بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN PENAKLUK YANG AGUNG
GAMBAR HIASAN
|
Zulkarnain
Zulkarnain (Bahasa Arab ذو القرنين dhū al-Qarnayn [ðulqarˈnajn]), secara harfiahnya bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh yang disebutkan di dalam Qur'an, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan Makjuj dari menyerang orang yang di Barat. Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai Iskandar Agung (Alexander dari Macedonia) tetapi ia hanyalah pendapat paling sekular dan disangkal sendiri oleh para ulama dan sarjana Islam yang mengatakan Zulkarnain adalah Cyrus Agung. Gelaran tersebut turut terkenal di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan telah digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeza.Isi kandungan
- 1 Timbulnya persoalan
- 1.1 Sedutan Quran
- 2 Bertanduk dua?
- 3 Perbezaan Antara Iskandar Agung dan Zulkarnain
- 4 Lihat juga
- 5 Pautan luar
Timbulnya persoalan
Persoalan tentang Zulkarnain tercatat dalam sirah nabawiyah (sejarah Nabi) dan tertulis dalam sirah Ibnu Ishaq yang menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan Yahudi Khaibar untuk mencari kelemahan Muhammad S.A.W. Ketika Nadr mengatakan hal tersebut kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit kepada rabai Yahudi di Madinah. Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan mengajukan tiga soalan yang sekiranya dijawab dengan betul, maka itu membuktikan akan baginda seorang nabi dan begitu juga sebaliknya. Persoalan yang ditanyakan ialah:- Tentang beberapa anak muda di zaman dahulu yang ceritanya amat pelik dan menakjubkan.
- Tentang seorang lelaki yang merupakan pengembara hebat yang telah sampai ke timur dan barat.
- Tentang Roh.
Sedutan Quran
Berikut merupakan petikan tafsir dari surah al-Kahfi yang menceritakan tentang Zulkarnain.- 83 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.
- 84 Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
- 85 Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
- 86 Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.
- 87 Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
- 88 Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.
- 89 Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
- 90 Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
- 91 Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
- 92 kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
- 93 Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
- 94 Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
- 95 Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
- 96 Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.
- 97 Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
- 98 (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
Bertanduk dua?
Sesetengah pihak berpendapat gelaran "Zulkarnain" bermaksud "bertanduk dua", yang secara tersiratnya merujuk kepada syiling yang ditempa untuk Iskandar Agung mahupun ukiran dinding Cyrus Agung. Pentafsir Quran abad ke-14 memberikan sebab yang berbeza. Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan, "sesetengah mereka memanggilnya Zulkarnain kerana dia mencapai dua "tanduk" (batas) matahari, timur dan barat, tempat ia terbit dan terbenam."Tambahan pula, nama Zulkarnain juga diterjemahkan menjadi "dia yang berketurunan dua", "dia yang hidup hingga dua kurun", "dia yang memiliki dua kerajaan" ataupun "pemerintah dua kerajaan". Banyak yang mentafsirkan perkataan tersebut dengan maksud yang berbeza.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan "bertanduk dua" bermaksud menggabungkan 2 negeri.
Perbezaan Antara Iskandar Agung dan Zulkarnain
Hasil kajian ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran terkenal), Molana Abolkalam Azad (Menteri Kebudayaan India), Baha'eddin Khomrashahi dan Dr. Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Agung. Mereka lebih mengesyaki yang Zulkarnain adalah Cyrus Agung iaitu raja empayar Parsi Arkaemenia. Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk artifak tulisan dan ukiran pada batu istana dan kubur. Berikut merupakan bukti yang dinyatakan:- Ukiran pada batu yang masih dapat dilihat hingga kini yang memaparkan Cyrus dengan mahkotanya yang mempunyai tanduk.
- Menurut Qur'an, rahmat Tuhan diberikan bersamanya dan dengan itu, Cyrus merupakan raja pertama (beberapa ratus tahun sebelum Iskandar Agung) yang menakluki sebahagian besar Eropah dan Asia.
- Cyrus (seperti juga Zulkarnain) menyembah satu Tuhan tetapi Iskandar Agung mempunyai banyak dewa-dewi.
- Di dalam al-Qur'an tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu bermula ke Barat lalu ke Timur sebelum ke jalan yang lain (iaitu Utara) yang bertepatan dengan ekspedisi Cyrus yang memulakan penaklukan di Barat Parsi hingga ke Lydia di Asia Kecil kemudian berpatah ke timur sehingga Makran dan Sistani (Scythian) sebelum ke Timur Laut menawan Eropah berhampiran Balkan.
- Ekspedisi Cyrus diteruskan dengan penaklukan Lycia, Cilicia dan Phoenicia, dan mereka menggunakan teknik pembinaan tembok yang belum digunakan lagi oleh orang Yunani ketika itu.
- Menurut al-Qur'an, pengembaraan Zulkarnain dimudahkan dan kebetulan lagi bagi Cyrus, beliau sempat menamatkan ekspedisinya kali itu pada 542 SM, sebelum pulang ke Parsi manakala Iskandar masih dalam misi menakluknya ketika dia mati.
- Keperibadian Iskandar juga dikatakan tidak seperti yang dikatakan mulia apabila Iskandar sendiri sering berpesta arak dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston, sebagai kekasihnya.
Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada tolak bandingnya. Di kalangan umat Islam, beliau dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great. Namun, perbezaan nama itu menimbulkan persoalan yakni adakah kedua-dua nama itu orang yang sama ataupun tokoh yang berbeza. Persoalan ini masih belum terjawab.
Di kalangan ulama dan para sarjana, mereka berbeza pendapat mengenai
perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan dan ketidakselarasan
cerita mengenai Iskandar Zulkarnain mengikut versi Islam dan barat.
Namun begitu A. Yusuf Ali, salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, menyimpulkan bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Quran dan sejarah Islam sama dengan Alexander The Great di barat. Perbezaan nama itu timbul kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat. Iskandar Zulkarnain pernah memimpin bala tentera ke Parsi, India, Bulchistan, dan Asia Tenggara. Malahan pernah belayar mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu dan singgah di kota Medang Kamulan timur yang terletak di Kelantan.Di Medang, Iskandar Zulkarnain merancang untuk menguasai seluruh Kepulauan Melayu.
Menurut catatan sejarah, Iskandar Zulkarnain berada Pulau Jawa selama 20 tahun untuk tujuan berdakwah. Setelah itu, beliau memimpin angkatan tenteranya menuju ke China. Kedatangannya mendapat tentangan yang hebat daripada Maharaja China. Tetapi bala tentera Iskandar Zulkarnain terlalu kuat dan akhirnya tentera China menyerah kalah.Maharaja China terpaksa menyerahkan bahagian timur Wilayah Shensi kepada Iskandar Zulkarnain. Beliau telah melantik seorang gabenor dan menamakan wilayah itu ‘Shang’ iaitu dari sebutan Cina ‘Yaksan’, nama asal Iskandar Zulkarnain. Selepas berjaya menguasai sebahagian wilayah Shang, China, Iskandar Zulkarnain meneruskan misi penaklukan ke negara Korea sebelum menyeberang ke Kepulauan Jepun. Dengan itu, tercapailah hasrat Iskandar Zulkarnain untuk sampai ke negara matahari terbit iaitu tempat yang paling hujung di sebelah timur.
Di setiap negara yang ditaklukinya, Iskandar Zulkarnain telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Nabi Ibrahim. Hampir tiga perempat dan penjuru dunia telah dijejaki oleh Iskandar Zulkarnain. Perihal ini ada disebut dalam al-Quran bahawa Iskandar Zulkarnain telah sampai ke negara matahari jatuh iaitu Norway dan terbit yakni Jepun. Sebab itulah beliau digelar “Zulkarnain” yang dalam bahasa Arab membawa pengertian “yang mempunyai dua tanduk”. Dua tanduk itu merujuk kepada dunia barat dan timur.
Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang lalu.Mengikut kitab Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ramai pengkaji sejarah meragui hubungan tersebut dan menyifatkannya sebagai percubaan penulis kitab itu untuk mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman dahulu. Sesetengah pula yang menyifatkannya sebagai mitos yang sengaja diadakan.
Begitu juga legenda mengenai Iskandar Zulkarnain sengaja diperbesar-besarkan.Mengikut legenda barat, Raja Iskandar Agung pernah membina tembok gerbang besi bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj yang lari ke sebuah gunung. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kedua-dua makhluk ini daripada membuat onar dan mencetuskan huru-hara. Gerbang besi ini kononnya pernah ditemui oleh seorang pengembara China pada kurun ke-7 Masihi. Pengembara yang bernama Hiouen Tsiang menjumpai gerbang itu ketika dalam perjalanannya ke India. Beliau hanya menemui dua daun pintu yang diperbuat daripada besi dan digantung dengan loceng-loceng. Pintu gerbangnya sudah tidak wujud lagi. Keadaan ini mungkin disebabkan gerbang besi itu telah dirobohkan oleh orang-orang Monggol yang keluar menjelajah ke barat. Tembok gerbang besi itu dipercayai terletak di sebuah daerah yang bernama Hissar iaitu lebih kurang 150 batu dari Bukhara.
Kisah Iskandar Zulkarnain turut disebut secara tidak langsung dalam kitab Injil. Iskandar Agung atau Alexander The Great dibayangkan sebagai seorang raja yang gagah perkasa dan memerintah jajahan yang besar. Namun empayar jajahannya musnah selepas kematiannya. Josephus, seorang ilmuwan yang berbangsa Yahudi-Palestin yang hidup hampir sezaman dengan Nabi Isa a.s. pernah menulis secara panjang lebar mengenai lawatan Iskandar Zulkarnain ke Juruselam dan Baitul Mukaddis yang menjadi kota suci kepada orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam.Baitul Mukaddis pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.
Selepas kewafatan kedua-dua nabi tersebut, orang Yahudi berbalah sesama sendiri dan menyebabkan kota itu jatuh ke tangan Iskandar Zulkarnain. Selepas Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, Baitul Mukaddis jatuh pula ke tangan beberapa kuasa seperti Rom, Parsi, dan Islam.
Sehingga ke hari ini, Baitul Mukaddis masih menjadi rebutan di kalangan orang-orang Islam, Yahudi, dan Nasrani dan menyebabkan pergolakan di Palestin masih menjadi isu yang tidak kunjung selesai.Yang lebih menarik dan pelik mengenai Iskandar Zulkarnain ialah beliau dikatakan pernah berguru dengan Aristottle, anak murid Plato, ahli falsafah Yunani yang terkenal. Justeru itu, timbul persoalan apakah Aristottle merupakan seorang yang beragama Islam kerana tidak mungkin bagi Iskandar Zulkarnain yang menganut ajaran Nabi Ibrahim mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaannya.
Bukan sekadar itu, Iskandar Zulkarnain juga dikatakan memperturunkan zuriatnya di Asia Tenggara, India, dan Parsi. Di antaranya ialah “Bharata” yang lahir di Pulau Jawa. Daripada “Bharata” pula lahir Anushirwan yang menjadi Raja Parsi dan turun kaum Pandawa serta Kaurawa dalam abad pertama Masihi.Nampaknya terdapat usaha daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk menghubungkan keturunannya dengan Iskandar Zulkarnain.
Jadi sudah tentu Iskandar Zulkarnain merupakan seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut hampir dalam kebanyakan peradaban besar dan utama dunia. Setiap bangsa dan peradaban mempunyai panggilan yang tersendiri terhadap Iskandar Zulkarnain. Mereka cuba menampilkan sifat-sifat Iskandar Zulkarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya.
Oleh hal yang demikian, bukan suatu perkara yang menghairankan kalau Iskandar Zulkarnain mempunyai nama dan panggilan yang lain selain daripada Iskandar Agung dan Alexander The Great. Hal ini kerana pada hakikatnya kedua-duanya merupakan orang dan tokoh yang sama.
pada kali ini
saya ingin menulis mengenai seorang tokoh terkemuka dan sejenis makhluk
yang disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj. Ini kerana, bagi saya amat
penting supaya umat Islam didunia mengetahui akan sejarah terbilang
Iskandar Zulkarnain serta persoalan bila dan dimanakah munculnya
'makhluk perosak' Yakjuj dan Makjuj ini. Oleh itu, sumber yang saya perolehi agak panjang, jadi saya ringkaskan menjadi dua bahagian.
SIAPAKAH SEBENARNYA ZULKARNAIN?
YAKJUJ DAN MAKJUJ DARI BERBAGAI SUMBER
SIAPAKAH SEBENARNYA ZULKARNAIN?
Sebenarnya
pendapat popular bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Zulkarnain (Alexander
The Great) telah dinafikan oleh ramai sarjana Islam kerana setelah
dikaji latarbelakang Iskandar Zulkarnain, ternyata bahawa beliau
bukanlah seorang yang berperibadi mulia sebagaimana Zulkarnain yang
diberitakan di dalam Al-Qur'an. Atas sebab itu sarjana yang kemudian
telah mengkaji lagi dan mencari siapakah sebenarnya Zulkarnain itu.
Wahab bin Munabbih berpendapat bahawa Zulkarnain adalah seorang raja Yaman bernama As-Sha'ab Zulkarnain bin Al-Harith Zu Murathid bin Amru Al-Hammal Zu Manah bin Aad Zu Syidad bin Emir bin Al-Milthat bin Saksak bin Wail bin Himyar bin Saba' bin Yusyiab bin Yi'rab bin Qahtan bin Hud a.s. bin Emir bin Syalikh bin Arfafksyad bin Sam bin Nuh a.s. Menarik juga kisah As-Sha'ab Zulkarnain ini kerana baginda ini dikatakan hidup di zaman Nabi Musa a.s. dan satu lagi perkara menarik ialah bahawa Nabi Khidir a.s. adalah menteri kanan kepada As-Sha'ab dan Khidir a.s. telah mengikuti baginda bersama-sama dalam siri pengembaraan baginda untuk menakluki negeri-negeri lain. Malah Khidir a.s. dikatakan telah menghilangkan diri selepas As-Sha'ab Zulkarnain mangkat.
Seorang lagi raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain ialah Kaurasyh Al-Ikhmini. Pendapat ini dikemukakan oleh Abul Kalam Azad, bekas Menteri Pendidikan India. Beliau telah menyelidik sejarah Parsi kuno dan menemukan seorang raja yang terbilang sejarahnya. Kaurasyh dikenali oleh orang Greek sebagai Syrus, dan orang-orang Yahudi menggelarnya sebagai Khauras. Selain dari merupakan raja yang agung, Khaurasyh dikatakan bersifat adil, hubungan dengan rakyat jelata adalah baik, dan menunjukkan sifat-sifat kemanusiaan yang mulia.

Jika mahu
dicatat satu persatu berkaitan tiga raja yang dikaitkan dengan
Zulkarnain dalam Al-Qur'an itu akan jadi amat panjanglah artikel ini.
Memadailah untuk saya catat di sini pendapat Muhammad Khair Ramadhan
Yusuf yang telah mengkaji dengan terperinci mengenai raja-raja
berkaitan. Beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak
mengaitkan salah satu dari tiga raja ini sebagai Zulkarnain yang disebut
di dalam Al-Qur'an. Adalah lebih baik bagi kita menganggap bahawa
Zulkarnain yang di sebut di dalam Al-Qur'an itu sebagai seorang raja
agung yang beriman, yang berperibadi mulia. Saya sendiri pun bersetuju
dengan beliau, kerana pendapat-pendapat ulama berkaitan perkara tersebut
adalah sekadar pendapat dan belum lagi mencapai tahap pembuktian yang
benar-benar kukuh. Mungkin pada satu hari nanti ulama Islam akan menemui
bukti siapakah Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Qur'an.
InsyaAllah.
YAKJUJ DAN MAKJUJ DARI BERBAGAI SUMBER
Dari susut
perkataan Yakjuj dan Makjuj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz
Ibnu Hajar berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari
bahasa asing (bukan bahasa Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia
berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam Azad pula menyatakan bahawa
perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada
asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog
dan Magog.
Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan dalam kitab Al-Ara'is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu "terpisah atau tinggal" pada satu arah di belakang tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-Dailam.

Dari segi sifat
Yakjuj dan Makjuj pula, banyak pendapat yang berbeza-beza telah
dikemukakan oleh para ulama. Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik
dan menyimpang dari realiti dan telah dianggap sebagai dongeng
Isra'iliyat. Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj digambarkan
oleh sebahagian ulama sedemikian rupa semata-mata untuk menarik minat
pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan Makjuj tidak digambarkan sewenangnya
hingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Ibnu Jarir ada
meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih secara terperinci mengenai
kisah Zulkarnain dan pembinaan tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai
sifat-sifat Yakjuj dan Makjuj. Para pengkaji berpendapat bahawa
hadis-hadis ganjil berkaitan sifat Yakjuj dan Makjuj ini tidak sah dari
segi sanadnya. Secara umumnya kini para pengkaji berpegang pada prinsip
bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan
Yafith bin Nuh a.s. Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah
diketahui sama ada Yakjuj dan Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut
tubuh, mungkin ada kelainan dari segi warna kulit, akhlak dan adat, tapi
mungkin dari sudut kekuatan dan membentuk kerajaan.
Menurut hadis
diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru
bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara
bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima'
sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak
mereka sendiri. Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada
yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan
anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga
berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan
juga peralatan-peralatan.
Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.

Apakah jenis
kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama
berpendapat bahawa mereka ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan
menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan
ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa. Al-Kalbi
berpendapat: "Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan
semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga
membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka
nescaya akan disiksa dan dibunuh." Sesetengah ulama lain berpendapat
bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi
setelah mereka keluar.
Sebahagian
ulama' berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol. Syed
Qutub seorang pengkaji Islam yang masyhur berpendapat bahawa ada
kemungkinan Yakjuj dan Makjuj adalah orang Mongol, kerana itulah orang
Mongol dan Tartar mengganas serta membuat kebinasaan di Timur. Doktor
Abdul Halim berpendapat bahawa Tartar adalah nama bagi bangsa yang
berlainan petunjuk dengan sebab berlainan masa, tapi Thomson berpendapat
bahawa Tartar merupakan nama yang digelarkan ke atas bangsa Mongol atau
satu puak daripada mereka, dan bukan ke atas bangsa Turki. Thomson juga
berkata bahawa orang-orang Turki telah keluar dari Mongolia sebagai
jalan penyelesaian, dan tempat mereka diganti oleh orang-orang Mongol.
Setengah dari kaum Tartar telah berpakat dengan puak Turki ketika keluar
dari Mongolia dan berpindah bersama dari Asia Tengah menuju ke arah
barat. Ibnu Al-Athir menggelarkan "At-Taiman" terhadap nenek-moyang
Genghis Khan, dan mereka ini dianggap nenek-moyang bangsa Tartar.
Ternyata bahawa bangsa yang asalnya berketurunan Mongol dan bertutur
bahasa Mongolia adalah Tartar. Nama Mongol dan Mongolia mula digunakan
secara rasmi oleh Genghis Khan. Imam Al-Qasimi juga berpendapat bahawa
mereka adalah orang Mongol dan Tartar.
Persoalan mengenai siapakah Yakjuj dan Makjuj juga telah mendapat perhatian dan telahpun dikaji dengan terperinci oleh sarjana-sarjana Islam. Secara ringkasnya, ada yang berpendapat bahawa kaum ini adalah bangsa Mongol dan Tartar yang memang terkenal ganas dan telah menyerang dan menakluki sebahagian besar muka bumi, dan kaum Mongol jugalah yang telah mengalahkan kerajaan Abasiyyah dan menghancurkan Baghdad sekitar kurun ke 12. Bangsa Mongol ini dikatakan membunuh manusia dengan kejam dan merosakkan apa yang mereka temui dalam siri penaklukan mereka. Bangsa ini jugalah yang menyebabkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China, dan kerja hebat itu disambung oleh raja-raja yang kemudian. Ada mungkin telah tahu nama-nama Genghis Khan, Kublai Khan dan Hulagu. Mereka ini adalah antara raja-raja Mongol yang terkenal dalam sejarah.

Doktor Al-Butiy berkata "Apa yang dikatakan oleh sesetengah mereka
hanyalah merupakan satu pendapat atau ijtihad semata-mata bahawa (Yakjuj
dan Makjuj) adalah orang-orang Tartar dan Mongol.." Ada pendapat yang
menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah dari bangsa Yahudi
atau beragama Yahudi. Kaum Yahudi dikatakan pernah menduduki kawasan
timur dan kemudiannya berpindah ke Eropah melalui Dariel Pass yang
berada di banjaran gunung Caucasus. Dalam sebuah artikel oleh Colonel
R.G. Pearse berjudul The National Message, banyak bukti telah
dikemukakan bahawa kabilah Yahudi telah melalui kawasan Pergunungan
Caucasia masuk ke Eropah pada kurun-kurun awal sebelum kelahiran Nabi
Isa a.s. Colonel Pearse dikatakan telah tinggal di kawasan ini beberapa
tahun. Ada dua jalan melalui gunung-ganang Caucasia ini. Satu darinya
bernama Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai keldai, pada masa
silam jalan ini dikenali sebagai "Lorong (Bani) Israel". Diceritakan
bahawa bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari Guta di Media ke
Arsareth, mereka (dalam bilangan yang ramai) perlu melalui banjaran
Caucasia ini. Banjaran ini panjangnya beratus batu.. Mereka kemudiannya
sampai ke (kaki) Gunung Kazbek, kemudian masuk ke siri gaung yang
berbatu-batu, yang dinamakan Gaung Dariel, atau Gaung Darius... Kemudian
melepasi kaki bukit, hingga muncul di dataran Eropah di Gerbang
Caucasus.
Saya berpendapat bahawa walaupun kabilah Yahudi ini dikatakan telah berpindah melalui Lorong Dariel, belumlah dapat dipastikan sama ada mereka ini telah berpindah kesemuanya sebelum Tembok Zulkarnain dibina. Dan satu perkara lagi, hingga masa kini pun, sebenarnya Lorong Dariel boleh dilalui oleh sesiapa yang mengikut jalan di atas bumi. Maksud saya ialah, setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan mengepung dari satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang lain. Kemungkinan bahawa sebahagian dari kaum Yahudi inilah yang dinamakan kaum Yakjuj dan Makjuj dan mereka telah melakukan kerosakan yang besar di muka bumi mengatasi bangsa Mongol tapi kebanyakan dari peristiwa itu telah "dipadamkan" dari sejarah oleh bangsa Yahudi yang berada di atas bumi. Saya berpendapat demikian kerana antara banyak bangsa-bangsa di dunia ini, bangsa Yahudi adalah bangsa yang dianggap paling bongkak, kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Mereka ini menganggap bangsa-bangsa lain seperti binatang ternak yang "halal" disembelih. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin pada masa sekarang.
Dalam kitab Al-Badu Wa At-Tarikh: "Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj tinggal di sebelah timur muka bumi." Imam Al-Masudi berkata: "Mereka tinggal di bandar terpencil di sebelah timur jauh diantara sempadan negara China dan di hujung Mongolia. Di situ Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok yang besar bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj daripada keluar ke muka bumi untuk membuat kerosakan." Tantawi Jauhari berkata: "Di dalam risalah-risalah terdahulu yang dikarang sekitar kurun ke 3 dan ke 4 telah menjelaskan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah penduduk yang berada di sudut yang maju di utara China. Dihadkan negara mereka sekitar 27 darjah ke utara hingga 50 darjah. Negara ini sekarang merupakan bahagian yang besar di China dan ianya (lokasinya) sekarang merupakan ibu negaranya iaitu Beijing."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan