AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Sabtu, 27 Disember 2014

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية: 102

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI














Falsafah Perkahwinan Dalam Islam

(Yaasin: 36)
Firman Allah S.W.T.'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian ManusiaDengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '(ar-Ruum:21)Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '(An-Nisa':1)Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.Mengapa BerkahwinManusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Membentuk KeluargaPeraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.
Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk meneiusi perkahwinan yang tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.Rumahtangga Sebagai Masyarakat KecilMendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan-
Falsafah Perkahwinan Dalam IslamOleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara kcluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.
Prinsip Pembentukan Keluarga IslamSebagai Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang syamil (lengkap) dan sempuma, yang merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran kea
Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip.1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan lain-lain)2. Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan dan penceraian dan sebagainya.Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami isteri pula jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan antara mereka, dan tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.Peraturan Mencari jodohSebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam men cari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud:
'Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.Keturunan Dan Kufu'Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang beipenyakit tidak boleh dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketehtian di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapal peringkat yang ideal.
Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, saina ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut.Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat hidup manusia. .Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam peiundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewahAliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.Keharusan BerpoligamiDi antara persoalan yang meniinbulkan masalah paling kontroversi dalam unisan perkahwinan umat Islam ialah keharusan berpoligami. Ia dijadikan bahan oleh setengah golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita yang tidak puas hati dengan pelaksanaannya.
Bagi menghuraikan masalah ini, terlebih dahulu mestilah difahami apakah yang dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi perundangan, harus bererti sesuatu yang tidak diseksa dan tidak diberi pahala kepada orang yang melakukannya. Ertinya, ia tidak mempunyai obligasi dari segi hukum. Tetapi, keharusan berpoligami ini dari segi pelaksanaannya bukan sahaja tunduk kepada hukum ini. Ia juga tertakluk kepada prinsip pembentukan keluarga yang telah diterangkan sebelum ini iaitu perasaan tanggungjawab dan perasaan-perasaan lain yang dituntut oleh Islam. Sungguhpun dari segi perundangan, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa mempunyai pertimbangan lain yang dikehendaki agama. Pertimbangan ini termasuklah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli tasawwuf bahawa tidak dinamakan seseorang itu bertDengan sebab itu, jika sesuatu yang harus itu boleh mendorong kepada melakukan yang haram, maka seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan yang haius itu untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.Dalam masalah poligami, seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin lebih daripada satu menyebabkan ia mencuaikan hak-hak isteri dan anak-anak yang diwajibkan ke atasnya, seperti memberi nafkah dan lain-lain. Walaupun hukum mengharuskan, tetapi ia terus menanggung dosa kerana kecuaiannya menjalankan kewajipan tediadap anak-anak dan isteri-isteri. Jika perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular, pemerintah boleh mengenakan peraturan-peraturan untuk mencegah kerosakan yang timbul daripadanya.Penggunaan maksud keharusan berpoligami secara wajar dapat dilihat daripada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan masyarakat Islam pertama yang dibentuk oleh baginda. Dengan penggunaan yang wajar ini, poligami bukan menjadi masalah kepada masyarakat, tetapi mempakan cara bagi menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat iaitu pembelaan tediadap anak-anak yatim dan janda-janda yang menderita kerana kehilangan atau kematian suami.Pada masa sekarang masalah seperti di atas masih lagi wujud dan tetap akan wujud selagi adanya manusia. Kerana itu poligami tetap berfungsi memberi kebaikan kepada masyarakat jika keharusan ini tidak disalahgunakan. Tetapi sekiranya poligami disalahgunakan dan dilakukan semata-mata untuk memuaskan nafsu dan menempah dosa, ia akan menjadi masalah dan langkah-langkah mengawalnya hendaklah dilakukan oleh pemerintah dengan mengenakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengelak keiosakan.Perancangan KeluargaBeralih kepada perbicaraan mengenai perancangan keluarga. Perkara ini juga menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Perancangan keluaiga mengandungi dua program. Pertama merancang kelahiran anak dengan menghadkan kelahiran atau membatasinya. Kedua, menyusun pe@alanan keluaiga untuk mencapai kesejahteraan dengan memberi perhatian kepada kebajikan, kesihatan dan keselesaan hidup keluaiga serta memastikan perkembangan yang sihat dalam pertumbuhannya.
Program pertama yang bertujuan membataskan kelahiran anak itu berdasarkan teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fikir barat yang bernama Maltus. Pada pendapat beliau, perkembangan penduduk dunia, jika dibandingkan dengan pertambahan pengeluaran bahan makanan adalah tidak seimbang. Perkembangan penduduk berjalan dengan kadar 2,4,6,8, sedangkan pertambahan bahan-bahan makanan dengan kadar 1,2,3,4. Jika perkembangan seperti ini terus berjalan, satu bencana kekurangan bahan makanan akan berlaku dan manusia akan menghadapi masalah kelaparan.Dalam program yang kedua, kita mestilah memberi sokongan bagi menjayakan usaha membaiki keadaan kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan keluarga. Tetapi sukalah ditegaskan di sini, usaha-usaha ke arah mencapai tujuan tersebut tidak akan dicapai, sekiranya unsur-unsur akhlak dijadikan program sampingan sahaja. Suatu program yang bersifat menyeluruh hendaklah dirangka untuk mewujudkan kesejahteraan keluarga yang sebenar. Program ini, jika hendak dipercayai oleh rakyat secara berterusan tidak seharusnya dijadikan alat atau piling bagi melaksanakan usaha menghadkan kelahiran anak. Niat yang tidak jujur seperti ini akan menimbulkan akibat buruk dan kesan yang tidak sihat kepada masyarakat.Kewajipan Dan TanggungjawabSeseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bertnakna bertambahnya tanggungjawab tediadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.
Kewajipan Suami1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.
2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat beke@asama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.Kewajipan IsteriApabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:
1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. '5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.Masyarakat IslamUntuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam hari ini teihadap perkahwinan.
Sejak kejatuhan umat Islam dari memegang teraju kepimpinan manusia, dengan kemunculan tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap sedikit demi sedikit daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia dikelirukan sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara kesamaran. Kejahilan umat Islam teihadap agamanya, bukan kerana serangan daripada barat sahaja. Keruntuhan personaliti juga turut terlibat sehingga kecintaan kepada ilmu dan kegigihan mempelajarinya menjadi bertambah malap. Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia beransur-ansur menjadi layu dengan kemaraan nilai-nilai songsang. la mudah sahaja memenuhi kekosongan dan menguasai kelemahan yang sudah merata di kalangan masyarakat.Keadaan yang disebutkan di atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam dalam segenap kehidupan iaitu politik, ekonomi dan sosial, khususnya dalam kehidupan keluarga yang menjadi tajuk pembicaraan kita. Dengan lain perkataan, suasana pembentukan keluaiga hari ini dan kelemahan-kelemahan yang teidapat di dalamnya, bukanlah semata-mata hasil daripada serangan nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud dalam masyarakat Islam setelah berlakunya krisis personaliti Islam dan kerenggangan nilai-nilai Islam daripada kehidupan.Walaupun pada umumnya masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu suatu ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin berkurangan dengan berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan. Lebih-lebih lagi perzinaan yang berlaku di kalangan ora ng yang sudah beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka tujuan perkahwinan untuk menjaga kesucian (Iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh banyak kalangan masyarakat kita. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan penyakit ini be@angkit kepada semua lapisan masyarakat kita. Masih banyak lagi di kalangan kita yang tetap memeliharaiffah ini dan mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah sampai kepada peringkat kerosakan seperti masyarakat barat. Tetapi jika sekiranya tidak diawasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak Bersekedudukan adalah akibat pembahan sikap terhadap perkahwinan. Perkembangan ini jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan institusi keluarga dalam keadaan yang tidak dikawal oleh peraturan dan nilai-nilai akhlak. Perkembangan ini sebenarnya mempakan masalah yang sangat serius yang tidak boleh dihadapi oleh mahkamah semata-mata., tetapi selunih masyarakat adalah terlibat di dalam usaha mencegahnya dan kekuatan masyarakat dalam menolak perkembangan ini adalah lebih berkesan daripada hukuman mahkamah. Untuk mempertahankan kesucian perkahwinan dan keutuhan institusi keluarga yang mempunyai peraturan yang membawa kepada kesejahteraan, nilai-nilai Islam hendaklah diperkukuhkan dalam masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini masyarakat Islam perlu membina kembali peMasyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu masyarakat berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap terhadap perkahwinan. Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab memelihara dan mengawal rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan bagaiinana cekap sesebuah kerajaanpun ia tidak berupaya menjalankan tugas-tugas keluarga seperti memelihara, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempuma dan biinbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.Kesimpulan1 . Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan ummat.
2. Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan pembaha hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di samping tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Kehanisan berpoli gami bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan tugas terhadap anak-anak dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.7. Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat diterima oleh Islam. Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan keselesaan hidup serta meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam.Siapa Anda Dalam Kehidupan BerkeluargaKita telah menjelaskan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada dalam keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir daripada masyarakat itu perlu dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas tertubuhnya sesebuah masyarak

Jumaat, 26 Disember 2014

Sejarah turunyya Al Quran

 

Sejarah turunyya Al Quran

*بسم الله الرحمٰن الرحيم*
*إنَّ الحمدَ للَّهِ نحمدُهُ ونستعينُهُ ونستغفرُهُ ونعوذُ باللَّهِ من شرورِ أنفسنا ومن سيِّئاتِ أعمالنا ، من يَهدِهِ اللَّهُ فلاَ مضلَّ لَهُ ومن يضلل فلاَ هاديَ لَهُ وأشْهدُ أن لاَ إلَهَ إلاَّ اللَّهُ وحدَهُ لاَ شريكَ لَهُ وأنَّ محمَّدًا عبدُهُ ورسولُهُ*
*أما بعد، فإن أصدق الحديث كتاب الله وأحسن الهدي هدي محمد وشر الأمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار*

*OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB
Allah SWT telah menurunkan Al-Quran
sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad
S.A.W
, dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadah. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama umat Islam
di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan secara mutawatir (berperingkat atas sebab penurunannya), dan mashaf yang lazim ditemui hari ini dikenali sebagai mashaf Uthmani. Rencana ini mengemukakan satu kajian tentang *asal-usul dan sejarah Al-Quran*, dari segi cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat turunnya, masanya, awalnya dan akhirnya. Disertakan juga maklumat tentang pengumpulan dan pembukuan Al-Quran.
Pengertian Nuzul Al-Quran[sunting sumber
]
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.Cara Al-Quran (wahyu) diturunkan[sunting sumber
]
‘Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar ketika beliau menyendiri di Gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama kira-kira tiga tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.[1]
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab : ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”
Rasulullah juga pernah mendapat wahyu langsung daripada Allah, seperti ketika menerima perintah solat
.Peringkat penurunan Al-Quran[sunting sumber
]
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :
* Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
* Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
* Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.
* 1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ . “(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
* 2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.
Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas; Allah SWT berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185) Firman Allah SWT,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3) Firman Allah SWT,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1) Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
* 3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah S.A.W. (dalam masa 20 malam).
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah S.A.W, dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah. Mengikut pendapat ini, Jibril A.S.(Angel Gabriel) diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.Kritikan terhadap pandangan atau pendapat di atas[sunting sumber
]
Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekaligus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekaligus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir. Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.”
Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”
Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekaligus ke Bait al-‘Izzah(langit dunia). Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah SAW.
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril(Gabriel) secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah(langit dunia) dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.Hikmah Al-Quran diturunkan beransur-ansur[sunting sumber
]
Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 2 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a. Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :
* 1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.
* 2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.
* 3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.
* 4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.Ayat pertama dan terakhir diturunkan[sunting sumber
]
Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat merobah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan dunia dengan akhirat. Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber utama iaitu al-Quran akan menggambarkan kepada kita mengenai pemeringkatan hukum dan penyesuaiannya dengan keadaan tempat hukum itu diturunkan yang memerlukan per¬bahasan mengenai apa yang pertama dan terakhir diturunkan.Yang pertama diturunkan[sunting sumber
]
Terdapat empat pendapat mengenai apakah yang mula-mula diturunkan mengenai al-Quran :-
* i) Jumhur (Pendapat yang paling rajih atau sahih) bersetuju iaitu yang pertama diturunkan ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-‘Alaq
berdasarkan riwayat ‘Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka. Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith).
Imam-imam yang lain seperti al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dala’il dan al-Tabrani dalam al-Kabir mengesahkan ayat tersebut adalah yang pertama diturunkan.
* ii) Pendapat lain mengatakan Surah Al-Muddathir
yang pertama kali diturunkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah seorang sahabat. Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, dia berkata: “Aku telah bertanya kepada Jabir bin ‘Abdullah: Yang manakah di antara al-Quran mula-mula diturunkan? Jabir menjawab,” يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ “. Aku berkata, “Atau اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ “. Dia Jabir berkata,”Aku katakan kepada-mu apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Sesungguhnya aku berdiam diri di gua Hira’. Maka ketika habis masa diam-ku, aku turun lalu aku susuri lembah. Aku lihat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Lalu aku lihat ke langit, tiba-tiba aku melihat Jibril yang amat menakutkan. Maka aku pulang ke Khadijah. Khadijah memerintahkan mereka untuk menyelimuti aku. Mereka pun menyelimuti aku.
Lalu Allah menurunkan: ْ يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِر“Wahai orang yang berselimut; bangkitlah, lalu berilah peringatan”.
Mengenai Hadis Jabir ini, dapatlah disimpulkan iaitu pertanyaan tersebut adalah mengenai surah yang diturunkan secara penuh. Jabir menjelaskan yang surah Muddathir diturunkan secara penuh sebelum surah Iqra’ selesai diturunkan, karena yang turun pertama sekali daripada surah Iqra’ itu hanyalah permulaannya saja. Ini diperkuatkan oleh hadith Abu Salamah daripada Jabir yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Jabir berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. ketika bercakap mengenai putusnya wahyu, beliau menyebut dalam percakapannya itu, “Sewaktu aku berjalan, aku terdengar suara dari langit. Kemudian aku angkat kepala-ku, tiba-tiba aku ternampak malaikat yang mendatangi aku di gua Hira’ duduk di atas kursi antara langit dan bumi, lalu aku pulang dan aku katakan: Selimutkanlah aku! Mereka pun menyelimuti aku. Lalu Allah menurunkan ayat, يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ .
Hadis ini menggambarkan peristiwa ini terkemudian daripada peristiwa di gua Hira’, atau al-Muddathir adalah surah yang pertama diturunkan setelah terputusnya wahyu. Dapat disimpulkan ayat pertama untuk kenabian ialah Iqra’ dan surah pertama untuk risalah ialah surah al-Muddathir.
* iii) Andaian ketiga ialah berdasarkan satu kenyataan yang diperakukan kepada Ali bin Abi Talib, disebut oleh Abi Ishaq daripada Abi Maisarah. Riwayat yang direkodkan oleh al-Wahidi menyebut: Apabila Rasulullah muncul (dari gua Hira’) dan mendengar suatu suara menjerit, “Wahai Muhammad”, Rasulullah terus pulang ke rumah. Waraqah bin Naufal menasihatkan Rasulullah mendengar kepada suara tersebut. Oleh itu apabila Rasulullah kemudiannya mendengar suara tersebut, beliau menyahut; Suara itu berkata, “Katakanlah, Aku bersaksi sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan bacalah:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ‘……..” (al-Fatihah: 1-7)
* iv) Sebahagian ulama tabiin seperti al-Dhahhak bin Muzahim berpendapat ayat pertama ialah Bismillah. Dia menyebut ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: Perkara pertama yang diturunkan oleh malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. dengan beliau mengatakan, “Wahai Muhammad, aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui daripada Syaitan yang dilaknat, dan katakanlah: Bismillahir Rahmanir Rahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.)
Al-Qadhi Abu Bakar al-Baqillani menyebutkan hadith ini sebagai munqati’ dalam kitabnya, Al-Intisar. Menurut al-Zarkasyi di dalam kitabnya al-Burhan, sebahagian besar ulama menyatukan hadith riwayat ‘Aisyah dan Jabir dengan menyimpulkan Jabir mendengar Nabi membicarakan peristiwa permulaan wahyu dan dia mendengar bahagian akhirnya sedang bahagian pertamanya dia tidak mendengar. Jadi Jabir menyangka surah yang didengarnya adalah yang pertama diturunkan, pada hal bukan. Ibn Hibban dalam sahihnya menyatakan tidak ada pertentangan antara kedua hadith tersebut kerana ketika turun kepada Rasulullah Iqra’, beliau pulang ke rumah lalu berselimut; kemudian turunlah Surah Al-Muddathir.
Surah-surah lain yang awal diturunkan termasuklah al-Masad (111), al-Takwir (81), al-Ala (87), al-Lail (92) dan al-Fajr. Para ulama juga membicarakan ayat-ayat yang mula-mula diturunkan berdasarkan permasalahan atau persoalan tertentu. Di antaranya ia melibatkan i) Pertama kali mengenai makanan-ayat 145 Surah al-An’am, ayat 145 Surah al-Nahl, ayat 173 Surah al-Baqarah dan ayat 3 Surah al-Ma’idah; ii) Pertama kali mengenai minuman- ayat 219 mengenai khamar dalam Surah al-Baqarah, ayat 43 Surah al-Nisa’ dan ayat 90-91 Surah al-Ma’idah; dan iii) Pertama kali mengenai perang iaitu ayat 39 Surah al-Hajj.Yang terakhir diturunkan[sunting sumber
]
Pelbagai pendapat mengenai yang terakhir diturunkan tetapi semua pendapat ini tidak mengandungi sesuatu yang dapat disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., malah masing-masing merupakan ijtihad atau dugaan. Al-Qadhi Abu Bakar mengatakan mungkin mereka memberitahu apa yang terakhir kali didengar oleh mereka daripada Rasulullah s.a.w. ketika beliau hampir wafat. Antara pendapattersebut ialah:-
* i. Pendapat Ibn ‘Abbas-banyak riwayat yang dikaitkan dengan Ibn ‘Abbas:
* a. ‘Amir al-Sha’bi meriwayatkan bahawa ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah berkata: “Ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah ayat mengenai riba.” Firman Allah,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba - yang belum dipungut -.” (al-Baqarah:278).
* b. Ikrimah meriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Ayat al-Quran terakhir diturunkan adalah,
وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ
“Dan peliharalah diri-mu daripada azab yang terjadi pada suatu hari kamu semua dikembalikan kepada Allah.” (al-Baqarah: 281)
* c. ‘Abdullah b. ‘Utbah r.a. katanya, ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata kepada saya: “Adakah anda tahu ayat yang terakhir sekali turun? Jawab-ku “tahu” iaitu ِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan) (al-Nasr: 1). Berkata Ibnu ‘Abbas: “Kamu benar.”
* d. Said bin Jubayr mengatakan orang-orang Kufah berselisih tentang ayat,
وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” (Al-Nisa’:93). Saya menemui Ibn ‘Abbas dan bertanyakan ayat ini dan beliau berkata: “Ayat ini adalah ayat terakhir diturunkan dan selepas itu tidak ada ayat yang menasakhkan ayat ini.”
* ii. Pendapat al-Bara bin ‘Azib
Berikut ialah dua kenyataan yang diriwayatkan oleh beliau:-
* a. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: “Surah lengkap terakhir diturunkan ialah surah Baraah.Bukhari vol 3 Kitab al-Maghazi hadith 4364.
* b. Abu Ishaq al-Sabi’ee meriwayatkan bahawa al-Bara mengatakan: ”Ayat terakhir diturunkan ialah,
يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلالَة
“Mereka (orang-orang Islam umat-mu) meminta fatwa kepada-mu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalalah itu………(al-Nisa’:176)
* iii. Pendapat Ubay bin Ka’ab
Yusuf b. Mihran meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas yang Ubay bin Ka’ab mengatakan potongan ayat al-Quran terakhir diturunkan ialah,
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (al-Taubah:12
* iv. Pendapat ‘Abdullah bin Amru bin al-‘As
Abu Abdul Rahman al-Halabi mendengar ‘Abdullah b. Amru sebagai berkata: Surah terakhir diturunkan ialah Surah al-Ma’idah.
* v. Pendapat ‘Aishah
Jubayr bin Nufayl berkata, “Aku pergi menemui ‘Aishah, yang bertanya kepadaku: Adakah kamu membaca Surah al-Ma’idah? Aku kata: Ya. Dia berkata: Inilah Surah terakhir yang diturunkan……”
* vi. Pendapat Ummu Salamah
Mujahid b. Jabr mengatakan yang Umm Salamah berkata: “Ayat terakhir diturunkan adalah ayat,
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لأكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
“Maka Tuhan mereka perkenan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan……..” (al-Nisa:195)
* vii. Pendapat ‘Umar al-Khattab
Abu Sa’id al-Khudry meriwayatkan daripada ‘Umar al-Khatab yang memberitahu ayat terakhir diturunkan ialah pengharaman riba’ (al-Baqarah:275) dan Rasulullah s.a.w. wafat beberapa hari selepas itu dan perkara riba’ tersebut tidak tertinggal tanpa penjelasan.
* viii. Pendapat Mu’awiyah bin Abi Sufiyan
‘Amr Qais al-Kufi meriwayatkan Mu’awiyah mengatakan ayat berikut sebagai ayat terakhir diturunkan,
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada-ku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (al-Kahfi:110)
Sekiranya kita menganalisis pendapat-pendapat di atas, kita akan menghadapi kesukaran untuk menentukan ayat terakhir diturunkan kepada Rasulullah disebabkan perbezaan pendapat tersebut. Walau bagaimanapun kita boleh membuat rumusan berdasarkan logik;
* i. Ayat 275 hingga 281 surah al-Baqarah nampaknya diturunkan bersama kerana ayat ini membicarakan persoalan riba’ dan hukum berkaitannya. ‘Umar dan ‘Abdullah Ibn ‘Abbas mengatakan ayat riba merupakan ayat terakhir diturunkan boleh dikatakan tepat memandangkan Rasulullah wafat 9 hari selepas ayat ini diturunkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Jubayr dan Ibn Jurayj mengenai ayat 281, surah al-Baqarah.
* ii. Pandangan Ibn ‘Abbas mengenai ayat 93 surah al-Nisa’ ialah tentang ayat terakhir berhubung pembunuhan seorang Muslim, bukannya ayat terakhir al-Quran. Manakala pendapatnya mengenai surah al-Nasr tidak menjadi masalah. Surah al-Nasr kemungkinan merupakan surah pendek yang terakhir diturunkan, sementara surah al-Baraah merupakan surah panjang yang terakhir diturunkan. Ini tidak bercanggah dengan pandangan ‘Aishah dan Ibn ‘Amr yang mengatakan surah al-Ma’idah merupakan surah penuh terakhir diturunkan. Mereka bermaksud surah terakhir mengenai perkara halal dan haram.
* iii. Pandangan al-Bara tentang ayat 176 surah al-Nisa’ sebagai ayat akhir turun ialah ayat akhir tentang faraid. Apa yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab mengenai ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah adalah sebahagian daripada surah tersebut yang diturunkan secara keseluruhan sebagai surah panjang yang terakhir diturunkan. Riwayat Umm Salamah pula bukannya mengenai ayat terakhir tetapi lebih kepada jawapan kepada soalan beliau kepada Rasulullah mengenai kedudukan wanita dalam Islam. Pandangan Mu’awiyah pula jelas merujuk kepada yang terakhir diturunkan di Mekah melibatkan surah al-Kahfi termasuk ayat terakhirnya.
Kesimpulannya, Surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun; Surah al-Nasr surah pendek terakhir turun; dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan.Sejaran pengumpulan dan pembukuan al-Qur'an[sunting sumber
]
Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui beberapa cara iaitu:
* Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.
* Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.
* Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.
* Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.
Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
* Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud: “Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”
* Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”
* Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan .
Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:
“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.”
Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu.
Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail(bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus.
Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali.
Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka.
Di antara huffaz(penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah){isteri Rasullullah).
Termasuk daripada orang-orang Ansar(penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.
Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.
Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.
Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit.
Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan.
Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf(teks lengkap yang berbuku).
Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:
* Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca Al-Quran).
* Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu).
* Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.
* Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang.
Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.
Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.
Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.
Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran.
Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.
Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab.
Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.
Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.
Pada peringkat awal,jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah,naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah.Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).
Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam.
Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.
Nota: "Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani sekarang, namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang berlainan seperti Al-Quran Muhammad (Quranul Majid), Mashaf Madinah dan lain-lain. Hal ini disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat (Imam-imam Syatibi) yang khusus ,tidak mengikut piawai bacaan Arab Quraisy yang dipersetujui bersama. Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam teks resam yang lain dari mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu, cuma mungkin berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat
yang berlainan."

Selasa, 9 Disember 2014

SEJARAH AJARAN-AJARAN SESAT.



بسم الله الرحمٰن الرحيم

إنَّ الحمدَ للَّهِ نحمدُهُ ونستعينُهُ ونستغفرُهُ ونعوذُ باللَّهِ من شرورِ أنفسنا ومن سيِّئاتِ أعمالنا ، من يَهدِهِ اللَّهُ فلاَ مضلَّ لَهُ ومن يضلل فلاَ هاديَ لَهُ وأشْهدُ أن لاَ إلَهَ إلاَّ اللَّهُ وحدَهُ لاَ شريكَ لَهُ وأنَّ محمَّدًا عبدُهُ ورسولُهُ

أما بعد، فإن أصدق الحديث كتاب الله وأحسن الهدي هدي محمد وشر الأمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار








OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI



SEJARAH AJARAN-AJARAN SESAT.

Setelah kita mengetahui beberapa pekara yang menyentuh kepada ajaran ASWJ serta defanasi tentang apa yang dikatakan ajaran sesat didalam bab 1 yang lalu, mari kita mengenal pula bilakah sebenarnya ajaran-ajaran sesat ini bermula ?

Sebenarnya ajaran-ajaran sesat telah pun bermula semenjak Nabi Muhammad saw masih hidup lagi. Terdapat tiga orang manusia yang mulanya memeluk agama Islam, tetapi telah membuat ajaran mereka sendiri yang bertentangan dengan ajaran dan panduan yang telah diberi oleh Nabi Muhammad saw berkenaan Islam dan al Quran. Mereka telah murtad dan membuat ajaran baru serta mengelar diri mereka juga seorang "nabi". Mereka itu ialah :

1) Musailamah al Kazab dari bani Hanifah (wafat tahun 11H).
2) Aswad al Unsi dari bani Madlaj (wafat tahun 11H).
3) Tulaiha bin Khuwalid (wafat tahun 21H).

Musailamah al Kazab adalah merupakan ketua kumpulan ajaran sesat yang berpengaruh serta ramai pengikut. Antara pengikut-pengikutnya adalah terdiri dari orang-orang Islam sendiri dan juga orang-orang kafir. Beliau juga telah menghantar wakilnya untuk membawa warkah kepada Nabi Muhammad saw yang diantara lain menyebut bahawa beliau juga nabi seperti Baginda dan tuhan telah membahagi dua akan dunia ini. Sebahagian untuk Nabi Muhammad saw dan sebahagian lagi adalah untuk beliau. Didalam warkah yang dibalas oleh Nabi saw pula menyebut bahawa dunia ini sebenarnya adalah milik mutlak Allah swt dan telah memilih dari kalangan hamba-hambaNya untuk memegang amanah mentadbirkannya. Tiada siapa pun dari kalangan hamba-hambaNya itu yang boleh memiliki akan dunia ini sebab manusia juga akan meninggalkannya pada satu hari nanti dan kesudahan yang baik bagi setiap jiwa itu adalah daripada mereka-mereka yang bertakwa kehadrat Allah swt sahaja. Oleh itu Nabi swt menyeru agar Musailamah agar kembali memeluk ajaran Islam semula serta bertaubat nasuha akan apa yang telah ia lakukan itu kerana jika ia engan berbuat demikian, maka tindakan yang keras akan dikenakan keatas beliau termasuk melancarkan perang pada kaumnya yang sesat itu. Musailamah tidak menghiraukan akan arahan Nabi saw malahan telah menyuruh wakil-wakil Nabi saw yang telah dihantar bertemuinya selepas itu untuk tidak menganggu akan apa juga yang menjadi urusan beliau. Maka didalam pemerintahan Saidina Abu Bakar al Sidiq telah menghantar bala tentera Islam pergi memerangi Musailamah dan kumpulan ajaran sesatnya itu. Beliau telah dibunuh oleh seorang panglima perang Islam bernama Wahsyi pada tahun 11 hijrah.

Manakala Aswad al Unsi adalah merupakan seorang ahli nujum pada asalnya. Kemudian menjadi seorang yang terkenal dan ramai pengikutnya apabila semua nujum dan perbomohan yang beliau kerjakan dikatakan sangat mustajab oleh orang ramai. Bertolak dari sinilah mereka sangat menyanjungi beliau dan beliau telah pula mengambil kesempatan dengan mula memberi kuliah-kuliahnya serta mengembang menjadi sebuah ajaran sesat yang mirip ajaran al Arqam kalau nak dijadikan contoh pada zaman sekarang. Beliau akhirnya telah mengistiharkan dirinya sebagai seorang nabi seperti Nabi Muhammad saw juga. Maka Nabi saw telah menghantar Mu'as bin Jabal bertemu dengan pemerintah Yaman pada masa itu, untuk menyatakan akan angkara Aswad itu serta memerintahkan ia dihancurkan sahaja kerana keengaan beliau untuk bertaubat dan kembali memeluk Islam. Maka pada tahun 11 hijrah tentera kerajaan Islam Yaman telah pergi memerangi Aswad dan kumpulan ajaran sesatnya itu dan berjaya dibunuh oleh seorang panglima bernama Fairus al Dailam.

Seorang lagi ketua ajaran sesat yang muncul semasa zaman Rasullah saw ialah Tulaiha bin Khuwalid dari keturunan bani Assad. Beliau juga pada awalnya memelok ajaran Islam tetapi kemudiannya murtad dan menghistihar dirinya sebagai nabi. Beliau juga amat engkar akan perintah dan nasihat yang telah diberikan oleh Nabi saw melalui warkah dan wakil-wakil yang telah dihantar kepadanya. Akhir daripada perjalanan ajarannya ialah apabila Kerajaan Islam Madinah telah menghantar bala tentera yang diketui oleh Panglima perang Islam Khalid al Walid semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar al Sidiq memerintah. Beliau ditangkap dan dibawa pulang mengadap Baginda Abu Bakar sendiri. Setelah tinggal didalam penjara beberapa bulan, beliau sendiri telah meminta untuk memeluk agama Islam semula dari tanggan Baginda Saidina Abu Bakar sendiri. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 21 hijrah didalam beragama Islam.

Didalam sejarah Islam, sewaktu pemerintahan Saidina Abu Bakar al Sidiq lah yang paling banyak memerangi ajaran-ajaran sesat yang tumbuh setelah kewafatan Rasullah saw. Semasa pemerintahannya saja direkodkan terdapat tujuh golongan ajaran-ajaran sesat tumbuh disekitar semananjung Arab. Mereka-mereka itu diketuai oleh :

1) Sajah binti al Mundhir dari kaum bani Tamim. Beliau juga mengistihar dirinya "nabi wanita" pertama didunia. Beliau berkahwin pula dengan Musailamah yang juga sesat (telah diceritakan diatas tadi), semasa serangan tentera Islam itu beliau telah terselamat dan lari meninggalkan kampung halamannya itu. Beliau telah ditangkap dan dihukum bunuh semasa pemerintahan Saidina Othman pada tahun 55 hijrah.

2) Malik bin Nuwairah dari kaum bani Yarbu.
3) Unainah bin Hassan dari kaum bani Fazarah.
4) Fujaiah bin Abdul Yalil dari kaum bani Sulaim.
5) Qurrah bin Salmah dari kaum bani Ghatafan.
6) Hatam bin Zaid dari kaum bani Bakr.
7) Asyath bin Qais dari kaum bani Kinda.

Mereka semua ini telah dihancurkan dan dibunuh oleh tentera-tentera Islam yang dihantar oleh Baginda Saidina Abu Bakar al Sidiq kerana keingkiran dan kedegilan mereka sendiri. Tetapi semuanya setelah melalui proses dakwah, nasihat, pujukkan dan ancaman tidak mahu diterima oleh mereka semua, baharulah baginda bertindak menghantar balatentera Islam kepada mereka. Semua itu telah melalui proses yang sah menurut hukum Islam serta al Quran dan juga melalui proses musyurat dari semua sahabat Rasullah saw yang ada disamping Baginda pada waktu itu. Jadi tindakan memerangi kaum-kaum yang sesat adalah merupakan kesanabungan dari usha yang telah dibuat oleh Rasullah saw memerangi kaum yang murtad dan ajaran-ajaran sesat mereka itu. Proses ini juga telah dijalankan dizaman Baginda Saidina Omar ra yang telah memerangi satu kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Jabalah bin Aiham dari bani Ghasan yang telah berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman pancung pada tahun 20 hijrah. Begitu juga dizaman pemerintahan Saidina Othman ra dan juga Saidina Ali kwh. Tetapi Saidina Ali kwh telah tertipu dengan dakyah dalaman yang sangat licik oleh puak-puak dan sikap perkauman yang terlampau bangsa Arab sendiri yang kemudiannya membawa pembunuhan demi pembunuhan dari keluarga Rasullah saw dan para sahabat-sahabatnya yang dengan sendirinya menghancurkan keseluruhan sistem pemerintahan peninggalan Rasullah saw itu. Maka tegaklah kaum ajaran sesat itu sehinggalah kehari ini seperti yang telah kita ketahui.

Bayangan yang telah Rasullah saw berikan didalam hadis-hadis peninggalannya menjadi kenyataan. Sehinggalah kesaat ini ia terus juga berlaku. Kesesatan demi kesesatan telah dibongkar oleh orang ramai dan pembentrasan oleh pihak berkuasa telah giat dijalankan di negara ini, namun ia masih juga tetap berlaku. Jika di Indonesia dan negara Asian yang lain kecuali Brunai, gejala ajaran sesat amat sukar dipadam dan dihapuskan bahkan bercambah-cambah hari demi hari. Ada diantaranya telah pun memduduki Sidang Umum (Parlimen kalau di Malaysia) yang telah berdiri menjadi parti politik dan memenangi beberapa kerusi. Nah ! bagaimana jika ia berlaku di sini ? Kan akan mengkucarkacirkan umat Islam semua disini yang mejoritinya berfahaman ASWJ. Itulah sebabnya ia harus terus dipelihara secara berterusan, baik siapa pun kerana ia adalah sunah Rasullah saw dan tanggungjawab syarak bagi setiap individu Islam semua. Pemiliharaan akidah umat Islam disini harus terus utuh dan teguh, supaya menjadi tonggak mercu panji-panji al Firqah al Najiyah kebenaran selama-lamanya hingga hari kiamat. Biarlah negara jiran-jiran itu dengan masaalah dalamannya yang sangat kronik serta sistem politik yang sangat terbuka hingga menjejaskan akidah umat Islam umumnya. Tetapi disini, anda semua menjadi pendinding dan pertahanan yang utuh umat terakhir dari kamu Melayu Nusantara yang mempertahankan ASWJ serta Ajaran sunah Nabi besar kita Muhammad Rasullah saw dan Negara kamu yang sangat kamu cintai ini, supaya jangan kamu biar kepercayaan karut dan sesat itu tidak langsung bertapak disini. Percayalah ia adalah kebenaran yang sejati yang diwarisi dari Nabi Muhammad saw dan dari Allah swt. Kita perangi mereka itu habis-habisan ....Allahu akbar...Allahu akbar.... Allahu akbar !



AJARAN-AJARAN SESAT DARI PANDANGAN AL QURAN.


Allah swt telah mengutus junjungan besar kita Nabi Muhammad saw berserta dengan al Quran ulkarim sebagai pemberi petunjuk dan membawa rahmat untuk seluruh seklian alam ini. Telah Dia jadikan itu sebagai sunahtuallah atas seluruh umat dan makhluk yang berada didunia ini, khasnya dibumi yang sekarang kita diami ini. Malahan sebelum bumi ini dijadikan lagi telah dibentuk akan sunnah ini. Cuma hanya segelintir manusia beriman yang mengatahui akan rahsia rahsia ini yang amat sukar untuk difahamai oleh manusia biasa. Jadi mereka ingin mengatahui akan semua rahsia akan alam ini dan juga rahsia-rahsia Tuhan itu. Jika mengikut pedoman dari Nabi saw sahaja mereka tidak puas, jadi mulalah mereka mencari jalan yang lain yang kononnya jalan singkat untuk bertemu tuhan mereka. Mereka lupa akan fitnah yang menanti mereka ditengah perjalanan itu, iaitu "Jalan Iblis". Mereka tidak mengatahui sebenarnya Iblis dan balatenteranya sedang memerahati mereka dengan teliti dan telah duduk didalam setiap detik kata hati mereka supaya ingkar dan melangar perintah Allah dan Rasulnya. Inilah punca sebenar akan kepincangan dan ceteknya ilmu mereka itu yang kemudiannya telah membawa mereka sesat mengikut kata Iblis. Mereka murtad dan mengaku telah bertemu tuhan, sedangtkan mereka pun tidak kenal tuhan itu, tak pernah bertemu, dan tidak tahu akan jalan untuk bertemu pun. Jadi bagaimana mereka boleh berbuat sesuka hati mereka dengan melangar segala hukum dan larangan tuhan, tetapi boleh pula bertemu tuhan ? Jadi siapa tuhan yang mereka jumpa itu ? Sudah tentunya bukan tuhan Allah, tetapi mereka bertuhankan Iblis Laknatullah. Jadilah mereka semua itu sesat lagi menyesatkan kerana telah menduakan Tuhan tampa mereka sedari. Inilah yang paling banyak berlaku dikalangan umat Islam di Malaysia ini.

Kerana itulah Allah menyuruh kita mengikut Nabi Muhammad saw kerana dia saja manusia yang boleh kita percaya dan telah banyak keterangan dari ayat-ayat al Quran yang menjadi dalil kebenaran akan kerasulannya. Menjadi wakil mutlak Allah Rabuljalil pencipta seklian alam ini. Menjadi penyampai berita-berita yang nyata dan ghaib. Pesanan guruku "Dia saja manusia secara hidup-hidup yang telah menyampai kehadrat Allah swt dengan penyaksian secara zahir dan batin sendiri akan zat segala zat wazibalujud dari usul makna makniNya yang terangkum di dalam kalimah shadatai itu. Maka tiada siapa lagi dikalangan seluruh manusia yang ujud dulu, kini dan selamanya dapat menyampai akan ketinggian rohaniah dan zahiriah yang ada pada Baginda yang terawal dan yang terakhir. Jauh sungguh kedudukan kita manusia mukmin biasa ini kerana kita hanya ujud dari keringatnya saja. Kembalilah ke asal ujud zat, ujud sifat, ujud afaal dan ujud asma nur Muhammad, akan kamu temui segala rahsia ini didalam kalimah shadatai itu dengan izinNya, yang kamu ambil dari tangan Baginda sendiri atau menjurusi susurjalur Wasilah dan Rabitah kepadanya sahaja hinggalah kamu sendiri bertemu dengan Nya kelak. Pegang amanah ini dengan teguh jika kamu sebenarnya cinta, kasih dan sayang akan dirinya, bertakwalah kamu kepada Allah swt, jauhi segala larangan-larangannya, ikuti sunnah Baginda sehabis mampu atau jadilah kamu sepertinya jika kamu boleh, ikutilah segala ajarannya dan apa yang telah ditinggalkannya kepada kamu iaitu Sunnahnya dan al Quran. Maka kamu jadilah penaung kepada yang lainnya baik dimana kamu berada". Begitulah serba sedikit amanah yang telah ditinggalkan oleh guru kawan sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 20 Rabualakhir 1431 bersamaan 5 hb April 2010 subuh hari isnin tepat jam 6 pagi selepas kami selesai solat subuh bersama buat kali yang terakhir didunia ini. Itulah diantara sebab kenapa kawan lama di seberang selain berseminar, muzakarah, memberi sedikit ceramah- ceramah sambil menziarahi tuan guru yang sedang uzur yang menjangkau 97 tahun usianya. Tidak disangka sama sekali rupa-rupanya inilah kali terakhir kawan dapat menatap wajahnya dan kebetulan pula kawan sedang berada disisinya. Kata-kata dan pesanan dari beliau ini kawan rangkumkan disini buat tatapan kalian pembaca budiman supaya menjadi pedoman untuk kita bersama. Mudah-mudahan beliau ditempatkan yang paling istimewa bersama-sama para solehin dan mu'taqin...amin.

Selanjutnya didalam al Quran telah menyatakan beberapa ayat tentang dalil kebenaran dan juga kepentingan menjadikan diri Rasullah saw itu sebagai ikutan yang sebenarnya seperti yang telah terukir didalam surah Saba' ayat 28 yang mafhumnya :

"Tidak kami mengutuskan engkau (ya Muhammad) melainkan kepada seklian umat manusia untuk memberi kabar gembira (syurga) dan memberi peringatan (neraka), tetapi kebanyakan manusia tidak mengatahui ".

Dan lagi didalam surah yang sama ( Saba') ayat 46 yang mafhumnya :

"Katakanlah: Hanya Aku ajarkan kepadamu satu pelajaran (iaitu) kamu berdiri kerana Allah berdua-dua atau berseorangan (mendirikan solat sunat), kemudian kamu fikirkan, (nescaya akan kamu ketahui) bahawa temanmu itu (Muhammad) bukanlah gila. Dia tidak lain hanya pemberi peringatan kepadamu sebelum tiba siksaan yang sangat keras " .

Didalam surah al A'araf ayat 175 yang mafhumnya :

"dan bacakanlah kepada mereka (ya Muhammad) khabar berita orang yang telah Kami datangkan ayat-ayat Kami. Lalu dibuangkannya (tidak mengikutinya) sampai ia diikuti syaitan, sebab itu mereka termasuk orang-orang yang sesat".

Dan didalam surah al A'araf juga pada ayat-ayat dari 145 hingga 147, Allah menjelaskan dengan terang dan nyata yang mafhumnya :

"Telah kami tuliskan baginya pada papan (kitab Taurad) jadi pengajaran tentang tiap-tiap sesuatu dan menerangkan tiap-tiap sesuatu, sebab itu turutilah dengan bersungguh-sungguh dan suruhlah kaummu (umat Muhammad) mengambil yang sebaik-baiknya (pengajaran). Nanti akan Ku perlihatkan perkampongan orang-orang fasiq (neraka jahanam)".

"Nanti akan Ku palingkan daripada ayat-ayat Ku orang-orang yang sombong dimuka bumi tanpa kebenaran. Jika mereka melihat beberapa ayat, mereka tidak juga beriman kepadanya dan juga mereka melihat jalan kebenaran, mereka tidak mahu menempuhinya, tetapi jika mereka melihat jalan kejahatan (jalan yang sesat) mereka terus menempuhnya. Demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka lengah daripadanya".

"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menemui akhirat, nescaya hapuslah (sia-sialah) segala amalan mereka. Mereka tiada akan menerima balasan, selain dari apa-apa yang telah mereka kerjakan (neraka kepada mereka kerana sesat)".

Serta banyak lagi ayat dari al Quran tentang dalil kebenaran akan yang telah diajarkan dan disarankan oleh Baginda untuk kita sentiasa yakin dan percaya bahawa apa yang telah dibawa oleh Baginda saw adalah yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita kaum mukmin umat Muhammad untuk mentaati dan sentiasa bertakwa kepadaNya. Rasullah diutus untuk menunjuki jalan yang benar dan lurus. Oleh itu kenapa harus kita berpaling kepada yang lain ? Semasa zaman Baginda dahulu menyebarkan ajaran Islam, puak-puak kaum Arab terutama dari kalangan bani Quraisy telah menuduh Nabi pembawa ajaran baru yang sesat (menyelahi ajaran turun tumurun datok nenek mereka), sedangkan mereka itulah yang sesat kerana mengadakan upucara-upucara retual penyembahan berhala kuno dan segala adat resam yang menyalewing. Begitu juga apa yang berlaku sekarang, penaja-penaja ajaran-ajaran sesat akan menuduh orang- orang yang beriman yang tidak bersama mereka sebagai sesat. Memutar belit hujah dan kata-kata hingga orang ramai terpengaruh mengikuti dan menyokong mereka. Mereka sebenarnya telah memecahbelahkan umat Islam dengan doktrin dan amalan-amalan sesat yang menyempang jauh dari ajaran Nabi Muhammad saw yang sebenarnya. Jauh dari hukum syarak, sunnah dan al Quran. Malah sesetengah dari mereka mengalakkan pengikutnya untuk melangar hukum syarak pula. Berwaspadalah kita daripada golongan-golongan yang telah rosak hati, pemikiran dan akhlaknya terhadap Allah swt dan Nabi Muhammad saw ini serta pohon agar Allah jauhi kita dari terjebak didalam perangkap mereka itu.

Selanjutnya Allah berfirman didalam surah as Zumar ayat 41 yang mafhumnya :

" Sesungguhnya Kami telah turunkan kitab (al Quran) kepada engkau (ya Muhammad), untuk manusia dengan (membawa) kebenaran. Barang siapa yang mendapat petunjuk (dengannya), maka (feadahnya) untuk dirinya dan barang siapa yang sesat, maka hanya ia sesat (tidak berpanduan serta melarat) atas dirinya pula. Engkau (Muhammad ditugaskan utk menyampaikan) bukan menjadi wakil terhadap mereka itu (tiada kuasa keatas mereka) ".

Dari ayat diatas telah ditentukan bahawa Nabi Muhammad saw hanyalah sebagai penyampai dan memberi petunjuk kepada kebenaran. Sesiapa yang bersamanya pastinya akan terselamat dari seksaan neraka jahanam dan sesiapa yang berpaling dari ajaran serta petunjuk yang telah dibawanya itu, maka mereka akan dipertanggungjawabkan atas segala kesesatan yang telah lakukan sewaktu didunia ini. Nabi tiada kuasa untuk merubah, memaksa atau dipertanggung jawabkan atas apa juga yang perbuatan sesat mereka itu. Sebaleknya Allah swt lah yang akan membalas segala perbuatan mungkar dan sesat yang telah mereka kerjakan itu.

Didalam al Quran juga telah dinyatakan kemungkaran dan kesesatan kaum- kaum terdahulu terhadap perutusan Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang telah dihantar kepada mereka. Malahan mereka sanggup membunuh Nabi-nabi itu. Contohnya didalam surah al Syu'araak yang banyak menceritakan riwayat Nabi-nabi. Nabi Musa as dari ayat 10-68 dengan Firaun yang sesat serta kaumnya Bani Israil yang terselamat dari dikejar oleh balatentera Firaun menyebarang laut Merah menuju Palastin. Firaun dan balatenteranya yang sesat itu ditengelamkan Allah swt didalam laut kerana keingkaran dan kesombongannya. Kemudian didalam surah yang sama dari ayat 69 - 86 pula menceritakan prihal Nabi Ibrahim as dengan bapanya dan kaumnya yang sesat kerana menyembah berhala. Dalam ayat seterusnya dari ayat 105 - 121 pula menceritakan akan Nabi Nuh as dengan kaumnya yang sesat dan ingkar yang kemudian Allah tengelamkan mereka dengan banjir besar. Nabi Nuh as dan mereka yang setia telah terselamat dengan petunjuk Allah akan binaan kapal yang besar. Kemudian dari ayat 123 - 140 menceritakan riwayat Nabi Hud as dan kaumnya iaitu kaum Ad yang sangat terkenal dengan pertukangan binaan dilereng gunung yang tinggi. Mereka juga sesat dan ingkar akan seruan nabi mereka, akhirnya mereka dibinasakan Allah swt akan keingkaran mereka itu. Dari ayat 141 - 158 menceritakan akan Nabi Saleh as dan kaum Tsamud yang terkenal dengan pertukangan binaan dengan memahat batu didinding gunung tetapi sesat dan ingkar akan seruan kebenaran dari nabi mereka. Mereka juga telah dibinasakan Allah. Masih lagi didalam surah yang sama didalam ayat 160 - 174 yang telah mengisahkan Nabi Luth as dan kaumnya yang sangat keji perbuatan mereka termasuklah Isterinya yang juga sesat dan ingkar akan seruan nabi mereka. Mereka telah dibinasakan Allah dengan azab yang pedih dari hujan batu dan diterbalikkan negeri mereka menjadi laut mati. Kemudian dari ayat 176 - 189 iaitu kisah Nabi Syu'aib as bersama kaumnya yang menjadi pedagang tetapi suka menipu akan sukatan timbangan mereka. Mereka juga sesat dan ingkar akan seruan nabi mereka dan telah dibinasakan Allah swt semuanya.

Akhir sekali dari ayat 190 sehingga ayat 227 didalam surah ini, Allah telah memberi perkabaran kepada Nabi Muhammad saw akan tugasnya untuk memberi keterangan dan peringatan kepada umat manusia seluruhnya supaya sentiasa mentaati seruan Allah serta bertakwa kepadaNya. Telah diceritakan dengan jelas didalam ayat ini akan contoh taladan kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan Allah dengan azab seksa yang pedih kerana mengingkari akan seruan Rasul dan Nabi-nabi mereka. Mereka seharusnya mengambil iktibar akan kesilapan kaum-kaum itu kerana tidak mentaati seruan dan ajaran yang baik dari nabi-nabi mereka sebaliknya menghina dan mendustakan mereka itu pula. Kepada umat Muhammad diakhir zaman ini juga telah disampaikan amanah itu dan terserahlah kepada mereka memilihnya pula. Jika mereka ingkar akan ayat-ayat Allah maka berlepas dirilah Nabi saw akan segala kekufuran yang telah mereka perbuat. Maka terserahlah kepada Allah swt pula yang akan membalas segala perbuatan mereka itu. Diakhir ayat ini juga ada menjelaskan peranan syaitan yang menjadi pendorong kepada kesesatan yang mereka perbuat. Sebenarnya syaitan telah menguasai fikiran dan hati mereka untuk sentiasa ingkar serta mencari helah dan hujah-hujah yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah sedang mereka menyangka mereka akan terlepas dari hukuman dan azab yang telah tersedia menanti mereka. Tunggulah saja janji yang telah ditetapkan oleh Allah swt itu nanti.

Apa yang selalu kita perhatikan kepada penaja-penaja dan ketua-ketua ajaran sesat dimana- mana, mereka akan menggunakan tafsiran ayat-ayat al Quran dalam memberi hujah-hujah mereka. Ini telah berjaya menarik minat segelintir umat Islam yang tidak mempelajari bidang al Quran secara mendalam apatah lagi yang langsung tidak mengatahuinya. Sebenarnya didalam al Quran terdapat 2 bahagian besar maksud dan huraian ayat-ayat satu dipanggil ayat-ayat muhkamat iaitu yang jelas, terang dan nyata akan maksudnya. Manakala sebahagian lagi adalah ayat-ayat mutsyabihat iaitu yang samar-samar dan tidak jelas akan maksudnya. Ini telah diambil kesempatan oleh mereka menggunakan terjemahan mereka sendiri yang terang-terang menyempang dari maksud sebenar dan selalunya mereka akan mentafsir ayat-ayat ini mengikut nafsu mereka semata-mata. Didalam surah Ali Imran ayat 7 ada menjelaskan akan pekara ini yang mafhumnya :

"Dialah yang menurunkan Kitab (alQuran) kepada engkau (ya Muhammad), diantaranya ada ayat-ayat yang muhkamat (terang maksudnya), sekelian itu ibu Kitab (pokok isi alQuran), dan yang lain mutasyabihat (tidak jelas maksudnya). Ada pun orang-orang yang miring hatinya (cendrung kepada kesesatan) maka diikutinya apa-apa yang mutasyabihat kerana menghendaki fitnah dan mencari-cari takwilnya (maksudnya) dan tidak ada yang mengatahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang dalam ilmunya berkata: Kami beriman kepada yang mutasyabihat semuanya dari sisi Tuhan kami, dan tidaklah yang menerima peringatan melainkan orang-orang yang berakal ".

Sebagai contoh akan ayat-ayat mutasyabihat yang sering mereka gunakan sebagai hujah akan perbuatan mereka ialah perkataan (terjemahan) "tangan Allah diatas tangan mereka". Jadi mereka akan gunakan ayat ini untuk berbuat apa saja dengan tangan mereka kerana mereka beranggapan "tangan" mereka itu juga tangan Allah. Jadi Allah itu ada dalam badan mereka juga. Satu lagi ayat iaitu " pada arak itu ada sedikit kebaikan", jadi mereka mengunakan hujah ini untuk mengatakan arak itu baik untuk diminum, jangan ambil yang mabuk ambil yang baik saja. Jadi disini terang-terang mereka telah melakukan fitnah, tipu helah dan hawa nafsu mereka bagi menghalalkan yang haram dan berbuat pengubahan isi kandung al Quran dengan sengaja supaya menampakan mereka tidak melanggar hukum Syarak. Walhal mereka telah pun melanggarnya malah lebih teruk lagi apabila semua pengikutnya juga turut berbuat pekara yang mungkar itu. Inilah yang dikatakan sesat lagi menyasatkan. Mereka mempersenda dan mempermainkan ayat-ayat Allah untuk membuat propaganda dan promosi doktrin dan ajaran sesat tajaan mereka menjadi popular dihalayak ramai, maka sesiapa yang cetek pengatahuannya akan mudah terjebak mengikuti ajaran mereka yang sesat itu. Mereka dikuasi syaitan dan iblis yang bertopingkan manusia. Banyak lagi ayat-ayat yang bersifat mutasyabihat ini telah diselewingkan akan maksud dan takwilnya oleh pengamal ajaran-ajaran sesat sedangkan segala maksud dan takwilnya itu hanya Allah saja yang maha mengatahui akan nya kerana semua ayat-ayat al Quran itu adalah didalam ilmuNya jua. Hanya mingkin manusia yang telah diberi kelebihan dari Allah swt (mengikut kadarnya) saja yang mengatahui akan maksudnya yang mana menjadi rahsia peribadi mereka pula. Jadi mustahil bagi manusia kebanyakan seperti mereka yang telah mutrad, sesat, tidah beramanah, zidik, zalim, kufur, rosak akhlak, rosak pemikiran, rosak akidah yang akan dibuka rahsia sulit itu. Sedangkan syaitan dan iblis yang selalu mengintip dan cuba mencuri-curi dengar akan dipanah dengan petir dan halilintar. Mereka jauh dari bermimpi disiang hari, lara penghidupan dan jiwanya selama-lamanya.

Selain itu al Quran juga telah meletakkan golongan terdahulu iaitu Yahudi dan Nasrani itu sebagai terpesong dan sesat akidah mereka. Malah golongan Yahudilah yang paling teruk sekali. Mereka telah dimurkai, tersingkir dan dilaknati oleh Allah swt kerana mereka telah diberi ilmu dan petunjuk selain mereka juga telah didatangkan banyak para Nabi dan Rasul dari kalangan kaum mereka tetapi mereka tetap berdegil, kufur serta tidak mahu beramal menurut ilmu pengatahuan mereka. Kebijaksanaan saja tidak mencukupi dan berguna jika tidak tahu mensyukuri nikmat-nikmat yang telah diberi olehNya. Manakala golongan Nasrani pula tidak berilmu, meraka beramal tampa ilmu. Itu sebabnya mereka telah ditipu oleh kaum Yahudi, hinggakan menentukan tuhan pun mereka serahkan kepada orang-orang Yahudi. Mereka menurut saja apa yang telah diatur dan ditetapkan kepada mereka oleh kaum Yahudi sebab menyangka golongan Yahudi itu lebih arif dan bijaksana kerana mereka adalah golongan terduhulu yang diberi ilmu pengatahuan dengan Kitab serta para-para Rasul dan Nabi terawal. Kaum Yahudi sebenarnya meresa tidak senang dengan kehadiran Nabi Isa as yang Allah lantik dengan membawa agama Nasrani bersama Kitab Injil untuik mengantikan Agama Yahudi dan Kitab Taurad. Walhal mereka telah pun diberitahu akan pekara ini yang telah dinyatakan didalam Kitab Taurad mereka. Pembunuhan "Nabi Isa" dan Kitab Injil pula telah diubah suai dengan tangan mereka sendiri telah dirancang dengan rapi dan akhirnya rancana mereka berjaya kemudian kaum Yahudi berlepas diri dari perbuatan hina mereka itu. Jadi apa yang dunia saksikan sekarang ialah golongan Nasrani yang telah bertukar menjadi Kristian dengan amalan-amalan yang direka cipta oleh manusia dan telah ditokok tambah tampa ilmu serta terus mengikut saja Kitab gubahan tangan manusia keji. Itulah kaum Nasrani juga dimurkai Allah dan diletak sebagai golongan yang sesat kerana sudahlah tidak berilmu, mereka juga tidak menggunakan akal dan fikiran mereka yang telah dikurniakan oleh Allah sedangkan mereka tahu akan penipuan itu. Begitulah dungunya mereka ini. Oleh itu berilmu tampa amalan itu dimurkai dan beramal tampa ilmu itu sesat. Jadilah seperti umat Islam terduhulu yang mana mereka mencari ilmu dan kemudiannya beramal pula dengannya.

Bagaimana pula mereka dengan umat Islam ? Sebenarnya telah banyak percubaan yang telah dilakukan oleh kaum Yahudi dan Kristian untuk menghancurkan agama Islam sejak dari zaman Baginda Rasullah saw masih hidup lagi. Terutama kaum Yahudi yang suka menganggu pekerjaan Nabi dan merekalah yang bertindak mengapi-apikan kaum musyrik Qurayis Mekah supaya berperang dengan umat Islam. Ia banyak diceritakan didalam kitab-kitab sejarah Islam akan penghianatan mereka kepada Rasullah saw dan Umat Islam sendiri. Sebenarnya mereka itu adalah kaum yang sangat keji perbuatannya kerana sentiasa ingin mencabar dan menentang Allah iaitu Tuhan yang mencipta diri mereka itu. Sentiasa mementingkan hawa nafsu mereka serta ingkar dengan apa juga suruhan dan larangan Allah juga Rasul dan Nabi mereka. Agama Islam adalah agama Allah bukan agama ciptaan Muhammad, maka Dialah yang menjadi penjaga dan pemelihara mutlak akan agama ini. Muhammad telah Wafat , bagaimana dia hendak menjadi penjaga maka dia telah serahkan semuanya dibawah jagaan dan pemeliharaan Allah swt. Baik apa pun yang kaum Yahudi dan Kristian rancangkan untuk menghapuskan agama Islam ini pastinya akan musnah. Diakhir-akhir ini dapat kita lihat kuatnya kesatuan antara kaum Yahudi dan Kristian dengan perancangan demi perancangan untuk menghancurkan Islam semakin kuat dilancarkan propaganda diseluruh dunia dari semua arah, teknologi, media, agama, sosio budaya, pertahanan, politik, ekonomi, kewangan serta bebbagai lagi aginda sulit mereka. Didalam ingatan mereka bahawa Tuhan boleh ditundukan mengikut kehendak mereka dan Allah tidak tahu apa yang mereka rancangkan ini. Malahan apa yang tersembunyai didalam perut kamu pun telah diketahuiNya, inikan pula diluar otak mereka.
etahuilah oleh mu wahai Yahudi dan Kristian semua bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Besar, Maha Perkasa dan Maha Mengatahui atas tiap-tiap sesuata. Tiada akan kamu dapati kejayaan akan menyebalahi mu jika kamu melawan akan Kekuasaan dari segala yang Berkuasa didunia ini. Kamu lah yang seharusnya tunduk kepadaNya, bukan sebaliknya. Kami semua kaum Musilimin muslimat adalah dipihak yang benar selama-lamanya didunia dan akhirat. Berserta bersama kami adalah balatentera Allah yang sentiasa siapsiaga menunggu masa dan ketika saja. Ingatlah oleh kamu semua bahawa janji Allah pasti benar !!!


AJARAN-AJARAN SESAT MENURUT AL- SUNNAH.


Satu lagi cabang hukum bagi agama Islam adalah Hadis dan Sunnah yang diambil dari kata-kata Rasullah yang telah diriwayatkan oleh keluarganya dan juga sahabat-sahabatnya. Oleh itu harus juga kita lihat dan selidiki apa yang terkandung didalamnya dalam aspek memperkatakan tentang ajaran-ajaran sesat ini. Bersesuaian dengan saranan Nabi kita Muhammad saw supaya sentiasa berpengang kepada al Quran dan al Sunnah dalam menentukan apa juga hukum mahu pun perjalanan hidup kita. Rasullah telah berpesan, di riwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ahmad bin Muhammad al Hambal dari al Irbad bin Sayriah Rasullah bersabda yang maksudnya :

" Setelah selesai solat bersama kami, Rasullah pun menyampaikan pesanan kepada kami hingga kami menitiskan air mata, kata seorang sahabat yang lain, seumpama ini adalah nasihatnya yang terakhir. Kata Nabi, Aku berpesan kepada kamu sekelian supaya taatlah kamu kepada pemimpin yang adil walaupun dia dari golongan hamba sekali pun. Sesiapa diantara kamu yang hidup lama akan dapat melihat perpecahan dan perselisihan dalam Islam. Pada masa itu hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku yang berada dibawah nauangan Allah. Kamu gigit ia dengan kuat dan jauhilah oleh mu akan pekara baru. Kerana setiap pekara baru itu adalah bidaah dan sesat ".

Oleh itu kita telah ketahui bahawa perpecahan serta perselisihan faham telah pun dikatahui Rasullah saw dahulu lagi semasa beliau masih hidup. Maka Rasullah pun berpesan agar kita kembali merujuk kepada hadis iaitu sunnahnya atau sunnah sahabat iaitu digelar juga Khulafah al Rasiddin iaitu Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Inilah punca perpecahan dan perselisihan faham dikalangan umat Islam dahulu hinggalah sekarang apabila tidak merujuk kepada al Quran, hadis dan sunnah. Rasullah sendiri telah memberi beberapa contoh sebab perpecahan dikalangan umat Islam iaitu apabila :

1) Mereka tidak mengikuti ajaran Kitab Allah;

Dari al Darimi dari Yahya bin Ja'da berkata Rasullah saw yang maksudnya " Sesuatu Kaum itu akan tersesat apabila mereka berpaling dari ajaran Nabi mereka kepada ajaran yang bukan dari kalangan Nabi dari mereka atau bukan dari kitab suci mereka. Kemudian Allah menurunkan wahyuNya yang bermaksud 'Perlukah mereka memohon mukjizat yang lain' (tidakkah cukup alQuran itu sebagai mukjizat bagi Nabi sebagai bukti kebenarannya ? )".

2) Mereka selalu berdebat dan membantah arahan;

Dari Ibnu Maajah dari Abu Ummah berkata Rasullah saw yang bermaksud " Tidak tersesat suatu kaum selepas mereka mendapat petunjuk melainkan mereka diberi kepandaian berdebat dan membantah, sedangkan mereka membaca ayat-ayat suci yang menyatakan 'bahkan mereka itu adalah dari kaum yang banyak sekali bantahannya' ".

3) Mereka yang mengikut jejak langkah kaum Yahudi dan Nasrani;

Dari at Tarmizi dari Adi al Hatim berkata Rasullah saw yang maksudnya " Kaum Yahudi adalah kaum yang dimurkai Allah manakala kaum Nasrani pula adalah kaum yang sesat "

4) Mereka yang mendakwa dirinya sebagai nabi;

Dari at Tarmizi dari Tawban berkata Rasullah saw yang maksudnya " Tiada akan berlaku hari Kiamat sehingga ada kumpulan umatku yang mengikut kafir musrikin sehingga menyembah berhala dan akan lahir juga dari umatku 30 orang pembohong yang mendakwa dirinya nabi sedangkan aku adalah penutup segala Nabi-nabi dan tidak akan ada lagi Nabi selepas ku".

5) Orang muda yang suka mengeluarkan dalil-dalil dari al Quran;

Dari Abu Daud dari Saidina Ali kwh berkata Rasullah saw yang maksudnya " di akhir zaman akan keluar anak-anak muda yang berfahaman sesat yang suka mempersenda ayat-ayat al Quran yang dibawa oleh ku sedang Iman (guru) mereka tidak berkata begitu. Apabila kamu bertemu dengan golongan ini maka perangi mereka (habis-habisan) kerana Allah telah menyediakan ganjaram (pahala yang besar dihari kiamat) kepada sesiapa yang berjaya membunuh mereka".

6) Mereka yang berfahaman Murjiah dan Kadariah;

Daropada at Tarmizi dari Ibnu Abbas ra berkata Rasullah saw yang bermaksud " Ada dua golongan umatku yang pada hakikatnya tiada kaitan langsung dengan agama Islam iaitu kaum Murjiah dan kaum Kadariah ".

7) Mereka yang membiarkan kezaliman tampa pencegahan;

Dari at Tarmizi dari Saidina Abu Bakar as Sidiq berkata Rasullah saw yang bermaksud " Wahai orang-orang beriman, jagalah dirimu.. orang-orang yang sesat tiada akan mendatangkan kemuduratan kepadamu apabila kamu mendapat petunjuk "... dan Rasullah menambah lagi "Sesungguhnya manusia yang melihat kezaliman tetapi tidak pula menghalangnya, hampir saja Allah menimpakan azab seksaNya keatas mereka (ketika itu juga)".

8) Pemerintah yang ingkar melaksanakan hukum Allah.

Telah berlaku satu peristiwa dimana seorang dari kaum kenamaan Qurais ditangkap kerana mencuri, kemudian para pembesar Qurais memohon supaya ia dilepaskan dari hukuman tersebut dari Rasullah sedangkan mereka sendiri tidak berani bertemu Baginda, lalu mereka meminta pertolongan Osman bin Zaid (anak angkat Rasullah). Lalu Osman pun pergi bertemu Baginda dan menyatakan permintaan mereka itu. Baginda tersangat murka dan berkata "Adakah kamu (bersubahat) meminta safaat atas Hukum Hudud Allah ?". Kemudian Baginda berdiri lalu menyampaikan Khutbahnya " Wahai seklian manusia, sesungguhnya umat terduhulu sebelum kamu telah sesat kerana apabila orang mulia membuat jenayah mereka biarkan saja, sedangkan jika orang yang lemah (kebanyakan) membuat jenayah mereka Hukum Hudud keatas mereka. Demi Allah jika anakku sendiri (Saidatinah Fatimah) mencuri, aku sendiri akan memotong tangannya ".

9) Mereka yang bertuhankan hawa nafsu;

Dari Abu Daud dari Imam Ahmad bin Hambal daripada Muawiyah, bersabda Rasullah saw yang maksudnya "Sesungguhnya pengikut dua Kitab (Taurad dan Injil) sudah berpecah belah kepada beberapa golongan (Yahudi berpecah kepada 71 dan Nasrani berpecah kepada 72). Umat Islam kelak akan berpecah kepada 73 golongan iaitu 'al-hawa' (golongan yang mengikut hawa nafsu). Semuanya masuk neraka kecuali satu iaitu al Jamaah (ASWJ). Akan lahir dari kalangan umatku golongan yang diikuti hawa nafsu (Syaitan dan Iblis) seperti kawanan anjing yang berkejaran. Tiada urat nadi yang tidak dimasukinya (Syaitan dan Iblis itu). Demi Allah, wahai kaum Arab ! Jika kamu tidak menegakkan ajaran ku (Agama Islam), sudah pasti bangsa lain tidak akan mampu menegakkannya ".


KETERANGAN

Daripada kedua-dua sumber utama pegangan ASWJ dalam ajaran Islam iaitu Al Quran dan Hadis diatas dapatlah kita fahami bahawa ajaran-ajaran sesat telah pun dikesan sejak dahulu lagi malahan pekara ini telah dihuraikan oleh kedua-dua sumber ini dengan jelas sekali. Terlampau banyak ayat-ayat al Quran dan Hadis untuk dijadikan contoh, tetapi kita hanya dapat mendedahkan sebahagiannya sahaja. Apa juga setuasi yang berlaku sekarang dikalangan umat Islam di Malaysia khasnya juga pernah berlaku dizaman Rasullah saw dahulu. Cuma pemegang wataknya saja yang berbeza walhal ceritanya seperti diulang tayang saja. Tidakkah mereka sedar akan pekara ini ? Sebenarnya yang paling penting untuk semua umat Islam adalah Ilmu pengatahuan agama yang mantap. Kemudian rajin untuk membaca terjemahan al Quran dan Hadis supaya dapat mengambil ektibar dari kedua-dua sumber ini yang telah memuatkan segala sumber Ilmu yang luas. Ia adalah pelindung dari dakyah-dakyah songsang dan sesat serta golongan-golongan yang sewaktu dengannya.