PERANAN WANITA DALAM MEMBENTUK HALATUJU UMMAH
Islam adalah satu agama yang syumul iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Segala hukum hakam yang terdapat didalam syariatnya bertujuan untuk membawa pengaruh yang baik kepada individu serta tindakannya dalam masyarakat. Secara tabi’e manusia tidak mampu hidup bersendirian, malahan manusia juga tidak boleh hidup menyendiri. Ketika Allah mencipta nabi Adam, Allah telah menciptakan baginya seorang teman. Sejak penciptaan manusia dari dulu lagi, nabi Adam dan isterinya Hawa telah hidup bersama dengan penuh kasih sayang, dan sifat kasih mengasihani ini merupakan sebahagian daripada naluri atau fitrah penciptaan manusia.
Wanita merupakan makhluk Allah yang punyai keistemewaan tersendiri
sehingga terdapat satu surah di dalam al-quran yang di namakan surah
an-nisa’ yang menceritakan tentang perihal wanita dan hak-haknya.
Syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang telah meletakkan hak-hak
wanita dengan sempurna.Wanita juga sering di gambarkan dengan lambang
yang bergitu mulia dengan kelembutan dan sifat kasih sayang yang
semulajadi yang mana ianya merupakan senjata untuk mencapai segala
matlamat yang di impikan. Wanita yang di kenali sebagai hawa mempunyai
peranannya yang tersendiri untuk memajukan dirinya dan di dalam al-quran
juga telah menjelaskan bahawa wanita adalah satu unsur yang turut
bergiat dalam menbangunkan dan membentuk masyarakat serta menjaga
keutuhan dan kesejahteraan ummah.
Peranan wanita dalam keluarga.
Jika dilihat peranan utama wanita dalam membentuk halatuju ummah adalah
bermula dari peringkat pembentukkan keluarga. Peranan wanita dalam
keluarga atau rumah tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah,
sebagaimana firman-Nya,
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang
berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di
antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat
. ( surah an-Nisaa’-ayat 58 ).
Di alaf baru ini, perubahan telah berlaku pada peranan wanita sebagai
isteri dan juga sebagai ibu di dalam rumahtangga. Secara hakikatnya
peranan isteri adalah untuk mentadbir sesebuah keluarga tetapi dengan
timbulnya cara hidup baru telah berlakunya perubahan tertentu yang
meluaskan lagi skop peranan isteri.
Keterlibatan dan kesibukkan wanita dalam dunia pekerjaan, peranan wanita
sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya
bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah
mencipta pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja
mereka.. Ini menjadikan wanita perlu bangkit seiring dengan kemajuan
yang dicapai tanpa meninggalkan sikap keluhuran, kemurnian dan
tatasusila seorang wanita. Disinilah peranan yang dimainkan oleh kaum
ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran
negara dapat di majukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan
institusi keluarga. Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi
keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan
mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak terletak
ditangan mereka.Sekiranya diteliti peranan itu wanita sebagai ibu di
dalam sistem kekeluargaan bukanlah semata-mata untuk menjaga
makan-minum, kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi juga yang
terpenting ialah untuk mendidik, mengasuh dan membimbing. Ini kerana
kesan kepada didikan pada anak-anak itu akan memberikan manafaat kepada
diri, keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Sesunguhnya
watak, keperibadian anak-anak terletak sebahagian besar di atas isi dan
cara pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa. Di dalam hal ini
Rasullullah s.a.w dalam hadisnya mengatakan;
" Tiap-tiap anak Adam itu di lahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibu
bapanyalah yang akan menjadikannya seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi"
(Al-Hadis).
Tidak dinafikan bahawa kaum wanita juga merupakan pencorak dan pemberi
imej kepada sesuatu bangsa dan masyarakat. Kaum wanita sebagai
sebahagian daripada anggota masyarakat amat digalakkan untuk turut sama
memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam membangun masyarakat dan
negara demi kepentingan ugama dan ummah dengan syarat kaum wanita mampu
menghindari diri daripada tergadai maruah dan kehormatan serta dapat
menjaga kesucian ugama Islam. Ini dijelaskan dalam firman Allah
Subhanahu Wata'ala :
Maksudnya :
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh
berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka
mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan
Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".(Surah At-Taubah, ayat 71 ).
Wanita dan kerjaya
Jika
dilihat pada zaman serba moden ini, ramai wanita yang telah
berjinak-jinak berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Wanita berkerjaya
ialah wanita yang menceburi sesuatu bidang dalam hidupnya sama ada ia
berupa pekerjaan, perkhidmatan, hobi, atau mencari pengalaman
semata-mata. Kerjaya lebih mudah di istilahkan sebagai ‘kerja dan jaya’.
Jika kaum adam mempunyai peranan dan kerja yang perlu dilakukan, begitu
juga kaum hawa , mereka juga tidak terkecuali, mereka mempunyai peranan
dan tugas yang perlu di lakukan.Islam tidak secara total mengharamkan dan tidak secara sewenang-wenangnya membenarkan tanpa adanya peraturan dan syarat-syarat yang di tentukan. Bukan sekadar kerjaya wanita sahaja yang diikat dengan hukum-hukum syar’ie, tetapi secara amnya, islam telah menetapkan syarat ini untuk lelaki dan wanita. Syara’ telah memberu peluang dan kebolehan kepada wanita untuk bekerjaya tetapi mestilah dibatasi dengan syarat-syarat yang tertentu dan kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Kebanyakkan wanita bekerja adalah untuk membantu keluarga didalam menambahkan lagi pendapatan. Selain dari itu ramai wanita mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman yang seharusnya tidak disia-siakan.Justeru bekerjaya adalah satu keperluan semasa supaya ilmu dan bakat yang ada boleh disalur dan dimanfaatkan. Wanita mempunyai potensi untuk membantu dan meningkatkan pengeluaran dan menambah kekayaan bangsa dan kemakmuran negara. Ini kerana wanita adalah antara sumber manusia yang diperlukan didalam beberapa sektor utama negara.
Peranan wanita dalam mayarakat.
Wanita berperanan untuk melibatkan diri dalam bidang sosial, kaum wanita juga berperanan mempersiapkan diri dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu kepada ilmu undang-undang dan politik tetapi juga ilmu syariah. Ilmu tersebut akan membawa kepada keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah masyarakat madani.Ini merupakan pemangkin bagi penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan dan bukannya membentuk sebuah masyarakat yang ekstrim. Dengan senario sosial yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, kaum wanita berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat tidak terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang gawat. Kegawatan di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan modenisasi yang pantas tetapi menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam zaman traditional seperti lari daripada prinsip dalam memuliakan agama kerana terlalu bangga dengan kecanggihan yang di capai. Pada situasi yang sama juga penglibatan kaum wanita dengan lebih luas dan mendalam pada hal-hal yang satu ketika dahulu dianggap tugas dan peranan perseorangan. Umpamanya peranan pengasuh kanak-kanak telah dikembangkan lagi dengan mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan kanak-kanak atau anak-anak mereka. Kaum wanita bertanggungjawab secara langsung terhadap perkembangan-perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan Negara yang akan mempengaruhi anak mereka keseluruhannya. Atas peranan yang besar dalam memberikan bimbingan ini, tidak mustahil mereka mampu membentuk satu generasi yang matang, berwibawa dan berkemampuan dalam membangunkan negara ke arah perkembangan yang padu dan berwawasan. Justeru untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain memiliki ilmu, wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan. Melalui ilmu, seorang wanita mampu mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang dapat menyumbangkan ke arah pembangunan negara. Sementara itu ketakwaan menjadikan wanita itu mantap, memiliki ketahanan diri yang kuat dengan erti kata keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran yang mendatang.
Oleh yang demikian, untuk mencapai hadaf dalam membentuk hala tuju ummah, selaku wanita islam perlulah berketerampilan seperti kaum lelaki. Wanita dan lelaki adalah saling memerlukan, bekerjasama dan membantu dalam membina pembangunana ummah. Marilah kita sama-sama bangun dan berikrar untuk menjadi penyumbang utama dalam dakwah islam dengan meletakkan keyakinan yang mutlak kepada bantuan kemenangan dari Azzawajalla..
Lapan sifat wanita solehah menurut Imam al Ghazali
Sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya …
1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat-
sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada
laranganNya dan perkara-perkara yang haram.
Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud
“ Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana bangsanya, dan kerana agamanya, maka lazimkan olehmu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai agama”
Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa
“Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan hartanya dan elok rupanya.”
Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak dipentingkan dalam Islam.
Dalam hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri wanita yang baik adalah apabila suami memandang isteri, si suami akan merasa senang dan tenang . Ini berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada sahabat apabila ditanya
‘Siapakah orang perempuan yang baik itu”.
Maka jawab Rasulullah s.a..w
“Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang mukanya, engkau akan rasa seronok”.
Maka dapat dikatakan bahawa paras rupa juga merupakan satu kreteria dalam memilih isteri. Walau bagaimana pun Nabi s.a.w. juga memberi amaran kepada lelaki supaya tidak memilih isteri semata-mata kerana cantik rupa paras dan kekayaan sahaja kerana ianya dikhuatiri akan menjadi punca kepada kepincangan sesebuah rumah tangga. Seperti mana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ;
“Janganlah kamu kahwini perempuan itu kerana segaknya semata-mata kerana takut disebabkan segak dan cantiknya menyebabkan kamu dihina olehnya, dan jangan kamu nikahi seorang perempuan semata-mata kerana hartanya kerana ditakuti hartanya menyebabkan dia melampau terhadap kamu,tetapi hendaklah kamu nikahi seorang perempuan itu kerana agamanya disamping paras rupanya cantik dan dari keluarga yang berharta”.
Namun Nabi s.a.w tetap menyarankan supaya kreteria pertama yang akan diambil kira apabila memilih isteri adalah dari segi agamanya seperti maksud sabdanya
“Kalau sekiranya isteri kamu seorang hamba yang hitam kulitnya tetapi mempunyai agama yang kuat maka itu adalah lebih baik bagimu”.
2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai
dan akhlaknya kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah
terhadap Allah s.w.t.
Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan enam (6) sifat perempuan
Sabda Rasulullah s.a.w. "
Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di
antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap
suaminya".
Sifat Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia sentiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.
Allah SWT. menegaskan sifat negatif ini dalam firman-Nya yang bermaksud
Artinya: Sesungguhynya
manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa
kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan
(keuntungan) ia amat kikir. (QS. Al-Ma’aarij:19-21)
Sifat Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam pertuturan seharian bersama suaminya.
Surah Al Baqarah 264
Wahai
orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu
dengan perkataan membangkit-bangkit dan menyakiti (perasaan si
penerima), seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang
membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia
(riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka
bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin
(tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir
dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa
yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk
kepada kaum yang kafir.
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak mudaratnya.
Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.
Sifat Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
# Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
# Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa
pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya)
Sifat Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)
Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan iaitu :-
Sifat Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.
Sifat Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah.
Sifat Al-Jubnu.
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.
3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya.
Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita
disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dan berakhlak mulia jika perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah.
4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas
kahwinnya kurang / murah kerana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya
“ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang terlebih murah isi kahwinnya”
Dan dalam hadis Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud
“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan rahimnya itu kepada beranak”
Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah
Rendah mas kahwinnya Disegerakan perkahwinannya.
Menyegerakan untuk mendapat anak.
5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak /
melahirkan zuriat
kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu
berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih sayang ke atas suaminya”
6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara
kerana menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih mesra perhubungan antara suami dan isteri.
Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.
Maksud
hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan
lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi
anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak
terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang
mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang
sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini
kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini
boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra.
Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.
Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.
Juga
ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang
inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang
lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya
disebabkan faktor-faktor tertentu.
7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsaOleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”.Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.
yang baik
iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang
beragama dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda
Nabi s.a.w yang maksudnya “Pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan”
Di galakkan memilih perempuan mahu pun lelaki dari kalangan yang baik-baik kerana menurut Nabi s.a.w, sifat baik dari ibu bapa kadang kala akan di warisi oleh anak samada lelaki mahupun perempuan.
“Keturunan baik itu akan diwarisi oleh anak-anaknya”
Di samping itu Nabi s.a.w menasihatkan supaya lelaki berhati-hati apabila memilih perempuan agar tidak memilih perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik dan berasal dari keturunan yang rosak akhlaknya.
8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat
yang hampir
kerana yang demikian itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w
pula menyebut yang bermaksud
“Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa sesungguhnya anak itu dijadikan daif tubuhnya” Nabi s.a.w dan untuk mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk dijadikan isteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan