بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
IZINKAN ANA BERKONGSI ILMU YANG SEDIKIT INI BAGI MEMBINCANGKAN ISU DNA KHINZIR DAN YANG BERKAIT DENGANNYAHUKUM ENZIM DAN DNA KHINZIR DALAM MAKANAN MENURUT PERSPEKTIF SYARAK
*MUKADDIMAH*
1.Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu coklat cadbury yang mengandungi DNA Khinzir bagi perasa Roast Almond dan Hazel Nut.
2.Ramai individu menghubungi saya melalui FB dn talefon dan juga wassaf yang meminta pendangan.Menurut seorang hamba Allah ini, ada yang berhujah ianya halal dimakan sebab perubahan bentuk asal.
3.Ada juga yang begitu keras megkritik hingga mengesyorkan agar darah ditukar!! Apa pun, saya cuba ulas berdasarkan pengetahuan yang amat sedikit sekali.
4.Adat orang melayu, sejahat mana pun Melayu Islam kita di Malaysia, sama ada melakukan jenayah zina, minum arak, mengadu domba dan sebagainya, namun Khinzir atau Babi, didekati jangan!! Melayu amat sensitif dengan binatang berkaki pendek itu.
*PENGHARAMAN DAGING KHINZIR*
5.Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kita mengetahui di manakah titik persepakatan di kalangan ulama (ITTIFAQ) dan di mana pula ruang perbahasan mereka (KHILAF)?
6.PERTAMA, sewajarnyalah kita mengetahui, ulama bersepakat bahawa daging khinzir itu hukumnya HARAM dimakan dan tiada khilaf dalam soal itu.Ini berdasarkan dalil yang jelas dalam Al Quran, Ayat 173 surah Al Baqarah :
" إنما حرم عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل به لغير الله فمن اضطر غير باغ ولاعاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم "
Maksud : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginnya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
7.Ayat diatas jelas menyebut pengharaman "daging babi", dan perkataan "daging" itu juga termasuk LEMAK dan segala organ yang berkaitan.Kecuali saat darurat.Walau bagaimana pun, di dalam kitab Hasyiah Ibnu Abideen dan hasyiah Ad Dasuki ada menyebutkan, jika sekiranya terdapat binatang lain yang tidak disembelih secara syarie dan khinzir, utamakan binatang yang tidak disembelih terlebih dahulu.
*KENAJISAN KHINZIR*
8.KEDUA, ulama berbeza pendapat dalam soal kenajisan khinzir.Adakah khinzir ini najis? Ini adalah salah satu perbahasan para ulama.
9.Majoriti mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali menghukumkan khinzir adalah najis sama sekali.Oleh yang demikian, tiada satu pun dari anggota khinzir yang boleh dimanfaatkan sama ada kulit, bulu, dan sebagainya.
10.Walaubagaimana pun, bagi mazhab Maliki pula, khinzir tidak dihukumkan najis kerana kaedah asal mereka ialah, setiap binatang yang hidup itu dihukumkan suci.
11.Walaupun mazhab Maliki ini berbeza pendapat dengan Majoriti yang lain, mazhab maliki tetap sependapat dalam soal haram manfaat anggota tubuh seperti kulit, bulu dan sebagainya yang digunakan untuk tujuan komersial dan pembuatan. *HUKUM ISTIHALAH MENURUT PARA FUQAHA'*
12.KETIGA, ulama berbeza pendapat dalam soal "perubahan zat" sesuatu najis dari bentuk asal ke bentuk lain.Ini dikenali sebagai ISTIHALAH dalam kitab-kitab fekh.
13.Dari segi definisinya, saya suka dengan definisi Imam Al Kasani dalam kitab beliau BADAEK EL SANAEK yang menyebut :
تبدل أوصاف النجاسة ومعانيها ، حتى تخرج عن كونها نجسة بانعدام أوصاف النجاسة فيها
Maksudnya : Perubahan sifat najis dan segala maksudnya hingga hilang kenajisan dengan hilang sifat najis yang ada pada zat.
14.Contoh yang paling mudah ialah arak yang najis apabila diproses menjadi cuka.Maka, arak yang najis itu telah hilang kenajisannya dengan hilang sifat "memabukkan" dan bertukar menjadi cuka.
15.Dalam isu ini, terdapat dua pendapat.PENDAPAT PERTAMA yang dipelopori oleh mazhab Hanafi, Maliki dan Al Zahiriah berpendapat, proses Istihalah (perubahan sifat benda yang najis kepada benda lain) boleh menjadikan najis itu suci.Maka, najis yang dibakar dan menjadi abu umpamanya tidak lagi menjadi najis kerana sifat najis itu hilang.Najis yang dicampakkan ke dalam perigi, lalu menjadi tanah, maka najis itu tidak lagi menjadi najis dan bertukar menjadi tanah yang suci.Begitu juga khinzir, apabila diproses menjadi garam (yang sudah berubah) maka ianya tidak lagi menjadi najis.Ianya bertukar menjadi hukum garam dan bukan lagi hukum khinzir.
16.Maka, jika berdasarkan pendapat ini, segala ENZIM atau DNA khinzir adalah HALAL apabila telah diproses dan berubah bentuk asal ke bentuk lain.
17.Bagi pelajar pengajian Islam, perkara ini boleh dirujuk dalam kitab berkenaan :
17.1) Hasyiah Ibu Abdeen jilid 1 17.2) Hasyiah Al Dusuki jilid 117.3) Al Syarh Al Kabir jilid 1
Petunjuk perbincangan datang dari Ensiklopedia Fekh Kuwait.Lihat "تحول".
18.PENDAPAT KEDUA bagi isu ini adalah dipelopori oleh mazhab Syafei dan Hambali.Mereka berpendapat, proses ISTIHALAH ini tidak menjadikan sesuatu najis itu suci.Ianya tetap kekal dengan hukum asal.
19.Walaubagaimana pun, hanya dua benda sahaja yang sah suci melalui ISTIHALAH seperti yang dijelaskan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya AL MAJMUK bahawa SAH ISTIHALAH bagi dua perkara sahaja :
19.1) Kulit bangkai menjadi halal setelah disamak19.2) Arak yang bertukar menjadi cuka dengan sendirinya tanpa sebarang proses kemikal.
20.Pendapat kedua ini berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Imam muslim yang diriwayatkan dari Anas Radhiallahu anhu hadith bernombor 1983 , Hadith riwayat Abu Daud dalam bab Minuman dan Tirmizi dalam bab Jual Beli yang melarang arak yang diwarisi oleh anak yatim diproses menjadi cuka atau ISTIHALAH.
*MANA PERLU DITERIMA PAKAI?*
21.Pendapat yang rajih atau yang kuat semestinya pendapat kedua yang tidak membenarkan proses ISTIHALAH.Ini adalah kerana faktor berikut :
21.1) Pendapat pertama (dan ini yang banyak menjadi hujah yang dikemukakan oleh pihak yang membenarkan penggunanaan ENZIM atau DNA KHINZIR saat ini) Menghalalkan ISTIHALAH untuk ENZIM dan DNA khinzir dengan menggunakan QIAS kes arak yang bertukar menjadi cuka.Manakala pendapat kedua yang tidak membenarkan ISTIHALAH adalah berdasarkan NAS.
QIAS adalah merupakan ijtihad dan terdapat kaedah Usul fekh yang berbunyi :
لا اجتهاد مع النص
Maksud : Ijtihad tidak terpakai apabila terdapat nas
21.2) Pendapat pertama menjadikan arak yang berubah kepada cuka melalui proses ISTIHALAH sebagai ASAL dalam QIAS.Kaedah QIAS yang betul tidak membenarkan ASAL yang menjadi khilaf para ulama digunakan dalam proses QIAS.Dalam kes ini, arak berubah menjadi cuka itu sendiri menjadi topik perbahasan para ulama di mana, pendapat pertama tidak mensyaratkan arak yang berubah kepada cuka itu terjadi dengan sendiri sebaliknya boleh dilakukan melalui proses tertentu.Sementara pendapat kedua pula mensyaratkan, cuka yang sah suci adalah arak yang berubah menjadi cuka dengan tanpa melalui sebarang proses.
Jelas, ASAL QIAS itu adalah sesuatu yang khilaf dikalangan para ulama dan ini menjadikan QIAS pendapat pertama itu TIDAK SAH atau QIAS FASID.
22.Berdasarkan hujah-hujah ini, pendapat yang kedua lebih kuat dan oleh kerana ianya berkaitan dengan pemakanan, sesuailah jika kita mengambil perhatian ayat 57 surah AL BAQARAH :
كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
Maksudnya : Hendaklah kamu makan rezeki yang baik-baik
Maksud BAIK yang ayat tersebut semestinya yang suci dan bukan sekadar HALAL.Mengambil pemakanan yang mengandungi sesuatu yang berasal dari sesuatu yang jelas haram walaupun boleh bertukar kepada benda lain, ianya tetap menjadi sesuatu yang dipersangkakan.
23.Apabila terdapat persangkaan dan ragu-ragu, justeru ianya merupakan topik perbahasan para ulama, sebaiknya, kita meninggalkan dan menjauhkannya berdasarkan sabda Rasullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmizi:
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ
Maksudnya : Tinggalkan sesuatu yang meragukan kepada sesuatu yang tidak meragukan.
24.Justeru, terdapat kaedah fekh dalam mazhab Syafei yang termuat dalam kitab AL ASYBAH WA AN NAZAER :
إذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام ـ وذكر من فروعها: لو اشتبه مذكى بميتة، أو لبن بقر بلبن أتان، أو ماء وبول لم يجز تناول شيء منها ولا بالاجتهاد.
Maksudnya : Apabila bercampur sesuatu yang halal dan yang haram maka ianya menjadi haram.Antara cabangnya (kaedah ini): Jika daging yang disembelih bercampur dengan daging bangkai, atau jika susu lembu bercampur susu keldai betina bercampur, atau air bersih bercampur dengan air kencing, maka hendaklah dijauhkan kesemuanya dan tidak menggunakan ijtihad.
*PENUTUP*
25. Walaubagaimana pun, pada perkara yang bukan pada pemakanan seperti sesuatu yang merupakan keperluan yang tidak mempunyai pilihan lain seperti yang saya dimaklumkan seperti BAHAN BAKAR ATAU MINYAK yang diproses dari BANGKAI - BANGKAI HAIWAN yang terdapat dalam perut bumi, kehidupan akan menjadi rumit jika kita mengguna pakai pendapat kedua.Namun, jika menurut pendapat pertama, najis boleh berubah menjadi suci apabila hilang puncanya atau ELLAH, di sini boleh kita menggunakan kaedah Usul Fekh yang bermaksud :
الحُكْمُ يَدُوْرُ مَعَ عِلَّتِهِ ثُبُوْتًا وَعَدَمًا
Bermaksud : Hukum sesuatu itu berkisar sekitar puncanya, jika ada puncanya, maka ada hukum tersebut, jika tiada, maka tiada hukumnya.
26.Berkenaan hukum UMUM BALWA (sesuatu yang tidak boleh terkawal dan menjadi umum) yang diguna pakai Majlis Fatwa Kebangsaan, bagi saya, ianya jelas merujuk kepada hukum yang telah mengambil sesuatu yang tidak diketahui ianya dihukum haram ketika dimakan.Cuma, cara media mengulas perkara tersebut menjadikan rakyat keliru.Setahu saya, Majlis Fatwa Kebangsaan bukan bermaksud pengambilan bahan makanan yang ada UNSUR yang diharamkan itu secara berterusan setelah bahan tersebut diketahui umum.
27.Berdasarkan UMUM BALWA tadi, tidak perlu sebarang cadangan "membersihkan darah" kerana ianya membebankan.Justeru, membersihkan darah berdasarkan maklumat yang saya dapat, bukanlah murah.Ada bekas pemimpin negara kita dikatakan menjalani proses tukar darah dengan kos yang agak tinggi.Islam diutuskan bukan menyusahkan para penganutnya.Asas Syariat Islam ialah RAKFT EL HARAJ (رفع الحرج) atau tidak sesikitpun membebankan penganutnya.
Babi
*Pengelasan saintifik
*
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Subfilum:Vertebrat
Kelas:Mamalia
Order:Artiodactyla
Famili:Suidae
Genus:Sus
Spesies:sila lihat bawah
*[[{{{Ksubspesies}}}]]*
Pelbagai spesies:
*Sus barbatus
Sus bucculentus
Sus cebifrons
Sus celebensis
Sus domesticus
Sus heureni
Sus philippensis
Sus salvanius
Sus scrofa
Sus timoriensis
Sus verrucosus*
*Babi* atau *khinzir* (b. Arab
: خنزير khinzīr) ialah sejenis haiwan mamalia
ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor
, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia
yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing
dan kucing
.
Hukum babi dalam Agama Monoteistik
Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran
dan haram
dimakan oleh umat Islam
.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145)
Babi juga dilarang dalam agama Yahudi
. Dikalangan penganut Kristian
, kelompok "Seventh-day Adventists" turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam "Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8": * "Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."
Larangan ini juga terdapat dalam "Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8", "Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4:" , dan "Book of Isaiah, Chapter 66, Verse 17".Babi dalam bangsa lainBabi dari segi sainsGambaran dan tabiatBabi sebagai makanan
Babi sebagai ancaman alam sekitar dan kesihatan
Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burungyang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor[5]
.
Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar[6]
[7]
. Di Australia
, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar diQueensland
mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia[8]
.
Dalam kes terbaru pada tahun 2008 yang berlaku di sebuah hospital di Washington
,Amerika Syarikat
,sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak pesakit wanita berasa amat terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing yang keluar bersama dengan tumor lebihan dari pesakit itu.Pesakit yang merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Arizona
,Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.
Selepas melakukan ujian imbasan X-Ray,doktor
pakar memutuskan untuk melakukan kerja-kerja pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah berjaya menembusi otak Alvarez.Para doktor juga berpendapat kehadiran cacing itu, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh kesan daripada makan daging babi yang tidak masak dan banyak atau mungkin disebabkan oleh sebaran kotoran dari individu yang tidak mencuci tangan selepas memegang najis dan selepas menggunakan tandas. Alavarez yang dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu berharap agar orang ramai akan mengambil iktibar dari pengalamannya itu.[9]
(Sumber diperolehi dari akhbar Kosmo! yang diterbitkan di Malaysia pada hari Sabtu,22 November 2008)Rujukan saintifikBaca dalam bahasa lain
Mohon maaf diatas kekurangan
Al Al-Fadhil Ustaz Muhamad Najib
Semoga bermanfaat
Wassalam.. . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan