AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Ahad, 22 Februari 2015

Ummah Akhir Zaman Bermula Di Nusantara

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

 Ummah Akhir Zaman Bermula Di Nusantara


''Masuklah mereka ke Agama SELAMAT (Islam) ini berbondong-bondong secara kaffah. Kuffar merancang memecahbelahkan penganut Islam, memutarbelit ilmu-ilmu Islam dengan memanipulasi sebilangan ulama' namun perancangan Allah swt lebih baik kerana Dia akan tetap beri kemenangan kepada umat Muhammd saw. Islam sebenarnya bukannya agama peperangan malah adalah agama keamanan dan kasih sayang. Kuffar berusaha menghalang Islam dengan pandangan buruk sebagai agama peperangan, keganasan, pengongkong wanita dan sebagainya namun semakin kuat mereka menekan semakin kuat pula impak Islamisasi di seluruh dunia.

Ia sama dengan perjuangan mengembalikan sistem Islam, sistem Islam bermula dari memulihkan sistem ekonomi ummah (menggunakan Dinar & Dirham bukannya wang kertas) inilah yang dikatakan sebagai sistem Muamalat. Sistem ini semakin kuat dihalang oleh mana-mana kerajaan maka ia semakin kuat pula menghancurkan sistem Perbankan Riba (wang kertas) di muka bumi ini.

Nama "perbankan Islam" di dunia hari ini hanyalah ilusi semata, hanya Islam pada nama tetapi masih gunakan wang kertas. Dakwah umat Islam hari ini semakin bijak dan dalam keadaan tertentu perlulah penyamaran dilakukan sebagai strategi. Kalau Yahudi bijak merancang dengan Freemason-Iluminati mereka umat Islam juga kena melakukan perkara yang sama. Artikel yang lepas kami telah jelaskan fakta-fakta tentang kelebihan negara kepulauan "di sebelah Timur tempat bermulanya matahari terbit" ini.

Di sinilah bermulanya kelahiran manusia terawal, di sinilah juga kekayaan dunia serta sumber peradaban bermula. Di sinilah juga permulaan kepada kebangkitan Ummah akhir zaman di bawah panji-panji Islam nanti. Di sini bermula dan di sini juga ia akan berakhir. Ketika itu tiada lagi Engkau adalah engkau, aku adalah aku, yang ada ialah bersatu atas kalimah tayyibah (La ilaha illallah, Muhammadurrasulullah) kita tiada beza kerana "kita sama-sama Bani Adam, yang membezakan kita ialah iman dan taqwa" slogan perjuangan ialah "tiada kekuatan dan daya upaya melaingkan kekuatan Allah swt".

Perjuangan Kebangsaan tidak akan diperbesarkan dan menjadi keutamaan lagi yang ada ialah "memperjuangkan Tuhan" di muka bumi ini. New World Order (NWO), Freemason-Illuminati bersama banker-banker mereka telah lama merancang namun "perancangan Allah lebih baik".

Bangsa Yahudi hari ini mengaku sebagai Bangsa Israel (bangsa para Nabi dan Rasul) walhal sekiranya diselidi mereka bukannya lagi Bani Israel yang sebenar melaingkan bangsa durjana yang menganut agama Yahudi kemudian mengaku sebagai Bangsa Israel.
Bangsa Yahudi yang merampas Palestin kemudian menamakannya Negara Israel sebenarnya hanyalah mitos dan khayalan semata-mata.
Bani Israel sudah menjadi Islam kesemuanya setelah diislamkan oleh Rasulullah saw, keluarga Baginda dan para sahabat-sahabatnya.
Perkara ini kami telah jelaskan dalam perbahasan yang lepas dan ternyata kekuatan Bani Israel yang sebenar tidak lagi berada di sana, Yahudi tahu akan hal ini lebih dari umat Islam sendiri.
Bintang Daud a.s. Sebenarnya Milik Asia Tenggara Dalam catatan Flavius Joshepus telah menceritakan kekecewaan Nabi Allah Musa a.s. terhadap perlakuan sebilangan pemimpin Bani Israel ketika itu kerana bukan sekadar menentang perintah Musa a.s. malah menentang hukum-hukum Tuhan sehingga para penderhaka tersebut telah menjadi golongan yang terlaknat. Sebab itulah Bani Israel diharamkan memasuki Palestin buat selama-lamanya tetapi hari ini mengapa pula wujud golongan yang mengaku sebagai Bani Israel kemudian merampas Palestin? Sebenarnya mereka itulah cucu-cicit keluarga para penderhaka di zaman Musa a.s. yang mempersoalkan arahan Musa a.s. memasuki Kanaan. Kemudian ketika Musa a.s. melarang mereka memerangi Kanaan mereka pula yang sibuk menyerang tanpa restu dan perintah dari Musa a.s. Setelah itu umat Musa a.s. kemudian mula mencari negeri lain di sebelah Timur sebagai "new Jerusalem". Umat Musa a.s. mengetahui bahawa bahasa yang mereka tutur bukanlah berasal dari bumi Israel atau Jerusalem itu tetapi ia berasal dari negeri kepulauan di sebelah Timur. 


Mereka mengetahui bahasa tersebut adalah bahasa Nabi Adam a.s. sebab itu tidak hairan bahasa Hebrew mempunyai banyak perbendaharaan kata Sulug seperti yang telah kami jelaskan dalam perbahasan yang lepas. Bangsa dari Timur menggunakan identiti bintang-bintang dan bulan serta matahari kerana ia sangat penting dalam menentukan arah kapal ketika dalam pelayaran. Bangsa dari Timur juga mahir dengan perlombongan dan penempaan logam. Ciri-ciri ini ada pada Nabi Allah Daud a.s. iaitu menggunakan logo atau simbol bintang dan mahir melebur logam. Inilah kekuatan Nusantara ketika dulu besi (pedang) dan bintang (simbol pelayaran) sesuai dengan negeri kerpulauan. 


Bintang Daud adalah dua segi tiga yang digabungkan menjadi bintang. Segi tiga menunjukkan peradaban Lemuria Kuno yang menggunakan simbol gunung (Piramid) sebagai lambang tempat turunnya Nabi Allah Adam a.s. ke dunia. Oleh yang demikian bendera atau logo yang terdapat pada bendera negara Yahudi hari ini bukanlah milik mereka ianya milik Asia Tenggara.
Asia Tenggara bukannya menganut Yahudi atau Kristian, mereka adalah penganut agama Salam (Islam) semenjak Adam a.s. lagi.

 Ikhwan Rasulullah saw Ada hadis yang manyatakan bahawa ada golongan dari umat Muhammad saw yang hidup di akhir zaman, walau pun tidak pernah melihat Rasulullah saw akan tetapi mereka sangat kasih dan sayang terhadap baginda. Golongan inilah yang dipanggil sebagai IKHWAN oleh Rasul saw sehingga menjadi kecemburuan pada sahaba-sahabat radhiallahu 'anhum. 


 Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah saw, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah saw menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku." Kata Sayidina Ali kmw, "Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. 


Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah." Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah saw ditanya oleh para sahabat r.a., "Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda saw menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali). Riwayat Muslim. Rasulullah saw, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini: "Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah saw. 

Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin." Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini: "Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku.'
 
 Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya." Sabda Nabi saw dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., "Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." Riwayat Muslim. 

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini: "Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." Riwayat Muslim. Dari Abdullah r.a., katanya: "Datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw menanyakan, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?" Rasulullah saw menjawab, "Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu." Riwayat Muslim. 

Ikhwan adalah gelaran yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada umatnya di akhir zaman sehinggakan para sahabat menangis kerana tidak mendapat gelaran tersebut dari Rasulullah saw kerana ia hanya diberikan khas untuk umat akhir zaman sahaja oleh itu semoga sebahagian hadis dan kata-kata sahabat di atas dapat memberi satu semangat kepada kita agar sama-sama kita merebut gelaran itu seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw kepada kita. 

Sayyidina Ali r.a. berkata "...Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah". Pakaian sejenis yang dimaksudkan kemungkinan adalah "keyakinan mereka" manakala yang dimaksudkan sebagai satu ibu satu ayah ialah hakikat pengetahuan mereka sebagai bangsa terawal manusia dari satu ayah (Adam a.s.) bermula di Sulu. Saranan Rasulullah saw kepada umatnya Saranan Rasulullah saw kepada umatnya ketika menghadapi Dajjal dan tentera-tenteranya di akhir zaman nanti ialah bersatu berbai'ah mengikuti ikhwannya seperti yang disebut di atas. 

Dalam satu hadith yang juga diriwayatkan dari Tsauban r.a. dia berkata, "Telah bersabda Rasulullah saw, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji". Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim. Ketika Sulu hari ini membuka tangan menyambut bantuan dan kerjasama dari mana-mana saudara seagama di seluruh Nusantara dan Dunia, namun masih ramai yang enggan dan cuba menentang kebangkitan Sulu. Mereka menganggap Sulug bukanlahkumpulan sebenar yang dijanjikan oleh Allah swt dan Rasul-Nya walau pun segala bukti dan keterangan telah mendedahkan segala-galanya. 

Amat malang, sekiranya mereka telah menyedari kesahihan wujudnya Ikhwan Rasul saw namun masih berusaha "bersatu dan bersama-sama" dengan Dajjal melahap Riba dan Rasuah dalam sistem Kuffar Yahudi, lantaran begitu berat buat mereka menyokong kebangkitan Islam di Sulu maka tidak syak lagi mereka akan termasuk dalam "golongan manusia yang akan dimusnahkan". “Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. 

Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur, lantas mereka membunuh kamu dengan suatu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu.” Kemudian beliau saw menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu bersabda: “Maka jika kamu melihatnya, berbai’atlah walaupun dengan merangkak di alas salju, karena dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi". Sunan Ibnu Majah, Kitabul Fitan Bab Khurujil Mahdi 2: 1467: Mustadrak Al-Hakim 4: 463-464. Dan dia berkata, “Ini adalah hadits shahih menurut syarat Syaikhain.” (An-Nihayah fit Firan 1:29 dengan tahqiq DR. Thana Zaini). Perkara inilah yang sangat mengerikan buat banker-banker Yahudi seluruh Dunia iaitu terialisasinya hadis Rasul saw. 

Walau bagaimana pun Yahudi-Freemason-Iluminati masih bergembira kerana mereka masih ada tentera dari umat Islam sendiri yang menganut Dimokrasi-Freethinker-Nasionalis-Liberalis sebagai pemusnah kepada kebangkitan Ikhwan akhir zaman. Mereka terdiri dari ahli politik dusta (bercakap memperjuangkan nilai-nilai Islam dalam kerajaan ternyata hanya dibibir) yang berkuasa atas tiang-tiang Rasuah dan kemaksiatan, juga terdiri dari kalangan ulama' Suk (ulama' jahat) yang sudah hilang jiwa Islamnya diganti dengan "hamba kepada fulus dan kekuasaan", berfatwa menurut hawa nafsu sehingga masyarakat haru biru dan hilang keyakinan terhadap institusi ulama'.

 Umat Islam yang tertipu ini tidak menyedari bahawa kekayaan yang mereka dapat hari ini dengan menggunakan sistem Dajjal adalah ilusi semata-mata. Mengapa ianya dikatakan ilusi? Wang kertas yang dijadikan wang utama yang digunakan oleh mana-mana kerajaan sebenarnya tiada nilai dan harga langsung. Kononnya wang kertas bersandarkan emas sedangkan ternyata bukanlah demikian.

 Inilah penipuan yang maha dahsyat menyebabkan rakyat jelata kalau miskin terus miskin sampai merempat manakala yang kaya terus kaya sampai lupa diri. Kasihannya ketika Dajjal mengatakan "Mahu ikut kami memerangi pengganas atau anda menyertai pengganas?" kata dua ini sama dengan yang diungkapkan oleh hadis tentang sifat dan sikap Dajjal yang boleh mengarahkan pokok pisang berbuah. Sekiranya umat Islam memohon makanan dari Dajjal ini maka merekalah sebahagian dari penyokong Dajjal.

 Inilah yang berlaku pada Bank Negara (mana-mana negara) yang mana Bank Dunia Dajjal berkuasa keatas sebarang polisi kewangan sesebuah negara melalui Bank Negara mereka masing-masing. Kukuhnya Negara Haram Yahudi di Palestin bukan kerana umat Islam kalah perang tetapi "Kalah percaturan Ekonomi". Sekiranya Umat Islam kembali kepada bentuk wang sebenar (Dinar & Dirham) automatik akan memusnahkan kerajaan Israel Yahudi di Palestin tanpa diperangi secara bersenjata kerana wang kertas dari bank Dunia lah yang menguatkan mereka. Ini kerana Tuhan telah berjanji kekayaan ada pada umat Islam dari Timur dan Barat. Inilah kekayaan yang masih tersimpan secara baik diserata dunia. 

Kembalinya umat Islam menggunakan Dinar dan Dirham secara actual kekayaan yang sejak zaman purba diamanahkan kepada bangsa  pasti akan kembali, "Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. 

Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka". Al-Qur'an, Surah al-A'raf, ayat 137. Sulu telah pun Allah swt berikan "petanda" (clue) bahawa inilah tempatnya "Tanah yang diberkati" yang bukan sahaja kaya harta malah keaya dengan ketamadunan dan asal-usul manusia. "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" Al-Qur'an, Al-Anbiya' ayat 81. Menyokong Sulu dan menyertai deklarasi "kembalikan pemerintahan Darul Islam" seperti sediakala kemenangan bukan sahaja pada bangsa  tetapi umat Islam keseluruhannya. 


“Nabi saw brsabda, “Akan datang kepada kalian masa kenabian, dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Kemudian, Allah akan menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa Kekhilafahan ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah; dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang kepada kalian, masa raja menggigit (raja yang dzalim), dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa raja diktator (pemaksa); dan atas kehendak Allah masa itu akan datang; lalu Allah akan menghapusnya jika berkehendak menghapusnya. Kemudian, datanglah masa Khilafah ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah (Khilafah yang berjalan di atas kenabian). Setelah itu, Beliau diam”.[HR. Imam Ahmad]
Hadis diatas diriwayatkan Ahmad, 4/273, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 5)


Prinsip pergantian zaman ini juga selaras dengan prediksi Rasulullah shalla-llahu ‘alaihi wa sallam dalam salah satu haditsnya yang diriwayatkan oleh Imam besar dalam bidang hadits Ahmad, Abu Dawud dan Turmudzi dari Abu Hudzaifah, intelijennya Nabi shalla-llahu ‘alaihi wa sallam (shahibus sirr) pada 14 abad yang silam.


Ada 5 vase dalam islam sesuai hadist diatas
1. Fase kenabian
2. Fase Kekhilafahan ala Minhaaj al-Nubuwwah “khulafaur rasyidin”
3. Fase raja menggigit
4. Fase Raja Diktator (Mulkan Jabbriyyan)
5. akan datangan kembali Fase Kekhilafahan ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah (Khilafah yang berjalan di atas kenabian)


– FASE KENABIAN –
Inilah periode awal perjalanan sejarah ummat Islam. Saat itu ummat Islam dipimpin langsung oleh manusia paripurna (insan kamil), pemimpin orang-orang yang bertaqwa (imamul muttaqin), panglima para mujahid (qa-idul mujahidin), yaitu Muhammad shalla-llahu ‘alaihi wa sallam. Mereka langsung dipandu oleh figur teladan (uswatun hasanah) sejak masa kesulitan, kegoncangan (fatrah al-idhthirab) di Mekah sampai jaya di Madinah. Sejak sebelum berfikir tentang perang sampai berkali-kali terjun di medan laga. Sejak sebelum berfikir tentang format kepemimpinan sampai menjadi pemimpin yang disegani di Jazirah Arab. Manusia penunggang onta yang tertata ulang persepsi (tashawwur) dan mata hati (bashirah) mereka tentang Tuhan, alam sekitar dan diri mereka sendiri, terbukti dalam sejarah memiliki kapasitas dan kapabilitas menjadi penghulu dunia (ustad ziyatul ‘alam). Beralalulah masa keemasan itu (‘ashrudz dzahab) selama 23 tahun. Ketika Allah menghendaki, Ia mencabut masa kejayaan itu.

- FASE KEKHILAFAHAN KHULAFAUR RASYIDIN-
Inilah fase kedua perjalanan sejarah ummat Islam. Para ulama dan ahli sejarah sepakat bahwa periode ini adalah pada masa khulafaur rasyidin: Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali. Ada yang berpendapat sampai ke kurun khalifah kelima, Umar bin Abdul Aziz. Masa ini fase khalifah yang lurus, jujur dan adil. Rasulullah shalla-llahu ‘alaihi wa sallam melegitimasi masa kedua ini masih dalam koridor minhajin nubuwah (metode kenabian). Artinya periode pertama dan kedua ini adalah masa teladan dan rujukan (referensi) ummat Islam.
- FASE RAJA YANG MENGGIGIT –
Fase kehidupan ummat Islam yang ketiga ini dikuasai oleh raja yang menggigit. Ia datang silih berganti dengan sebutan yang berbeda-beda. Yang paling awal adalah Dinasti Umaiyah, kedua Dinasti Abasiyah dan ketiga Dinasti turki Utsmaniyah yang berakhir pada tahun 1924. Sekitar 13 abad ummat Islam di bawah kekuasaan raja-raja yang menggigit ini (mulkan ‘adhdhan).
Pada masa ini para khalifah disebut raja, karena secara formal menjabat khalifah tetapi pada dataran operasional pola pemerintahannya menerapkan sistem kerajaan. Kepemimpinan bukan dilahirkan oleh syura tetapi diwariskan kepada keluarga dekat kerajaan, anak keturunannya.
Disebut “raja yang menggigit” karena masih menggigit Kitabullah dan Sunnah Rasul, tetapi hampir-hampir lepas. Dan pada akhirnya lepas juga pada tahun 1924 dengan munculnya Dewan Nasional Turki oleh Mustafa Kamal Attaturk (Bapak Bangsa Turki). Namun, para ulama’ yang istiqamah menggelarinya dengan Mustafa Kamal A’da’ut Turk (Musuh Bangsa Turki). Inilah masa keruntuhan dan keterpurukan ummat Islam. Dunia Islam laksana kebun yang penuh tanaman subur dan bunga-bunga yang indah, tetapi tanpa pagar pelindung dan penjaga kebun yang bertanggung jawab.
Kondisi ini sebagaimana yang diisyaratkan Rasulullah shalla-llahu ‘alaihi wa sallam, “Kamu sekalian akan dijarah beramai-ramai oleh ummat-ummat manusia seperti halnya santapan yang dikerumuni orang-orang lapar. Karena kamu semuanya ibarat buih, jumlahnya banyak tetapi tidak berkualitas”.
Sebelum tahun 1924, sekalipun kendali kekuasaan dipegang oleh “raja yang menggigit”, tetapi ummat Islam masih memiliki payung dan pusat komando (al-imamah al-‘uzhma) di Turki. Dalam dokumen sejarah dicatat, para penguasa negeri-negeri muslim di seluruh dunia selalu mengadakan korespondensi dengan pusat kekuasaan di Turki. Pada akhir abad ke-20, panglima Fatahilah sepulangnya dari menunaikan ibadah haji, beliau singgah untuk belajar di Akademi Militer di Turki. Sekembalinya ke Nusantara beliau bisa memukul mundur pasukan penjajah Portugis.

Raja yg mengigit adalah para penguasa Islam atau raja-raja penerus Khulafaur Rasyidin yang dengan begitu gemilangnya menjaga sekaligus mengembangkan nilai-nilai yang dibawa agama Islam. Masa ini ditandai dengan adanya hanya satu pemerintahan (kalau jaman sekarang adalah negara) dimana seluruh umat Islam sedunia tunduk dan patuh pada satu kerajaan ini.
Hebat bukan? Tidak seperti sekarang dimana umat Islam sudah terkotak-kotak kedalam sebutan negara-negara. Negara Indonesia, negara Saudi Arabia, negara Malaysia, negara Mesir, dsb. Masa Raja-Raja yang Menggigit ini terjadi dalam tiga masa, yaitu dimulai dari kepemimpinan kerajaan Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, dan yang terakhir adalah kepemimpinan Bani Ustmani di Turki yang boleh dibilang baru berakhir kemarin saja, yaitu 1924 M
Pada masa ketiga perjalanan umat Islam ini terjadi dengan sangat panjang, yaitu sekitar 13 abad! Bayangkan, Islam bersinar dengan penuh keemasan selamat 1300 tahun! Sebut saja bidang kedokteran, astronomi, bangunan beserta jembatan, ilmu matematika sudah dikembangkan oleh para ilmuwan-ilmuwan muslim. Kalau toh dewasa ini semua ilmu-ilmu tersebut sepertinya ilmuwan muslim tidak punya andil, itu tidak terlepas dari kelamnya sejarah Perang Salib dimana para salibis berusaha menghilangkan bukti kejayaan umat Islam dahulu.

- FASE DIKTATOR (Mulkan Jabbriyyan) – (kita skrg berada di vase ini)
Masa keempat perjalanan sejarah ummat Islam ini mengalami krisis kepemimpinan. Ummat Islam dari segi kuantitas tergolong besar, tetapi mereka laksana sampah, makna lain dari gutsaa’ (buih), menurut pakar hadits Dr. Daud Rasyid. Mereka bukan berkumpul tetapi berkerumun. Mereka mayoritas, tetapi hati-hati individu mereka tercabik-cabik oleh paham kedaerahan (nasionalisme) yang sempit, madzhab, aliran keagamaan dan kepentingan. Kehadirannya tidak menggenapkan dan kepergian-nya tidak mengganjilkan. Mereka diperebutkan untuk dijadikan mangsa binatang buas.
Pada periode ini, jangankan sepakat untuk mengangkat isu-isu besar penegakan Daulah Islamiyah, penentuan awal Ramadhan dan Idul Fithri saja tidak menemukan kata sepakat. Di tengah-tengah mereka tidak ada wasit (penengah) yang dipercaya untuk mengambil keputusan yang disepakati oleh semua komponen umat ini. Tubuh ummat Islam tercabik-cabik oleh perpecahan internal. Energi mereka habis untuk ghibah, namimah, hasud, dendam, terhadap kawannya sendiri. Sehingga terlambat dalam merespon perubahan-perubahan yang terjadi di sekelilingnya (dhu’ful istijabah lil mutaghayyirat).

Setelah tahun 1924, dunia memasuki perang dunia I, II dan Perang Dingin antara Blok Timur versus Blok Barat (syarqiyyah wa gharbiyyah). Tetapi, rentetan peristiwa diatas hanyalah muqaddimah tampilnya mulkan jabariyyan (raja diktator) berskala global. Setelah tahun 1990, tidak ada lagi dua kubu di pentas kehidupan global. Yaitu pasca runtuhnya Tembok Berlin di Jerman. Hegemoni raja diktator internasional mulai menampakkan eksistensinya, bermarkas di Gedung Putih (al-bait al-abyadh), dan didukung oleh kroni-kroninya yang tergabung dalam negara G7 : Inggris, Perancis, Jerman, Jepang, Italia, Kanada dan Rusia.

Tidak ada pemimpin yang mangkat (baca: naik ke tampuk kekuasaan) di belahan dunia ini selain dalam hegemoni raja diktator dunia, kecuali yang dirahmati oleh Allah. Mereka yang bersebarangan dengan kemauan penguasa diktator dunia akan berjalan tertatih-tatih. Mereka memiliki tangan-tangan dan kaki-kaki di semua kepingan bumi ini. Bahkan belakangan ini ada upaya sistematis untuk memecah keutuhan bangsa, dengan fenomena Papua dan Aceh. Pihak-pihak yang masih getol mempertahankan keutuhan NKRI disingkirkan oleh orang nomer satu di negeri ini dari panggung kekuasaan. Prinsip pergantian zaman ini penting diketahui agar kita menyadari di kurun mana kita ini sedang berada. Ternyata kita berada pada titik nadir kelemahan ummat ini. Kita tidak terlalu berharap kemana pun dan kepada siapa pun. Siapa pun yang tampil memegang tampuk kepemimpinandi dunia pasti mendapat SIM (Surat Izin Mangkat) dari hegemoni malikun jabbar. Marilah kita bangun, bangkit, memperbaharui komitmen kita karena kita mengalami masa yang tidak sederhana. Kita bergerak pada kurun yang tidak mudah.
Saatnya kita bangun untuk menyongsong masa terakhir dari perjalanan sejarah ummat Islam yaitu masa khilafah ‘ala manhajin nubuwwah. Karena kita yakin bahwa kepemimpinan raja diktator ada masa akhirnya. Kebatilan, sekalipun dipagari oleh kekuasaan yang kokoh akan segera hilang. Lebih-lebih saat ini mereka mengadakan konspirasi global untuk menghancur-kan pusat syiar-syiar Islam. Sesungguhnya mercusuar Islam (baca: Tanah Suci Makkah) itu adalah milik-Nya. Dia sendiri yang akan menjaganya dari tangan-tangan jahil.

-FASE KHILAFAH AKAN DATANG KEMBALI-
Persoalan yang esensial bagi kita bukan terletak pada kapan terjadinya khilafah atas metode kenabian itu. Sebab, masa itu akan terjadi pada masa kita atau kemungkinan pada zaman keturunan kita. Hadits ini adalah prediksi nubuwwah, bukan ramalan ahli nujum dan para normal. Kita tidak bangkit pun prediksi Nabi itu pun akan terjadi. Kita sekarang perlu mempersiapkan diri sebagai elemen perubah dan pencabut sang diktator dunia. Dengan cara konsisten; istiqamah, mudawamah wal istimrar (berkesinambungan) melaksanakan tahapan amal Islami (maratibul ‘amal Islami) merujuk tahapan turunnya wahyu Al Quran.
Yaitu, memperbaiki akidah (ishlahul ‘aqidah), melaksanaan syariat (tathbiqusy syari’ah), memperbaiki akhlak (ishlahul akhlaq), melaksanakan dakwah dan harakah (‘amalu ad-da’wah wal harakah) serta memperbaiki kualitas jama’ah (binaul jama’ah).
Pada akhirnya kita perlu bangkit untuk mewujudkan agenda-agenda penting dakwah diatas. Agar kita aman dan lulus dari Mahkamah Ilahi kelak. Kita berupaya menyadarkan sebanyak mungkin manusia agar menjadi batu bata dakwah (asy-sya’bu qawaa-idud da’wah). Sekalipun kita tidak sadar, tidak bangun, tidak bergerak, fenomena kebangkitan ummat Islam itu pasti terwujud, dengan izin Allah subhanahu wa ta’ala.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan