Pluralisme Agama : Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah
بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Pluralisme Agama : Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah
Ramai Golongan Pluralis Agama salah dalam memberi tafsiran kepada beberapa ayat al-Quran. Antara ayat
yang menjadi kegemaran mereka untuk mewajarkan tindakan mereka menjadi
golongan Pluralis Agama ialah ayat al-Quran, Surah al-Hujurat yang ke 13
mengenai penciptaan Allah SWT yang berbagai-bagai bangsa dan suku puak.
Mereka menafsirkan ayat yang mulia ini sebagai: Allah menjadikan manusia ini supaya berpluralisme dalam agama.
Mereka tidak merujuk kepada sabab nuzul dan tafsiran Mufassirin yang
muktabar. Ayat ini diturunkan berkaitan dengan sebahagian Sahabat yang
kurang senang perbuatan Sayyidina Bilal r’a melaungkan azan di atas
Kaabah ketika Fath al-Makkah.(40)
Ayat al-Quran yang mulia ini, tidak ada kena mengena langsung dengan fahaman Pluralisme Agama.
BERBOHONG ATAS NAMA ULAMA SUFI
Selain dari menggunakan ayat-ayat al-Quran al-Karim, golongan
Pluralisme Agama, baik dari kalangan yang mengaku Islam atau yang di
luar agama Islam seperti Kristian dan Yahudi terutamanya, suka sangat
menggunakan perkataan tokoh-tokoh Sufi yang utama seperti Jalaluddin
al-Rumi, Ibn Arabi dan Abdul Ghani al-Nablusi. Malah, Pluralis Melayu
mengkaitkan juga Muhammad Nafis al-Banjari rh.
Golongan ini memetik ungkapan tokoh-tokoh Sufi tanpa memiliki Ilmu
al-Ibarah dan Ilmu Isyarat, yang semata-mata untuk mewajarkan mereka dan
mempengaruhi orang ramai untuk menganut agama baru mereka yang bernama
Pluralisme Agama itu.
Anwar Ibrahim misalnya, dalam ceramah di LSE itu, telah menulis: the lamps are different but the Light is the same…
Beliau mendakwa bahawa ungkapan ini adalah perkataan Maulana Jalaludin al-Rumi rh yang terdapat dalam Mathnawi Maknavinya.
Sebenarnya, beliau tidak merujuk pun kepada dan mengambil terus dari
Mathnavi, tetapi mengutip dari tulisan John Hick yang takrifkannya dari
tulisan R.A Nicholson yang asalnya berbunyi: ‘The light is not different (though) the lamp has become different (cahaya tidaklah berbeza meskipun lampunya berbeza).
Anwar terpaksa bergantung kepada seorang bukan Islam seperti Hick
untuk menghuraikan makna Islam, padahal beliau klaim menghayati sapere aude. Satu paradoks!
Al-Rumi rh bukanlah seorang Pluralis seperti yang didakwa oleh Anwar
dan golongan Pluralis Agama yang lain. Ia adalah seorang Muslim soleh
yang sejati, yang mengikut syariat Nabi Muhammad SAW secara ketat zahir
dan batin.(41)
Perhatikan kata-kata beliau:…wahai Yang Maha Wujud, lahirlah
perbezaan antara orang beriman yang sebenarnya dan orang Zoroastrian dan
Yahudi. Malah, al-Rumi rh menempelak al-Jarrah, seorang Kristian yang
tidak mahu menggunakan akal anugerah Allah untuk meninggalkan dari
menurut pegangan ayahnya yang juga seorang Kristian dan memeluk syariat
Nabi Muhammad SAW.
Pengusung Pluralisme Agama menonjolkan bait-bait syair versi
Nicholson-Joh Hick ini, konon mahu berdakwah kepada audiens bukan Islam
di Barat.
Golongan Neo-Zindik Pluralis ini tanpa rasa malu, memasukkan Ibn
Arabi rh ke dalam golongan mereka sebagai tokoh Pluralisme Agama.
Padahal beliau rh menegaskan secara jelas kewajipan menurut syariat Nabi
Muhammad SAW.
Dalam Futuhatnya, Ibn Arabi rh dengan tegas dan jelas menyatakan:
….sekiranya Rasul-rasul (yang terdahulu, hidup)pada zamannya (yakni pada
zaman Nabi Muhammad saw), pasti mereka akan mengikutnya, sebagaimana
syariat mereka mengikuti syariatnya. (42)
Apa yang menggelikan hati sekali ialah apabila seorang Pluralis
Melayu, yang juga salah seorang tulang belakang IKD, Khalid Jaafar
berkata: Muhammad Nafis al-Banjari rh pun seorang Pluralis Agama!
Dalam buku Kerohanian Dan Pencerahan, IKD, 2007, artikel, Kebebasan
dan Pluralisme di Malaysia Baru oleh Khalid Jaafar, beliau memetik
kata-kata Syaikh Muhammad Nafis rh: syuhud al-kathrah fi al-wahdah dan syuhud al-wahdah fi al-kathrah (43), sebagai kata-kata Pluralisme Agama dan mewajarkan tokoh ini dimasukkan ke dalam kelompok sesat mereka.
Kata-kata ini bukan kata-kata Pluralisme Agama atau kata-kata yang
memaksudkan semua agama sama. Syaikh Muhammad nafis rh dalam mukadimah
kitab ini, awal-awal lagi sudah menegaskan bahawa beliau telah diminta
menulis sebuah risalah …pada menyatakan wahdah al-Zat dan wahdah
al-Sifat dan wahdah al-Asma dan wahdah al-Af’al…
Ertinya Syaikh Muhammad al-Nafis rh membicarakan mengenai Tawhid
Islam pada peringkat tinggi mengenai Wahdaniyyah Allah SWT dan
menghuraikan paras dan pengalaman musyahadah orang yang menjalani
perjalanan rohaniyah dalam konteks Tawhid yang hakiki dan syuhud.
Pesan Syaikh yang mulia ini: … dan jangan engkau melampaui Syariat
Muhammadiyyah iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan
Allah Taala dan Rasul-Nya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang
dilarangnya jangan sekali-kali I’tiqadkan gugur taklik Syara, maka
jikalau engkau i’tiqadkan gugur taklik Syara, nescaya jadilah engkau
kafir zindiq, nauzubillahi minzalik dan berpeganglah engkau pada Syariat
Muhammadiyyah…
Syaikh yang mulia ini tidak sedikit pun ada memberi gambaran atau
bayangan atau isyarat dari perkataannya itu, kepada makna wahdah
al-adyan atau kesatuan segala agama seperti yang dikatakan oleh golongan
Neo-Zindiq ini; bahkan beliau menyuruh manusia berpegang kukuh kepada
Syariat Nabi Muhammad SAW.
Dalam memberi komen kepada golongan Neo-Zindiq, al-Sarraj (w: 378H)
berkata: Perlu anda ketahui, bahawa di zaman kita ini telah banyak orang
yang berusaha membahath ilmu thoifah ini (golongan Sufi)… masing-masing
dari mereka, menisbahkan pada dirinya suatu kitab yang diperindahkan
dan kata-kata indah yang mereka susun sevara baik, padahal mereka
bukanlah ahli dalam bidangnya. (44)
PENGARUH YAHUDI-KRISTIAN-IBLIS
Sekiranya diperhatikan secara cermat, akhir-akhir ini, ternyata
bahawa faham Neo-Zindiq dan gerakan pemurtadan di kalangan umat Islam,
adalah diusahakan dan dikembangkan oleh orang Islam sendiri.
Ada di antara mereka yang memiliki pendidikan Islam yang relative
lumayan. Sesetengahnya pula pernah terlibat dalam gerakan pelajar,
mahasiswa, belia dan NGO Islam, menjadi professor dan pensyarah
universiti dalam bidang keislaman dan sebagainya.
Apakah punca sebenar mereka menganut fahaman Liberalisme-Pluralisme
ini? Adalah tidak terfikir, bagaimana mereka ini boleh menganut akidah
Liberalisme-Pluralisme Agama.
Dalam memahami kes ini, saya cuba menyelami sejarah manusia pertama
iaitu Adam as, seperti yang diterangkan oleh Allah SWT dalam al-Quran
al-Karim. Ketika dihalau dari Syurga, Iblis memohon dari Allah untuk
menyesatkan anak Adam dengan memasukkan ‘pengaruhnya secara terus’.
Allah SWT dengan hikmahNya memperkenankan permohonan Iblis tersebut,
namun seperti kata Iblis sendiri, hamba-hamba Allah yang mukhlasin (45)
saja yang tidak dapat diperdaya olehnya.
Imam Shahrastani rh (w: 548H) dalam al-Milalnya menghuraikan dengan
panjang lebar lagi, mengenai ayat al-Quran di atas, ketika membincangkan
terjadinya firqah-firqah akidah dalam umat Islam. Beliau menyatakan
dengan jelas bahawa fenomena wujudnya pelbagai firqah yang berkaitan
dengan akidah umat Islam itu adalah angkara Iblis. (Bayangkan alim dan
abid lagi zuhud seperti Amru bin Ubayd pun menjadi ideologi Mu’tazilah).
Demikian juga al-Ghazaliy rh, dalam membincangkan sebab-sebab
rosaknya manusia, menyatakan bahawa hal tersebut berlaku, antara lain,
adalah angkara pengaruh Iblis.
Faktor lain yang boleh dikaitkan dengan fenomena ini ialah seperti
dalam sebuah ayat al-Quran yang mana Allah SWT berfirman, bahawa
Dia-Allah menghantar Syaitan kepada orang Musyrikin, agar orang
Musyrikin itu berbuat maksiat kekufuran semahu-mahunya (46).
Orang kafir Musyrikin ini kemudiannya akan menjadi agen Iblis-Syaitan
tadi untuk merosakkan akidah umat Islam. Hal ini dinyatakan Allah dalam
al-Quran: Dan berkatalah orang-orang kafir kepada orang-orang yang
beriman: ikutlah jalan kami (47)… dan firman Allah lagi: Dan orang-orang
kafir berkata: Janganlah kamu mendengar dengan bersungguh-sungguh akan
al-Quran ini dan buatlah kekacauan terhadapnya…(48).
Keterangan di atas wajar ditambah lagi dengan beberapa ayat al-Quran
yang lain. Antaranya al-Baqarah ayat 109, yang menyatakan kepada kita
bahawa orang Yahudi-Nasrani tidak akan jemu-jemu berusaha untuk
memesongkan akidah umat Islam sehingga menjadi kafir.
Pendeknya, golongan Yahudi-Kristian-Kuffar serta Iblis-Syaitan, akan
senantiasa mempengaruhi manusia dan kemudiannya menunggani mereka
seperti kumpulan tis’atu rahtin (49), agar membuat kerosakan di muka
bumi – kerosakan akidah dan syariah – dan tidak berbuat sedikit pun
kebaikan.
Gerakan Yahudi-Kristian terlalu halus, sehalus gerakan Iblis
laknatullah itu. pada awal tahun 70-an , ABIM yang mana saya merupakan
salah seorang pengasasnya – adalah di antara kumpulan pioner yang
mendedahkan peranan dan gerakan Yahudi-Kristian untuk memurtadkan ummah
Islam.
Peranan gerakan Yahudi yan bernama Freemasonary, sebuah gerakan sulit
Yahudi yang berpengaruh dan peranan gerakan kristian melalui The World Council of Churches, merupakan tajuk panas-penting dalam perbincangan usrah dan sebagainya.
Diadakan program khusus bagi menerangkan mengenai gerakan dan bahaya
pengaruh Yahudi-Kristian; bagaimana modus operandi mereka dan bagaimana
mereka berjaya menyusup masuk ke dalam diri individu dan organisasi
Islam serta pimpinannya.
Senarai nama-nama individu dan pemimpin Islam yang telah masuk ke perangkap Yahudi tersebut diedarkan.
Buku-buku mengenai kegiatan dan bahawa Yahudi-Kristian diterbitkan
semula dan diedarkan secara besar-besaran, ceramah dan pertunjukan slaid
mengenai kegiatan Yahudi dipertontonkan ke seluruh negara.
Itu senario awal gerakan awal Islam pada tahun 70-an. Senario
tersebut telah berubah sekarang. Dewasa ini, NGO – badan dakwah Islam
dan individu yang lantang menentang Yahudi-Kristian pada awal 70-an itu,
sudah tidak mempedulikan lagi semuanya itu (sesetengahnya menjadi rakan
karib Yahudi). Adalah melanggar ‘adab’ dan amat sensitif jika isu
Yahudi-Kristian dibangkitkan.
Kini, pendokong Pluralisme Agama Malaysia cuba mempertikaikan kesahihan buku The Protocols of The Elders Of Zion.
Mereka menafikan bahawa buku ini ditulis oleh kumpulan gerakan sulit
Yahudi. Kalau pun ia tidak ditulis oleh orang Yahudi sendiri, namun
isinya ternyata benar dan selaras dengan apa yang berlaku dalam sejarah
dewasa ini (50).
Umat Islam boleh faham dengan mudah kenapa pendirian ini dibuat.
Mereka boleh saksikan dengan terang bagaimana golongan Pluralis Malaysia
sering ulang-alik ke Eropah dan Amerika Syarikat, mengadap orang-orang
Yahudi untuk berbincang, menyusun strategi dan mendapat arahan-arahan
penting untuk menjahanamkan orang Islam (51).
Orang-orang yang diagung-agungkan oleh umat Islam seperti Muhammad
Abduh dan Jamaluddin al-Afghan adalah ahli Freemasonary sementara Munsyi
Abdullah pula adalah agen Kristian yang bantu menterjemahkan Bible ke
dalam bahasa Melayu.
Ramai lagi orang yang dipuja-puji di kalangan umat Islam dan pemimpin
umat Islam dewasa ini menjadi agen pemurtadan. Jika kita perhalusi
dengan cermat, maka akan berjumpalah dengan mereka itu, yang
sesetengahnya kita tidak sangka.
Perlu juga diberi perhatian kepada satu organisasi peringkat
antarabangsa yang bernama The Gulen Movement. Organisasi ini diterajui
oleh Muhammad Fetullah Gulen, seorang ahli perniagaan Turki yang menetap
di Pennsylvania, AS.
Pada zahirnya aktiviti mereka banyak kepada bantuan kebajikan dan
pendidikan. Di bawahnya terdapat puluhan NGO yang aktivitinya
berdasarkan kepada pendekatan ‘inklusif’ yang bertema dan menjurus
kepada apa yang mereka namakan sebagai ‘Abrahamic Faiths.’
Salah satu badan yang bernaung di bawah Gulen ialah Affinity Intercultural Foundation, beroperasi di Sydney, Australia.
Pada Disember 2009, bertempat di Melbourne, mereka telah menganjurkan satu program yang bernama ‘Parliament Of The World’s Religions.’ Ini adalah siri terbaru dari beberapa siri yang berlangsung beberapa abad yang lalu.
Tujuan program ini ialah untuk melahirkan ‘satu agama baru’ bagi satu
planet ini. penceramahnya, antara lain ialah Prof. Hans kung, Rev.
Corbin Arthen, Rabbi David Rose, Dalai Lama, Dr. Siti Musdah Mulia dan
Anwar Ibrahim.
Satu poin penting lain yang saya perlu sebut ialah dalam usrah tahun
70-an itu sudah dibincangkan mengenai agenda Kristian untuk
memurtadkan-Kristianisasi di alam Melayu dalam lingkungan masa 25 tahun
(dari tahun 70-an).
Ya, ternyata benar. Dalam lingkungan masa sekitar 25 tahun, rancangan
mereka bergerak lancar walaupun belum mencapai target. Pun begitu,
sudah ramai dari ‘kepala’ aktivis Islam tahun 70-an di Indonesia dan
Malaysia – walaupun tidak menjadi Kristian secara pengucapan dan upacara
– telah menganut faham Liberalisme-Pluralisme Agama yang diasaskan oleh
seorang Kristian yang bernama John Hick itu. inilah yang dikatakan oleh
(Dr) Uthman El-Muhammady “sayu tidak terkira hati…” (52)
Strategi Yahudi-Kristian di alam Melayu sama sahaja, baik di
Indonesia mahupun Malaysia iaitu menyerang persatuan pelajar dan belia
Islam.
Yahudi-Kristian sedar bahawa persatuan pelajar dan belia Islam ini
adalah reservoir penting yang menyediakan aktivis yang berwawasan Islam
dan mempunyai potensi besar menjadi pemimpin politik dan masyarakat.
Jadi, secara strategik, maka sumber itu harus dimusnahkan.
Di Malaysia, kumpulan yang pernah digelar sebagai ‘belia kompang dan
pintu gerbang’ kerana mereka tidak terlibat dalam kegiatan dakwah Islam
pada tahun 70-an, tidak menjadi sasaran mereka. Tetapi yang menjadi
sasaran mereka ialah persatuan pelajar dan belia Islam.
Sebab itu kita dapati, pemimpin dan persatuan ‘belia kompang dan
pintu gerbang’ini, tidak membuat masalah kontroversial dalam hal akidah
seperti yang dibuat oleh sesetengah ‘kepala’ aktivis atau bekas aktivis
pelajar atau belia Islam. Merekalah yang menjadi promoter dan lokomotif
kepada Pluralisme Agama di Malaysia. Yahudi menjadikan Goyim sebagai
Agentur!
Dulu, gerakan pemurtadan di alam Melayu bahkan di seluruh dunia
Islam, adalah di bawah organisasi Freemasonary dan WCC. Jenama ini
sangat terkenal dan amat sensitif pula kepada umat Islam.
Untuk mengabui mata umat Islam, mereka mengubah jenama ini dengan
berbagai-bagai jenama baru atas nama yayasan kebajikan, pendidikan dan
mempromosi demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, good governance dan sebagainya. yang saya namakan ‘Pergerakan Yahudi Baru’ dan ‘Pergerakan Kristian Baru.’
Seluruh umat Islam, baik yang terlibat dalam parti politik atau NGO,
bahkan umat Islam seluruhnya perlu mengenali dan meneliti ‘Pergerakan
Yahudi Baru’ dan ‘Pergerakan Kristian Baru’ ini. kita perlu mengenali
individu-individu dan organisasi Islam yang bekerjasama dan menerima
dana dari mereka.
Kata Imam al-Ghazzaliy rh : “… melihat ahwal (pelakuan, aktiviti)
atau mendengar aqwal (perkataan, percakapan, tulisan) maka anda akan
kenal mereka!”.
Bagi aktivis Islam tahun 70-an, nama tokoh Yahudi seperti Theodore
Herzl, Weizman, Ben Gurion, Benjamin Disraeli dan lain-lain lagi, adalah
tidak asing dan amat dikenali. Namun sekarang tahun 2011M, aktivis
Islam dan masyarakat Islam, hampir tidak mengenali tokoh-tokoh Yahudi
semasa dan pergerakan mereka.
Untuk tujuan keselamatan ummah, umat Islam harus mengenal
peribadi-peribadi yang bergerak secara terang atau di sebalik tabir
dalam ‘Pergerakan Yahudi Baru.’ Mereka wajar mengenali nama-nama seperti
Paul Wolfowitz, Al Gore, Martin Indyk, Michael Danby, William Cohen –
sekadar menyebut beberapa nama – seperti mana aktivis Islam mengenali
musuh mereka dari kalangan tokoh-tokoh Yahudi pada tahu 70-an dulu.
Mereka inilah yang merupakan arkitek dan engineer pemusnah umat Islam.
