WAHHABIYYAH ADALAH KHAWARIJ
WAHHABIYYAH ADALAH KHAWARIJ
بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
OLEH :AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Seorang tokoh ulamak terkenal mazhab
al-Hanafi. Iaitu Imam Allamah Ibn Abidin di dalam hasyiahnya menegaskan
bahawasanya Muhammad Ben Abdul Wahhab dan para pengikutnya sebagai
khawarij pada zaman ini. Buktinya :
كما وقع في زماننا في أتباع عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على
الحرمين, وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة, لكنهم اعتقدوا أنهم المسلمون وأن
من خالفهم مشركون, ” واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم حتى كسر
الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم ” عساكر المسلمين ” عام ثلاث وثلاثين
ومائتين وألف. إ.هـ.
Maksudnya: Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Di Zaman Kita.
“…sepertimana yang
berlaku pada masa kita ini pada pengikut Abdul Wahhab yang keluar dari
Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka
menisbahkan diri mereka kepada mazhab al-Hanbali tetapi mereka
ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang
yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’
mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan
negeri mereka (Najd) dan askar Muslimin berjaya menawan mereka pada
tahun 1233 H…”
Kesimpulan :
1) Fahaman
Wahhabiyyah difatwakan sebagai fahaman khawarij oleh al-Imam Ibn ‘Abidin
disebabkan mereka khuruj (keluar) dari mentaati pemerintahan Islam
(Turki Uthmaniyyah) dan melancarkan peperangan terhadap khilafah.
2) Mereka
digelar Khawarij kerana mereka menganggap diri mereka Islam yang
sebenar. Manakala umat Islam lain dianggap sebagai ahli dhalal, ahli
bid’ah @ musyrik. Na’uzubillah.
3)
al-Wahhabiyyah sealiran dengan Khawarij apabila selalu gemar mengkafir @
menyesatkan umat Islam hanya semata-mata khilaf dalam perkara furuk.
Nau’zubillah.
4) Golongan
al-Wahhabiyyah bertanggungjawab sepenuhnya dalam membunuh ulamak dan
umat Islam. Menyokong mereka beerti menyokong pemberontakan terhadap
daulah Khilafah Uthmaniyyah, menyokong pembunuhan ulamak dan umat Islam.
5) Kenyataan ini adalah jelas. Ia tidak boleh dibeli, ditukar atau diubah dengan royalti minyak atau wang ringgit saudi.
Semoga kita semua diselamatkan Allah dari fitnah Najd dan kejahatan yang terbit dari tindak tanduk syaitan.
Amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan