AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Rabu, 28 Mei 2014

Qada’ dan Qadar

 

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102



 OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANUR

Beriman Kepada Qada’ dan Qadar


Mengikut terminologi  Qada’ adalah pengetahuan Allah tentang perbuatan yang lampau, sedang dan yang akan berlaku telah ditetapkan-Nya sejak azali dan tertulis di dalam Lauh Mahfuzh. Adapun Qadar adalah terjadinya suatu perkara yang baik mahupun buruk sesuai dengan prinsip sifatnya, ukurannya, dan syarat-syaratnya mengikut aturan dan kehendak Allah Taala. (Aqidatuna, Juzuk 2)

Beriman dengan Qada’ dan Qadar termasuk salah satu daripada kewajiban Rukun Iman, meyakini bahawa seluruh penciptaan alam semesta mengikut ilmu Allah dan kebijaksanaan-Nya, sesungguhnya Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu dan berkuasa melakukan perkara yang dikehendaki-Nya.

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut Qadar (yang telah ditentukan).” (al-Qamar:49)

Sabda Rasulullah s.a.w :
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ : اكْتُبْ قَالَ : رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ؟ قَالَ : اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Maksudnya : “Sesungguhnya yang pertama diciptakan oleh Allah adalah ‘Al-Qalam’. Allah berfirman kepadanya ; ‘Tulislah.’ Al-Qalam pun berkata; ‘Ya Tuhan, apakah yang aku akan tulis?’ Allah berfirman; ‘Tulislah akan qadar (ketetapan) dan segala apa yang terjadi sehingga menjelang Kiamat.” (Riwayat Abi Daud)

Firman Allah :
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الأَرْضِ وَلا فِي أَنفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Maksudnya : “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid:22)

Para salaf as-soleh meyakini dengan sepenuh keimanan bahawa Allah Taala mencipta tiap-tiap sesuatu, mentadbir dan memilikinya. Allah telah menentukan perkara yang akan terjadi sebelum menjadikannya. Dia telah menentukan ajal, rezeki dan kerja yang mereka lakukan. Dia telah menulis kesudahan mereka sama ada menjadi bertuah atau ditimpa celaka. Semuanya telah ditulis dalam catatan yang jelas dan nyata.

Setiap perkara yang Allah kehendaki akan berlaku dan setiap perkara yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku. Allah mengetahui perkara yang telah lepas, sedang berlaku, akan datang, waktu dan cara ia berlaku. Allah berkuasa ke atas setiap sesuatu, memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki dan menyesatkan orang-orang yang dikehendaki.

Setiap hamba memiliki kehendak dan kuasa untuk melakukan semua perkara yang ditentukan oleh Allah ke atas mereka dengan keyakinan bahawa setiap hamba tidak mampu melakukan sesuatu kecuali dengan kehendak Allah. Kefahaman inilah yang dapat mendorong manusia untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan bila ia sedar bahawa Allah sentiasa mengawasinya serta meminta pertanggungjawaban.

Firman Allah :
فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ
Maksud : “Maka barang siapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.” (Al-Kahfi:29)

Sesungguhnya Allah mencipta hamba-hamba-Nya serta perbuatan mereka dan mereka sendiri pula yang melakukan semua perbuatan yang mereka lakukan tanpa paksaan. Maka tidak ada hujjah bagi seorang hamba ke atas Allah sekiranya dia mahu meninggalkan perkara yang wajib atau melakukan perkara yang haram (bahawa ini adalah ketentuan Allah), bahkan Allah mempunyai hujjah yang kuat ke atas hamba-hamba-Nya.

Seorang hamba Allah yang beriman dengan ajaran Rasul-Nya, wajiblah menolak taqdir buruk dengan taqdir baik. Di mana kufur itu dihilangkan dengan iman, kezaliman dengan keadilan, peperangan dengan perdamaian, maksiat dengan ketaatan, penyakit dengan ubat, kebodohan dengan pengetahuan, kekalahan dengan jihad, kemiskinan dengan bekerja dan begitulah seterusnya.

Keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah memerlukan seseorang melaksanakan tiga perkara;

Pertama: Hendaklah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan baginya untuk mendapat kesenangan dan menjauhkannya daripada kesusahan dan segala larangan-Nya di samping bertawakkal kepada Allah dan meminta perlindungan daripada-Nya, maka jadilah ia sentiasa bergantung dengan Allah untuk mendapatkan perkara yang baik dan meninggalkan kejahatan.

Firman Allah :
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksud : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186)

Kedua: Hendaklah berusaha mencapai tujuan akhirat sebagaimana usaha yang dilakukan untuk mencapai tujuan dunia. Adalah sangat menghairankan jika dalam urusan akhirat segala amal usaha ditinggalkan sementara dalam urusan dunia masing-masing sedar bahawa hanya beristirehat tanpa usaha dan perancangan adalah salah satu bentuk amalan menuju pengangguran dan kemiskinan.

Sabda Nabi s.a.w :
احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Maksudnya : “Hendaklah kamu melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kepada kamu, dan mintalah pertolongan kepada Allah, jangan kamu mudah berasa lemah (malas). Sekiranya musibah menimpa kamu maka janganlah kamu berkata; ‘Kalaulah dulu aku lakukan begitu tentu ia akan jadi begini’, tetapi katakanlah, ‘Allah telah menentukan dan setiap yang dikehendaki-Nya akan dilakukan-Nya’. Lantaran kerana perkataan ‘kalau’ akan membuka peluang kepada syaitan.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w membimbing umatnya untuk bersemangat menempuh usaha yang bermanfaat dalam urusan dunia dan juga akhirat. Perintah Rasulullah s.a.w kepada umatnya untuk berusaha itu, baginda gabungkan dengan iman kepada taqdir, ini menunjukkan bahawa beriman kepada taqdir tidak menafikan keperluan strategi dan usaha untuk mencapai sesuatu hajat.

Ketiga: Hendaklah bersabar di atas perkara yang telah ditentukan ke atasnya dan tidak meratap atau menyesal, setelah dia mengetahui bahawa semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah maka dia redha dan berserah diri. Dia seharusnya mengetahui bahawa dia tidak mungkin terlepas daripada perkara yang ditetapkan untuk menimpanya dan perkara yang tidak ditetapkan ke atasnya tidak akan menimpanya.

Firman Allah :
قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Maksud : “Katakanlah (wahai Muhammad); Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.” (Taubah:51)

Ketika kekhalifahan Umar al-Khattab r.a, beliau telah bermusafir bersama beberapa orang sahabat dari Madinah ke tanah Syam. Peristiwa ini berlaku pada bulan Rabi’ul Akhir tahun 18 H, di mana perjalanan Umar adalah untuk melihat keadaan rakyat dan para gabenurnya. Setelah beberapa hari menempuh perjalanan, rombongan Umar mendapat berita bahawa Syam telah dilanda wabak ta’un ‘Amwas. Umar kemudiannya bermusyawarah bersama para sahabat di dalam jemaah rombongan itu dan masing-masing sepakat memutuskan untuk kembali ke Madinah.

Abu Ubaidah r.a yang ketika itu menjadi gabenur di Syam berkata mempersoalkan keputusan Umar al-Khattab r.a, “Wahai Amiral Mukminin, mengapa kamu lari daripada taqdir Tuhan?”

Umar r.a lantas menjawab, “Ya, aku lari daripada taqdir Allah kepada taqdir yang lain. Apa pendapatmu wahai Aba Ubaidah seandainya engkau memiliki seekor unta yang turun di sebuah lembah yang memiliki dua lereng, salah satunya subur dan yang keduanya tandus, bukankah jika engkau membiakkannya di tempat yang subur bererti engkau menggembala untamu itu dengan taqdir Allah? Begitu pun sebaliknya, jika engkau membiakkannya di tempat tandus, bukankah engkau menggembalakannya juga dengan taqdir Allah?”

Tiba-tiba datang Abdurrahman bin ‘Auf kerana keperluannya lalu berkata;

إِنَّ عِنْدِي مِنْ هَذَا عِلْمًا، سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ؛ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
Maksudnya : “Sesungguhnya dalam masalah ini aku memiki ilmunya, aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; ((Jika engkau mendengar wabak ta’un di sebuah negeri maka janganlah kamu memasukinya, dan seandainya wabak ta’un terjadi di negeri yang engkau tinggal di dalamnya janganlah engkau meninggalkan negerimu kerana lari daripada ta’un)).” (Riwayat Muslim)

Menurut sejarah, ta’un ‘Amwas yang berlaku pada zaman kekhalifahan Umar telah mengorbankan sekitar 25’000 – 30’000 kaum Muslimin. Di antara mereka yang meninggal dunia akibat wabak ini adalah Abu Ubaidah ‘Amir bin Al-Jarrah r.a, salah seorang daripada sepuluh orang sahabat Nabi yang mendapat jaminan syurga Allah Taala.

Taqdir mengikut pandangan ulama’Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah;

Taqdir Mubram: Iaitu taqdir yang muktamad dan ia tertulis di Lauh Mahfuz. Tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan atau pengubahan kepada taqdir ini. Ia adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya: Kehidupan dan Kematian.

Taqdir Mu’allaq: Iaitu taqdir yang tertulis yang boleh tetap dan boleh berubah dengan kehendak Allah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. Mu'allaq bererti tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. Contohnya: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain, seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w :
لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلَّا الدُّعَاءُ، وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلَّا الْبِرُّ
Maksud : “Tidak boleh ditolak ketetapan Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibu bapa.” (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi)

Menurut ulama Ahl as-Sunnah, doa berpengaruh dalam mengubah apa yang telah tertulis dalam konteks Taqdir Mu'allaq. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat kepada Allah. Akan tetapi perubahan yang kita pohon itupun sudah ditetapkan melalui doa. Janganlah kita menyangka apabila berdoa, bererti meminta sesuatu yang belum tertulis, bahkan doa kita telah tertulis dan apa yang terjadi kerananya juga telah tertulis.

Begitu juga penyakit yang merupakan taqdir Allah boleh disembuhkan melalui rawatan dan pegharapan yang bersungguh-sungguh kepada-Nya, ia juga termasuk dalam Taqdir Mu’allaq. Rasulullah s.a.w pernah ditanya;
يَا رَسُوْلَ اللهِ أَرَأَيْتَ رِقًى نَسْتَرْقِيْهَا وَدَوَاءٌ نَتَدَاوَى بِهِ وَتُقَاةٍ نَتَّقِيْهَا، هَلْ تَرُدٌّ مِنْ قَدْرِ اللهِ شَيْئًا؟ قَالَ: هِيَ مِنْ قَدْرِ اللهِ
Maksud : “Ya Rasulallah, bagaimana pandanganmu terhadap ruqyah-ruqyah yang kami gunakan untuk jampi, ubat-ubatan yang kami gunakan untuk menyembuh penyakit, perlindungan-perlindungan yang kami gunakan untuk menghindari daripada sesuatu, apakah itu semua boleh menolak taqdir Allah? Jawab Rasulullah s.a.w; ‘Semua itu adalah (juga) taqdir Allah.” (Riwayat Tirmizi)

Firman Allah :
إِنَّ اللَّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ
Maksud : “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’du:11)

Maka, apa yang tercatat dalam Taqdir Mu’allaq boleh diubah oleh Allah atas sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia dengan kehendak Allah. Namun perubahan itu tidak terkeluar daripada apa yang Allah sedia ketahui dan tulis dalam Taqdir Mubram. Dalil untuk dua jenis taqdir ini ialah firman Allah Taala :
يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاء وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
Maksud : “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki, dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umm al-Kitab.” (Ar-Ra'd:39)

“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki),” ia merujuk kepada Taqdir Mu'allaq.

“Dan di sisi-Nya-lah terdapat Umm al-Kitab,” merujuk kepada Taqdir Mubram.

Ibnu Kathir r.hm menafsirkan “Umm al-Kitab” tersebut adalah perkara yang halal dan yang haram. (Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir)

Allah Taala telah menjadikan kepada ketentuan ini beberapa sebab yang boleh menolak dan mengangkatnya seperti berdoa, sedekah jariah, pengetahuan, perubatan, dan sebagainya. Kerana makna beriman terhadap Qada' dan Qadar sama sekali tidak menafikan kewajipan kita berusaha dan berikhtiar melakukan yang terbaik dalam kehidupan ini.

Allah pemilik Zat Yang Maha Adil, tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya, barangsiapa yang jujur dalam melaksanakan amal soleh pasti akan dimudahkan jalan menuju Syurga.
فَأَمَّا مَن أَعْطَى وَاتَّقَى. وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى. فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى
Maksud : “Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.” (Al-Lail:5-7)

Firman Allah lagi :
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya : “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh (kerana memenuhi kehendak agama Kami), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-Ankabut:69)

Dengarkan pula firman Allah tentang penduduk neraka yang mereka kekal di dalamnya mengharapkan kembali ke alam dunia, Allah Maha Mengetahui apa yang akan mereka lakukan seandainya dikembalikan ke dunia di dalam surah Al-An’am ayat 27 hingga 28;
وَلَوْ تَرَىَ إِذْ وُقِفُواْ عَلَى النَّارِ فَقَالُواْ يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلاَ نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksud : “Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata; ‘Kiranya kalau kami dikembalikan (ke dunia) dan tentulah kami tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman (tentulah kamu melihat suatu peristiwa yang mengharukan).”

بَلْ بَدَا لَهُم مَّا كَانُواْ يُخْفُونَ مِن قَبْلُ وَلَوْ رُدُّواْ لَعَادُواْ لِمَا نُهُواْ عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Maksud : “Bahkan (sebenarnya) telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu selalu menyembunyikannya. Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka.” 

Demikianlah ilmu Allah, tidak ada sedikitpun yang terluput daripada pengetahuan-Nya. Berdasarkan ilmu Yang Maha Sempurna itu Allah menulis segala sesuatu yang akan terjadi, yang belum terjadi dan yang sudah terjadi di Lauh Mahfuzh, 50’000 tahun sebelum Allah ciptakan langit dan bumi. Rasulullah s.a.w bersabda;
كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلَائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
Maksud : “Allah telah mencatatkan taqdir-taqdir sekalian makhluk-Nya 50’000 tahun sebelum diciptakan langit-langit dan bumi.” (Riwayat Muslim)

Firman Allah :
وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ
Maksud : “Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu.” (Ar-Ra'd:11)

Apa yang telah tercatat dalam Lauh Mahfuzh berlaku menurut kehendak Allah dengan penuh perincian melangkaui akal manusia, satu-persatu, tiada satupun yang terlepas daripada ilmu, kehendak dan penciptaan Allah Taala. Tiada sesuatu di alam ciptaan-Nya ini yang terjadi berlawanan dengan kehendak-Nya. Kerana Maha Luasnya pengetahuan Allah, maka tiada siapapun mampu menghitungnya secara tuntas sehingga hal ini diperhatikan oleh Imam Ja’afar as-Sodiq r.hm, sebagaimana katanya;
الناظر في القدر كالناظر في عين الشمس كلما ازداد نظراً ازداد حيرة
Maksud : “Orang yang terlalu memikirkan masalah Qadar ibaratnya seperti orang memandang terik mentari, semakin kuat ia melihat semakin bertambah ia merasa hairan.” (Jami’ Bayan al-‘Ilmi wa Fadhlih, Ibn ‘Abd al-Barr)

Kerana manusia tidak mengetahui Qada’ dan Qadar-nya, maka manusia perlu kepada usaha dan doa tanpa berputus asa. Ambillah pengajaran tentang kesilapan masa lalu, agar kita tidak mengulanginya pada masa kini. Usah menyalahkan taqdir kerana semuanya itu mengandungi rahsia Allah yang tiada siapapun mampu merungkainya. Batasan tersebut diingatkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya:
وَإِذَا ذَكَرَ اَلْقَدْرَ فَأَمْسِكُوْا
Maksud : “Jika ada yang menyebut perkara taqdir, maka hentikanlah mereka (membahas taqdir).” (Riwayat at-Tabarani)

Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan inayah-Nya kepada kita.

Enam Golongan Yang Akan di Masukan ke Dalam Neraka Tanpa Hisab

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102



 OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Jauhi Enam Golongan Yang Akan di Masukan ke Dalam Neraka Tanpa Hisab




Sahabat yang dirahmati Allah,

Allah S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyedikan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Kesemua manusia yang beriman  akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia. Tetapi amat malang terdapat 6 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa hisab di sebabkan dosa besar dan kemugkaran  yang mereka lakukan ketika di dunia.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
"Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :

1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."

Huraiannya adalah seperti berikut :

Golongan pertama : Kerajaan yang zalim.

Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka  tidak akan dapat berlaku adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Para ulama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.

Perkembangan terkini dua buah negara Arab yang mana pemimpinnya cukup zalim dan kejam, rakyatnya telah bangkit memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran, yang satu telah jatuh dan menanti yang satu lagi bila-bila masa akan jatuh dibawah gelombang rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan. Cuba kita bayangkan bagaimana zalimnya seorang pemimpin Islam sanggup menjadi 'budak suruhan' Yahudi laknatullah, saudara kita Palestin membawa makanan dan ubat-ubatan melalui trowong bawah tanah pihak tentera telah melepaskan gas beracun hinggakan mereka yang berada di trowong mati kerana sesak nafas. Tunggulah balasan Allah kepada mereka yang menzalimi saudara muslim yang tidak berdosa!

Para pemimpin pergerakan Islam di dua negara tersebut telah di tangkap dan diseksa dengan berbagai-bagai seksaan sedangkan mereka bukan penjenayah, mereka hanya menyampaikan dakwah untuk menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kemurkaan Allah. Kebangkitan gelombang rakyat adalah suatu yang tidak dapat disekat lagi kerana rakyat memerlukan pemimpin yang adil , amanah dan pemimpin berhati rakyat.

Ingatlah wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy  di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.

Golongan Kedua : Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa  dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Dapat difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri  yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah lalu dibela dan dipertahankan.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Golongan Ketiga : Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.

Sifat sombong adalah satu sifat yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan kerana semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Seorang ketua kampung atau pemimpin dikawasan mukim tidak seharusnya dia bersifat sombong kerana tugas untuk memimpin kampung atau mukim adalah satu amanah bukan satu  keistimewaan dan boleh bermegah-megah.

Begitu juga orang kaya tidak sepatutnya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau,  'Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri (sombong)' ” (Surah al-Qashash ayat 76)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun  dan Haman. Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".
(Surah al-Ankabut ayat 39).

Jauhilah sifat sombong kerana sifat ini akan menjadikan seseorang termasuk di dalam golongan ketiga akan masuk neraka tanpa hisab.

Keempat : Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.
Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%)  rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Sekiranya seorang peniaga itu berkhianat atau menipu dalam perniagaannya, menipu timbangan atau mengurangkan spesifikasi yang telah ditetapkan sesuatu barangan/ pembinaan maka dia termasuk golongan keempat akan di masukkan kedalam neraka sebelum di hisab.

Kelima : Orang kampung yang kerana kebodohannya. ( Orang bodoh yang mempertahankan  kejahilannya)

Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.

Nabi S.A.W.  bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.

 Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain.
Golongan kelima yang jahil ini akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.

Golongan Keenam : Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.

Hasad dengki yang paling membahaya adalah apabila ulama menaruh hasad dengki kepada ulama yang lain. Apabila seseorang itu di gelar alim ulama maka dia adalah seorang yang berilmu dan mengetahui dosa dan pahala.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Biasanya ulama yang memiliki sifat hasad dengki adalah ulama dunia, ulama yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada enam golongan yang masuk neraka tanpa hisab seperti huraian di atas. Orang yang paling berbahagia adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab seperti para Nabi dan Rasul dan para syuhada dan mereka yang benar-benar beriman, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. bukannya golongan yang masuk neraka tanpa hisab.

"PEMIMPIN DAN ILMU"

بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102
 OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
"PEMIMPIN DAN ILMU"
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan
segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya demi kesejahteraan
hidup kita di dunia dan di akhirat. Semoga dengan kesungguhan meningkatk
an ketaqwaan, kita akan terus diberi petunjuk, dipimpin dan dinaungi rahmat dan redha Allah SWT.
Hadis daripada Ibnu Amr R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu
akan dipertanggungjawabkan atas ke
pimpinannya.”
(Hadis Muttafaq Alaih)
Islam menegaskan tentang peranan dan fungsi setiap manusia
sebagai pemimpin dan pengurus bagi segala urusan yang diamanahkan
kepadanya. Kepimpinan adalah amanah meletakkan seseorang
manusia
itu sebagai calon ujian yang akan ditentukan kedudukan dan
pencapaiannya di sisi Allah SWT .
Firman Allah SWT dalam surah Yunus, ayat 14:
“Kemudian Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) khalifahkhalifah
di bumi menggantikan mereka yang telah dib
inasakan itu, supaya
Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan
lakukan”.
Demi memastikan pengurusan dan kepimpinan yang mendapat
penilaian yang terbaik di sisi Allah SWT, serta menyelamatkan kita d
ari
kecelakaan di akhirat, kita hendaklah melengkapkan diri dengan persiapan
sebagai pemimpin. Persiapan yang paling diperlukan adalah ilmu
pengetahuan, khususnya, ilmu yang berkait dengan peranan sebagai
seorang pemimpin. Kita tidak sekadar mempunyai kema
hiran teknikal dan
pengurusan yang berkaitan dengan bidang kita sahaja. Ini kerana,
kesudahannya kelak, kita bukan disoal oleh majikan, rakyat, ketua,
juruaudit. Bahkan kita akan disoal oleh Allah yang mencipta kita dan yang
meletakkan kita dengan tugas -tugas tertentu sebagai salah seorang
manusia yang hidup bermasyarakat.
Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengingatkan kita tentang perlunya
ilmu sebelum menjadi pemimpin. Beliau menegaskan:
“Hendaklah kamu belajar menjadi faqih sebelum kamu dilantik
menjadi pemimpin”. (Riwayat Al-Bukhari)
Keperluan mempersiapkan diri dengan ilmu ini bukan sekadar untuk

menjayakan kepimpinan dan manfaat umat sahaja. Bahkan, kita lebih
kerap diingatkan tentang kehancuran dan kemusnahan yang berlaku
adalah natijah daripada keja
hilan manusia yang menjadi pemimpin.
Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda;
“Apabila amanah dipersia
-
siakan, tunggulah saat kehancuran (hari
kiamat)!” Badwi itu bertanya lagi: “Bagaimanakah amanah itu
dipersiasiakan?”
Jawab bagin
da: “Apabila diserahkan urusan kepimpinan kepada
orang yang bukan ahlinya (tidak layak), maka tunggulah saat kehancuran
(hari kiamat)”.
(Riwayat al
-
Bukhari)
Dalam hadis yang lain pula, baginda mengingatkan kita tentang
bahaya terhadap ummah apabila mempuny
ai pemimpin yang jahil.
Daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu Al
-
‘Ash R.A bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya
dari (dada) hamba
-
hambanya. Tetapi Dia mencabut ilmu dengan
mencabut (nyawa) para ulamak. H
ingga bila sudah tidak ditinggalkan
sesiapa lagi yang alim (berilmu), manusia melantik orang
-
orang jahil
menjadi pemimpin. Bila mereka ditanya, mereka membuat keputusan
tanpa ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula”.
(Riwayat Al
-
Bukhari)
Untuk m
enjadi pemimpin dan pengurus sesuatu perkara, manusia
memerlukan ilmu. Seorang suami, perlu mengetahui ilmu tentang
tanggungjawab suami, yang akan dipersoalkan oleh Alllah. Seorang
pekerja perlu mengetahui kemahiran tentang kerjanya, juga hubungannya
denga
n agama. Kerana dia akan disoal oleh majikannya, juga oleh Allah
SWT. Seorang pengurus syarikat perlulah mengetahui selok belok
perniagaannya. Bukan lembaga pengarah sahaja yang akan menyoalnya,
bahkan Allah SWT juga akan menyoalnya kerana Allah SWT lah ya
ng
telah mengurniakannya kedudukan sebagai pengurus.
Apatah lagi bila perkara yang diuruskan itu berkait dengan urusan
orang ramai, urusan agama dan lain
-
lain, tentulah lebih besar lagi
keperluan ilmu dan kefahamannya. Lantaran itu hendaklah kita takut d
an
bimbang, dan berusaha supaya tidak tergolong di kalangan pemimpin
yang sesat dan menyesatkan seperti dinyatakan dalam hadis Rasulullah
s.a.w tadi.

Sejarah telah mencatatkan bahawa generasi awal Islam telah
memilih p
emimpin mereka di kalangan orang yang berilmu dan memahami
tanggungjawab agamanya. Lihatlah kepada para
khulafa’ al
-
rasyidin
yang
mengganti Rasulullah s.a.w memimpin umat. Mereka adalah orang
-
orang
yang paling alim di kalangan para sahabat. Demikian juga k
halifah Umar
bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya itu, beliau juga seorang
alim yang sangat memahami urusan dan hukum hakam Islam.
Dalam sejarah kita di negeri Selangor, sultan juga bukan sekadar
mendampingi ulama’ dan cinta kepada ilmu agama.
Mereka juga
berkecimpung dengan ilmu agama, malah baginda juga terlibat secara
langsung menjadi khatib dan imam. Contohnya Sultan Alauddin Sulaiman
Shah, sultan Selangor yang ke 6 telah menulis 2 buah kitab
“Pohon
Agama”
yang dijadikan buku teks di sekola
h
-
sekolah agama ketika itu.
Ini menggambarkan kecintaan baginda kepada ilmu dan tahap
keilmuan baginda dalam Islam. Sejarah juga merakamkan bahawa
baginda sering menyampaikan khutbah Jumaat, khutbah hari raya di atas
mimbar Masjid Alaeddin Kuala Langat.
Setiap umat Islam wajar mempersiapkan dirinya dengan ilmu
agama, ilmu kepimpinan Islam serta ilmu
-
ilmu yang berkaitan bidang dan
kerjaya yang dilakukan. Jika seorang sultan yang memimpin negeri masih
berkesempatan untuk
mendalami ilmu agamanya, mengapa kita tidak
mencari peluang untuk melengkapkan diri kita pada zaman ini, zaman
yang menyediakan segala kemudahan dan teknologi canggih untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan daripada bahan
-
bahan bacaan, kuliah
pengajian, mahupun
capaian media baru seperti internet dan sebagainya.
Kesimpulannya, marilah kita sama
-
sama menghayati dan mengambil
iktibar daripada khutbah pada hari ini.
Pertama : Bahawa pemimpin adalah amanah yang dipertanggungjawabkan
di hadapan Allah.
Kedua : Bahaw
a seorang pemimpin bukan sahaja mahir dalam
kepimpinannya tetapi perlulah berusaha untuk
mendalami ilmu agamanya.
Ketiga : Sesungguhnya setiap muslim bertanggungjawab menjana
kepimpinan yang amanah terhadap generasi
yang akan datang.
Firman Allah SWT dal
am surah Al
-
Ahzab, ayat 72 :

“Sesungguhnya Kami telah mulakan tanggungjawab amanah (Kami)
kepada langit dan bumi serta gunung
-
ganang (untuk memikulnya), maka
mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka p
ersediaan untuk
memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada
padanya) sanngup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat
kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula
membuat perkara
-
perkara yang tidak patut dik
erjakan”.
(Al
-
Ahzab : 72)

10 Akibat pemimpin jahil agama

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102


 OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI


 

10 Akibat pemimpin jahil agama

Zaman tidak lama sebelum kedatangan  Nabi Muhammad s.a.w, dikenali sebagai zaman jahiliyyah. Ini kerana ajaran para nabi yang sebenar sudah jauh menyimpang dan terseleweng dari yang asal.

Dan malangnya, di zaman yang serba canggih dan maju dengan alat telekomunikasi dan media massa ini pun masih ramai lagi orang Islam yang amat jahil dengan agama, walaupun sudah begitu banyak tersebar buku-buku agama, ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan melalui pelbagai medium.

Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasiq."   (Hadis riwayat Ibnu Adi)

Saidina Umar r.a pun pernah berbicara tentang hal ini dan dia juga takut akan kemunculan ulama suu' (ulama' jahat / ulama' dunia) dan ahli ibadah yang jahil ini.

Amat banyak kesan buruk akibat menjadi jahil agama, dan di sini saya hanya kemukakan 10 darinya sahaja untuk difikir-fikir dan direnung-renungkan bersama.


1 - Yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar.

Apabila sudah tidak diketahui mana yang disuruh agama, mana yang dilarang agama, maka akan terjadilah satu keadaan dimana yang salah dikatakan benar, dan yang benar dikatakan salah. Manusia akan hanya mengikut logik akal sendiri untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk TANPA panduan dari wahyu Allah melalui AlQuran dan AlHadith.

Mereka akan menjadi sesat dan akan menyesatkan orang lain pula , terutamanya orang-orang yang jahil sepertinya juga.  Mereka tidak akan rasa bahawa mereka salah, dan mereka akan mempertahankan pendapat mereka dengan sekeras-kerasnya kerana itulah yang mereka rasa betul, walhal bercanggah dengan syara'.

Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang."  (Hadith Riwayat Thabrani).


2 - Mudah mengutuk dan menghina ulama'.

Akibat kejahilan, maka orang-orang jahil akan dengan mudahnya mengutuk para ulama' jika mereka mendengar suatu ucapan ulama' yang tidak memenuhi selera dan ideologi mereka. Walaupun ulama' itu menyebutkan sesuatu yang berlandaskan kepada AlQuran dan AlHadith, tetapi kerana sijahil tidak ada ilmu sebenar tentang agama, maka dengan mudah saja dia memandaikan dirinya sendiri dan menyanggah ulama'.

Kita bukan disuruh ta'asub kepada seseorang ulama', tetapi berpada-padalah dan jangan sampai menghina ulama' yang memperjuangkan Islam.  Ulama-ulama yang ada sekarang pun bukannya nabi, mereka bukan maksum (tidak ada dosa). Jangan kerana tersilap kata atau ucapan sedikit kita terus menghukum dengan berat dan menghinanya.

Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."  (Hadith Riwayat Ahmad).


3 - Membela orang-orang yang jahil sepertinya juga.

Apabila mereka sudah tidak mengenali mana yang benar dan mana yang bathil, maka mereka akan menyokong dan mempertahankan pendapat golongan yang mereka rasakan betul mengikut fikiran mereka.  Walaupun mereka sebenarnya telah mempertahankan kebathilan dan kemungkaran.

Sebagai contohnya golongan gay yang menyokong sesuatu yang dibuat oleh golongan gay lain. Mereka merasakan kononnya kasih sayang itu tanpa batasan, dan manusia tidak patut disekat untuk berkasih sayang walaupun sesama jantina. Itulah yang dirasakan terbaik oleh akal pemikiran mereka, sedangkan ianya bercanggah dan menyeleweng dari apa yang diperintah dan dilarang oleh Tuhan.

Memang nampak seperti bagus, kerana mereka melaung-laungkan kasih sayang. Tetapi mereka tidak sedar akibat melepaskan nafsu sesama jantina, kesannya amat lah buruk kepada diri manusia sendiri dan generasi masa depan. Penyakit-penyakit yang merbahaya dan berjangkit pun akan mudah dijangkiti sesama mereka, dan membawa masalah kepada orang-orang lain pula nanti.

Dan bayangkan jika semua manusia menjadi gay dan lesbian, siapa yang akan melahirkan anak nanti dan akan meneruskan zuriat manusia?  Tidakkah usaha untuk membela puak gay dan lesbian ini adalah salah satu usaha untuk memupuskan manusia?


4 - Mudah mempercayai tuduhan dan hasutan.

Apabila mereka sudah mempercayai sesuatu pihak, maka dengan mudahlah mereka akan terpengaruh dan mempercayai apa saja yang dibawa dan dikatakan oleh pihak itu. Tidak kira ianya ternyata salah dan merupakan fitnah, tetap akan dipercaya kerana keta'asuban dan pihak itu memenuhi selera mereka dan mungkin telah memberikan banyak nikmat kepada mereka. Sehingga mereka lupa, bahawa nikmat adalah kurniaan Tuhan, bukannya kurniaan manusia.

Ditambah lagi dengan antara taktik Illuminati untuk membrainwash / mempengaruhi manusia ialah melalui media massa seperti televisyen, radio, dan akhbar.  Sehinggakan ramai yang merasakan bahawa segala yang dilaporkan dalam televisyen dan radio itu adalah benar belaka, langsung tidak ada salah. Adakah radio dan televisyen itu maksum?

Dan tidak ketinggalan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengawal radio dan televisyen utama sebagai alat untuk menjayakan misi politik mereka dan kekal berkuasa.


5 - AlQuran hanya menjadi bahan bacaan semata.

Ramai yang membaca AlQuran setiap hari, siap dengan lagu-lagu dan suara yang merdu. Tetapi berapa ramaikah yang membaca sambil memikirkan dan menghayati isi kandungannya? Adakah Allah Ta'ala menurunkan AlQuran agar kita membaca dengan berlagu dan bertajwid semata-mata TANPA menghiraukan apakah kandungan isinya dan apa yang Allah nak beritahu pada kita?

Adakah Allah sembang kosong dalam AlQuran?


6 - Hukum-hakam Allah akan direndahkan martabatnya dan dihina

Undang-undang dari Allah yang termaktub dalam AlQuran dan AlHadith akan diperlekehkan dan direndahkan martabatnya. Ini sudah berlaku dari zaman penjajah dulu lagi, kerana asalnya Undang-undang Islam sudah diamalkan sebelum kedatangan penjajah.

Tetapi selepas kedatangan penjajah, Undang-undang Islam dibuang, dan digantikan dengan Undang-undang British, yang sampai sekarang sebahagian besarnya masih digunakan lagi. Undang-undang Islam direndahkan kepada masalah-masalah nikah kahwin dan seumpamanya sahaja. Kedudukan Mahkamah Syariah yang menjalankan Undang-undang Islam terletak di bawah Mahkamah Majistret. Ini bermakna Undang-undang Allah diletakkan lebih rendah dari Undang-undang British. Begitu sedih sekali.

Nabi Muhammad s.a.w telah memberi peringatan tentang akan tiba masa Hukum Islam dicabut, seperti dalam hadis, "Tali yang disimpul untuk mengikat ajaran Islam  dirungkai satu persatu. Maka setiap kali dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat".  (Hadith Riwayat Ahmad)

Hinggakan sekarang ini pun ada orang Islam yang mengatakan Hukum Hudud sudah tidak relevan lagi dipakai, tidak sesuai dengan keadaan zaman moden ini. Sedangkan Hukum Hudud adalah Hukum yang terkandung dalam AlQuranul Karim dan WAJIB dijalankan oleh pemerintah hingga lah ke Hari Kiamat.


7 - Amal ibadah tidak diterima oleh Allah s.w.t

Ini antara yang paling sedih didengar, kerana jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan dari sumber-sumber yang betul.

Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,  sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggung-jawabnya.”  (Surat Al-Israa’ : Ayat 36)

Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak (tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syaitan-syaitan juga akan sentiasa menyuruh ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya, kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas beramal pula.


8 - Maksiat dan jenayah semakin berleluasa.

Apabila sudah jahil, yang mana satu dosa dan yang mana satu pahala pun sudah tidak dikenali. Begitulah juga akibat dari membiarkan pemerintah / pemimpin tidak melaksanakan Undang-undang Islam, maka jenayah dan maksiat akan semakin berleluasa.

Jika anda mahu tahu, wanita-wanita seksi yang bukan beragama Islam pun merasakan keseksiannya itu adalah perkara baik. Ada di antaranya yang merasakan dia telah memberi KEPUASAN kepada ramai lelaki, dengan kata lain dia telah membuat baik kepada ramai orang.

Kejahatan baginya hanyalah jika dia merompak, membunuh dan menyakiti orang lain. Sedangkan jika dia memakai pakaian seksi, itu bukannya satu kejahatan dan dia tidak mengkhianati sesiapa. Ini lah akibatnya jika kita hanya mengikut kepala otak sendiri tanpa panduan dari Tuhan. Sehinggakan kita lupa bahawa kesan dari seksi itu AMAT BURUK bagi diri seorang lelaki lain yang melihatnya.

Seseorang lelaki akan dirangsang nafsu seksnya jika terdedah kepada aurat-aurat wanita terutamanya yang meliuk lintuk dan seksi. Kesan yang lebih buruk akan berlaku pada lelaki yang belum berumahtangga, akan merasa tertekan dan ingin melepaskan nafsu syahwatnya. Maka jika seseorang itu lemah dan tidak ada iman, boleh mengundang kepada berlaku gejala seks bebas, merogol , seks dengan haiwan dan sebagainya.

Nak tahu antara kesan-kesan buruknya lagi? Boleh dibaca dalam tajuk-tajuk seperti;

- Kesan negatif menonton filem porno / lucah

- Fakta tentang porno dari bekas bintang porno

- Lelaki yang membeli seks melakukan lebih banyak jenayah

- Fakta di sebalik pembikinan filem porno.


9 - Akan terjadi perpecahan dan peperangan sesama sendiri

Sudah tentulah kesan dari tidak menjalankan Undang-undang Islam , akibat orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang hukum-hakam agama, akan menyebabkan terjadinya perpecahan dan peperangan sesama sendiri.

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Ramai yang bersuara agar kita semua bersatu padu, jangan berpecah-belah dan sebagainya, tetapi hanya sekadar memberi nasihat mengikut teori sendiri. Tetapi langsung tidak mahu menghayati dan mengambil pelajaran dari maksud hadith di atas.

Bagaimana mahu bersatu padu dan tidak berpecah belah jika pemimpin kita masih mengamalkan Undang-undang ciptaan manusia dan bukan Undang-undang Allah?  Adakah Nabi Muhammad s.a.w pun sembang kosong dalam hadith di atas?

"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu,  kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian,   yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."  (Surah An-Nisaa' : Ayat 59)


10 - Generasi akan datang akan terdidik dalam keadaan jahil.

Kesan dari wujudnya orang-orang jahil, dia mungkin akan mengajar anak-cucunya dengan kejahilan juga sedikit sebanyak. Apa lagi jika dia tidak menghantar anak-anaknya untuk belajar agama dengan secukupnya.

Jika sekadar mengharapkan matapelajaran Agama Islam yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah, itu sebenarnya sangat tidak mencukupi. Lagi pun ianya telah banyak ditapis dan asas pun belum cukup. Apa lagi anak-anak pun bukan semuanya belajar dan menghayati betul-betul matapelajaran Agama Islam di sekolah.

Diharap bacalah juga tentang Tanda-tanda kiamat dan peristiwa akhir zaman.


Kesimpulan

Maka ilmu agama WAJIB dipelajari kerana ia termasuk dalam Fardhu Ain. Usahkan ilmu agama, ilmu tentang mengetahui keadaan musuh pun digalakkan dipelajari dan dikaji. Kerana jika keadaan musuh diketahui, maka kita boleh bersedia untuk menghadapinya dan tahu bila musuh bertindak.  Jika kita tidak tahu, maka akan senang-senang lah kita akan ditipu dan diserang oleh musuh.

Menurut Al-Atsar (kata sahabat-sahabat dan orang terkemuka), antara lainnya ialah Ali r.a berkata, "Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak meninggalkan dari mencari syurga dan lari dari neraka, iaitu;

1 - Dia mengenal Allah, lalu mentaatinya.
2 - Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 - Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 - Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 - Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 - Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.

Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata, "Tatkala Muhammad s.a.w diutuskan, lalu Iblis mendatangi tenteranya. Tentera itu lalu berkata, "Sesungguhnya telah diutus seorang nabi dan telah muncul suatu umat." Iblis itu bertanya, "Adakah mereka itu mencintai dunia?"  Tentera itu menjawab, "Ya".

Lalu Iblis menyambung, "Jikalau benar mereka itu mencintai dunia, nescaya aku tidak hiraukan bahawa mereka tidak menyembah berhala.  Sesungguhnya aku akan datang pada mereka, pagi dan petang, dengan 3 perkara;

1 - Mengambil harta dari bukan haknya.
2 - Belanjakan harta pada bukan haknya.
3 - Menahan harta dari haknya.

Dan kesemua kejahatan itu akan timbul dari yang tiga ini.  [Ihya Ulumuddin , Kitab tercelanya dunia]


Rujukan:

1 - Ihya Ulumuddin - Imam Al-Ghazali

2 - 40 hadith tentang peristiwa akhir zaman - Abu Ali al Banjari An Nadwi