AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Ahad, 15 Jun 2014
Shahîh Muslim dan Shahîh Bukhari dan Hadis-hadis tentang Imam Mahdi
Nabi صلى الله عليه وسلم diantara lain sabdanya :
فقوله صلى الله عليه وسلم : من سلك طريقا يطلب فيه علما سلك الله به طريقا إلى الجنة.
(Man salaka thariiqan yathlubu fiihi 'ilman salakallaahu bihi tharii- qan ilal jannah).
Artinya :"Barangsiapa menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahi Allah kepadanya jalan ke sorga".
Ciri-ciri dan Sifat Imam Mahdi
بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Sabda Nabi SAW "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk ". Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
Nama wilayah ini selama kekhalifahan pada 750 CE. Khurasan adalah bagian dari Persia (dalam kekuningan ). Di sebelah timur adalah Hind (Sind), yang terhubung budaya sebagian besar dengan India (Hindustan).
Nama “Khorasan” berasal dari Persia Tengah khor (berarti “matahari”) dan asan (atau ayan secara harfiah berarti “datang” atau “datang” atau “akan datang”), maka berarti “tanah di mana matahari terbit”.
Hadits Rasullah SAW mengenai pemuda ini diriwayatkan dari Ibnu Umar RA, bahwa pada suatu hari Rasulullah SAW, sambil memegang tangan Saidina Ali RA, beliau bersabda : “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani).
Adakah di Malaysia..berdasarkn geografi bumi malaysia ditengah2 antara benua2 seperti tulang sulbi manusia dn tanah islam paling timur...

Ciri-ciri dan Sifat Imam Mahdi
Sejak
128 Hijrah, Harits bin Suraij mendakwa dirinya Imam Mahdi, dan
dakwaan-demi dakwaan dilakukan sehingga kini oleh individu mahu pun
kumpulan-kumpulan tertentu. Termasuk jugalah demi memartabatkan diri dan
kumpulannya sebagai jemaah milik Imam Mahdi, ada pihak yang sanggup
membuat hadis palsu, mengubah makna terjemahan hadis Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.
Sebagai contoh, pada tahun 1992, Asaari Mohamad dan jemaahnya Al Arqam telah meredhakan dan menghalalkan sebuah hadis palsu yang buat oleh menantu Asaari Mohamad sendiri bernama Latifah Abdul Kahar. Hadis palsu berkenaan adalah didakwa terkandung dalam kitab Jamius Saghir oleh Imam Al Suyuthi.
Berikut adalah hadis palsu tersebut yang direka dan menggunakan nama Imam al-Suyuti untuk mengelabui mata orang lain:
Dari Syaidina Ali: Pemuda bani Tamim itu:
a. berketurunan Arab, kabilah Quraisy dari bani Tamim tetapi Arabnya telah tipis sebab bercampur dengan orang Ajam,
b. badannya tidak tinggi dan tidak rendah
c. susuk tubuhnya tidak kurus dan tidak pula gemuk.
d. Janggutnya jarang, ciri-ciri bangsa Arab sudah tidak pekat lagi.
e. Ciri-ciri pengikutnya: wanita bagai gagak-gagak hitam, lelaki berserban dan berjubah hijau.
f. Jika berjalan, kumpulan ini menutup bumi dan menggerunkan hati memandang.
g. Panji-panji hitam yang dibawanya berkibar dari Khurasan. Bendera itu akan diserahkan kepada Imam Mahdi.
h. Dia dikatakan al-Mansur (pembantu).
i. Dia membentuk sebuah jemaah yang dipimpinnya sendiri dan mempunyai pengikut yang agak ramai.
j. Giginya macam kapak (sulah).
Setelah kajian dibuat ternyata hadis berkenaan adalah hadis palsu yang dicipta oleh Latifah Abdul Kahar. Kononnya hadis berkenaan dari Imam Al Suyuthi dari kitabnya Jamius Saghir. Pihak Asaari Mohamad sendiri gagal mendatangkan sanad dan lafaz hadis berkenaan. Berdasarkan hadis palsu inilah Asaari Mohamad menjadikan dasar perjuangannya dan mendakwa dirinya Pemuda Bani Tamim yang dijanjikan.
Dari masa ke semasa, pasti akan ada pihak atau pun individu yang mendakwa dirinya Imam Mahdi.
Persoalan yang timbul, sejauh mana diharuskan membuat dakwaan si fulan si fulan itu adalah Imam Mahdi ?
Dari kitab Lajnah ad Daimah Li al Buhuts al Ilmiyah wa al Ifta’ didalam fatwanya no 2844 menyebutkan :
“Hadis-hadis yang menyebutkan tentang kemunculan al Mahdi amatlah banyak yang berasal dari berbagai jalan dan telah diriwayatkan oleh para imam hadis. Kelompok ahli ilmu telah menyebutkan bahwa hadis-hadis itu mutawatir secara maknawi, diantara mereka adalah Abul Hasan al Aajiri, al Alamah as Safarini didalam bukunya “Lawami’ al Anwar al Bahiyah” dan al ‘Alamah asy Syaukani didalam risalahnya yang dinamakan “at Taudhih fii Tawaatur Ahadis al Mahdiy wa ad Dajal wa al Masih” serta berbagai ciri-ciri yang telah masyhur disebutkan diberbagai hadis diantaranya,”Bahawa (dia) akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran setelah (bumi) dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan.”.
Tidak diperbolehkan bagi seorang pun yang meyakini bahwa fulan bin fulan adalah al Mahdi hingga telah terkumpulnya berbagai ciri-cirinya seperti yang telah dijelaskan oleh Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wa Sallam, didalam berbagai hadis shahih dan yang paling penting adalah,” (dia) akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran…” (al Hadis)”—(Lajnah ad Daimah Jilid 4 mukasurat 355)
Imam Mahdi adalah persoalan aqidah yang furu' (ranting). Wajib meyakini kezahirannya tetapi masih boleh ditakwilkan siapakah orangnya. Dalam erti kata lain, jika seseorang itu menepati segala ciri-ciri yang disebut dalam hadis baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam, khususnya dalam memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, maka tidak menjadi kesalahan. Syaratnya .... WAJIB menepati apa yang disebut oleh hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.
Justeru itu apakah sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada Imam Mahdi sebagai panduan kita agar kita tidak dieksploitasi oleh orang-orang yang bertopengkan agama ?
Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Imam Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fil Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah AsSyaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.
1. Nasab Imam Mahdi :
Dari 40 hadis yang telah dipaparkan dalam penulisan yang lepas, jelas dan nyata nasab keturunan Imam Mahdi Al Muntazar adalah keturunan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam dari jaluran Saiyidatina Fatimah binti Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.
Perkara ini banyak diperbincangkan oleh Imam Ibnu Hajar Al Haitami dalam kitabnya Al Qawl Al Mukhtasar fi Alamatil Mahdi Al Muntazar dan juga Imam As Suyuthi dalam kitabnya Al Hawi Lil Fatawi.
2. Nama Imam Mahdi :
Berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Nama Imam Mahdi sama dengan nama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Dan nama bapanya juga menyamai nama bapa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Erti kata lain, namanya adalah MUHAMMAD BIN ABDULLAH.
Ibnu Katsir rahimahullahu dalam kitabnya bertajuk An Nihayah Fil Malahim Wal Fitan Jilid 1 Mukasurat 17) mengatakan: “Dia adalah Muhammad bin Abdillah Al-‘Alawi (keturunan Ali) Al-Fathimi (keturunan Fathimah) Al-Hasani (keturunan Al-Hasan). Allah Subhanahu wa Ta’ala memperbaikinya dalam satu malam yakni memberinya taubat, taufik, memberinya pemahaman serta bimbingan padahal sebelumnya tidak seperti itu.”
3. Rupa fizikal Imam Mahdi :
Dari 40 hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam yang penulis paparkan terdahulu, berpandukan dua buah kitab Al Hawi Lil Fatawi oleh Imam As Suyuthi dan kitab Al Qawl Al Mukhtasar Fi Alamat Al Mahdi Al Muntazar oleh Imam Ibnu Hajar al Haitami, rupa fizikal Imam Mahdi adalah seperti berikut :
a. Kulit dan bentuk tubuh seperti orang Arab.
b. Di pipi kanannya ada tahi lalat.
c. Giginya berjarak.
d. Dahinya lebar.
e. Hidungnya mancung.
f. Ada tanda kenabian yang tersembul keluar, sebesar telur burung merpati, berwarna hitam dan jelas, ditengah-tengah antara dua belikatnya.
g. Usianya 40 tahun.
h. Kulitnya kemerah-merahan seolah-olah keturunan Bani Israel.
i. Wajahnya bagaikan bintang yang bergemerlapan.
(Berdasarkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Abu Nuaim, Abu Daud dan Al Hakim)
“Kulit Al Mahdi adalah seperti kulit orang arab, bentuk tubuhnya seperti bentuk tubuh orang Bani Israil, pipi kanannya terdapat tahi lalat dan kekhalifahannya diredhai oleh penduduk bumi, penduduk langit dan burung-burung di angkasa”. (Abu Nuaim & At Tabrani)
“Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki dari keturunanku, yang (antara sifat utamanya ialah) giginya mempunyai jarak, dahinya lebar, keadilannya sangat meliputi seluruh alam ….” (Abu Nuaim)
“Al Mahdi adalah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung. Dia memenuhkan bumi ini dengan keadilan…..(Abu Daud & Al Hakim)
j. Keningnya nipis dan terpisah antara duanya.
k. Matanya besar (bulat).
l. Matanya bercelak.
m. Pehanya renggang.
n. Beliau seorang yang sukar untuk berkata-kata, dan apabila ingin berkata-kata beliau akan menepuk peha kirinya dengan tangan kanan.
o. Dia membawa keadilan, kemakmuran dan kesaksamaan.
p. Wajahnya tampan bagai bintang bersinar.
Begitulah antara sifat-sifat yang disebut dalam hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.
Andainya seseorang mengaku dan mendakwa dirinya Imam Mahdi, maka bandingkanlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Andainya selaras dan selari dengan hadis baginda Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam maka tidak mustahil bahawa dia adalah Imam Mahdi.
TETAPI
Andainya bersalahan dan bertentangan dengan apa yang disebut di dalam hadis, maka janganlah kita tergolong dalam golongan ahli bidaah yang cuba melahirkan "Imam Mahdi" versi kemahuan sendiri. Kerana sesungguhnya setiap yang bertentangan dan berlawanan dengan hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam tidak menjaminkan sebarang kebenaran.
ALLAH SWT berfirman :
“Musa berkata kepada mereka, “Celakalah kalian, janganlah kalian mengada-adakan kedustaan atas nama Allah, karena Dia akan membinasakan kalian dengan siksa”. Dan sesungguhnya telah merugi orang yang mengada-adakan kedustaan.” (Surah Taha: 61)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” (HR. Al-Bukhari no. 107 dan Muslim no. 3)
Al-Mughirah radhiallahu anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama orang lain. Karena barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya dari neraka.” (HR. Al-Bukhari no. 1209 dan Muslim no. 4)
Semoga kita direzekikan ALLAH SWT untuk bertemu dengan Imam Mahdi Al Muntazar yang diisyaratkan dalam hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.

قَالَ لَهُم مُّوسَى وَيْلَكُمْ لا تَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا فَيُسْحِتَكُمْ بِعَذَابٍ وَقَدْ خَابَ مَنِ افْتَرَى
“Musa berkata kepada mereka, “Celakalah kalian, janganlah kalian mengada-adakan kedustaan atas nama Allah, karena Dia akan membinasakan kalian dengan siksa”. Dan sesungguhnya telah merugi orang yang mengada-adakan kedustaan.” (Surah Taha: 61)
وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ تَرَى الَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَى اللَّهِ وُجُوهُهُم مُّسْوَدَّةٌ
“Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta atas nama Allah, wajah-wajah mereka menjadi hitam.” (Surah Az-Zumar: 60)Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” (HR. Al-Bukhari no. 107 dan Muslim no. 3)
Al-Mughirah radhiallahu anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ فَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama orang lain. Karena barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya dari neraka.” (HR. Al-Bukhari no. 1209 dan Muslim no. 4)
Semoga kita direzekikan ALLAH SWT untuk bertemu dengan Imam Mahdi Al Muntazar yang diisyaratkan dalam hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wassallam.

Nabi صلى الله عليه وسلم diantara lain sabdanya :
فقوله صلى الله عليه وسلم : من سلك طريقا يطلب فيه علما سلك الله به طريقا إلى الجنة.
(Man salaka thariiqan yathlubu fiihi 'ilman salakallaahu bihi tharii- qan ilal jannah).
Artinya :"Barangsiapa menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahi Allah kepadanya jalan ke sorga".
Sabtu, 14 Jun 2014
BINATANG YANG HALAL DAN HARAM DI MAKAN
BINATANG YANG HALAL DAN HARAM DI MAKAN
بسم الله الرحمن الر حيمإن الحمد لله
نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية: 102
بسم الله الرحمن الر حيمإن الحمد لله
نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
IZINKAN ANA SEKALI LAGI BERKONGSI ILMU YANG SEDIKIT INI BAGI MEMBINCANGKAN BINATANG YANG HALAL DAN HARAM DI MAKAN
Perbahasan ini mengandungi beberapa dalil yang digunakan oleh para ulama bagi menyokong pendirian mereka berhubung halal atau haram memakan benda-benda tertentu khususnya yang berkaitan dengan jenis haiwan. Ia hanya disebut secara ringkas dan tidak dibuat nota kaki berhubung sumber-sumber rujukan.
Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram.
Ini berdasarkan Kaedah Fiqhiyyah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan.
Sungguhpun begitu al-Quran telah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan.
i- Firman Allah SWT:
“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (al-Baqarah:168)
ii- Firman Allah SWT:
“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)
Al-Quran telah menegaskan bahawa makanan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbai’th.
Perkara-perkara yang diharamkan:
1) Bangkai.
Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-An’am:145)
Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan:
1. yang mati tercekik atau dicekik.
2. yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan.
3. yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya.
4. yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain.
5. yang mati kerana dimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih.
Dalilnya ialah firman Allah SWT:
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3)
Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syar’ie selagi ia belum mati.
2) Darah yang mengalir.
Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab: “makanlah”, lalu mereka berkata: “ia adalah darah”, jawab beliau: “yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir”.
3) Babi.
Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini menyebabkan segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan.
4) Sembelihan untuk selain daripada Allah.
Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah, samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan sekalipun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab al-Tawhid: “Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut: “dengan nama al-Masih” dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun disebut bismillah.
5) Semua binatang buas yang bertaring (As-Siba').
Kata Ibn al-Athir: “iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW:
“Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram“. (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani).
Al-Syafi’e berpandangan bahawa as-siba’ yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal.
Abu Hanifah pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu’ di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya.
Hujah al-Syafi’e berhubung dengan dubuk:
1. ia tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam.
2. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba’ yang disebut di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim.
3. Hadith Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).
6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar.
Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas, katanya:
“Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung.” (Riwayat Muslim)
Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Contohnya: helang, enggang, gagak dan layang-layang. Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil; kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik).
7. Keldai dan Himar Pelihraan:
Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-’Allamah Siddiq hasan Khan: “Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan.” Sabda Nabi SAW:
“Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar -dan kuda belang dan seladang-. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah).
8. Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran).
Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. Dalilnya:
i- Hadith Ibn Umar:
Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).
ii- Hadith Ibn Abbas:
Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-i, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya). Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini.
Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya. Sungguhpun begitu, para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar.
Kata al-Baghawi: “kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya”. Kata Ibn Hazm: “telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan kotoran”.
Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat:
• Ahmad, ath-Thauri dan al-Syafi’iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-’Eid.
• Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah makruh sahaja.
Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi.
1. Pendapat Malik dan sebahagian ulama: daging dan telurnya harus dimakan; kerana makanan yang najis itu dapat disucikan dengan istihalah (seperti mengurungnya).
2. Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri, al-Syafi’e dan Ahmad: haram memakan daging, telur dan susunya.
3. Pendapat yang lain: jika kebanyakan makanannya adalah najis, maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan. Sebaliknya jika kebanyakan makanannya bukan najis, ia boleh dimakan.
• Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan.
‘Illah bagi keharaman al-jallalah ialah kenajisan. ‘Illah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. Jadi apabila ‘illat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu, hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah: Oleh demikian, tiada lagi ruang untuk mengharamkannya kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis). Apabila hilang najis, hilang haram.
Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Albani. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung/membersihkan binatang itu sekalipun memang sahih bahawa Umar mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Kata Siddiq Hasan Khan: “barangsiapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal, sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi, hendaklah memberikan dalil”.
9) Anjing dan kucing.
Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya sebagai halal. Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. Pengharaman anjing dating dengan beberapa faktor:
1. ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim).
2. ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik); ia memakan kotoran.
3. larangan nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih).
Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir: “Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya.” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah, dalam isnad hadith ini Muhammad Bin Zaid – dhaif).
Sungguhpun begitu, ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas.
Menurut ulama, tiada beza hukum di antara kucing liar ataupun jinak, melainkan salah satu pandangan al-Syafi’yyah yang menyatakan halal kucing liar.
10) Semua jenis binatang yang menjijikkan.
Firman Allah SWT:
” dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)
Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperi berikut:
1. Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan – bukan kerana sesuatu ‘illah atau kerana tidak biasa – sebaliknya semata-mata kerana menganggapnya jijik, maka ia adalah haram.
2. Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan yang tidak, maka yang diambil kira ialah tanggap majoriti.
Sungguhpun begitu, al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah padangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Oleh itu menurutnya, yang paling tepat ialah: setiap yang jijik di sisi syara’ itu tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia.
Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram, merupakan haiwan dari kategori ini.
11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh.
Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram.
Binatang yang diarahkan bunuh:
Sabda nabi SAW:
“Dari ‘Aisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-’aqur (sejenis binatang yang menggigit).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai).
Binatang yang dilarang bunuh:
Sabda nabi SAW:
Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.
12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati.
Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabai’th. Juga dengan umum ayat:
” Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah:195)
13) Haiwan Hidup 2 alam:
Kata al-Qadi Ibn al-’Arabi: Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat).
Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya.
14) Binatang tiada status:
Iaitu binatang yang tidak disebutkan statusnya, samada halal atau haram: Berdasarkan sabda nabi SAW:
“Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram. Apa yang Allah diamkan tentangnya, maka ia adalah dimaafkan.” (Riwayat al-Bazzar dan katanya: sanadnya sahih, juga disahihkan oleh al-Hakim).
Contoh-contoh binatang yang diperselisihkan hukumnya:
a) landak:
- yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan Ahmad
- yang menghalalkannya: Malik dan Syafi’e
Dalil yang mengharamkannya, ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Namun isnadnya dhaif. Oleh itu yang rajih ialah: halal.
b) katak:
- yang menghalalkannya: Malik
Dalilnya:
i- Umum ayat Allah:
“Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan” (al-Maidah:96)
ii- Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan.
Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya. (Riwayat Malik, al-Syafi’e dan imam yang empat).
Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan / haiwan di laut (air), lalu ia mencakupi katak; kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr.
- yang mengharamkannya: Ahmad
Dalilnya:
Hadith Abd. Rahman Bin ‘Uthman tentang seorang doctor bertanya kepada nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat (untuk dimakan), lalu nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Dalam sanadnya ada Sa’id Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah dengannya).
Justeru itu, jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk suatu yang penting seperti dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. Ini kerana nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak.
Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang bunuh bererti haram dimakan; lantaran baginya ia tidak jelas. Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan.
c) buaya:
• yang menghalalkannya: Malik, sebahagian dari Syafi’e dan sebahagian yang lain. Ini kerana ia termasuk di dalam soidul bahr. Oleh itu tentulah ia terkandung di dalam ayat surah al-Maidah:96 tersebut.
• yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan sebahagian lain. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas, lalu termasuk di dalam kategori bintang buas bertaring.
Kata Ibn Baz: masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasannya luas, namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya; mengambil kira khilaf yang wujud di samping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan.
Menurut pandangan yang sahih bahawa adalah haram memakannya, kerana ia juga duduk didarat dan mempunyai taring, walaupun ia menghabiskan masa yang lama didalam air, akan tetapi sebab yang awal tadi mendahului hukum (binatang darat yang bertaring). Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa buaya diharamkan oleh Mazhab Syafie dan Hanbali :
وللاستخباث في التمساح ; ولأنه يتقوى بنابه ويأكل الناس .
“Kerana kotornya buaya dan sesungguhnya ia kuat pada taringnya dan buaya memakan orang”
Sudah tentu telur buaya juga haram dimakan.
d. Penyu – Binatang yang memang tinggal di laut dan juga yang tinggal di darat, tiada khilaf dikalangan ulama’. Akan tetapi, binatang yang hidup didalam dua alam, wujudnya khilaf dikalangan ulama’, ternasuklah penyu. Berkata Dr Abdullah Faqih :-
أجاز العلماء أكل السلحفاة لعموم قوله تعالى : (كلوا مما في الأرض حلالاً طيباً ) وقوله أيضا (وقد فصل لكم ما حرم عليكم ) وقالوا عن تذكية السلحفاة: ما يعيش في البر يذكي بلا خلاف في ذلك ، وما يعيش في البر والبحر ككلب الماء والسلحفاة فاختلفوا فيه بين من قال بالتذكية، ومن لم يقل بها ، والأولى التذكية خروجا من الخلاف .
“Ulama; membenarkan memakan penyu atas umum perintah Allah swt :- (Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik 2:168) dan juga firmannya (padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu 6:119) dan mereka bercakap mengenai rekomendasi penyu : apa yang hidup di darat, tidak ada perselisihan mengenainya, dan apa di bumi dan laut seperti anjing air dan penyu tersedapat khilaf di kalangan mereka, mereka yang rekomen berkata : sesiapa yang tidak mempercayainya, dicadangkan mula2 sekali keluar dari perselisihan”
Ibn Qudamah rh. didalam al-Mughni mengatakan bahawa penyu boleh dimakan sekiranya disembelih. Katanya :
كل ما يعيش في البر من دواب البحر , لا يحل بغير ذكاة , كطير الماء , والسلحفاة , وكلب الماء , إلا ما لا دم فيه , كالسرطان , فإنه يباح بغير ذكاة .
“Semua yang hidup didarat dari kalangan binatang laut, tidak halal tanpa disembelih, sebagaimana burung laut, penyu, anjing laut, melainkan ia tidak berdarah seperti ketam dihalalkan tanpa sembelih”
Jumhur mengharamkan binatang yang hidup dua alam. Walau bagaimanapun kalangan ulama’ yang berpegang kepada pandangan ini membenarkan memakan telur penyu, telur kura-kura, telur tuntun juga telur labi-labi. Tetapi mereka sepakat mengharamkan memakan telur ular kerana sifatnya beracun.
e) dubuk dan musang:
Telah dibincangkan sebelum ini. Dubuk dan Musang tidak termasuk dalam katagori as-Siba’ (makan menggunakan taring). Imam as-Syafi’e berpandangan bahawa as-siba’ yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala dengan taringnya. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal.

4. Ia tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam.
5. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba’ yang disebut di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim.
6. Hadith Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).
f) Siput Babi:
Siput babi atau dalam Bahasa Arab disebut Halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).
Di Morocco (Maghribi) sibut babi adaah halal dan dijadikan sajian biasa untuk dimakan dikebanyakan restoran. Ini kerana kebanyakkan mereka bermazhab Maliki.
Maaf di atas kekurangan ana.yang baik adalah datang dari Allah SWT.dan yang Buruk adalah dari Kekhilafan ana sendiri.
WALLAHU A'LAM BISSOWAF
Dari Al fadhil Ustaz Muhamad Najib
Wassalamu alaikum . . . .

HUKUM ENZIM DAN DNA KHINZIR DALAM MAKANAN MENURUT PERSPEKTIF SYARAK
بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
IZINKAN ANA BERKONGSI ILMU YANG SEDIKIT INI BAGI MEMBINCANGKAN ISU DNA KHINZIR DAN YANG BERKAIT DENGANNYAHUKUM ENZIM DAN DNA KHINZIR DALAM MAKANAN MENURUT PERSPEKTIF SYARAK
*MUKADDIMAH*
1.Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu coklat cadbury yang mengandungi DNA Khinzir bagi perasa Roast Almond dan Hazel Nut.
2.Ramai individu menghubungi saya melalui FB dn talefon dan juga wassaf yang meminta pendangan.Menurut seorang hamba Allah ini, ada yang berhujah ianya halal dimakan sebab perubahan bentuk asal.
3.Ada juga yang begitu keras megkritik hingga mengesyorkan agar darah ditukar!! Apa pun, saya cuba ulas berdasarkan pengetahuan yang amat sedikit sekali.
4.Adat orang melayu, sejahat mana pun Melayu Islam kita di Malaysia, sama ada melakukan jenayah zina, minum arak, mengadu domba dan sebagainya, namun Khinzir atau Babi, didekati jangan!! Melayu amat sensitif dengan binatang berkaki pendek itu.
*PENGHARAMAN DAGING KHINZIR*
5.Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kita mengetahui di manakah titik persepakatan di kalangan ulama (ITTIFAQ) dan di mana pula ruang perbahasan mereka (KHILAF)?
6.PERTAMA, sewajarnyalah kita mengetahui, ulama bersepakat bahawa daging khinzir itu hukumnya HARAM dimakan dan tiada khilaf dalam soal itu.Ini berdasarkan dalil yang jelas dalam Al Quran, Ayat 173 surah Al Baqarah :
" إنما حرم عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل به لغير الله فمن اضطر غير باغ ولاعاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم "
Maksud : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginnya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
7.Ayat diatas jelas menyebut pengharaman "daging babi", dan perkataan "daging" itu juga termasuk LEMAK dan segala organ yang berkaitan.Kecuali saat darurat.Walau bagaimana pun, di dalam kitab Hasyiah Ibnu Abideen dan hasyiah Ad Dasuki ada menyebutkan, jika sekiranya terdapat binatang lain yang tidak disembelih secara syarie dan khinzir, utamakan binatang yang tidak disembelih terlebih dahulu.
*KENAJISAN KHINZIR*
8.KEDUA, ulama berbeza pendapat dalam soal kenajisan khinzir.Adakah khinzir ini najis? Ini adalah salah satu perbahasan para ulama.
9.Majoriti mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali menghukumkan khinzir adalah najis sama sekali.Oleh yang demikian, tiada satu pun dari anggota khinzir yang boleh dimanfaatkan sama ada kulit, bulu, dan sebagainya.
10.Walaubagaimana pun, bagi mazhab Maliki pula, khinzir tidak dihukumkan najis kerana kaedah asal mereka ialah, setiap binatang yang hidup itu dihukumkan suci.
11.Walaupun mazhab Maliki ini berbeza pendapat dengan Majoriti yang lain, mazhab maliki tetap sependapat dalam soal haram manfaat anggota tubuh seperti kulit, bulu dan sebagainya yang digunakan untuk tujuan komersial dan pembuatan. *HUKUM ISTIHALAH MENURUT PARA FUQAHA'*
12.KETIGA, ulama berbeza pendapat dalam soal "perubahan zat" sesuatu najis dari bentuk asal ke bentuk lain.Ini dikenali sebagai ISTIHALAH dalam kitab-kitab fekh.
13.Dari segi definisinya, saya suka dengan definisi Imam Al Kasani dalam kitab beliau BADAEK EL SANAEK yang menyebut :
تبدل أوصاف النجاسة ومعانيها ، حتى تخرج عن كونها نجسة بانعدام أوصاف النجاسة فيها
Maksudnya : Perubahan sifat najis dan segala maksudnya hingga hilang kenajisan dengan hilang sifat najis yang ada pada zat.
14.Contoh yang paling mudah ialah arak yang najis apabila diproses menjadi cuka.Maka, arak yang najis itu telah hilang kenajisannya dengan hilang sifat "memabukkan" dan bertukar menjadi cuka.
15.Dalam isu ini, terdapat dua pendapat.PENDAPAT PERTAMA yang dipelopori oleh mazhab Hanafi, Maliki dan Al Zahiriah berpendapat, proses Istihalah (perubahan sifat benda yang najis kepada benda lain) boleh menjadikan najis itu suci.Maka, najis yang dibakar dan menjadi abu umpamanya tidak lagi menjadi najis kerana sifat najis itu hilang.Najis yang dicampakkan ke dalam perigi, lalu menjadi tanah, maka najis itu tidak lagi menjadi najis dan bertukar menjadi tanah yang suci.Begitu juga khinzir, apabila diproses menjadi garam (yang sudah berubah) maka ianya tidak lagi menjadi najis.Ianya bertukar menjadi hukum garam dan bukan lagi hukum khinzir.
16.Maka, jika berdasarkan pendapat ini, segala ENZIM atau DNA khinzir adalah HALAL apabila telah diproses dan berubah bentuk asal ke bentuk lain.
17.Bagi pelajar pengajian Islam, perkara ini boleh dirujuk dalam kitab berkenaan :
17.1) Hasyiah Ibu Abdeen jilid 1 17.2) Hasyiah Al Dusuki jilid 117.3) Al Syarh Al Kabir jilid 1
Petunjuk perbincangan datang dari Ensiklopedia Fekh Kuwait.Lihat "تحول".
18.PENDAPAT KEDUA bagi isu ini adalah dipelopori oleh mazhab Syafei dan Hambali.Mereka berpendapat, proses ISTIHALAH ini tidak menjadikan sesuatu najis itu suci.Ianya tetap kekal dengan hukum asal.
19.Walaubagaimana pun, hanya dua benda sahaja yang sah suci melalui ISTIHALAH seperti yang dijelaskan oleh Imam An Nawawi dalam kitabnya AL MAJMUK bahawa SAH ISTIHALAH bagi dua perkara sahaja :
19.1) Kulit bangkai menjadi halal setelah disamak19.2) Arak yang bertukar menjadi cuka dengan sendirinya tanpa sebarang proses kemikal.
20.Pendapat kedua ini berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Imam muslim yang diriwayatkan dari Anas Radhiallahu anhu hadith bernombor 1983 , Hadith riwayat Abu Daud dalam bab Minuman dan Tirmizi dalam bab Jual Beli yang melarang arak yang diwarisi oleh anak yatim diproses menjadi cuka atau ISTIHALAH.
*MANA PERLU DITERIMA PAKAI?*
21.Pendapat yang rajih atau yang kuat semestinya pendapat kedua yang tidak membenarkan proses ISTIHALAH.Ini adalah kerana faktor berikut :
21.1) Pendapat pertama (dan ini yang banyak menjadi hujah yang dikemukakan oleh pihak yang membenarkan penggunanaan ENZIM atau DNA KHINZIR saat ini) Menghalalkan ISTIHALAH untuk ENZIM dan DNA khinzir dengan menggunakan QIAS kes arak yang bertukar menjadi cuka.Manakala pendapat kedua yang tidak membenarkan ISTIHALAH adalah berdasarkan NAS.
QIAS adalah merupakan ijtihad dan terdapat kaedah Usul fekh yang berbunyi :
لا اجتهاد مع النص
Maksud : Ijtihad tidak terpakai apabila terdapat nas
21.2) Pendapat pertama menjadikan arak yang berubah kepada cuka melalui proses ISTIHALAH sebagai ASAL dalam QIAS.Kaedah QIAS yang betul tidak membenarkan ASAL yang menjadi khilaf para ulama digunakan dalam proses QIAS.Dalam kes ini, arak berubah menjadi cuka itu sendiri menjadi topik perbahasan para ulama di mana, pendapat pertama tidak mensyaratkan arak yang berubah kepada cuka itu terjadi dengan sendiri sebaliknya boleh dilakukan melalui proses tertentu.Sementara pendapat kedua pula mensyaratkan, cuka yang sah suci adalah arak yang berubah menjadi cuka dengan tanpa melalui sebarang proses.
Jelas, ASAL QIAS itu adalah sesuatu yang khilaf dikalangan para ulama dan ini menjadikan QIAS pendapat pertama itu TIDAK SAH atau QIAS FASID.
22.Berdasarkan hujah-hujah ini, pendapat yang kedua lebih kuat dan oleh kerana ianya berkaitan dengan pemakanan, sesuailah jika kita mengambil perhatian ayat 57 surah AL BAQARAH :
كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
Maksudnya : Hendaklah kamu makan rezeki yang baik-baik
Maksud BAIK yang ayat tersebut semestinya yang suci dan bukan sekadar HALAL.Mengambil pemakanan yang mengandungi sesuatu yang berasal dari sesuatu yang jelas haram walaupun boleh bertukar kepada benda lain, ianya tetap menjadi sesuatu yang dipersangkakan.
23.Apabila terdapat persangkaan dan ragu-ragu, justeru ianya merupakan topik perbahasan para ulama, sebaiknya, kita meninggalkan dan menjauhkannya berdasarkan sabda Rasullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmizi:
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ
Maksudnya : Tinggalkan sesuatu yang meragukan kepada sesuatu yang tidak meragukan.
24.Justeru, terdapat kaedah fekh dalam mazhab Syafei yang termuat dalam kitab AL ASYBAH WA AN NAZAER :
إذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام ـ وذكر من فروعها: لو اشتبه مذكى بميتة، أو لبن بقر بلبن أتان، أو ماء وبول لم يجز تناول شيء منها ولا بالاجتهاد.
Maksudnya : Apabila bercampur sesuatu yang halal dan yang haram maka ianya menjadi haram.Antara cabangnya (kaedah ini): Jika daging yang disembelih bercampur dengan daging bangkai, atau jika susu lembu bercampur susu keldai betina bercampur, atau air bersih bercampur dengan air kencing, maka hendaklah dijauhkan kesemuanya dan tidak menggunakan ijtihad.
*PENUTUP*
25. Walaubagaimana pun, pada perkara yang bukan pada pemakanan seperti sesuatu yang merupakan keperluan yang tidak mempunyai pilihan lain seperti yang saya dimaklumkan seperti BAHAN BAKAR ATAU MINYAK yang diproses dari BANGKAI - BANGKAI HAIWAN yang terdapat dalam perut bumi, kehidupan akan menjadi rumit jika kita mengguna pakai pendapat kedua.Namun, jika menurut pendapat pertama, najis boleh berubah menjadi suci apabila hilang puncanya atau ELLAH, di sini boleh kita menggunakan kaedah Usul Fekh yang bermaksud :
الحُكْمُ يَدُوْرُ مَعَ عِلَّتِهِ ثُبُوْتًا وَعَدَمًا
Bermaksud : Hukum sesuatu itu berkisar sekitar puncanya, jika ada puncanya, maka ada hukum tersebut, jika tiada, maka tiada hukumnya.
26.Berkenaan hukum UMUM BALWA (sesuatu yang tidak boleh terkawal dan menjadi umum) yang diguna pakai Majlis Fatwa Kebangsaan, bagi saya, ianya jelas merujuk kepada hukum yang telah mengambil sesuatu yang tidak diketahui ianya dihukum haram ketika dimakan.Cuma, cara media mengulas perkara tersebut menjadikan rakyat keliru.Setahu saya, Majlis Fatwa Kebangsaan bukan bermaksud pengambilan bahan makanan yang ada UNSUR yang diharamkan itu secara berterusan setelah bahan tersebut diketahui umum.
27.Berdasarkan UMUM BALWA tadi, tidak perlu sebarang cadangan "membersihkan darah" kerana ianya membebankan.Justeru, membersihkan darah berdasarkan maklumat yang saya dapat, bukanlah murah.Ada bekas pemimpin negara kita dikatakan menjalani proses tukar darah dengan kos yang agak tinggi.Islam diutuskan bukan menyusahkan para penganutnya.Asas Syariat Islam ialah RAKFT EL HARAJ (رفع الحرج) atau tidak sesikitpun membebankan penganutnya.
Babi
*Pengelasan saintifik
*
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Subfilum:Vertebrat
Kelas:Mamalia
Order:Artiodactyla
Famili:Suidae
Genus:Sus
Spesies:sila lihat bawah
*[[{{{Ksubspesies}}}]]*
Pelbagai spesies:
*Sus barbatus
Sus bucculentus
Sus cebifrons
Sus celebensis
Sus domesticus
Sus heureni
Sus philippensis
Sus salvanius
Sus scrofa
Sus timoriensis
Sus verrucosus*
*Babi* atau *khinzir* (b. Arab
: خنزير khinzīr) ialah sejenis haiwan mamalia
ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor
, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia
yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing
dan kucing
.
Hukum babi dalam Agama Monoteistik
Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran
dan haram
dimakan oleh umat Islam
.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145)
Babi juga dilarang dalam agama Yahudi
. Dikalangan penganut Kristian
, kelompok "Seventh-day Adventists" turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam "Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8": * "Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."
Larangan ini juga terdapat dalam "Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8", "Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4:" , dan "Book of Isaiah, Chapter 66, Verse 17".Babi dalam bangsa lainBabi dari segi sainsGambaran dan tabiatBabi sebagai makanan
Babi sebagai ancaman alam sekitar dan kesihatan
Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burungyang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor[5]
.
Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar[6]
[7]
. Di Australia
, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar diQueensland
mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia[8]
.
Dalam kes terbaru pada tahun 2008 yang berlaku di sebuah hospital di Washington
,Amerika Syarikat
,sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak pesakit wanita berasa amat terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing yang keluar bersama dengan tumor lebihan dari pesakit itu.Pesakit yang merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Arizona
,Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.
Selepas melakukan ujian imbasan X-Ray,doktor
pakar memutuskan untuk melakukan kerja-kerja pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah berjaya menembusi otak Alvarez.Para doktor juga berpendapat kehadiran cacing itu, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh kesan daripada makan daging babi yang tidak masak dan banyak atau mungkin disebabkan oleh sebaran kotoran dari individu yang tidak mencuci tangan selepas memegang najis dan selepas menggunakan tandas. Alavarez yang dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu berharap agar orang ramai akan mengambil iktibar dari pengalamannya itu.[9]
(Sumber diperolehi dari akhbar Kosmo! yang diterbitkan di Malaysia pada hari Sabtu,22 November 2008)Rujukan saintifikBaca dalam bahasa lain
Mohon maaf diatas kekurangan
Al Al-Fadhil Ustaz Muhamad Najib
Semoga bermanfaat
Wassalam.. . .
Nabi صلى الله عليه وسلم diantara lain sabdanya :
فقوله صلى الله عليه وسلم : من سلك طريقا يطلب فيه علما سلك الله به طريقا إلى الجنة.
(Man salaka thariiqan yathlubu fiihi 'ilman salakallaahu bihi tharii- qan ilal jannah).
Artinya :"Barangsiapa menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahi Allah kepadanya jalan ke sorga".
Langgan:
Catatan (Atom)