Selain dari individu, perlu juga mengenali organisasi/institusi/yayasan seperti AIPAC, Foundation For The Future (FFF), The Brookings Institute, East West Foundation, APCC, The Soros Foundation, The Asia Foundation, Konrad Adenauer Siftung, RAND Corporation, The Sasakawa Peace Foundation (Jepun), The Becket Fund
dan lain-lain yang mana semuanya ini menyediakan bermacam-macam
kemudahan infrastruktur dan logistik untuk tujuan di atas. Aktiviti
mereka berselindung atas nama dialog, persefahaman dan keamanan sejagat.
SARANG PLURALISME AGAMA
Tidak boleh dinafikan bahawa hubungan aktivis Liberalisme-Pluralisme
Agama antara Malaysia-Indonesia amat erat. Golongan Pluralis Agama yang
beroperasi melalui IKD telah mencetak ulang banyak artikel dan buku-buku
yang pernah diterbitkan oleh golongan Liberalis-Pluralis Indonesia.
Aktivis Indonesia juga sering dijemput dalam diskusi/wacana anjuran
IKD dan aktivis Pluralisme Agama Malaysia juga ke sana dalam program
yang sama.
Saya sengaja menyebut hal ini adalah sebagai peringatan kepada
pengalaman kita masa lalu, yang mana kita tidak memberi perhatian yang
serius kepada ajaran sesat al-Arqam dan Syiah. Sehingga akhirnya kita
terpaksa membayar harga yang amat mahal untuk menghadapi mereka.
Selepas revolusi Syiah Iran, organisasi politik dan NGO Islam menjadi
sarang penyebaran faham Syiah di merata dunia termasuk Malaysia.
Beribu-ribu buku ajaran Syiah masuk ke Malaysia dan sesetengahnya diedar
percuma. Malah, ada ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke Iran untuk
mempelajari Islam (yang sebenarnya mereka belajar ialah agama Syiah).
Orang-orang Syiah juga ada menghantar propagandis mereka ke Malaysia
dengan tujuan untuk mengajar agama mereka. akibat dari hal-hal demikian,
maka wujudlah komuniti Syiah Melayu di tengah-tengah masyarakat Islam
Sunni.
Demikian juga dalam kes al-Arqam. Sarangnya tidak dimusnahkan dan
buku-bukunya dibiar tersebar luas dan berjaya mempengaruhi sebahagian
masyarakat Islam.
Bagi ajaran sesat yang tidak mempunyai cita-cita besar dan tidak pula
mempunyai strategi untuk menyebarkan faham mereka, tidaklah begitu
sangat merisaukan.
Tetapi itu pun sudah cukup memenatkan kita, apatah lagi bagi golongan
yang mempunyai cita-cita besar dengan berbagai strategi seperti
penerbitan berskala besar dengan dana yang besar keranan sokongan
kumpulan anti-Islam Barat; mempunyai jaringan antarabangsa yang
melibatkan individu profil tinggi; hubungan akrab dengan NGO luar negara
dan sokongan sesetengah kerajaan asing; maka perhitungan dan perhatian
yang lebih serius perlu diberi oleh masyarakat Islam.
IKD sudah bertahun-tahun mendapat dana asing untuk aktiviti mereka
dan aktivisnya konsisten dengan program mempromosi doktrin Pluralisme
Agama melalui penerbitan, wacana, kursus, latihan dan sebagainya.
Adalah suatu kenyataan bahawa Pluralisme Agama, yang bermula dari
Yahudi-Kristian itu, kemudian masuk ke dalam diri individu dan
organisasi yang dipimpin oleh orang Islam, seperti seekor burung helang
Amerika Utara: bersarang-bertelur-menetas-membesar dalamnya, kemudian
mencari mangsa di tengah-tengah masyarakat Islam.
Sarang-sarang maksiat Pluralisme Agama di Indonesia adlah seperti
Salihara-Paramadina-JIL dan seumpamanya dengan tokoh yang masih hidup
seperti Goenawan Mohamad, Luthfi Assyaukanie, Ulil Abshar dan lain-lain.
Sementara di Malaysia, sarangnya ialah IKD dengan tokohnya seperti
Khalid Jaafar, Anwar Ibrahim dan lain-lain.
Kenapa organisasi orang Islam? Jawapannya mudah: ia adalah
palaksanaan sebahagian dari resolusi RAND Corporation iaitu : Ini bukan
satu bentuk peperangan antara tamadun – bukan Islam lawan Barat – tetapi
peperangan idea antara Islam sesama Islam dalam menentukan takrif
mereka; Islam Liberal (juga Islam Pluralis-P) atau Islam Radikal
(maksudnya ialah Islam sebenar-P). (53)
Sarang Pluralisme Agama terbesar iaitu IKD, kini di dalam keadaan
cemas. Para aktivisnya tidak hilang akal. Mereka mencari (sudah dapat?)
NGO-NGO Islam yang lain untuk membuat sarang baru.
PLURALISME AGAMA DAN PERJUMPAAN DENGAN ANWAR IBRAHIM
‘(Saya) bertempur…’ kata-kata ini diucapkan oleh Anwar Ibrahim pada
dua tarikh berbeza, di dua tempat berbeza, di depan dua audiens berbeza.
‘…bahkan kalau di Malaysia, (saya) bertempur dengan kalangan yang
menjadi Islam itu sebagai faktor penghalang…’ Inilah kata Anwar Ibrahim
pada 11 Oktober 2011 di Salihara, Jakarta, di hadapan aktivis
Liberalisme-Pluralisme.
Kata-kata ini diucapkan kira-kira lima bulan selepas Program –Wacana
MUAFAKAT pertama yang menyanggah fahaman Pluralisme Agama pegangan
beliau yang berlangsung pada 1 Mei 2010. (54)
‘Kalangan’ yang dimaksudkan oleh Anwar ialah golongan yang menentang Liberalisme-Pluralisme di Malaysia.
Salihara adalah salah satu sarang golongan Liberalisme-Pluralisme Agama terpenting di Indonesia.
‘…sebab saya di Jakarta…, saya memang dalam pertemuan, bertempur
dengan mereka dalam hal ini dalam beberapa isu dengan Lingkaran
Liberal…’ Inilah pula kata Anwar pada 2 Januari 2011 di Cyberjaya, dalam
majlis perjumpaan beliau dengan MUAFAKAT dan aktivis Islam lain.
‘Mereka’ yang dimaksudkannya itu ialah golongan Liberalis-Pluralis Indonesia.
Saya sendiri adalah salah seorang yang hadir dalam perjumpaan dengan
beliau pada malam tersebut. Dalam perjumpaan itu, beliau amat defensif
bahkan apologetic dengan mengakui beliau “sedikit longgar”
(sebenarnya tidak sedikit) dalam ucapan di LSE itu dan berjanji akan
edit semula tulisan itu. (55)
Jadi, bila beliau bertempur? Jika pembaca meneliti pula ucapannya di
Salihara, beliau tidak pun bertempur dengan golongan Liberalis-Pluralis
yang hadir itu, bahkan menggembirakan mereka.
Ini adalah kerana beliau memberitahu audiensnya, bahawa beliau
bertempur (sebenarnya tidak) dengan golongan penentang
Liberalisme-Pluralisme Malaysia untuk menyakinkan mereka yang beliau
bersama mereka, menentang para penentang fahaman Liberalisme-Pluralisme
di Malaysia (dan memang pun beliau menentang para penentang fahaman
Liberalisme-Pluralisme Agama).
Allah Maha Benar. Allah SWT mengingatkan manusia supaya jauhi perkataan dusta. Firman-Nya dalam Surah al-Haji ayat 30 berbunyi: wajtanibuu qaula z-zuur.
Imam Bukhari dan Imam Muslim rh meriwayatkan bahawa Nabi SAW
menyatakan, di antara sifat munafik ialah apabila seseorang itu
bercakap, dia berdusta: iza haddatha kazaba. Ulama Ahli Sunnah pula menyuruh supaya berinteraksi dengan lisan-percakapan yang benar- sidqu llisan.
Sebaik sahaja wacana pertama dianjur oleh MUAFAKAT itu, Anwar Ibrahim
meminta untuk bertemu dengan aktivis MUAFAKAT. (Dalam perjumpaan itu
dia mengatakan MUAFAKAT yang ingin berjumpa!)
Perjumpaan ini tertunda beberapa kali atas permintaan beliau sendiri kerana kesibukan beliau menghadiri program politik yang urgent.
Akhirnya pada 2 Januari 2011, malam, perjumpaan yang dirancangkan itu
telah diadakan. Tujuan perjumpaan tersebut adalah kononnya beliau ingin
memberi penjelasan lanjut berkaitan ucapan beliau di LSE itu.
Dalam perjumpaan tersebut, beliau mengaku merujuk dan mengambil
tulisan John Hick dalam menulis ucapan beliau itu. ternyata saat tamat
pertemuan, beliau masih tidak menarik balik ucapan pendirian beliau
mengenai Pluralisme Agama mazhab John Hick itu, walaupun diminta berbuat
demikian.
Beliau sekadar berkata, akan ‘edit’ semula tulisan=ucapannya itu. Ini
adalah logik kerana seperti kata beliau:… lebih dua dekad lalu saya
cuba hayati semangat sapere aude… Ini mungkin kerana akidah tersebut
sudah melekat kukuh pada akal dan sanubari beliau.
Sebenarnya, perjumpaan tertutup ini hanyalah untuk aktivis MUAFAKAT
dan beberapa orang jemputan sahaja. Namun seperti yang dijangka,
dihadiri juga oleh orang lain. Kehadiran sekitar 120 orang yang terdiri
daripada pimpinan-pimpinan NGO Islam, pelajar dan belia Islam, pensyarah
universiti, aktivis politik dan beberapa orang luar, yang nampaknya
dikerah khas untuk memberi sokongan moral kepada tokoh Pluralisme Agama
ini.
Perjumpaan ini tidak menepati tujuan sebenar iaitu untuk berbincang
secara terperinci mengenai isu Pluralisme Agama berdasarkan ucapan Anwar
itu. Banyak soalan yang bersifat amat fundamental dan memerlukan
jawapan dari Anwar, telah tidak dapat disoal oleh penentang Pluralisme
Agama kerana sikap moderator iaitu Prof. Osman Bakar.
Beliau membiarkan perkara yang tiada kena mengena dengan isu Pluralisme Agama turut disentuh.
Padahal beliau memberi jaminan tidak akan mengizinkan hal tersebut.
Beliau juga mengambil kesempatan dengan menggunakan masa yang panjang
untuk menegaskan pendirian Pluralisme Agamanya yang sepatutnya dibuat
dalam satu sesi berasingan seperti yang beliau buat tidak lama kemudian
dalam pertemuan tertutup dengan beberapa NGO.
Agaknya beliau lupa bahawa perjumpaan tersebut adalah antara
pennetang fahaman Pluralisme Agama dengan Anwar, bukan dengan beliau
atau orang lain.
Semasa mengendalikan majlis, beliau tidak menumpukan perhatian kepada
isu pokok dan tidak mengikuti isi perbincangan dengan tertib dan
teliti. Ini terbukti apabila dengan tiba-tiba beliau mencelah ketika
seorang peserta sedang berhujah, dengan mengatakan bahawa yang perlu
diserang ialah John Hick.
Peserta yang sedang berhujah itu lantas menjawab: memang, yang sedang
diserang sekarang ini ialah konsep Pluralisme Agama John Hick dan
tenteranya bukan Sophia Perennis atau lainnya.
Anwar tidak menerangkan alasan kenapa dia menyamakan semua agama
setara; tidak menyeluruh langsung konsep salvation keselamatan; tidak
menghiraukan statementnya yang melarang orang berkata yang agama lain
salah; tidak ulas penggunaan ayat al-Quran yang dia gunakan untuk
membenarkan fahamannya dan beberapa perkara lagi yang mana semua ini
adalah hal-hal yang amat fundamental berkaitan akidah.
Bukan sahaja beliau tidak menerangkan hal tersebut, malah beliau
menafikan beliau yang beliau bermaksud demikian, padahal ternyata sangat
terang dalam tulisan-ucapannya itu.
Dia mengambil hampir keseluruhan masa perjumpaan tersebut bercakap
perkara yang tiada kaitan dengan fahaman Pluralisme Agama. Ini adalah
taktik biasa beliau yang bertujuan untuk mengalih isu sebenar.
Tidak seorang pun dari kalangan pemimpin NGO, pelajar dan belia Islam
yang dikerah hadir pada malam tersebut, terlibat dalam perbincangan dan
memberi pandangan dalam isu Pluralisme Agama ini.
Respon keras menentang hanya dari MUAFAKAT. Ini adalah kerana yang
ramai-ramai datang itu, langsung tidak ada maklumat mengenai fahaman
Pluralisme Agama dan tidak pula membaca ucapan-tulisan Anwar itu. Ini
diakui sendiri oleh peserta yang hadir pada malam itu.
Sebab itu saya katakan di awal, bahawa mereka datang kerana dikerah
yang semata-mata bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada tokoh
idola mereka, bukan untuk berbincang mencari kebenaran.
Apa yang menggelikan hati ialah seorang Naib Presiden sebuah NGO
Islam dari awal hingga akhir kalam, terus-menerus memuji Anwar. Tidak
sepatah pun orang ini bercakap tentang Pluralisme Agama!
Fahaman yang dimotori Anwar ini sudah nampak bayang-bayangnya dan
mula mengakar di kalangan sesetengah aktivis pelajar, belia Islam serta
NGO Islam. Pandangan ini berdasarkan hasil pemerhatian kepada sikap
berdiam diri mereka dalam isu Pluralisme Agama yang ditunjukkan pada
malam perjumpaan tersebut dan sokongan mereka yang terus-menerus kepada
beliau.
Ada yang mengatakan bahawa isu ini sudah selesai dan perlu diberi tumpuan kepada isu yang lebih besar.
Apakah ada isu yang lebih besar dari isu akidah? Dari sekian ramai
yang datang, hanya lima orang peserta sahaja yang berhujah menentang
fahaman Pluralisme Agama dengan hujah yang mantap.
Hujah penentang faham Pluralisme Agama, tidak dijawab secara tuntas
oleh tokoh Pluralisme Agama tersebut demi menolak tuduhan yang dia
seorang Pluralis Agama.
Seperti yang disebut terdahulu, di luar majlis, ada cakap-cakap
menyatakan bahawa isu tersebut sudah selesai, malah beliau sendiri ada
memberitahu hal sedemikian kepada seorang pemimpin politik yang menjadi
rakan politiknya.
Isu yang dia seorang Pluralis Agama tidak selesai lagi. Ini ternyata
benar, kerana pada penghujung bulan Februari 2011, iaitu kira-kira dua
bulan selepas pertemuan dengannya, beliau masih mempertahankan akidah
Pluralisme Agamanya, apabila beliau dengan keras menyerang orang yang
mengkritik fahaman Pluralisme Agama.
Kemudian beliau ulangi lagi pendiriannya ini dalam ceramah politiknya
di hadapan khalayak yang kosong pengetahuan mengenai Pluralisme Agama
di Hulu Kelang; lepas itu pula, beliau mengugut, jika dia didakwa oleh
pihak berkuasa agama, beliau akan memanggil beberapa orang luar Malaysia
yang dianggapnya alim, untuk mempertahankannya; beliau menegaskan lagi
pendiriannya secara tegar pada bulan Mac baru-baru ini dalam satu
kenyataan media.
Teramat terang bahawa akidah Pluralisme Agama sudah melekat kukuh
padanya. Isu ini hanya akan selesai sekiranya beliau menulis menarik
balik pendirian asalnya yang berfahaman Pluralisme Agama mazhab John
Hick dan menyatakan pendirian barunya yang bertepatan dan selaras dengan
ajaran akidah Islam Ahli Sunnah wa al-Jamaah (kerana beliau mendakwa
beliau adalah Ahli Sunnah wa al-Jamaah) dan dimuatkan dalam blog atau
sebagainya yang dimilikinya beliau. Jika beliau berbuat demikian, maka
kebaikan adalah miliknya.
STRATEGI GOLONGAN PLURALISME AGAMA
Antara lain, strategi golongan Pluralisme Agama Malaysia dalam menyebarkan fahaman mereka ialah:
(1) Dampingi NGO dan Persatuan Pelajar Islam.
Berusaha mendampingi pelajapelajar dan belia-belia Islam melalui
rangkaian organisasi yang mereka kuasai. Ini ternyata jelas bila mana
sesetengah NGO Islam, persatuan pelajar dan belia Islam dikerah untuk
membuat dan menjayakan program untuk mendokong tokoh Pluralisme Agama
ini. adalah amat menyedihkan ada organisasi-organisai Islam, persatuan
pelajar dan belia Islam, sanggup menjadi alat kepada misi golongan jahat
ini.
(2) Penyebaran Buku.
Menyebar luas buku-buku mengenai fahaman Pluralisme Agama dalam bahasa
Melayu untuk menarik orang Melayu yang beragama Islam kepada aliran
sesat mereka.
(3) Program Perkadiran dan Pemantapan.
Merekrut kadir-kadir dari kalangan pelajar sekolah menengah dan
universiti serta belia dan pekerja melalui program kursus-bengkel.
Kumpulan yang sudah mengikuti program pertama akan dimasukkan ke program
yang lebih tinggi yang dinamakan ‘Sekolah Politik’ dan program
‘Pencerahan Tanwiri’.
(4) Membina Keyakinan Masyarakat.
Mengadakan caramah terbuka dan wacana-wacana umum untuk membina
keyakinan masyarakat melalui slogan ‘perubahan’, ‘kebebasan’ dan
sebagainya. Sekali lagi ada organisasi dakwah Islam dijadikan tunggangan
mereka.
(5) Perancangan Politik.
Bergerak melalui parti politik secara aktif dan bertanding dalam pilihan
raya. Pada peringkat antarabangsa pula, mereka melobi dan memohon
sokongan politik dan moral dari pemimpin dunia atas slogan perubahan,
demokrasi, kesetaraan agama, kebebasan, good governance dan lain-lain
lagi.
(6) Menguasai Pusat Pengajian dan Institut Pemikiran.
Mengadakan program ilmiah (seperti program Gulen di sebuah universiti
tempatan, IAIS dan lain-lain) dan dialog-dialog agama dan budaya.
KESIMPULAN
Ternyata badai fahaman Liberalisme-Pluralisme ini adalah ancaman
paling bahaya dari sekian banyak fahaman dan pemikiran pasca-modernisme.
Kita wajib membendungnya dengan memperkasa memantapkan ilmu-ilmu Islam
serta memahaminya dengan benar seperti yang dihuraikan dalam
epistemologi ASWJ.
Ulama-ulama Islam zaman klasik seperti Imam Abu Hasan al-Asy’ariyy,
al-Ghazzaliyy dan lain-lain lagi, dalam menghadapi serangan musuh-musuh
pemikiran dan akidah Islam, telah menelaah secara serius tulisan-tulisan
musuh dan dalam waktu yang sama, mendalami serta memantapkan ilmu-ilmu
Islam sendiri.
Kita juga perlu mengadakan wacana dan perbincangan di setiap
kesempatan bagi menghuraikan bahaya fahaman Liberalisme-Pluralisme Agama
ini. justeru sebagai Kharya Ummah, maka mungkar Liberalisme-Pluralisme
Agama ini, perlu dibongkar hingga ke akar umbi dengan kita bersatu
tenaga menghapuskannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan