AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Sabtu, 14 Mac 2015

Belajar Ilmu Dunia Jangan Lalai Belajar Ilmu Agama

 Belajar Ilmu Dunia Jangan Lalai Belajar Ilmu Agama

 

 بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102


 
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Ilmu - Dunia dan Akhirat

Sebelum ini kita telah mulakan penelitian kita tentang tajuk 'ilmu'. Sebenarnya, dalam blog ini sudahpun disebutkan kerap kali semenjak dahulu perkara ini. Namun, kita kembali menelitinya kerana ilu itu amat penting bagi kita yg Islam dan beriman dan inginkan bukan setakat kejayaan dunia, tetapi lebih utama kejayaan akhirat. Itu yg utama.
Saudara, sebenarnya, dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg empat selepas wafatnya Nabi (s.a.w), menyebut tentang ilmu ini. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam dua hadith berikut:

Allah (a.w) Murka Pada Orang yang Jahil Ilmu Akhirat 

Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yang Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yang beriman) yang pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yang bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi]
[Nota: Orang yang pintar dalam ilmu dunia itu ramai kita temui dan mereka itu berjaya dalam dunianya. Dalam pentadbiran atau pengurusan sebagai contoh terdapat golongan Ox-Bridge (lulusan dari universiti-universiti ivy league seperti Oxford, Cambridge, London, Harvard, MIT, Chicago, UCLA, Berkeley dan seumpamanya) diberikan jawatan-jawatan membawa upah yang amat tinggi. Dunia dan manusia memberikan kelebihan kepada mereka kerana kepintaran mereka dalam ilmu dunia. Dalam ‘bidang agama’ pun ada juga orang yang diakui bijak pandai kerana mempeolehi kelulusan dari institusi pengajian ala-agama ivy leage dalam bidang pengajain Islam lulusan al-Azhar, Jordan, Ain-Syam, Madinah dan beberapa universiti terkenal lainnya dalam masyarakat Islam. Mereka juga diberi pengiktirafan sebagai orang yang bijak pandai, diberi jawatan yang bergaji tinggi, ditempatkan dalam jawatan-jawatan yang dihormati dan disanjung. Mereka itupun adalah golongan orang yang pintar dalam ilmu duniawi mereka. Golongan-golongan sedemikian diakui orang yang bijak dan pandai – dalam bidang ilmu keduniaan semata-mata atau dalam bidang yang terkait dengan agama - tetapi mereka bukanlah orang yang bijak, pandai atau pintar dalam ilmu akhirat. Kepandaian dalam ilmu akhirat itu hanya diperolehi dengan mengaji ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (i.e. al-Hadith). Kerana, Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu akhirat supaya mereka lebih faham Islam dan syariatnya, yakni tuntutan Islam sebebnarnya. Melalui kefahaman sedemikian itu mereka lebih berjaya di dunia dan juga di akhirat kerana panduan Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah itu memandu mereka bagaimana hendak berjaya di dunia dan dalam masa yang sama mampu bersedia untuk kejayaan akhirat.
Orang iman yang benar itu faham agamanya, maka dia lebih terpandu hidupnya di dunia. Kefahaman agama hanya boleh didpati melalui pengajian atau mempelajari ilmu akhirat – ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang memiliki ilmu akhirat itu faham dan sedar bahawa Islam yang benar itu adalah Islam yang didasarkan kepada tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, yang segala bentuk-bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara mengamalkannya adalah sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan dengan itu pra-syarat yang utama mengesahkan keIslaman seseorang itu adalah dia menepati sabda Rasulallah (s.a.w) ‘ma ‘alaihi wa-ashabi’ (yang bermaksud: apa-apa yang aku (Nabi) dan para sahabatku berpegang padanya’ = al-Quran dan as-Sunnah) dan dia anuti Islam secara berjema’ah (Ayat 103, Surah ali-Imran). Mereka yang mengaji secara ‘mangkul’ dari guru yang mengajarkan dua ilmu tersebut secara ‘musnad’ (i.e. ada urutan asal usul ilmu/hadith) dan secara’ mutasil’ (i.e. ilmu itu boleh disandarkan kepada apa yang diperintahkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) tanpa terputus sumbernya), maka ilmu itu dikira ilmu akhirat. Tidak ramai orang Islam yang bijak dan pandai dalam ilmu akhirat. Orang yang tidak mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu al-Hadith secara mangkul, musnad dan mutasil itu, dikira jahil (bodoh) dalam ilmu akhirat. Seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman wajib mencari kepandaian dalam ilmu aakhiratnya, kerana ilmu akhirat itu akan membolehkan dia bersedia untuk kehidupan yang sebenarnya, i.e. kehidupan akhirat dalam syurga, walhal kehidupan di dunia hanyalah 60 atau 70 tahun walhal sehari di akhirat itu adalah 1,000 tahun lamanya dikira dalam waktu dunia!] 

Allah (a.w) Murkakan Orang yang Keras Hatinya 

Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) murka pada tiap-tiap orang yang keras hatinya (i.e. tidak mahu mendengar nasihat dan tunjukajar tentang agama) lagi sombong (i.e. berbangga dengan dirinya, darjatnya, kedudukannya dan segala sesuatu yang dia merasa yang dia lebih baik dari orang lain dan menolak kebenaran), (iaitu) orang yang senang di kalangan orang ramai dan suka bertengkar di pasar, (mereka ini) seperti bangkai di malam hari (kerana tak bangun solat malam, berzikir, meminta ampun kepada Allah (a.w), dan membaca al-Quran dan lain-lain amalan) dan seperti kaldai ketika siang hari (kerana hanya memikirkan tentang makan, lupakan tanggung jawab terhadap Allah (a.w) dan lupa dan lalai mengerjakan perintah dan suruhan). Pandai (i.e. bijak) dalam ilmu dunia, namun bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhirat.’ [Hadith ibnu Hibban]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Allah (a.w) terhadap beberapa golongan manusia yang akui dirinya Islam dan beriman: pertama, orang yang hatinya keras iaitu orang yang apabila diberitahu perkara yang hak dalam Islam – mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah – dia enggan terima atau tak mahu dengar dan akur. Golongan ini ramai. Tak kurang dikalangan mereka prang yang merasa dirinya alim dan beilmu. Tambahan pula dia digelar ‘ulama’. Disanjung dan dihormati masyarakat. Disegani ‘ilmunya’. Di undang untuk membaca doa atau mengepalakan majlis bacaan Yaasin atau Tahlilan. Tetapi, apakala diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia berhujjah mempersoalkan dan memberi pandangan secara batil semata-mata kerana menidakkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah jika bersalahan atau brlainan dari amalan dan pendapatnya atau pendapat golongan yang menjadi ikutannya. Kedua, orang yang sombong kerana sesuatu kelebihan yang dia terasa ada padanya atau kelebihan yang dianugerahkan olehmasyarakat kepadanya kerana sesuatu, kerana keturunannya, kedudukannya, jawatannya, kekayaannya, hartanya, namanya atau gelarannya. Maka dia inginkan dihormati oleh orang lain, diketengahkan dan dibesarkan dalam sesuatu majlis masyarakat, diberi tempat dan keutamaan, tetapi apabila diberitahu perkara yang hak menmgenai agamanya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dia enggan terima dan berdalih menolaknya.]
Saudara,  ramai juga orang yg akui dirinya Islam, tetapi takpun menyempatkan masa mengaji dan beljar al-Quran. Yg utama bagi orang iman itu adalah pertama belajar al-Quran untuk mengetahui apakah perintah Allah (a.w) kemudian belajar membacanya dgn betul (tartil) dan kemudian barulah menghafalnya. Tapi, di kalangan masyarakat Melayu, ramai ibu bapainginkan anaknya jadi 'hafiz'. Tidak ada gunanya anak itu hafiz jika dia tak faham apa yg dia hafal dan tak pula mengerjakan apa yg al-Quran perintahkan.
Ramai juga orang Islam yg menidakkan as-Sunnah atau al-Hadith, kerana, kata mereka itu adalah kata-kata manusia, kerana nabi Muhammad (s.a.w) adalah manusia biasa! Wal iya zubillah. Orang yg diangat Allah (a.w) menjadi Nabi atau Rasul bukanlah sembarangan orang. Tambahan pula para nabi dan para rasul itu tidak bercakap ikut suka hati mereka. Mereka bercakap sesuatu atas dasar wahyu dan ilmu yg disampaikan kepada mereka (Ayat 3 hingga 5 Surah an-Najmi). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa:

Al-Quran dan as-Sunnah Berganding 

Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yang diberikan Allah (a.w) bersekali al-Quran itu) sesuatu yang menyerupainya (yakni, yang seiring dengan al-Quran, i.e. al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud] 
 
 Tuntunan zaman dan semakin canggihnya teknologi menuntut generasi muda untuk bisa melek akan hal itu. Sehingga orang tua pun berlomba-lomba bagaimana bisa menjadikan anaknya pintar komputer dan lancar bercuap-cuap ngomong English. Namun sayangnya karena porsi yang berlebih terhadap ilmu dunia sampai-sampai karena mesti anak belajar di tempat les sore hari, kegiatan belajar Al Qur’an pun dilalaikan. Lihatlah tidak sedikit dari generasi muda saat ini yang tidak bisa baca Qur’an, bahkan ada yang sampai buku Iqro’ pun tidak tahu.

Merenungkan Ayat
Ayat ini yang patut jadi renungan yaitu firman Allah Ta’ala,
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآَخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” (QS. Ar Ruum: 7)
Ath Thobari rahimahullah menyebutkan sebuah riwayat dari Ibnu ‘Abbas yang menerangkan mengenai maksud ayat di atas. Yang dimaksud dalam ayat itu adalah orang-orang kafir. Mereka benar-benar mengetahui berbagai seluk beluk dunia. Namun terhadap urusan agama, mereka benar-benar jahil (bodoh). (Tafsir Ath Thobari, 18/462)
Fakhruddin Ar Rozi rahimahullah menjelaskan maksud ayat di atas, “Ilmu mereka hanyalah terbatas pada dunia saja. Namun mereka tidak mengetahui dunia dengan sebenarnya. Mereka hanya mengetahui dunia secara lahiriyah saja yaitu mengetahui kesenangan dan permainannya yang ada. Mereka tidak mengetahui dunia secara batin, yaitu mereka tidak tahu bahaya dunia dan tidak tahu kalau dunia itu terlaknat. Mereka memang hanya mengetahui dunia secara lahir, namun tidak mengetahui kalau dunia itu akan fana.” (Mafatihul Ghoib, 12/206)
Penulis Al Jalalain rahimahumallah menafsirkan, “Mereka mengetahui yang zhohir (yang nampak saja dari kehidupan dunia), yaitu mereka mengetahui bagaimana mencari penghidupan mereka melalui perdagangan, pertanian,  pembangunan, bercocok tanam, dan selain itu. Sedangkan mereka terhadap akhirat benar-benar lalai.” (Tafsir Al Jalalain, hal. 416)
Syaikh Abu Bakr Jabir Al Jazairi hafizhohullah menjelaskan ayat di atas, “Mereka mengetahui kehidupan dunia secara lahiriah saja seperti mengetahui bagaimana cara mengais rizki dari pertanian, perindustrian dan perdagangan. Di saat itu, mereka benar-benar lalai dari akhirat. Mereka sungguh lalai terhadap hal yang wajib mereka tunaikan dan harus mereka hindari, di mana penunaian ini akan mengantarkan mereka selamat dari siksa neraka dan akan menetapi surga Ar Rahman.” (Aysarut Tafasir, 4/124-125)
Lalu Syaikh Abu Bakr Al Jazairi mengambil faedah dari ayat tersebut, “Kebanyakan manusia tidak mengetahui hal-hal yang akan membahagiakan mereka di akhirat. Mereka pun tidak mengetahui aqidah yang benar, syari’at yang membawa rahmat. Padahal Islam seseorang tidak akan sempurna dan tidak akan mencapai bahagia kecuali dengan mengetahui hal-hal tersebut. Kebanyakan manusia mengetahui dunia secara lahiriyah seperti mencari penghidupan dari bercocok tanam, industri dan perdagangan. Namun bagaimanakah pengetahuan mereka terhadap dunia yang batin atau tidak tampak, mereka tidak mengetahui. Sebagaimana pula mereka benar-benar lalai dari kehidupan akhirat. Mereka tidak membahas apa saja yang dapat membahagiakan dan mencelakakan mereka kelak di akhirat. Kita berlindung pada Allah dari kelalaian semacam ini yang membuat kita lupa akan negeri yang kekal abadi di mana di sana ditentukan siapakah yang bahagia dan akan sengsara.” (Aysarut Tafasir, 4/125)
Itulah gambaran dalam ayat yang awalnya menerangkan mengenai kondisi orang kafir. Namun keadaan semacam ini pun menjangkiti kaum muslimin. Mereka lebih memberi porsi besar pada ilmu dunia, sedangkan kewajiban menuntut ilmu agama menjadi yang terbelakang. Lihatlah kenyataan di sekitar kita, orang tua lebih senang anaknya pintar komputer daripada pandai membaca Iqro’ dan Al Qur’an. Sebagian anak ada yang tidak tahu wudhu dan shalat karena terlalu diberi porsi lebih pada ilmu dunia sehingga lalai akan agamanya. Sungguh keadaan yang menyedihkan.
Bahaya Jahil akan Ilmu Agama
Kalau seorang dokter salah memberi obat karena kebodohannya, maka tentu saja akan membawa bahaya bagi pasiennya. Begitu pula jika seseorang jahil atau tidak paham akan ilmu agama, tentu itu akan berdampak pada dirinya sendiri dan orang lain yang mencontoh dirinya.
Allah telah memerintahkan kepada kita untuk mengawali amalan dengan mengetahui ilmunya terlebih dahulu. Ingin melaksanakan shalat, harus dengan ilmu. Ingin puasa, harus dengan ilmu. Ingin terjun dalam dunia bisnis, harus tahu betul seluk beluk hukum dagang. Begitu pula jika ingin beraqidah yang benar harus dengan ilmu. Allah Ta’ala berfirman,
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ
“Maka ilmuilah (ketahuilah)! Bahwasanya tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu” (QS. Muhammad: 19). Dalam ayat ini, Allah memulai dengan ‘ilmuilah’ lalu mengatakan ‘mohonlah ampun’. Ilmuilah yang dimaksudkan adalah perintah untuk berilmu terlebih dahulu, sedangkan ‘mohonlah ampun’ adalah amalan. Ini pertanda bahwa ilmu hendaklah lebih dahulu sebelum amal perbuatan.
Sufyan bin ‘Uyainah berdalil dengan ayat ini untuk menunjukkan keutamaan ilmu. Hal ini sebagaimana dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam Al Hilyah ketika menjelaskan biografi Sufyan dari jalur Ar Robi’ bin Nafi’ darinya, bahwa Sufyan membaca ayat ini, lalu mengatakan, “Tidakkah engkau mendengar bahwa Allah memulai ayat ini dengan mengatakan ‘ilmuilah’, kemudian Allah memerintahkan untuk beramal?” (Fathul Bari, Ibnu Hajar, 1/108)
Al Muhallab rahimahullah mengatakan, “Amalan yang bermanfaat adalah amalan yang terlebih dahulu didahului dengan ilmu. Amalan yang di dalamnya tidak terdapat niat, ingin mengharap-harap ganjaran, dan merasa telah berbuat ikhlas, maka ini bukanlah amalan (karena tidak didahului dengan ilmu, pen). Sesungguhnya yang dilakukan hanyalah seperti amalannya orang gila yang pena diangkat dari dirinya.“ (Syarh Al Bukhari libni Baththol, 1/144)
Gara-gara tidak memiliki ilmu, jadinya seseorang akan membuat-buat ibadah tanpa tuntunan atau amalannya jadi tidak sah. Jika seseorang tidak paham shalat, lalu ia mengarang-ngarang tata cara ibadahnya, tentu ibadahnya jadi sia-sia. Begitu pula mengarang-ngarang bahwa di malam Jumat Kliwon dianjurkan baca surat Yasin, padahal nyatanya tidak ada dasar dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka amalan tersebut juga sia-sia belaka. Begitu pula jika seseorang berdagang tanpa mau mempelajari fiqih berdagang terlebih dahulu. Ia pun mengutangkan kepada pembeli lalu utangan tersebut diminta diganti lebih (alias ada bunga). Karena kejahilan dirinya dan malas belajar agama, ia tidak tahu kalau telah terjerumus dalam transaksi riba. Maka berilmulah terlebih dahulu sebelum  beramal. Mu’adz bin Jabal berkata,
العِلْمُ إِمَامُ العَمَلِ وَالعَمَلُ تَابِعُهُ
Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan itu berada di belakang setelah adanya ilmu.” (Al Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Mungkar, hal. 15)
Beramal tanpa ilmu membawa akibat amalan tersebut jauh dari tuntunan Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, akhirnya amalan itu jadi sia-sia dan tertolak. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718)
Kerusakanlah yang ujung-ujungnya terjadi bukan maslahat yang akan dihasilkan. ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkata,
مَنْ عَبَدَ اللهَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ مَا يُفْسِدُ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلِحُ
Barangsiapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerusakan daripada mendatangkan kebaikan.”  (Al Amru bil Ma’ruf, hal. 15)
Beri Porsi yang Adil
Bukan berarti kita tidak boleh mempelajari ilmu dunia. Dalam satu kondisi mempelajari ilmu dunia bisa menjadi wajib jika memang belum mencukupi orang yang capable dalam ilmu tersebut. Misalnya di suatu desa belum ada dokter padahal sangat urgent sehingga masyarakat bisa mudah berobat. Maka masih ada kewajiban bagi sebagian orang di desa tersebut untuk mempelajari ilmu kedokteran sehingga terpenuhilah kebutuhan masyarakat.
Namun yang perlu diperhatikan di sini bahwa sebagian orang tua hanya memperhatikan sisi dunia saja apalagi jika melihat anaknya memiliki kecerdasan dan kejeniusan. Orang tua lebih senang menyekolahkan anaknya sampai jenjang S2 dan S3, menjadi pakar polimer, dokter, dan bidan, namun sisi agama anaknya tidak ortu perhatikan. Mereka lebih pakar menghitung, namun bagaimanakah mengerti masalah ibadah yang akan mereka jalani sehari-hari, mereka tidak paham. Untuk mengerti bahwa menggantungkan jimat dalam rangka melariskan dagangan atau menghindarkan rumah dari bahaya, mereka tidak tahu kalau itu syirik. Inilah yang sangat disayangkan. Ada porsi wajib yang harus seorang anak tahu karena jika ia tidak mengetahuinya, ia bisa meninggalkan kewajiban atau melakukan yang haram. Inilah yang dinamakan dengan ilmu wajib yang harus dipelajari setiap muslim. Walaupun anak itu menjadi seorang dokter atau seorang insinyur, ia harus paham bagaimanakah mentauhidkan Allah, bagaimana tata cara wudhu, tata cara shalat yang mesti ia jalani dalam kehidupan sehari-hari. Tidak mesti setiap anak kelak menjadi ustadz. Jika memang anak itu cerdas dan tertarik mempelajari seluk beluk fiqih Islam, sangat baik  baik sekali jika ortu mengerahkan si anak ke sana. Karena mempelajari Islam juga butuh orang-orang yang ber-IQ tinggi dan cerdas sebagaimana keadaan ulama dahulu seperti Imam Asy Syafi’i sehingga tidak salah dalam mengeluarkan fatwa untuk umat. Namun jika memang si anak cenderung pada ilmu dunia, jangan sampai ia tidak diajarkan ilmu agama yang wajib ia pelajari.
Dengan paham agama inilah seseorang akan dianugerahi Allah kebaikan, terserah dia adalah dokter, engineer, pakar IT dan lainnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ
“Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan seluruh kebaikan, maka Allah akan memahamkan dia tentang agama.” (HR. Bukhari no. 71 dan Muslim no. 1037)
Ingatlah pula bahwa yang diwarisi oleh para Nabi bukanlah harta, namun ilmu diin. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah memperoleh keberuntungan yang banyak.” (HR Abu Dawud no. 3641 dan Tirmidzi no. 2682, Shahih)
Semoga tulisan ini semakin mendorong diri kita untuk tidak melalaikan ilmu agama. Begitu pula pada anak-anak kita, jangan lupa didikan ilmu agama yang wajib mereka pahami untuk bekal amalan keseharian  mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan