بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Sejarah Dan Fahaman Syiah
Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab,Syiah (شيعة) bermaksud :
Pengikut dan pembela seseorang.[1]
Pengikut dan pembela seseorang.[1]
Adapun mengikut terminologi (istilah)
syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi
Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama
daripada sahabat-sahabat lain.[2]
Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam
disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah juga dengan firqah
Khawarij[3], namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di
Karbala[4], pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu
fahaman dan mazhab aqidah.
Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa
ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga membawa kepada
percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalah
fiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w.
namun semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa
ideologi sesat yang telah dibawa masuk.
Antara pendapat ulama’ menyatakan,
pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’[5] yang berpura-pura
menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini
disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara
puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak
“al-Sabaiah” (السبائية).
Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah
bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib
:“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali, maka
Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina
Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’
berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.[6]
Disebabkan perkataan tersebut, maka
Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah
Saba’iah tersebut[7]. Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada
empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.
Syiah pada zaman sekarang yang dianggap
benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah[8].Adapun Imamiah Isna ‘Asyar,
ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh Al-Azhar mengambil
pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan
mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).
Antara ulama’ yang berpendapat
sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh
Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi,
Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain.
Namun ada juga pendapat yang lebih keras
mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar daripada Islam kerana
sampai kelampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada
pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak
dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih
melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka
maksum sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu
diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam
mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain.
Pendapat kedua ini kebanyakannya
dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman Salafi antaranya Ibn
Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi
Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain[9].
Namun secara konklusi apa yang pasti,
sekiranya kelampauan yang ditunjukkan oleh kelompok Syiah Imamiah
tersebut tidak sampai kepada had ghulah[10], maka mereka masih lagi
dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan sekiranya
mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka
memusuhi golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani dan selainnya.
Namun apa yang berlaku, kebencian yang
amat sangat ditunjukkan dikalangan mereka terhadap Sunni sehingga
sanggup bersama melakukan perkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata
menghancurkan golongan Sunni.
Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan
penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku kecilnya “al-Khomeinisma :
Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”.
PUAK-PUAK DALAM SYIAH[11]
1. Imamiah (الإمامية): Dikenali dengan
Imamiah kerana menjadikan persoalan Imamah (melantik dan beriman kepada
mereka) sebagai perkara Usul dalam agama yang wajib dipercayai. Ianya
merupakan puak yang paling utama dalam Syiah.
Dinamakan juga sebagai al-Rafidah
(الرافضة) kerana “ingkar dan menolak” kelayakan Abu Bakar, Umar dan
Uthman sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Ianya dipanggil juga dengan nama Isna
‘Asyariah (اثنى عشرية) kerana berpendapat bahawa 12 daripada imam-imam
mereka maksum[12] sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. (dijaga daripada
melakukan dosa, lalai, lupa, tersalah dengan sengaja ataupun tidak
sengaja).
12 imam mereka adalah sebagaimana berikut :
1. Ali bin Abi Thalib (al-Murtadha)
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)[13]
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)[13]
Syiah Imamiah ini terbahagi pula kepada 15 kelompok :
Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah,
Syumaitiah, ‘Ammariah, Ismailiah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Isna
‘Asyariah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah, Kamiliah.
2. Zaidiah (الزيدية): Mereka adalah
pengikut kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi
Thalib[14]. Beliau terkesan dengan pemikiran Wasil bin Ata’ (pengasas
fahaman Muktazilah) dan ulama’ mengklasifikasikan pengikut Zaidiah dalam
golongan yang mu’tadil kerana yang paling hampir kepada Ahli Sunnah wal
Jamaah, lebih-lebih lagi dalam persoalan ibadat.
Pendapatnya tidaklah sampai
mendewa-dewakan Ali dan mencerca sahabat-sahabat yang lain melainkan
hanya mengatakan bahawa Ali lebih layak memegang tampuk khilfah selepas
kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. daripada Abu Bakar dan Umar.
Kebanyakan kelompok ini berada di Yaman. Syiah Zaidiah terbahagi kepada 3 kelompok :
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
3. Kaisaniah (الكيسانية): Pengasasnya
adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang merupakan khadam kepada Muhammad
bin Ali bin Abu Thalib (anak Saidina Ali dengan isterinya Haulah dari
bani Hanifah lalu dikenali Muhammad al-Hanafiah sempena nama kabilah
ibunya).
Adapun Kaisan merupakan khadam kepada
Saidina Ali bin Abi Thalib. Setelah kewafatan Ali, dia lalu menjadi
khadam kepada Muhammad al-Hanafiah. Dia bersungguh-sungguh
mempertahankan Hasan dan Husin dalam mendapatkan hak kekhalifahan.
Selepas kematian keduanya, mereka pula
mempertahankan hak terhadap Muhammad bin al-Hanafiah. Lalu ada
dikalangan mereka yang ghuluw (melampau) lalu menjadi buruan pemerintah
ketika itu.
Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah :
1. Yang mendakwa bahawa Muhammad
al-hanafiah masih belum mati kerana beliau menyelamatkan diri ke sebuah
daerah Radhwa (sebuah kawasan pergunungan) ketika diburu pemerintah
kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau. Beliau
dipercayai masih lagi hidup dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar
pada hari kiamat sebagai Imam Mahdi.
2. Mereka yang memperjuangkan hak
kekhilafahan Muhammad al-Hanafiah semasa beliau masih lagi hidup. Dan
hak tersebut berpindah-pindah kepada orang lain selepas kematiannya.
4. Ghulah (الغلاة) : Mereka yang
melampaui had dalam persoalan aqidah. Bukan sahaja berpandangan bahawa
Saidina Ali lebih mulia dan layak daripada sahabat-sahabat lain dalam
persoalan Khilafah bahkan lebih agung daripada Rasulullahs.a.w.
Mereka juga berpendapat Rasulullah
s.a.w. hamper sama wajahnya dengan Ali, oleh sebab itu malaikat Jibril
tersalah sampaikan wahyu kepada Rasulullah sedangkan asalnya disampaikan
kepada Saidina Ali. Ada juga yang menyatakan Jibril sengaja melakukan
sedemikian lalu mengkafirkan Jibril.
Mereka percaya kepada konsep perpindahan
ruh (tanasukh al-arwah) dari satu jasad kepada jasad yang lain,apabila
sesorang melakukan kejahatan maka pada kebangkitan lain ruh mereka akan
menjelma dalam keadaan yang menghinakan, jika mereka melakukan kebaikan
maka ruh tersebut akan menjelma dalam keadaan yang mulia dan dihormati.
Kerana itulah golongan ini menyatakan
bahawa Abu Bakar dan Umar akan dibangkitkan pada dekatnya Kiamat dalam
rupa keldai dan baghal dan imam-imam mereka akan menjadi pengembala
serta memukul-hinakan Abu Bakar dan Umar ketika itu dalam keadaan keldai
dan baghal.
Mereka sampai kepada batas ketaasuban
dan kelampauan sehingga mengatakan Saidina Ali bin Abi Thalib dan
imam-imam mereka sebagai Tuhan. Samada Tuhan hulul (menjelma masuk)
dalam badan mereka atau mereka bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan.
Walaupun mereka mendakwa bahawa pegangan
mereka daripada agama Islam namun jumhur ulama’ berpendapat mereka
telah terkeluar daripada acuan Islam.
Syiah Ghulah ini terbahagi kepada
Saba’iah, Bayaniah, Mughiriah, Mansuriah, Ghurabiah, Khattabiah,
Janahiah, Hululiah, Syari’iah, Numairiah.
GERAKAN KEBATINAN [15]
Banyak daripada kumpulan dan agen
parasit daripada luar yang ingin merosakkan Islam. Mereka mula menyerang
agama Islam dengan mencipta beberapa ideologi berbentuk harakah
batiniah (gerakan kebatinan) lalu diserap masuk kedalam Islam dengan
menjadikan cinta kepada Ahli Bait Nabi sebagai hujjah mereka. Ada juga
yang menjadikan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf ,perbandingan
agama dan kebebasan mutlak terhadap manusia sebagai fokus utama dalam
menyebarkan fahaman kebatinan ini.
Golongan ini digelarkan dengan nama al-Batiniah (الباطنية) kerana mereka berkata :
“Syariat Allah itu ada lahir dan batinnya, begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad”[16]
Mereka menggunakan kaedah takwil[17]sebagai manhaj utama menyebarkan fahaman ini.
Sebagai contoh :
“Sesiapa yang mengetahui makna hakikat
ibadah, gugur fardu ibadah daripadanya”. Ini diambil daripada Firman
Allahdalam Surah al-Hijr, ayat 99 berbunyi :“Sembahlah Tuhanmu sehingga
kamu yakin.”
Mereka bergerak samada dalam keadaan
jelas atau tersembunyi dalam mana-mana kelompok. Antara gerakan mereka
yang dapat dikenal pasti oleh para ulama iaitu gerakan Yazidiah,
Qaramitah, Ismailiah, Druze, Nusairiah, Hashsyasyin, Babiah, Baha’iah,
Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Khumainiah dan Harakah Amal.
Pengasas awalnya adalah Maimun bin
al-Ahwazi[18], Muhammad bin Hussin (al-Dandan)[19] bersama satu kumpulan
yang dinamakan al-Jarabijah[20] yang pernah berkumpul sekali dalam
penjara di kawasan Iraq, lalu bersepakat mengasaskan gerakan kebatinan.
Selepas bebas daripada penjara, mereka mula menyebarkan fahaman dan
doktrin-doktrin tersebut yang diceduk daripada Islam, Majusi, Yahudi,
Nasrani, Mesir Kuno, Parsi, Yunani, Anamisma dan Buddha.
Gerakan mereka ini terlebih bahaya
daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan Dahriah kerana mereka bergerak
dengan menyalurkan doktrin mereka secara halus dan dengan penggunaan
nama Islam sebagai tipu muslihat.
Modus operandi sebagaimana dinyatakan oleh Dr. Anwar Hamid Isa ada beberapa peringkat dalam meniupkan ruh tipu daya mereka :
1. Al-Tafarras : Memerhati daripada jauh mangsa yang sepatutnya
2. Al-Ta’nis : Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3. Al-Tasykik : Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4. Al-Ta’liq : Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5. Al-Rabt : Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6. Al-Tadlis : Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7. Al-Ta’sis : Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama
8. Al-Khulu’ wal Salakh: Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islam
daripada pengamalan spiritual mereka sehari-hari dan seterusnya kepada gugurnya keimanan kepada Allah.
2. Al-Ta’nis : Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3. Al-Tasykik : Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4. Al-Ta’liq : Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5. Al-Rabt : Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6. Al-Tadlis : Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7. Al-Ta’sis : Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama
8. Al-Khulu’ wal Salakh: Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islam
daripada pengamalan spiritual mereka sehari-hari dan seterusnya kepada gugurnya keimanan kepada Allah.
FAHAMAN NUSAIRIAH (النصيرية)
(GERAKAN KEBATINAN)
Salah satu daripada ideologi sesat yang
dicipta untuk memesongkan ajaran Islam yang tulen. Mereka adalah
pengikut kepada Muhammad bin Nusair al-Basri al-Namiri.[21]
Selepas kematian Hassan al-Askari,
Muhammad bin Nusair menyatakan bahawa Hassan al-Askari ada
menyembunyikan seorang anaknya (Muhammad al-Mahdi) didalam sebuah bilik
bawah tanah.
Tujuannya adalah mendapatkan nama dengan
mengutip zakat daripada orang ramai sebagai pengeluaran zakat untuk
disalurkan kepada anak Hassan yang tersembunyi itu.
Dia menggunakan hujjah البابية dengan
menggelarkan dirinya sebagai PINTU atau sebagai orang tengah untuk
menyampaikan sesuatu pemberitaan dan menyampaikan sesuatu hajat yang
diinginkan oleh masyarakat. Kerana hasratnya ingin menjadi penguasa
dengan menggunakan Imam yang Ghaib tersebut, dia akhirnya menggelarkan
dirinyasebagai Tuhan.
Kelompok ini juga dinamakan dengan
Namiriah, Alawiyun,Hattabun dan lain-lain. Tersebarnya Nusairiah hari
ini disekitar pinggir Syria, kepulauan kecil, Lubnan, Iraq dan
lain-lain.
Imam ibn Kathir penah menyatakan bahawa kelompok Nusairiah ini menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan.Mereka juga mengkafirkan umat Islam keseluruhannya. Mereka telah meruntuhkan masjid-masjid lalu ditukar dan dibina kilang-kilang dan kedai penjualan arak.[22]
Imam ibn Kathir penah menyatakan bahawa kelompok Nusairiah ini menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan.Mereka juga mengkafirkan umat Islam keseluruhannya. Mereka telah meruntuhkan masjid-masjid lalu ditukar dan dibina kilang-kilang dan kedai penjualan arak.[22]
Antara aqidah mereka adalah [23] :
1. Menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan
kerana Allah taala telah hulul (menjelma masuk) ke dalam jasad Saidina
Ali, bahkan mereka juga beranggapan bahawa Ali sudah wujud sebelum bumi
dan langit belum dicipta.
2. Mereka berpegang dengan konsep
ketuhanan Trinity (3 dalam 1) sebagaimana Kristian. Kristian beranggapan
adanya Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Ruhul Quds (Jibril).
Bagi Nusairiah, mereka beranggapan
bahawa adanya tiga gabungan daripada المعنى (Saidina Ali) sebagai Yang
Paling Agung dan Berkuasa, الإسم (Rasulullah s.a.w.) sebagai hijab
Nurani dan الباب (Salman al-Farisi) sebagai wasilah untuk menyampaikan
kepada hijab Nurani.
2. Menganggap bahawa imam Hassan
al-Askari sebagai Nabi yang diutuskan Tuhan. Bahkan mengetahui akan
setiap perkara-perkara yang ghaib dan terzahir mukjizat disisinya[24].
Begitulah juga yang berlaku kepada
Syeikh-syeikh mereka yang Tuhan hanya khususkan kepada mereka dengan
mengetahui setiap maksud batin (tersirat) daripada al-Quran dan Hadith.
Mereka tidak memakai-guna ayat al-Quran
secara zahir dan mengubah makna tersebut kepada makna yang tidak layak
untuk ditakwilkan.
3. Berpegang dengan konsep Karma
sebagaiman agama Buddha yang akan ada perpindahan ruh serta pembalasan
amalan dimuka dunia. Ketika itu berpindahnya ruh kepada jasad-jasad
manusia lain sebagai balasan baik ataupun buruk. Bahkan ada juga ruh
yang berpindah ke jisim-jisim tumbuhan dan haiwan-haiwan.
4. Mengecam bagi sesiapa yang mencela
dan menghina Abdul Rahman bin Maljam (pembunuh Saidina Ali) kerana
beranggapan telah melakukan kebaikan. Mereka beanggapan, telah menjelma
sepenuhnya ruh Allah daripada العالم اللاهوت (alam ketuhanan) kepada
العالم الناسوت (alam manusia) untuk menyelesaikan fitnah yang berlaku
dikalangan sahabat Nabi ketika itu.
5. Beriman bahawa Saidina Ali mencipta
Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah mencipta Salman al-Farisi, lalu Salman
mencipta 5 orang yang lain iaitu :
- al-Miqdad bin Aswad :
mengawasi dan menjadi Tuhan bagi manusia dalam mentadbir mereka
- Abu Dzar al-Ghifari :
menjadi pemantau peredaran falak, planet-planet dan bintang dilangit
- Abdullah bin Rawahah:
penjaga peredaran udara alam dan meniupkan ruh bagi manusia
- Uthman bin Maz’un:
mengawal situasi, perihal kelakuan dan sifat manusia
- Qinbar bin Kadan :
sebagai peniup ruh kehidupan kepada seluruh makhluk Tuhan
mengawasi dan menjadi Tuhan bagi manusia dalam mentadbir mereka
- Abu Dzar al-Ghifari :
menjadi pemantau peredaran falak, planet-planet dan bintang dilangit
- Abdullah bin Rawahah:
penjaga peredaran udara alam dan meniupkan ruh bagi manusia
- Uthman bin Maz’un:
mengawal situasi, perihal kelakuan dan sifat manusia
- Qinbar bin Kadan :
sebagai peniup ruh kehidupan kepada seluruh makhluk Tuhan
6. Beranggapan Saidina Ali tidak mati
tetapi naik ke langit lalu bersemayam di bulan, matahari, awan dan
lain-lain.Kerana itulah mereka menyembah benda-benda tersebut kerana Ali
ada disana.
7. Tidak mengiktiraf pensyariatan Haji
kerana pada pandangan mereka, menunaikan Haji ke Mekah merupakan
perbuatan kufur dan melakukan penyembahan berhala (dinisbahkan kepada
Kaabah).
8. Tidak solat Jumaat, tidak bersuci
dengan wudhu’, mengangkat janabah (hadas besar) sebelum menunaikan solat
lima waktu. Solat lima waktu mereka tidak perlu berwudu’ dan tidak ada
sujud kerana ianya termasuk dalam rukun Rukuk dalam solat.Solat mereka
berbeda dengan rakaat yang diamalkan oleh Sunni.
9. Tidak mengiktiraf pensyariatan zakat
tetapi mereka mengeluarkan wang saku mereka (untuk menggantikan zakat)
dengan memberi cukai kepada Syeikh-syeikh mereka.
10. Melakukan upacara-upacara kemenyan
dan membakar wangi-wangian ketika melakukan upacara sebagaimana yang
dilakukan Kristian dan Buddha.
11. Puasa hanyalah menahan diri daripada isteri-isteri mereka sepanjang bulan Ramadhan.
Begitula reality sebenar fahaman Nusairiah, sebuah gerakan kebatinan yang bergerak dalam denyut nadi umat untuk menghancurkannya secara tersembunyi.
Begitula reality sebenar fahaman Nusairiah, sebuah gerakan kebatinan yang bergerak dalam denyut nadi umat untuk menghancurkannya secara tersembunyi.
Para ulama telah bermuafakat, mereka
yang menganut fahaman Nusairiah ini diharamkan berkahwin dengannya,
diharamkan makan sembelihannya, dilarang daripada mengkafan, solat
jenazah dan dilarang untuk dikebumikan bersama kubur-kubur orang Islam.
Namun apa yang kita dapati, apa yang
berlaku di Syria sekarang, tampuk kepimpinan negara dikuasai oleh puak
Syiah al-Nusairiah ini. Walaupun mereka mengkafirkan kelompok Syiah
Imamiah Isna ‘Asyar namun kerajaan Iran (yang menganut fahama Syiah
Imamiah Isna ‘Asyar) tetap menolong mereka dalam memerangi kelompok Ahli
Sunnah wal Jamaah di bumi Syria yang mulia.
Mungkin disana kenyataan yang
dikeluarkan oleh Yusoff al-Qardhawi dan Syeikh Ali al-Sobuni serta para
ulama’ yang anti-Asad secara zahir berhujjahkan wajib menentang
kezaliman yang dilakukan mereka, namun tidak dinafikan bahawa
kebarangkalian besar perkomplotan Iran membantu Syria dengan menghantar
tenteranya Hizbullah untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap
kelompok Sunni.
Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh
Saied Hawwa selama ini yang melihat sendiri pasca kebangkitan Islam di
Iran secara revolusioner ada agenda yang tersendiri. Bahkan beliau
sendiri tidak mengiktiraf bahawa kebangkitan yang berlaku di Iran adalah
sebuah “kebangkitan Islam” النهضة الإسلامية di akhir zaman.
Wallahu a’lam
Sumbar Rujukkan
[1] Kamus Lisanul Arab karangan ibn Manzur
[2] Kitab al-Milal wal Nihal karangan Imam al-Syahrastani : m/s 146
[3]Khawarij adalah firqah yang pertama
keluar daripada Islam pada tahun 36 Hijrah selepas peristiwa peperangan
Siffin antara Saidina Ali bin Abi Thalib dengan Saidina Mu’awiah.
[4]Peristiwa ini terjadi pada 10
Muharram 61 Hijrah di Karbala, Iraq. Setiap tahun mereka akan mengadakan
perayaan bagi memperingati kematiannya dengan memukul-mukul anggota
tubuh dengan benda tajam.
[5]Abdullah bin Saba’ adalah seorang Yahudi Yaman. Dikenali ketika itu dengan panggilan Ibn Sauda’.
[6] Kitab Mujmal ‘Aqaiedul Syiah karangan Syeikh Mamduh al-Harabi : ms 12
[7] Kitab al-Farqu bainal Firaq karangan Syeikh Abdul Qahir al-Baghdadi : m/s 25
[8]Disisi pendapat jumhur ulama’ mengatakan mereka dikalangan yang mu’tadil.
[9] Kitab Mujmal Aqa’ied al-Syiah karangan Syeikh Mamduh al-Harabi : m/s 173
[10]Akan disebut pegangan Syiah Ghulah dihadapan nanti.
[11] Kitab Al-Syiah bainal I’tidal wal Ghuluw karangan Dr. Anwar Hamid Isa : m/s 51
[12]Maksum : Allah taala menjaga
seseorang yang mukallaf (Nabi-nabi dan malaikat) daripada melakukan dosa
dan mustahil akan berlaku perbuatan dosa tersebut. Rujuk :Tuhfatul
Murid ‘ala Jauharah Tauhid karangan Syeikh Ibrahim Baijuri m/s 315 .
[13]Lahir pada 256 Hirah. Pengikut
Imamiah percaya beliau tidak mati dan akan diturun menjadi Imam Mahdi
pada akhir zaman menolong Nabi Isa menegakkan kalimah Allah taala.
[14]Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah
dan syahid pada 122 Hijrah.Beliau seorang yang soleh, cerdik, kuat
ingatan, berani, amanah, pakar dalam agama.Mempunyai sebuah kitab
al-Majmu’ al-Kabir fil Fiqh wal Hadith.
[15]Kitab Mausu’ah al-Muyassarah fil Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Mu’asarah (WAMY)
[16] Kitab al-Syiah bainal I’tidal wal Ghuluw karangan Dr. Anwar Hamid Isa : m/s 191
[17]Takwilyang dimaksudkan adalah
mengubah setiap makna asal daripada lafaz-lafaz Al-Quran dan Hadith
dengan makna yang tidak sah dan tidak sesuai ditanggung akan maknanya.
[18]Dr. Anwar Hamid Isa menyebut beliau
adalah seorang pemeluk agama Majusi. Dia pernah berkata :“Sesungguhnya
Sang Pencipta telah menciptakan seorang manusia, lalu mereka berdua
bergandingan bahu menjadi pentadbir alam”.Ini samalah dengan aqidah yang
dipegang Majusi bahawa Azdan (Tuhan Cahaya) telah menciptakan Ahraman
(Tuhan Kegelapan) lalu bergandingan mentadbir alam sejagat.
[19]Dalam kitab al-Fahrasat ibn Nadim
ada menyatakan bahawa beliau adalah seorang lelaki yang mempunyai
keintelektualan tinggi (ahli falsafah), sangat mahir dalam bidang ilmu
astronomi dan amat memusuhi Daulah Islamiah ketika itu.
[20]Disebut oleh Imam Abdul Qahir
al-Baghdadi, mereka adalah satu kumpulan yang beragama Majusi. Mereka
cuba menyelewengkan intipati ajaran Islam dengan menta’wilkan Al-Quran
dan Hadith Nabi s.a.w. supaya selari dengan agama mereka melalui cara
kebatinan.
[21]Beliau wafat pada tahun 270 Hijrah ketika zaman Imam Hassan al-Askari (imam ke-11 Syiah).
[22]Kitab al-Bidayah wal Nihayah karangan Imam ibn Kathir : jilid 14 m/s 73
[23] Kitab al-Syiah bainal Mu’tadil wal Ghuluw karangan Dr. Muhammad Anwar Hamid isa : m/s 243
[24]Kitab al-Harakat al-Batinah fil Islam karangan Dr. Mustafa Ghalib : m/s 289
Tiada ulasan:
Catat Ulasan