AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Ahad, 1 Mac 2015

AWAS GERAKAN KERISTIANISASI

بسم الله الرحمن الر حيم


إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

GERAKAN KERISTIANISASI
Gerakan Kristianisasi atau lebih terkenal di kalangan kita sebagai gerakan “Tansir” merupakan satu gerakan yang bertujuan untuk menyebarkan agama kristian dan fahamannya ke pada masyarakat antarabangsa. Gerakan ini telah memulakan gerak kerja mereka sejak berdekad lamanya.
Mereka menggunakan cara yang pelbagai untuk mencapai cita-cita tersebut samada dengan cara menubuhkan organisasi-organisasi yang tersusun atau dengan menggunakan perantaraan tertentu sehinggalah tersebarnya agama kristian yang telah menyeleweng ini dan diterima ramai.
Cara yang digunakan oleh golongan Kristian untuk menyebarkan dakyah mereka boleh dibahagikan kepada dua jenis:
1) Mengkristianisasikan secara terus:
Iaitulah dengan cara mengadakan hubungan secara pribadi (dakwah fardiah) atau dengan cara mengedar risalah, memberi ceramah umum di gereja-gereja dan tempat-tempat terbuka dengan tujuan memperkenalkan manusia dengan ajaran Kristian. Pendeta-pendeta mereka akan cuba untuk memuaskan hati-hati manusia akan kebenaran ajaran mereka.
2) Menjalankan proses Kristianisasi dengan perantaraan lain:
Inilah cara yang paling meninggalkan kesan dan yang paling berjaya bagi mereka menyebarkan fahaman mereka. Cara ini telahpun di mulakan sejak di zaman penjajahan lagi. Dan sasaran mereka tidak lain tidak bukan ialah rantau Asia, Afrika, negara-negara Arab atau negara-negara dunia ketiga amnya.
Kenyataan ini sudah tidak menjadi rahsia lagi di mana kita dapati antara tujuan orang-orang barat berlumba-lumba ke timur suatu masa dulu ialah untuk mencapai tiga perkara utama yang di rumuskan sebagai “3G”; God, Golden and Glory. Antara perantaraan yang di gunakan demi mencapai cita-cita tersebut ialah:
i- dengan menghulurkan bantuan perubatan.
ii- dengan perantaraan pendidikan.
iii- mengambil kesempatan di sebalik bantuan kemanusiaan yang di hulurkan.
iv- dengan perantaraan media massa dan elektronik.
v- menimbulkan prasangka terhadap agama Islam.
Di sana ada beberapa lagi tektik yang sering di gunakan oleh golongan Kristian ini dalam menjayakan misi mereka. Antaranya ialah:
Sesetengah badan gerakan Kristianisasi ini menggunakan seks sebagai modal mereka untuk menarik golongan pemuda menyertai mereka. Antaranya ialah “Persatuan Anak-anak Tuhan dan Keluarga Kasih” (Jamaah Abna’ al-Rabb wa Usrah al-Hubb) yang di asaskan di Amerika Syarikat pada tahun 1969.1
Alam melayu pada hakikatnya tidak terlepas daripada menerima bahang yang amat dahsyat daripada gerakan ini. Malah kedatangan penjajahan barat ke nusantara suatu ketika dulu menandakan era baru bagi agama baru yang ingin mencari pengaruh di Asia Tenggara. Sejak daripada kedatangan Portugis di turuti Belanda, British, Sepanyol dan sebagainya, nusantara sikit demi sedikit telah menerima pengaruh Kristian. Dasar-dasar yang di gunakan seperti “Pecah dan Perintah”, kebebasan beragama dan sebagainya telah mempercepatkan lagi penyebaran agama mereka.
Penubuhan berpuluh-puluh badan dan persatuan yang bertopengkan kebajikan berbayangkan Kristian juga amat berperanan. Menurut cacatan, Father Odoric, seorang paderi Franciscan telah sampai ke Borneo pada tahun 1332. Kemudian diikuti oleh paderi-pederi lain seperti Tistio de Aroujo, Jao da Veiga dan Antonio Periera daripada portugis dan lain-lain. Perlu diingatkan di sini bahawa kedatangan mereka adalah dengan restu dan utusan daripada gereja-gereja di Eropah. Sebagai contoh kedatangan Antonio Ventimigla adalah di atas arahan daripada Theatine Mission dalam rangka mereka menyebarkan Kristian ke seluruh dunia.2
Di ruangan yang terhad ini, kami akan berusaha untuk menyenaraikan beberapa badan kristian yang aktif di nusantara serta menyebut sedikit sebanyak mengenai gerak kerja mereka selama ini. Supaya ianya menjadi renungan kita bersama dan supaya ianya akan menyebabkan kita akan berfikir sejenak betapa musuh sejak sekian lama berusaha memusnahkan kita dan merosakkan kita samada kita sedari ataupun tidak.
i- Sidang Injil Borneo (SIB).
Badan ini didaftarkan di Sarawak pada 12/12/1959. Tetapi hakikatnya ia telahpun menjalankan kegiatannya sejak tahun 1920-an lagi. Paderi-paderi yang berkhidmat di bawan SIB kebanyakkannya berkelulusan daripada Melburne Bible Institute. Kegiatan dakwah mereka tertumpu di kalangan orang Dusun, Kelabit, Lun Bawang dan Bisaya. Bagi tempat-tempat yang sukar di hubungi seperti Ranau, Meligan, Long Pasia, Sipitang, Lawas dan Long Atip mereka menggunakan kapal terbang milik M A F (Missionary Aviation Fellowship) sebagai pengangkutan utama. Hakikatnya paderi-oaderi Australia a m a t memainkan peranan penting dalan gerakan kristianisasi di Sabah dan Borneo.
ii- Mill Hill Missionaries
Pada asalnya bergelar The St. Joseph’s for Foreign Missions yang di asaskan oleh Herbert Vaughan. Ianya juga merupakan sebuah kolej yang telah dirasmikan pada 19 Mac 1866. Pada november 1871, badan ini telah menghantar paderi-paderinya ke Amerika Syarikat dalam rangka mengkristiankan kaum negro dalam projek yang dinamakan “Negro Missions”.
Pusat gerakan mereka ialah Labuan dan dari situlah mereka bergerak ke Papar, Sandakan, Kuala Penyu, Penampang, Kudat, Tawau dan tempat-tempat lainnya.
iii- Missionari Basel
Merupakan badan yang bertanggung jawab memasukkan orang Cina ke Borneo. Usaha memasukkan orang-orang Cina ini di lakukan oleh Sir Walter Medhwest, seorang paderi Basel Mission. Tetapi orang-orang Cina yang masuk pada waktu itu adalah orang-orang Cina yang telahpun menganut agama Kristian. Sebagai contoh pada tahun 1883, sekumpulan Hakka Kristian seramai 96 orang telah berjaya memasuki Sabah dengan perantaraan gereja ini. Apabila Sabah menyertai Malaysia ia ditukar menjadi Cristian Church of Malaysia dan menerima bantuan daripada Basel Mission, Gereja Lutheran U.S.A dan Lutheran Word Federation ( L W F ).
iv- Missionari Anglikan:
Gereja ini telah masuk ke Borneo ketika zaman pemerintahan James Brooke di Sarawak. Mereka mendirikan gereja, sekolah, dan memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk tempatan dengan bantuan Raja Brooke. Pada tahun 1883 mereka meluaskan lagi pengaruh dengan memasuki Sabah. 3
Kegiatan Missionari ini tidak hanya sekadar bergerak dengan badan-badan seumpama ini sahaja. Malah mereka juga aktif dalam bidang pelajaran dengan menubuhkan sekolah-sekolah kelolaan mubaligh, dalam bidang perubatan dengan menawarkan perubatan percuma di kawasan pedalaman dalam bidang pertanian dengan menawarkan perkhidmatan pakar dalam pertanian dan sebagainya. Kemiskinan yang melanda masyarakat tempatan di jadikan umpan dengan alasan untuk membantu membina ekonomi setempat.
a) menyeru ke arah perkauman dan semangat kesukuan dalam usaha menghapuskan penyatuan umat Islam.
b) menyeru ke arah penggunaan bahasa pasaran dan dialog harian terutama Bahasa Arab dengan tujuan melalaikan umat Islam daripada didikan dan bimbingan al-Quran.
c) berusaha untuk mewujudkan kebebasan beragama yang tiada batasan di dalam perlembagaan negara-negara Islam. Usaha ini jika berjaya akan memudahkan proses murtad di kalangan umat Islam
d) berusaha membuka pintu hubungan di antara penganut-penganut Kristian dan juga umat Islam. Matlamat ini tercapai dengan adanya pertukaran lawatan antara dua pihak dan juga kesempatan yang terluang sempena hari perayaan tertentu dan sebagainya. Beberapa pere

kedatangan mereka adalah
dengan restu dan utusan
daripada gereja-gereja di Eropah. Sebagai contoh
kedatangan Antonio Ventimigla adalah di atas arahan
daripada Theatine Mission dalam rangka mereka
menyebarkan Kristian
ke seluruh dunia...
Perayaan mereka seperti Valentine Days telah diterima sebagai perayaan rasmi di kalangan masyarakat antarabangsa!.
Walaupun tulisan ini banyak memfokuskan Borneo tetapi hakikatnya Semenanjung Malaysia juga tidak terlepas daripada menerima bahang ancaman tersebut. Malahan kita boleh mengandaikan semenanjung sebagai kawasan yang terlebih dahulu menerima pengaruh gerekan ini dengan tertawannya Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Gereja-gereja Kristian yang berselerakan dan yang semakin hari semakin bertambah menguatkan lagi hujah kita bahawa gerakan ini tetap aktif walaupun era penjajahan kolonial sudah lama dilupakan.

Pada 27 april yang lepas Majlis Syura Muslimin melalui jaringan antarabangsanya telah menyebarkan berita mengenai seorang paderi Melayu yang telah mengkristiankan seorang gadis Melayu dan mengahwinkannya dengan seorang pemuda Cina. Paderi Melayu itu berdasarkan berita tersebut hanyalah orang Sabak Bernam!!!4
Kalaulah benar berita tersebut, ianya menjadi bukti betapa Semenanjung Malaysia juga menghadapi ancaman Kristianisasi tersebut dan sikap berwaspada dan berhati-hati amatlah di syorkan kepada warga Malaysia Jordan sekalian. Semoga kita tidak tertipu dan tidak berputih mata suatu hari nanti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan