak lama kemudian dalam pertemuan tertutup dengan beberapa NGO.

Agaknya beliau lupa bahawa perjumpaan tersebut adalah antara pennetang fahaman Pluralisme Agama dengan Anwar, bukan dengan beliau atau orang lain.

Semasa mengendalikan majlis, beliau tidak menumpukan perhatian kepada isu pokok dan tidak mengikuti isi perbincangan dengan tertib dan teliti. Ini terbukti apabila dengan tiba-tiba beliau mencelah ketika seorang peserta sedang berhujah, dengan mengatakan bahawa yang perlu diserang ialah John Hick.

Peserta yang sedang berhujah itu lantas menjawab: memang, yang sedang diserang sekarang ini ialah konsep Pluralisme Agama John Hick dan tenteranya bukan Sophia Perennis atau lainnya.

Anwar tidak menerangkan alasan kenapa dia menyamakan semua agama setara; tidak menyeluruh langsung konsep salvation keselamatan; tidak menghiraukan statementnya yang melarang orang berkata yang agama lain salah; tidak ulas penggunaan ayat al-Quran yang dia gunakan untuk membenarkan fahamannya dan beberapa perkara lagi yang mana semua ini adalah hal-hal yang amat fundamental berkaitan akidah.

Bukan sahaja beliau tidak menerangkan hal tersebut, malah beliau menafikan beliau yang beliau bermaksud demikian, padahal ternyata sangat terang dalam tulisan-ucapannya itu.

Dia mengambil hampir keseluruhan masa perjumpaan tersebut bercakap perkara yang tiada kaitan dengan fahaman Pluralisme Agama. Ini adalah taktik biasa beliau yang bertujuan untuk mengalih isu sebenar.

Tidak seorang pun dari kalangan pemimpin NGO, pelajar dan belia Islam yang dikerah hadir pada malam tersebut, terlibat dalam perbincangan dan memberi pandangan dalam isu Pluralisme Agama ini.

Respon keras menentang hanya dari MUAFAKAT. Ini adalah kerana yang ramai-ramai datang itu, langsung tidak ada maklumat mengenai fahaman Pluralisme Agama dan tidak pula membaca ucapan-tulisan Anwar itu. Ini diakui sendiri oleh peserta yang hadir pada malam itu.

Sebab itu saya katakan di awal, bahawa mereka datang kerana dikerah yang semata-mata bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada tokoh idola mereka, bukan untuk berbincang mencari kebenaran.

Apa yang menggelikan hati ialah seorang Naib Presiden sebuah NGO Islam dari awal hingga akhir kalam, terus-menerus memuji Anwar. Tidak sepatah pun orang ini bercakap tentang Pluralisme Agama!

Fahaman yang dimotori Anwar ini sudah nampak bayang-bayangnya dan mula mengakar di kalangan sesetengah aktivis pelajar, belia Islam serta NGO Islam. Pandangan ini berdasarkan hasil pemerhatian kepada sikap berdiam diri mereka dalam isu Pluralisme Agama yang ditunjukkan pada malam perjumpaan tersebut dan sokongan mereka yang terus-menerus kepada beliau.

Ada yang mengatakan bahawa isu ini sudah selesai dan perlu diberi tumpuan kepada isu yang lebih besar.

Apakah ada isu yang lebih besar dari isu akidah? Dari sekian ramai yang datang, hanya lima orang peserta sahaja yang berhujah menentang fahaman Pluralisme Agama dengan hujah yang mantap.

Hujah penentang faham Pluralisme Agama, tidak dijawab secara tuntas oleh tokoh Pluralisme Agama tersebut demi menolak tuduhan yang dia seorang Pluralis Agama.

Seperti yang disebut terdahulu, di luar majlis, ada cakap-cakap menyatakan bahawa isu tersebut sudah selesai, malah beliau sendiri ada memberitahu hal sedemikian kepada seorang pemimpin politik yang menjadi rakan politiknya.

Isu yang dia seorang Pluralis Agama tidak selesai lagi. Ini ternyata benar, kerana pada penghujung bulan Februari 2011, iaitu kira-kira dua bulan selepas pertemuan dengannya, beliau masih mempertahankan akidah Pluralisme Agamanya, apabila beliau dengan keras menyerang orang yang mengkritik fahaman Pluralisme Agama.

Kemudian beliau ulangi lagi pendiriannya ini dalam ceramah politiknya di hadapan khalayak yang kosong pengetahuan mengenai Pluralisme Agama di Hulu Kelang; lepas itu pula, beliau mengugut, jika dia didakwa oleh pihak berkuasa agama, beliau akan memanggil beberapa orang luar Malaysia yang dianggapnya alim, untuk mempertahankannya; beliau menegaskan lagi pendiriannya secara tegar pada bulan Mac baru-baru ini dalam satu kenyataan media.

Teramat terang bahawa akidah Pluralisme Agama sudah melekat kukuh padanya. Isu ini hanya akan selesai sekiranya beliau menulis menarik balik pendirian asalnya yang berfahaman Pluralisme Agama mazhab John Hick dan menyatakan pendirian barunya yang bertepatan dan selaras dengan ajaran akidah Islam Ahli Sunnah wa al-Jamaah (kerana beliau mendakwa beliau adalah Ahli Sunnah wa al-Jamaah) dan dimuatkan dalam blog atau sebagainya yang dimilikinya beliau. Jika beliau berbuat demikian, maka kebaikan adalah miliknya.

STRATEGI GOLONGAN PLURALISME AGAMA

Antara lain, strategi golongan Pluralisme Agama Malaysia dalam menyebarkan fahaman mereka ialah:

(1) Dampingi NGO dan Persatuan Pelajar Islam.
Berusaha mendampingi pelajapelajar dan belia-belia Islam melalui rangkaian organisasi yang mereka kuasai. Ini ternyata jelas bila mana sesetengah NGO Islam, persatuan pelajar dan belia Islam dikerah untuk membuat dan menjayakan program untuk mendokong tokoh Pluralisme Agama ini. adalah amat menyedihkan ada organisasi-organisai Islam, persatuan pelajar dan belia Islam, sanggup menjadi alat kepada misi golongan jahat ini.

(2) Penyebaran Buku.
Menyebar luas buku-buku mengenai fahaman Pluralisme Agama dalam bahasa Melayu untuk menarik orang Melayu yang beragama Islam kepada aliran sesat mereka.

(3) Program Perkadiran dan Pemantapan.
Merekrut kadir-kadir dari kalangan pelajar sekolah menengah dan universiti serta belia dan pekerja melalui program kursus-bengkel. Kumpulan yang sudah mengikuti program pertama akan dimasukkan ke program yang lebih tinggi yang dinamakan ‘Sekolah Politik’ dan program ‘Pencerahan Tanwiri’.

(4) Membina Keyakinan Masyarakat.
Mengadakan caramah terbuka dan wacana-wacana umum untuk membina keyakinan masyarakat melalui slogan ‘perubahan’, ‘kebebasan’ dan sebagainya. Sekali lagi ada organisasi dakwah Islam dijadikan tunggangan mereka.

(5) Perancangan Politik.
Bergerak melalui parti politik secara aktif dan bertanding dalam pilihan raya. Pada peringkat antarabangsa pula, mereka melobi dan memohon sokongan politik dan moral dari pemimpin dunia atas slogan perubahan, demokrasi, kesetaraan agama, kebebasan, good governance dan lain-lain lagi.

(6) Menguasai Pusat Pengajian dan Institut Pemikiran.
Mengadakan program ilmiah (seperti program Gulen di sebuah universiti tempatan, IAIS dan lain-lain) dan dialog-dialog agama dan budaya.

KESIMPULAN

Ternyata badai fahaman Liberalisme-Pluralisme ini adalah ancaman paling bahaya dari sekian banyak fahaman dan pemikiran pasca-modernisme. Kita wajib membendungnya dengan memperkasa memantapkan ilmu-ilmu Islam serta memahaminya dengan benar seperti yang dihuraikan dalam epistemologi ASWJ.

Ulama-ulama Islam zaman klasik seperti Imam Abu Hasan al-Asy’ariyy, al-Ghazzaliyy dan lain-lain lagi, dalam menghadapi serangan musuh-musuh pemikiran dan akidah Islam, telah menelaah secara serius tulisan-tulisan musuh dan dalam waktu yang sama, mendalami serta memantapkan ilmu-ilmu Islam sendiri.

Kita juga perlu mengadakan wacana dan perbincangan di setiap kesempatan bagi menghuraikan bahaya fahaman Liberalisme-Pluralisme Agama ini. justeru sebagai Kharya Ummah, maka mungkar Liberalisme-Pluralisme Agama ini, perlu dibongkar hingga ke akar umbi dengan kita bersatu tenaga menghapuskannya.

Rabu, 4 September 2013

APAKAH YAZID ATAU SYIAH YANG MEMBUNUH CUCU NABI SAW

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

Foto Saya
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

APAKAH YAZID ATAU SYIAH YANG MEMBUNUH CUCU NABI SAW

Umat Islam di Malaysia sekiranya ditanyakan siapa yang bunuh cucu Nabi saw, Hussein ra? Pasti dijawabnya 'Yazid!' dan apabila ditanyakan perihal Yazid, pasti akan dijawab 'seorang yang zalim!' Inilah realiti umat Islam di Malaysia yang semenjak awal persekolahan lagi disajikan dengan sejarah-sejarah Islam yang tidak jelas. Maka inilah yang berlaku, kejahilan umat.

Mengapa peristiwa pembunuhan Hussein ra WAJIB diambil tahu? Kerana ini merupakan salah satu pintu fitnah perpecahan umat Islam dan faktor berkembangnya fahaman Syiah di dunia. Ayuh umat Islam! Inilah masanya kita melakukan pengkajian semula. Bersihkan sejarah Islam.

Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad Abbasi menulis di dalam bukunya "Hazrat Mu'aawiah Ki Siasi Zindagi" bahawa di dalam sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh utama di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat Islam yang membawanya disalib. Amirul Mukminin Al Muqtadir billah telah menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha' yang hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah dianggap sebagai salah seorang ' aulia illah'.

Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi manusia yang jauh daripada berpijak di bumi yang nyata. Semua ini adalah akibat daripada tidak menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada pendapat orang-orang pada zaman mereka masing-masing.

...Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta terpenting mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid tidak mudah ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang mendorong lebih banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh musuh-musuh Islam. Tentu sekali orang yang membunuh menantu Rasulullah s.a.w yang tersayang-dibelai oleh Rasulullah dengan penuh kasih sayang semasa hayatnya kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan dan keutamaan-keutamaannya di dalam hadis-hadits Baginda- tidak akan dipandang sebagai seorang yang berperi kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya seorang soleh, budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam.

Kerana itulah cerita-cerita seperti Yazid sering kali minum arak, seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima oleh umat Islam kemudian.

Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain? Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?

Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya dan terus diucapkan ' Yazidlah pembunuhnya' tanpa soal selidik yang mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan terus tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang paling malang. Tetapi bagaimana jika yang membunuh Sayyidina Husain itu bukan Yazid ? Kemanakah pula akan kita bawakan segala tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan pada Yazid itu ?

Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada, sudah tentu kita akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang dihubungkan kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain yang sebenar. Apalagi jika kita seorang Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti yang kuat dan kukuh daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan berdasarkan prinsip-prinsip aqidah yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah, kita akan terdorong untuk membersihkan Yazid daripada segala tuduhan dan meletakkannya ditempat yang istimewa dan selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam.

Sekarang marilah kita pergi ke tengah-tengah medan penyelidikan tentang pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bersama-sama dengan sekian ramai ahli keluarganya.

Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala


Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad Abbasi menulis di dalam bukunya "Hazrat Mu'aawiah Ki Siasi Zindagi" bahawa di dalam sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh utama di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat Islam yang membawanya disalib. Amirul Mukminin Al Muqtadir billah telah menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha' yang hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah dianggap sebagai salah seorang ' aulia illah'.

Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi manusia yang jauh daripada berpijak di bumi yang nyata. Semua ini adalah akibat daripada tidak menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada pendapat orang-orang pada zaman mereka masing-masing.

Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sabahat dan tabi'in yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa, alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam "Ansabu Al Asyraf" mengatakan bahawa, " Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas, seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata : " Sesungguhnya anaknya Yazid adalah daripada keluarga yang saleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai'ah kamu kepadanya" (Ansabu Al Asyraf, jilid 4, m.s. 4).

Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia kepada para Khulafa' Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata-kata Ibnu Abbas ini di hadapan mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid ' Amirul Mukminin'.

Abdullah Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan sikap yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari bahawa, bila penduduk Madinah membatalkan bai'ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata, " Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan dipacakkan bendera untuk setiap orang yang curang (membatalkan bai'ahnya) pada hari kiamat. Sesungguhnya kita telah berbai'ah kepadanya dengan nama Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada kita berbai'ah kepada seseorang dengan nama Allah dan RasulNya, kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan bai'ah kepadanya dan turut serta di dalam pemberontakan ini, maka terputuslah perhubungan di antaraku dengannya". (Sahih Bukhari -Kitabu Al Fitan)

Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta terpenting mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid tidak mudah ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang mendorong lebih banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh musuh-musuh Islam. Tentu sekali orang yang membunuh menantu Rasulullah s.a.w yang tersayang-dibelai oleh Rasulullah dengan penuh kasih sayang semasa hayatnya kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan dan keutamaan-keutamaannya di dalam hadis-hadits Baginda- tidak akan dipandang sebagai seorang yang berperi kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya seorang soleh, budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam.

Kerana itulah cerita-cerita seperti Yazid sering kali minum arak, seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima oleh umat Islam kemudian.

Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain? Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?

Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya dan terus diucapkan ' Yazidlah pembunuhnya' tanpa soal selidik yang mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan terus tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang paling malang. Tetapi bagaimana jika yang membunuh Sayyidina Husain itu bukan Yazid ? Kemanakah pula akan kita bawakan segala tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan pada Yazid itu ?

Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada, sudah tentu kita akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang dihubungkan kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain yang sebenar. Apalagi jika kita seorang Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti yang kuat dan kukuh daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan berdasarkan prinsip-prinsip aqidah yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah, kita akan terdorong untuk membersihkan Yazid daripada segala tuduhan dan meletakkannya ditempat yang istimewa dan selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam.

Sekarang marilah kita pergi ke tengah-tengah medan penyelidikan tentang pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bersama-sama dengan sekian ramai ahli keluarganya.


PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH

Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi adalah golongan Syiah Kufah.

Dakwaan ini berdasarkan beberapa fakta dan bukti-bukti daripada sumber-sumber rujukan sejarah yang muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan bukti-bukti yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian :

(1) Bukti-bukti utama

(2) Bukti-bukti sokongan


I. BUKTI-BUKTI UTAMA

Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala.

Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At Tawaabun" itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.

Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :

"Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, " Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". (Al Baqarah :54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".

Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)

Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab'ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.

Lihatlah pula kepada Qais bin Asy'ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 192)

Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau :

" Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami ". (Jilaau Al' Uyun, ms 391).