بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURIMisteri HAJARUL ASWAD !! Mengapa Setiap Muslim Mencium Hajar Aswad?
Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”
Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet,
tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman
web tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik
penghapusan laman web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah.
Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.
Para peneliti Muslim mempercayai bahawa
radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di
planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan
kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’,
bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum
kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang
sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti.
Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula
oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika
mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara
ilmiah.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air.
Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada
tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga
mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem
suria kita.
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Hajar Aswad itu diturunkan
dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu
Adamlah yang menjadikannya hitam”.
(Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)
Mengapa Setiap Muslim Mencium Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya
Nabi Ismail a.s membangun Kaabah banyak kekurangan yang didapati kala
itu. Pada mulanya Kaabah itu tidak beratap dan tidak memiliki pintu
masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail a.s mengumpulkan dan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan ketika
pembangunan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim merasa kekurangan
sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail,
“Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai
pertanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai.
Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari
batu di sebuah bukit, tiba-tiba beliau dihampiri oleh malaikat Jibril
a.s yang memberikan sebuah batu yang sangat bagus berwarna putih dan
sangat bersih seperti tak bernoda.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu
itu kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. sangat senang melihat
batu yang tampak begitu putih dan bagus, beliau menciumnya beberapa kali.
Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril a.s).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. yang juga menciumi batu yang diperoleh dari malaikat ALLAH yang mulia Jibril a.s.
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu diciumi oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.
Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin
mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan
isyarat lambaian tangan sahaja.
Apabila manusia mencium batu itu maka
timbullah perasaan seolah-olah mencium seraya ciuman Nabi Ibrahim dan
Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan
tempat diperkenannya doa.
Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di
sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita
sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekuutukan Allah, sebab tipu
daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah perkataan Khalifah Umar bin Al-Khattab ketika beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) :
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak
melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan
melakukannya (mencium Hajar Aswad).”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan