AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Sabtu, 23 Februari 2013

PERANAN ‘ULAMA’ DALAM KEBANGKITAN UMMAH


بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102


                                     OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Peranan ‘Ulama’ Dalam Kebangkitan Ummah



Firman Allah S.W.T.:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (Maksud Surah al-Nisa’ (4):59).
“Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: “Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.” (Maksud Surah al-An’am (6):90).
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.” (Maksud Surah al-Nahl (16): 43)
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).” (Maksud Surah al-Baqarah (2):143).
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Maksud Surah Ali ‘Imran (3):104).
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Maksud Surah alMujadalah (58):11).
“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Maksud Surah al-Nur (24): 63).
“Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.” (Maksud Surah al-Baqarah (2):14).
“Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.” (Maksud Surah al- Ahzab (33):19).
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Maksud Surah Qaf (50):18).
“Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ” Sunnatullah ” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ” Sunnatullah ” itu.” (Maksud Surah Fatir (35):43)

“(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.” (Maksud Surah al-A’raf (7):128).

‘Ulama’ merupakan pewaris para Nabi A.S. dan mereka berdakwah kepada Allah berdasarkan ilmu dan memimpin manusia menuju jalan kebaikan serta mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Perasaan cinta terhadap mereka merupakan sebahagian daripada keimanan dan kebencian terhadap mereka pula sebahagian daripada kemunafikan, sementara ketaatan terhadap mereka adalah wajib. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (Maksud Surah al-Nisa’ (4):59). Orang yang berilmu mengatakan, “Ulil Amri atau pemerintah dalam ayat ini bermaksud ‘ulama’ serta pemerintah dan Allah telah memerintahkan kita supaya mengikuti mereka. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud
“Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: “Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.” (Maksud Surah al-An’am (6):90).
‘Ulama’ mempunyai peranan yang jelas dalam kemajuan dan kebangkitannya :
  1. Mereka melenyapkan kejahilan daripada ummah dan membimbing ummah menuju jalan ilmu dan pengetahuan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.” (Maksud Surah al-Nahl (16): 43)
  1. Mereka menyeru ummah supaya bersederhana dan menjauhkan sikap suka berlebih-lebihan atau menyimpang (dari jalan yang benar) kerana mereka merupakan manusia yang paling mengetahui tentang perintah Allah. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).” (Maksud Surah al-Baqarah (2):143).
  1. ‘Ulama’ mengingatkan umat manusia agar tidak terjerumus dalam ruang kemungkaran dan mereka menyelamatkan ummah daripada kebinasaan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Maksud Surah Ali ‘Imran (3):104).
  1. Mereka merupakan umat terbaik dan memimpin ummah dalam amal soleh, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W., “Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya,” (Riwayat al-Bukhari.) dan juga sabda Baginda S.A.W., “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan maka ia diberikan kefahaman dalam perkara agama.” (Riwayat al-Bukhari.)
  2. Mereka merupakan penyeru kepada kebenaran yang menyampaikan risalah-risalah Allah tanpa berasa takut keranaNya terhadap kejian orang yang mencela.
Mereka merupakan sumber bagi mendapatkan rahmat Allah S.W.T. dan sebagai pemelihara ummah agar tidak terjerumus dalam kebinasaan, sebagaimana yang disebut dalam Hadith Qudsi, “Sesungguhnya Aku (Allah) begitu ingin mengazab penghuni bumi, apabila tiba-tiba Aku melihat orang yang memakmurkan rumah-rumah-Ku, mereka saling mencintai kerana-Ku, mereka memohon keampunan pada waktu sebelum subuh, maka Aku berpaling daripada mereka (tidak mengazab mereka).”
Disebabkan kedudukan yang tinggi ini yang diberikan kepada ‘ulama’ dan orang yang menyeru kepada kebenaran, Allah mewajibkan supaya menghormati dan memuliakan mereka selain melarang memusuhi mereka atau memperkecil kedudukan mereka. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam Hadith yang diriwayatkan daripada Tuhan-nya, “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku? maka Aku mengisytiharkan bahawa Aku akan memeranginya.” (Riwayat al-Bukhari.)
‘Ulama’ dan fuqaha’ serta mereka yang memiliki ilmu selain penyeru (dai’e) kepada (agama) Allah merupakan wali-wali Allah yang sebenar, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Abu Hanifah dan Syafi’e R.H., “Sekiranya fuqaha’ tidak menjadi wali-wali Allah, maka tiadalah wali bagi Allah.”
Bentuk gangguan yang dihadapi oleh ‘ulama’ kaum Muslimin pada hari ini ialah serangan media massa yang beracun dan kandungannya merupakan kezaliman serta permusuhan terhadap mereka. Kadangkala media massa menyifatkan ‘ulama’ sebagai orang yang bersikap keterlaluan, kadangkala pula rigid dan pada ketika yang lain, menyifatkan mereka sebagai orang yang ketinggalan. Tidak cukup hanya itu sahaja, malah mereka juga mengatakan bahawa ‘ulama’ dan para dai’e atau pendakwah kepada Allah merupakan penyebab fitnah serta kejahatan.
Mereka memiliki angan-angan yang hendak dicapai dengan memutarbelitkan perkataan-perkataan dan keraguan ini yang kesannya sangat buruk terhadap hubungan antara ‘ulama’ dan pelajar-pelajarnya serta ummah mereka. Semua mengetahui bahawa tujuan musuh-musuh Islam dan orang yang melakukan tipu daya adalah untuk menggugat kepercayaan terhadap ‘ulama’, meremehkan peranan mereka dalam kehidupan dan memperkecilkan kedudukan serta melemahkan kekuatan mereka.
Islam menyeru dengan segala kekuatan untuk berdiri di samping ‘ulama’ dan membela mereka, memberikan perhatian terhadap mereka dan mentaati mereka dalam apa juga kebaikan yang diseru oleh mereka, menerima nasihat mereka serta dorongan untuk mengasihi mereka, menghormati mereka kerana kedudukan mereka yang besar di sisi Allah. Sebagaimana Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Maksud Surah alMujadalah (58):11).
Umat terdahulu mengetahui kedudukan ‘ulama’, Tawus Ibn Kaisan berkata, “Menghormati orang yang berilmu merupakan sebahagian daripada Sunnah kerana ketinggian darjat mereka di sisi Allah.” Imam al-Bukhari mengatakan, “Aku tidak melihat orang yang paling menghormati ahli Hadith berbanding atau lebih daripada Yahya ibn Ma’in.” ‘Ulama’ menganggap bahawa mengumpat ‘ulama’ sebagai salah satu dosa yang besar. Ibn ‘Asakir R.H., berkata, “Sesungguhnya daging para ‘ulama’ beracun, kebiasan Allah untuk membongkar tirai orang-orang yang memperkecil mereka sudah jelas, sesiapa yang lidahnya mencela ‘ulama’ dengan mulutnya, Allah akan mengujinya sebelum kematiannya, iaitu dengan kematian hati, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,
“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Maksud Surah al-Nur (24): 63).
Orang yang mencela ‘ulama’ dengan lisan dan penanya sesungguhnya telah menyakiti Rasulullah S.A.W. dan memperkecilkan Islam. Ibn ‘Abbas R.A. berkata, “Sesiapa yang menyakiti seorang faqih, sesungguhnya ia telah menyakiti Rasulullah S.A.W, Sesiapa yang menyakiti Rasulullah S.A.W., maka sesungguhnya ia telah menyakiti Allah Azza wa Jalla.”
Orang yang merenungi celaan manusia kepada ‘ulama’ dan penyeru-penyeru kebenaran akan mendapati bahawa ia tidak terkeluar dari salah satu sebab yang berikut ini:
  1. Kedengkian dalam diri mereka terhadap ‘ulama’ kerana ‘ulama’ menikmati keutamaan, ilmu dan petunjuk.
  2. Taksub atau fanatik, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam alGhazali, “Ini merupakan kebiasaan orang yang lemah akalnya, mereka mengetahui kebenaran dengan hanya memandang pelakunya, bukan mengetahui pelakunya dengan kebenaran.”
  3. Kemunafikan dan tindakan menyertai musuh-musuh Islam dalam tindakan memerangi Islam dan para da’ienya. Mereka mencela Islam melalui cara mencemarkan maruah ‘ulama’. Allah S.W.T. berfirman menjelaskan perbuatan golongan munafik yang bermaksud,
“Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.” (Maksud Surah al-Baqarah (2):14). Dan Allah juga berfirman,
“Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.” (Maksud Surah al- Ahzab (33):19).
Islam mengancam orang yang menentang perintahnya dan orang yang mencela kehormatan kaum Muslimin dengan ancaman yang sangat keras dan mengingatkan orang yang menghina penyeru-penyeru kepada kebenaran serta petunjuk dengan peringatan yang sangat keras. Allah berfirman yang bermaksud
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Maksud Surah Qaf (50):18). Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tidaklah manusia diterbalikkan di neraka atas wajah-wajah mereka atau kerongkong mereka melainkan disebabkan hasil perbuatan lidah mereka.” (Riwayat al-Tirmizi dan beliau mengatakan Hadith ini ialah Hasan Sahih.)
Maka berhati-hatilah orang yang melemparkan celaan dan penghinaan kepada ‘ulama’ serta da’ie dan mentohmah mereka dengan tuduhan-tuduhan batil serta menyebarkan kata-kata yang dusta. Bertaqwalah kepada Allah wahai orang yang memecahbelahkan barisan kaum Muslimin dan turut menyumbang kepada usaha menghancurkan kesatuan mereka dengan menyebarkan isu-isu murahan serta mencemarkan imej ‘ulama’ yang bertaqwa dan yang beramal.
‘Ulama’ dan para da’ie yang dilemparkan tuduhan, celaan dan perbuatan mencemarkan nama baik mereka, wajib bersabar dan mengharapkan pahala daripada Allah, tetap meneruskan dakwah mereka dan menyebarkan ilmu mereka. Mereka harus berasa marah kerana agama dan bukannya kerana diri mereka selain sentiasa perlu mengingati firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
“Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ” Sunnatullah ” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ” Sunnatullah ” itu.” (Maksud Surah Fatir (35):43) dan juga firman-Nya yang bermaksud,
“(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.” (Maksud Surah al-A’raf (7):128).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan