AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Sabtu, 28 Februari 2015

Perancangan Jahat Yahudi untuk Menghancurkan Khilafah

بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية: 102


OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Kejatuhan Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah) tidak dapat dielakkan. (Gelaran ‘Orang Sakit Eropah’ telah diberikan oleh pemerintah Rusia, Tsar Nicholas 1 dalam tahun 1833) Semua pihak mahukan sebahagian daripadanya dan tidak ketinggalan juga Yahudi. Orang-orang Yahudi yang menjadi warga Daulah Islamiah adalah pelarian daripada negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan Portugal selepas pemerintah Islam di Andalus dikalahkan oleh tentera Kristian dan seterusnya berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap orang-orang Islam dan Yahudi. Di bawah undang-undang yang kejam yang dilaksanakan oleh raja-raja kristian di Sepanyol, lebih dari 4,000 orang Yahudi telah dibunuh di bandar Seville sahaja dalam bulan Jun 1391. Dalam bulan April 1482, orang-orang Yahudi dikenakan perintah berkurung di penempatan mereka dan tidak dibenarkan sama sekali tinggal di luar. Pada bulan Mac 1492, suatu perintah dikeluarkan yang mengarahkan orang-orang Yahudi di Sepanyol sehingga 31 Julai untuk menerima agama kristian atau diusir keluar dari Sepanyol. Dianggarkan 50,000 Yahudi memeluk kristian dalam keadaan dipaksa akibat perintah itu dan antara 165,000 dan 400,000 Yahudi dipaksa meninggalkan Sepanyol tanpa dibenarkan membawa barang-barang kepunyaan mereka.
Yahudi melarikan diri ke Daulah Islamiah. Mereka menyadari bahawa Daulah Islamiah melaksanakan undang-undang Allah SWT, menjamin perlindungan, keamanan dan kemakmuran ke atas mereka . Umat Islam menyambut kedatangan
mereka dan membantu mereka menetap dalam Daulah Islamiah serta mengambil berat terhadap mereka. Layanan ke atas Yahudi oleh Daulah Islamiah menarik minat Yahudi dari seluruh Eropah barat untuk berhijrah. Seorang sejarawan
mengatakan,”Dalam tempoh masa yang pendek, ketika kekejaman pasukan salib (kristian) mencapai kemuncaknya, sebuah dunia baru yang gemilang telah terbuka kepada mereka di bawah sinaran perak bulan sabit (Daulah Islamiah)
yang berkilauan.” Sejumlah masyarakat Yahudi yang besar di Istanbul, bekas ibukota Khilafah Uthmaniyah menjadi saksi kepada penghijrahan secara besar-besaran yang berlaku dalam Khilafah malah Khalifah pada ketika itu menggambarkan kekejaman orang-orang Sepanyol sebagai tindakan “bodoh” dan sebagai ” memperkayakan wilayahku”. (Political Views On Palestine, Abu Ghazi) Malangnya, mereka telah mengkhianati perlindungan yang diberikan oleh Khilafah.
Israel sebagai ‘tanah air’ bangsa Yahudi dengan lambang ‘David Star’ berdiri secara rasmi pada 1948 dengan sokongan PBB sepenuhnya. Tetapi secara tidak rasmi, mereka sudah merencanakan untuk mendapatkannya kembali selepas tanah Palestin dimiliki umat Islam sejurus penaklukannya pada zaman Umar ibn al-Khattab pada 13 Hijrah. Ia dikuasai bangsa Eropah selama tujuh abad bermula dari 63 Masehi (Ibn Katsir, Al-Bidayah wa an-Nihayah, jld 12).
Ada tiga tempat pilihan bagi Yahudi Eropah untuk dijadikan tanah air tempat berdiri negara mereka yang dijanjikan Eropah sebagai kuasa dunia ketika itu iaitu Palestin, Uganda di Afrika dan Surinam di Amerika Latin. Dengan pelbagai pertimbangan di antaranya tanah asal mereka, akhirnya mereka memilih Palestin.
Mengenai percubaan hijrah bangsa Yahudi ke Palestin atau Sina dari Eropah, sudah banyak dicatat sejarah Islam bermula dengan larangan penghijrahan berkenaan oleh Khalifah Salim al-Awwal dari Khilafah Othmaniah pada 1517 Masehi. Ia diikuti anaknya Sulaiman pada 1566. Sultan Abdul Hameed mengetahui perancangan jahat Yahudi. Ketika Yahudi Russia mahu berhijrah ke Palestin dalam tahun 1882, Persatuan Rakan-rakan Zion membuat permohonan kepada majlis Uthmani di Rusia untuk menetap di Palestin. Ia dihalang oleh Sultan Abdul Hamid II bahkan beliau mengisytiharkan larangannya secara umum pada 28 April tahun itu juga dengan mengatakan: “Dengan ini Khilafah Uthmaniyah mengisytiharkan kepada semua Yahudi yang berniat untuk berhijrah ke Turki bahawa mereka tidak akan dibenarkan tinggal di Palestin. ” Larangan ini dibantah oleh Duta Besar Amerika ke Othmaniah bahkan beliau meminta dibatalkan. Yahudi semakin marah dan mereka mula menghantar beberapa delegasi untuk menemui Abdul Hameed tetapi setiap delegasi pulang dengan tangan kosong malah setiap delegasi diberi tamparan lebih hebat jika dibandingkan dengan delegasi sebelumnya.
Pada tahun 1895/6, sebuah buku bertajuk Der Judenstaat (Negara Yahudi) karangan Dr Theodore Hertzl (1869-1904) , seorang Zionis dari Hungary, diterbitkan demi memadamkan api anti-Yahudi di Eropah.Dalam buku itu beliau berhujjah bahawa orang-orang Yahudi mesti mempunyai negara sendiri yang menerima kedatangan semua Yahudi dari negara-negara yang menolak atau menindas mereka. Yahudi mengadakan persidangan pertama di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897 demi meletakkan batu asas penubuhan negara Yahudi di Palestin. Persidangan itu berjaya diadakan hasil penat lelah Herzl dan Weizmann dan dihadiri oleh 204 para jemputan. Dalam persidangan itu mereka memutuskan untuk menubuhkan Israel di Palestin. (Rujuk, sebagai contoh, Dr Jamal A Hadi, At-Tariq ila Bait al-Maqdis, II/17-21. Buku ini mengandungi tiga jilid dan cetakan pertamanya pada 1987. Ia adalah buku sejarah umat Islam dan penulisnya adalah profesor sejarah di Institusi Pengajian Tinggi di Mesir). (a) Theodore Hertzl : Pelopor Gerakan Yahudi (b) Buku yang ditulis olehnya (c) makamnya
Selepas persidangan itu, pergerakan Yahudi menjadi semakin aktif dan ini menyebabkan Sultan Abdul Hameed mengeluarkan pengisytiharannya yang termasyhur dalam tahun 1900 untuk tidak membenarkan orang-orang Yahudi yang datang ke Palestin untuk tinggal lebih dari 3 bulan.
Pada tahun 1901 pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan dua orang pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang menemui Abdul Hameed. Mereka menawarkan kepadanya untuk:-
(1) Membayar kesemua hutang Daulah Islam Uthmaniah yang berjumlah 23 juta pound emas Britain.
(2) Membangunkan angkatan laut Daulah Islam Uthmaniah untuk melindungi Khilafah yang menelan belanja 230 juta Franc emas.
(3) 35 juta lira emas tanpa faedah untuk membantu kemakmuran Daulah Islam Uthmaniah.
(4) Membina sebuah universiti Uthmaniyah di tanah suci.
Sebagai tukarannya:
(1) Membenarkan Yahudi melawat Palestin bila-bila masa mereka suka dan boleh menetap selama mana mereka mahu “untuk melawat tempat-tempat suci”
(2) Membenarkan Yahudi untuk membina penempatan-penempatan di mana mereka tinggal dan mereka mahu di tempatkan berhampiran Al-Quds (Jerusalem).
Abdul Hameed enggan menerima tawaran itu dan enggan berjumpa dengan mereka. Dia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha dan jawapannya adalah:-
“Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Uthmaniah bukan sesuatu yang memalukan. Perancis menpunyai hutang dan itu tidak menjejaskannya. Al-Quds (Jerusalem) menjadi sebahagian daripada tanah Islam semasa Umar bin Al-Khattab menakluk bandar itu dan aku tidak akan mencatat sejarah yang memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi boleh simpan wang mereka. Pemerintah Othmaniah tidak akan berlindung di dalam istana yang dibuat dengan wang musuh-musuh Islam.”
Dia juga menberitahu mereka supaya pergi dan jangan datang semula untuk berjumpa dengannya.
Pada tahun 1901 juga, Abdul Hameed mengeluarkan perintah melarang sebarang tanah di Palestin dijual kepada Yahudi. Tindakan Abdul Hameed ini menepati sabda Rasulullah SAW: “Imam adalah perisai (pelindung) yang dibelakangnya kamu berperang dan mendapat perlindungan.”
Sultan juga malah memperketatkan peraturan “Paspot Merah” yang mempersulitkan kewujudan pendatang-pendatang Yahudi di Palestin. (Majalah Inthilaq, 1994)
Yahudi tidak berputus asa dengan Abdul Hameed, dalam tahun yang sama, iaitu 1902, pengasas pergerakan Zionis, Theodor Hertzl, mengetuai delegasi untuk mengunjungi Istanbul dan cuba untuk menemui Abdul Hameed. Dr Hertzl meminta Sultan Abdul Hameed menyerahkan Palestin kepada Yahudi dan sebagai mengenang jasanya, Yahudi akan memberinya 150 juta pound sterling. Ini adalah cubaan keduanya untuk mempengaruhi Abdul Hameed selepas cubaannya yang pertama dalam tahun 1896 menemui kegagalan. Abdul Hameed enggan untuk berjumpa dengannya. Maka mereka menemui Ketua Majlis Menteri, Tahsin Pasha dan mengemukakan cadangan mereka. Abdul Hameed menyuarakan ketegasannya melalui Ketua Majlis Menteri; ” Nasihatkan Dr. Hertzil supaya jangan meneruskan rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini kerana ianya bukan milikku, ianya hak ummat Islam, Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Khilafah Islamiah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Daulah Islamiah. Ianya adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup” .
Theodore telah melakukan enam kunjungan ke Istanbul dalam usahanya untuk membeli Palestin tetapi semuanya menemui kegagalan. Jawapan Khalifah Abdul Hamid dalam bentuk telegram kepada Theodore Hertzl (daripada Kongres Zionis Kedua) pernah diterbitkan oleh Hertzl dalam akhbarnya ‘Die Welt’. Beberapa perubahan dalam telegram itu dilakukan oleh editor akhbar tersebut sebelum ia diterbitkan. (http://www.abebooks.com/home/stillmanbooks/home.htm)
Dengan penyertaan Yahudi dan Zionis dalam konflik itu maka barisan musuh semakin kuat. Hari-hari terakhir negara Uthmaniah telah hampir bermula. Wang Yahudi adalah satu aset yang penting untuk membiayai penghapusan Daulah Islam Uthmaniah bagi menubuhkan negara Zionis di Palestin iaitu negara yang sangat dikehendaki oleh Yahudi, walau apa jua pun risiko yang akan mereka hadapi.
Catatan
(Sedangkan zionisme politik bermula dari kedatangan orang-orang Yahudi-Arkenazim pada tengah abad ke-19. Selanjutnyua pada tahun 1881 berdiri gerakan Chovevei Zion (Pencinta Zion). Gerakan ini melakukan pemindahan orang-orang Yahudi Arkenazim ke Palestina, terutama pada tahun 1882-1884 dan 1890-1891. Upaya pemindahan Yahudi ke Palestina juga dibiayai oleh seorang pengusaha besar Baron de Rothschild.
Lanjutan persidangan pertama Yahudi di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897, gerakan-gerakan Zionis disatukan di bawah bendera Pertubuhan Zionis. Mereka membentuk Jewish Colonial Trust, sebuah bank yang merupakan instrumen finansial bagi organisasi zionis. Tahun 1902 dibentuk perusahaan bagian dari Jewish Colonial Trust, yaitu Anglo-Palestine Company. Institusi lainnya ialah Jewish National Fund, yang dicetuskan oleh Hermann Schapira pada kongres pertama dan disetujui pada kongres keempat di London tahun 1900.)
Selain strategi secara langsung menemui Khalifah Abdul Hamid dalam usaha untuk merampas Palestin, kaum Yahudi juga melancarkan strategi melalui gerakan Freemason. Gerakan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan perkembangan pertubuhan “Ittihat we Terrakki ” (IWT) (al-Ittihad wa al-Tarraqqi: Persatuan dan Kemajuan) yang berkembang amat pesat di Salonika Turki. Anggota-anggota jawatankuasa pertubuhan IWT itu dikenali dengan Turki Muda (Young Turks) yang berdampingan rapat dengan tentera dan banyak anggotanya yang merupakan orang Yahudi dan Cypto Yahudi Salonika. Untuk menjalankan aktiviti pertubuhan itu, mereka mendapatkan sokongan kewangan dari orang-orang Dunama iaitu sekelompok Yahudi yang memeluk Islam tetapi secara sembunyi tetap mempertahankan keYahudiannya (Amini, 1978, h. 125) (Inthilaq, 1994). Para anggota persatuan itu juga menekan Khalifah supaya mengembalikan perlembagaan 1879 yang dirancang oleh Midhat Pasha seorang Dunama anggota Freemason. Mereka berjaya melakukan demikian hingga perlembagaan itu dikembalikan semula oleh Khalifah Abdul Hamid dan parlimen yang dibubarkan diwujudkan semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan