بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية: 102
Perkahwinan menurut Islam
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.'
Isi kandungan
- 1 Sejarah perkahwinan
- 2 Jenis-jenis perkahwinan
- 3 Hukum hukum perkahwinan dalam Islam
- 4 Hikmah perkahwinan
- 5 Dalil pensyariatan
- 6 Pemilihan calon
- 6.1 Ciri-ciri bakal suami
- 6.2 Ciri-ciri bakal isteri
- 7 Sebab haram nikah
- 8 Peminangan
- 9 Nikah
- 9.1 Rukun nikah
- 9.2 Syarat bakal suami
- 9.3 Syarat bakal isteri
- 9.4 Syarat wali
- 9.5 Jenis-jenis wali
- 9.6 Syarat saksi
- 9.7 Syarat ijab
- 9.8 Syarat qabul
- 10 Wakil Wali/ Qadi
- 11 Mahar
- 11.1 Jenis mahar
- 12 Walimatulurus
- 13 Konsep yang diharamkan dalam Islam
- 13.1 Konsep rahbaniyah
- 13.2 Konsep ibahiyah
- 14 Lihat juga
- 15 Rujukan
- 16 Pautan luar
Sejarah perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa
perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa.
Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh
Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang
disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi
dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith,
Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa
sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat,
telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata
tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong
sepertinya”. [2]
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam
sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam
Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud
dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud,
“Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan
beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan
anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan
dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan
berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..
Jenis-jenis perkahwinan
- Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
- Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]
- Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah suci di dalam Tuhan Kristus untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).[4]
Hukum hukum perkahwinan
dalam Islam
- Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
- Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
- Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
- Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
- Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Hikmah perkahwinan
- Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
- Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
- Memelihara kesucian diri
- Melaksanakan tuntutan syariat
- Menjaga keturunan
- Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
- Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
- Dapat mengeratkan silaturahim
Dalil pensyariatan
- Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3
- Surah An-Nuur: ayat 32
- Surah An-Nahl: ayat 72
- Surah Yaasin: ayat 36
- Surah Ar-Rum: ayat 21
- Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49
- Surah Luqman: ayat 10
- Surah Qaf: ayat 7
- Surah Asy-Syu’araa: ayat 7
Pemilihan calon
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri
bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah
panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
Ciri-ciri bakal suami
- beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
- bertanggungjawab terhadap semua benda
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
- tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
- rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri
- beriman & solehah
- rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- wanita yang subur
- berasal dari keturunan yang baik
- bukan keturunan terdekat
- tidak memandang harta semata-mata
Sebab haram nikah
- Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara lelaki bagi adik-beradik perempuan.”:
- Ibu
- Nenek sebelah ibu mahupun bapa
- Anak perempuan & keturunannya
- Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
- Anak perempuan kepada adik-beradik kandung
lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak
saudara perempuan
·
- Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
- Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)
- Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
- Ibu susuan
- Nenek dari sebelah ibu susuan
- Adik-beradik perempuan susuan
- Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
- Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan
- Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
- Ibu mentua dan ke atas
- Ibu tiri
- Nenek tiri
- Menantu perempuan
- Anak tiri perempuan dan keturunannya
- Adik ipar perempuan dan keturunannya
- Emak saudara kepada isteri
- Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya
Peminangan
Pertunangan atau bertunang
merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan
perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang
merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan
adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan
hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah,
dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita
semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku
keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan
jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan
hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal
isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah
berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita
ialah muka dan kedua-dua tangan
sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk
merisik (melihat tunang) dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah kepada seorang lelaki yang
hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?
jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya
perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan
Nasai)
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa
Rasullullah telah bersabda: "Kamu
tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk)
memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim (Asy-Syaikhan))
Nikah
Akad
nikah lazim diadakan di masjid
Rukun nikah
- Pengantin lelaki
- Pengantin perempuan
- Wali
- Dua orang saksi lelaki
- Ijab dan kabul (akad nikah)
Syarat bakal suami
- Islam
- Lelaki yang tertentu
- Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
- Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
- Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
- Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat bakal isteri
Pengantin
perempuan dalam pakaian tradisional Bahrain
- Islam
- Perempuan yang tertentu
- Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
- Bukan seorang khunsa
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Tidak dalam idah
- Bukan isteri orang
Syarat wali
- Islam, bukan kafir dan murtad
- Lelaki dan bukannya perempuan
- Baligh
- Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
- Bukan dalam ihram haji atau umrah
- Tidak fasik
- Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
- Merdeka
- Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan
syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas
maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati,
kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di
ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.
Jenis-jenis wali
- Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
- Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
- Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
- Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat saksi
- Sekurang-kurangya dua orang
- Islam
- Berakal
- Baligh
- Lelaki
- Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
- Dapat mendengar, melihat dan bercakap
- Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
- Merdeka
Syarat ijab
- Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
- Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
- Diucapkan oleh wali atau wakilnya
- Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
- Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata
kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti
Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000
tunai".
Syarat qabul
- Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
- Tiada perkataan sindiran
- Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
- Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
- Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
- Menyebut nama bakal isteri
- Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh
bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel
dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU
"Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".
Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan
mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari 2 (dua)
orang saksi perkahwinan dengan menanyakan adakah JELAS? Sekiranya para saksi
mengakui / mengiktiraf bahawa mereka mendengar dengan jelas, maka Wali itu
sendiri akan mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama
maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa
selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan
mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin
Sejurus itu, mas kahwin/bayaran
perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk
cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda
permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagiaan suami isteri.
Aktiviti ini diteruskan dengan isteri mengucup/mencium tangan suami, manakala
suami mencium dahi isteri atau pipinya. Aktiviti ini disebut sebagai
"Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan, suami
dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.
Suami isteri juga diminta untuk solat sunat
nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung. Perkahwinan
Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan
memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau
majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir.
Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah
perlu melakukan zina?
Wakil Wali/ Qadi
Seorang
ustaz bertindak sebagai jurunikah
Wakil wali/Qadi
adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat
Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal
isteri dengan bakal suami. Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian
seperti mas kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan
makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri
itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan
perkahwinan berjalan lancar. Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami
isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan
dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan
suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran
negara. Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan
terpelihara. Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang
mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti
Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya. Qadi juga mesti merupakan
seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.
Mahar
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan
oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut
sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4.
Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu
masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu
sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau
faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar
atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah
sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara
tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya
setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah
seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli
waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar
separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi
belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika
isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang,
suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib
memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
Jenis mahar
- Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
- Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.
Walimatulurus
Walimatulurus atau kenduri kahwin
sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah
wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan
kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk
orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat
menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga
mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas
akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan
saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi
pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur
mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang
membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya
mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat
agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa
mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat
berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang
aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu
khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha
seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan
pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan
pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan
rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat
aktiviti persandingan tersebut.
Konsep yang diharamkan
dalam Islam
Konsep rahbaniyah
Perkataan rahbaniyah bermasud
kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi [5] Di dalam Islam, membujang tidak dianggap sebagi satu
etika atau cara bagi mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh
agama Kristian, Buddha, Jain dan sebagainya. Sebagai contoh, agama Buddha ada
menyebut tiga aspek yang perlu dimiliki oleh seorang sami
iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan (membujang). Mengikut agama Buddha,
jika seseorang mahu membebaskan dirinya dari nafsu duniawi dan keperluan
jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah
ia masuk ke dalam Nirwana [6]
Dalam agama Kristian ada ajaran yang
menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup membujang. Sejak abad ke-5 lagi, orang
begitu kagum dengan golongan paderi yang hidup membujang dan sekiranya
golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah
sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan
diri dari perkahwinan. Mereka juga berpendapat bahawa paderi yang berkahwin
lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang kerana perkahwinan
bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka tidak boleh
tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang benar-benar suci
mesti sanggup menahan diri dari berkahwin.” Oleh yang demikian, taraf membujang
di kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja
[7].
Selain itu, perkahwinan juga ditolak oleh
golongan bukan paderi mahupun sami seperti golongan yang terlalu sibuk mengejar
kekayaan material dan memberi alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang
membina rumahtangga.
Konsep ibahiyah
Istilah ibahiyah diambil dari
perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa
maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulan seks
bebas, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini
wujud kerana sikap mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan.
Pergaulan bebas: Pendirian Islam dalam
pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak diharamkan sebaliknya ia
diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti
mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan, jihad
dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara
kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan
wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai
- keruntuhan akhlak
- wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah)
- Merebaknya pelbagai penyakit membahaya
- Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang
- Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh
Amalan seks bebas: Kegilaan Barat yang
memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu mementingkan keseronokan dan tidak
terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas
berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka
mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. Menurut
perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes pengguguran
kandungan dilakukan di Singapura pada tahun 1999
melibatkan wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran
dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan
berpisah dengan suami
Homoseksual & Lesbian: Pasangan
homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai perhubungan antara lelaki dengan
lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara wanita dengan wanita. Mereka
menjalani hidup seperti suami isteri dan beberapa negara Barat telah
menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah gereja dan paderi terus
meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua agama termasuk
Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right Watch
bagi rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan
lesbian. Artikel seperti “Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah
yang dilihat secara sepintas lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai. [8]. Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei 1998
pernah melaporkan semasa pelancaran ‘Women’s Agenda For Change’, Avy Joseph ada
menyebut bahawa kita perlu membenarkan lesbianisme sebagai tanda masyarakat
yang toleran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan