AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Rabu, 23 Oktober 2013

Mana Pilihan Anda ? Kaya yang bersyukur atau miskin yang bersabar,


بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Kaya yang bersyukur atau miskin yang bersabar,Mana Pilihan Anda ?



Syaikhu’l Islām Ibn Taimiyyah berkata, “Banyak dari orang-orang
muslimin (muta’akhkhirūn) berbeza pendapat mengenai orang kaya yang
bersyukur dan orang miskin yang sabar, manakah diantara duanya yang
lebih utama. Sebahagian ulama dan ahli ibadah memilih kelompok pertama
dan sebahagian yang lain memilih kelompok yang kedua. Dan dibuktikan
pula dengan adanya dua riwayat dari Imam Ahmad dalam hal ini.
walaubagaimanapun para Sahabat dan Tabi`īn, tidak pernah membangkitkan
hal ini, yakni mengenai pengutamaan salah satu dari dua kelompok
tersebut atas kelompok lainnya.” (Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal.
119.)
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata, “ramai orang yang apabila
berbicara tentang pengutamaan (sesuatu atas yang lain) maka ia tidak
memperincikan (tafshīl) sisi-sisi pengutamaan (dari objek-objek yang
hendak dibicarakan) dan tidak mempertimbangkan antara sisi-sisi
tersebut, sehingga menghasilkan sesuatu natijah yang kurang tepat.
Jika hal ini ditambah dengan sejenis fantasi/gambaran dan hawa nafsu
terhadap individu yang diutamakan, maka sesuatu yang bersangkut-paut
dengan hal yang ingin dibicarakan akan terganggu dan melencong jauh
dari hakikat yang sebenarnya. Syaikhu’l Islam Ibn Taimiyyah pernah
ditanya tentang pelbagai masaalah yang melibatkan tentang
“pengutamaan” (sesuatu atas yang lain) maka beliau menjawab dengan
sangat terperinci dan memuaskan.” (Badā’i` al-Fawā’id, vol. III, hal.
683.)
Dua riwayat dari Imam Ahmad yang dimaksud di atas adalah sebagai berikut:
Pertama: Orang miskin yang bersabar lebih utama. Riwayat ini dipilih
oleh Abū Ishāq Ibn Syāqilā dan al-Qādhī Abū Ya`lā. Pendapat ini juga
dipilih oleh majoriti Shūfiyyah dan banyak ahli fiqh. Termasuk dalam
kelompok ini adalah al-Junaid. Di antara alasan yang digunakan adalah,
bahawa cubaan dan kemaslahatan kemiskinan lebih berat untuk dirasakan
dibandingkan cubaan kekayaan. Imam al-Ghazāli berpendapat bahawa
secara umum kefakiran/kemiskinan lebih baik dibandingkan kekayaan
[al-Ihyā’, vol. III, hal. 264]. beliau juga berkata, “Berapa banyak
orang fakir/miskin yang bersabar lebih baik jika dibandingkan dengan
orang kaya yang bersyukur. Dan (begitu pula sebaliknya), berapa banyak
orang kaya yang bersyukur lebih baik jika dibandingkan dengan orang
fakir/miskin yang sabar. yakni orang kaya yang melakukan(menjadikan)
dirinya seperti orang fakir/miskin. Ia tidak memegang harta untuk
dirinya kecuali sedikit keperluan yang darurat, dan selebihnya ia
berikan untuk hal-hal kebaikan.” [Lihat al-Ihyā’, vol. IV, hal. 140.]
Dari Abū Hurairah, Nabi bersabda:
يَدْخُل فُقَرَاءُ الْمسْلمِينَ الْجنّةَ قَبْلَ أغْنِيَائِهِم بِنِصْفِ
يَوْمٍ، وَهُوَ خَمْسُمِائَة عَامٍ
“Orang-orang fakir kaum muslimin mendahului orang-orang kaya mereka
dalam hal masuk syurga selama setengah hari (di akhirat), yaitu lima
ratus tahun.” [Lihat Shahīh al-Jāmi` no. 8076.]
Hadits di atas termasuk dalil yang digunakan oleh mereka yang
mengatakan bahawa orang fakir yang sabar lebih utama dibandingkan
orang kaya yang bersyukur. Namun, Imam Ibnu’l Qayyim berkata, “Di sini
ada perkara yang harus diperhatikan, bahawa mendahului masuk syurga
tidak melazimkan orang miskin lebih tinggi posisinya/tempatnya
dibandingkan orang kaya yang ter-belakang( lewat) masuk syurga.
Bahkan, boleh jadi orang yang terbelakang masuk syurga lebih tinggi
tempatnya dibandingkan dengan yang mendahului. Dalilnya, ada dari umat
ini sekelompok orang yang masuk syurga tanpa hisab, yaitu sejumlah 70
ribu orang, sedangkan boleh jadi sebahagian orang yang dihisab lebih
afdhal dari kebanyakan mereka. Jika orang kaya dihisab, lalu didapati
bahawa ia adalah orang yang bersyukur kepada Allah atas kekayaannya
dan mendekatkan diri kepada Allah dengan berbagai macam kebajikan,
kebaikan, sedekah dan hal-hal yang positif, maka ia lebih tinggi
darjatnya dibandingkan orang fakir yang mendahului masuk surga namun
tidak memiliki amalan-amalan tersebut.” [Hādī’l Arwāh, hal. 80]
Kedua: Orang kaya yang bersyukur lebih utama.
Pendapat ini dipilih oleh sejumlah ulama. Di antara tokoh yang memilih
pendapat ini adalah Ibn Qutaibah, Abū’l `Abbās Ibn `Athā’, Abū ‘Ali
ad-Daqqāq (guru Abū’l Qāsim al-Qusyairi) dan banyak ulama madzhab
Syāfi’i. Mungkin ada sebahagian orang yang mendakwa bahawa ini adalah
ijmā` dan itu merupakan kesalahan fatal. Di antara alasan yang
digunakan kelompok ini adalah, bahawa kekayaan merupakan sifat Allah
sedangkan kefakiran merupakan sifat makhluk, sementara sifat Allah
tentu lebih baik dibandingkan sifat makhluk. Mutharrif Ibn ‘Abdi’Llāh
berkata, “Sungguh, aku diberi afiat/kesihatan sehingga aku bersyukur
dan lebih aku menyukainya berbandingkan aku diberi ujian sehingga aku
bersabar.”
Dari Abū Dzarr, beliau menyebut bahawa sebahagian Sahabat mengadu kepada Nabi,
يَا رَسُولَ اللّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالأُجُورِ. يُصَلُّونَ
كَمَا نُصَلِّي. وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ. وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ
أَمْوَالِهِمْ …
“Ya Rasulullah, orang-orang kaya pergi membawa pahala-pahala. Mereka
solat sebagaimana kami solat. Mereka puasa sebagaimana kami puasa.
Namun mereka memiliki kelebihan harta yang mereka bersedekah
dengannya, sementara kami tidak memiliki harta untuk disedekahkan….”
[Riwayat Muslim dan lain-lain]
Imam an-Nawawi berkata, “Dalam hadits ini terdapat dalil bagi mereka
yang mengutamakan orang kaya yang bersyukur atas orang miskin yang
sabar. Dan dalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat yang masyhur
dalam kalangan Salaf dan Khalaf dari berbagai kelompok.” [Lihat
‘Aunu’l Ma’būd, vol. IV, hal. 260]
Dalam masaalah ini ada pendapat ketiga, iaitu: tidak dimutlakkan pada
mana-mana yang lebih utama dari kedua kelompok tersebut, dan yang
lebih utama adalah yang paling bertaqwa dari keduanya. Jika dalam hal
ketaqwaan sama maka darjat dan keutamaan keduanya adalah sama.
Pendapat ini dipilih oleh Ibn Taimiyyah, Ibnu’l Qayyim, al-Munāwi, Abū
Hafsh as-Suhrawardi dan lain-lain.
[Lihat: Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal. 119-123, Fathu’l Bārī, vol.
XI, hal. 275-276, Badā’i` al-Fawā’id, vol. III, hal. 683, dan Faidhu’l
Qadīr, vol. II, hal. 288.]
Ibnu’l Qayyim berkata, “Menurut ahli tahqīq dan ma`rifah, masaalah
“pengutamaan” tidaklah berkait dengan hal kefakiran (kemiskinan) dan
kekayaan (itu sendiri). Namun berkait dengan amal, kondisi dan
realiti. Yang dipermasalahkan pun pada dasarnya adalah kurang tepat.
Sebab pengutamaan di sisi Allah berkait dengan taqwa dan hakikat iman,
bukan dengan kefakiran atau kekayaan.” [Madāriju’s-Sālikīn, vol. II,
hal. 442]
Allah berfirman:
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ
عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“Dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara
kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”
(QS. Al-Hujurāt [49]: 13)
إِن يَكُنْ غَنِيّاً أَوْ فَقَيراً فَاللّهُ أَوْلَى بِهِمَا
“Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya.”
(QS. An-Nisā’ [4]: 135)
`Umar Ibn al-Khaththāb berkata,
الْغِنَى وَالْفَقْرُ مَطِيَّتَانِ لاَ أُبَالِي أَيَّتهُمَا رَكِبْتُ
“Kekayaan dan kefaqiran adalah dua tunggangan, aku tidak peduli yang
mana dari keduanya yang aku tunggangi.” [Majmū` al-Fatāwā, vol. XI,
hal. 123.]
Diriwayatkan dalam hadits qudsi:
إِنَّ مِنْ عِبَادِيْ مَنْ لاَ يَصْلُحُ إِيْمَانُهُ إِلاَّ بِالْغِنَى
وَلَوْ أَفْقَرْتُهُ لَكَفَرَ وَإِنَّ مِنْ عِبَادِيْ مَنْ لاَ يَصْلُحُ
إِيْمَانُهُ إِلاَّ بِالْفَقْرِ وَلَوْ أَغْنَيْتُهُ لَكَفَرَ وَإِنَّ
مِنْ عِبَادِيْ مَنْ لاَ يَصْلُح إِيْمَانُه إِلاّ بِالسَّقمِ وَلوْ
أَصْحَحْته لَكَفَر وَإِنّ مِنْ عِبَاديْ مَنْ لا يصْلحُ إيمَانُه إِلاَّ
بِالصِّحَّة وَلَوْ أَسْقَمْتُه لَكَفَرَ
“Sesungguhnya ada dari para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya
kecuali kekayaan. Sekiranya aku menjadikannya fakir nescaya ia kafir.
Ada dari para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya kecuali
kefakiran. Sekiranya aku menjadikannya kaya nescaya ia kafir. Ada dari
para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya kecuali sakit. Sekiranya
aku menjadikannya sihat nescaya ia kafir. Ada dari para hamba-Ku yang
tidak memperbaiki imannya kecuali sihat. Sekiranya aku menjadikannya
sakit nescaya ia kafir. [Hadits ini dinyatakan tidak valid oleh Syaikh
al-Albāni dalam adh-Dha`īfah no. 1774, Allahu ta'ala 'aklam]
Ibn Taimiyyah berkata, “Terdapat orang-orang kaya dalam kalangan para
Nabi dan orang-orang terdahulu yang (jelas) lebih baik jika
dibandingkan dengan majoriti orang miskin. (Begitu juga sebaliknya,)
dalam kalangan mereka terdapat orang-orang miskin yang (jelas) lebih
baik jika dibandingkan dengan majoriti orang kaya. Dan orang-orang
yang sempurna menunaikan dua posisi, (yakni) mereka melaksanakan
syukur dan sabar secara sempurna, seperti mana para Nabi dan juga Abū
Bakr dan `Umar.” [Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal. 120.]
Imam Ibnu’l Qayyim berkata, “Masing-masing dari orang fakir dan kaya
harus menunaikan sabar dan syukur. kerana, iman itu terbahagi dua,
separuh dalam sabar dan separuh lagi dalam syukur. boleh jadi bahagian
kesabaran orang kaya itu lebih banyak, kerana ia bersabar padahal ia
mampu (untuk melakukan hal yang terlarang), sehingga kesabarannya
lebih sempurna dibandingkan orang yang kesabarannya yang disebabkan
ketidakmampuan (yakni orang fakir) yang terhad. Dan (demikian pula
sebaliknya), boleh jadi kesyukuran orang fakir itu lebih sempurna.”
[Madāriju’s Sālikīn, vol. II, 442-443.]
Imam al-Munāwi berkata, “Berapa banyak orang kaya yang kekayaannya
tersebut tidak menyibukkan dan melalaikannya dari Allah, sementara
berapa banyak orang fakir yang kefakirannya menyibukkan dan
melalaikannya dari Allah.” [Faidhu’l Qadīr, vol. II, hal. 288]
Di samping ukuran ketaqwaan yang bersifat individualistik, penting
juga untuk diingat bahawa sebaik-baik manusia adalah yang paling
bermanfaat bagi sesamanya.
Dari Jābir, Nabi ` bersabda,
خَيْرُ النّاسِ أَنْفَعُهمْ للنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
[Lihat as-Shahīhah no. 426.]
kini, di mana kemiskinan melanda , disitulah banyaknya kaum muslimin
di samping invansi musuh dalam pelbagai aspek kehidupan. sehinggakan
Ada di antara orang-orang muslim ini yang sanggup melakukan kejahatan,
bahkan tidak segan menggadaikan iman disebabkan kemiskinan. Kerana
itu, kemunculan orang-orang kaya dan para dermawan muslim yang
memberikan hartanya untuk membela dan menegakkan Islam serta membantu
sesama muslim menjadi suatu yang lumrah pada masa ini.
Pada zaman penuh gemerlap seperti sekarang ini menyebabkan manusia terlena. Perbedaan keadaan ekonomi antara si kaya dan simiskin membuat jurang pemisah antara keduanya semakin jauh. Hanya sedikit manusia yang ingat kepada Allah SWT. Perbedaan miskin dan kaya ini sudah terjadi semenjak para Nabi di utus oleh Allah SWT. Kecemburuan keduanya pun sudah pernah terjadi sejak masa Rasul SAW.

Ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk-duduk bersama orang mukmin yang dianggap rendah dan miskin oleh kaum Quraisy, datanglah beberapa pemuka Quraisy (orang-orang kaya) hendak bicara dengan Rasulullah, tetapi mereka enggan duduk bersama mukmin itu, dan mereka mengusulkan supaya orang-orang mukmin itu diusir saja, lalu turunlah ayat yang artinya:

“dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari, sedang mereka menghendaki keridhaanNya. kamu tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatan mereka dan merekapun tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, (sehingga kamu Termasuk orang-orang yang zalim). (Q.S Al-An’am 6: 52)

Demikian juga ketika orang miskin meminta sesutau yang tidak sesuai dengan kemampuan orang-orang miskin maka, Rasulullah SAW juga menolaknya. (Fatawa Ibnu Taimiyah 2: 457). Ibnu Taimiyah juga menukil sebuah riwayat yang menyatakan bahwa ada tiga golongan yang tidak akan dilihat oleh Allah pada hari kiamat, mereka adalah fakir yang sombong, orang tua yang berzina dan pemimpin yang dzalim.

Jika kita pahami hadits di atas, bahwa diantara golongan yang akan masuk surga adalah fakir yang bersabar dan juga orang-kaya yang bersyukur. Perbedaan keduanya menimbulkan suatu pertanyaan bagi sebagian orang, siapa yang lebih utama derajatnya, apakah orang miskin yang bersabar, ridha lagi ahli ibadah atau orang kaya yang bersyukur, dermawan lagi beribadah.

Dalam hal ini Imam Ibnu Taimiyah menjelaskan keutamaan dan kelebihan masing-masing. Namun demikian Imam Ibnu Taimiyah menyatakan bahwa mayoritas ulama berpendapat bahwa orang kaya lebih utama dari pada orang miskin. Karena masing-masing keduanya, baik si kaya maupun si miskin sama-sama memiliki julukan fakir di hadapan Allah SWT. sebagaimana firman Allah SWT yang artinya:

“Hai manusia, kamulah yang berkehendak (Faqiir) kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (Q.S. Fathir 35: 15).

Berdasarkan ayat di atas bahwa semua manusia baik yang kaya maupun yang miskin adalah faqir di hadapan Allah SWT.

Namun demikian berdasarkan hadits shahih dinyatakan :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا حَدِيثُ قُتَيْبَةَ أَنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِينَ أَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَى وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ فَقَالَ وَمَا ذَاكَ قَالُوا يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ وَلَا نَتَصَدَّقُ وَيُعْتِقُونَ وَلَا نُعْتِقُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفَلَا أُعَلِّمُكُمْ شَيْئًا تُدْرِكُونَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُمْ وَتَسْبِقُونَ بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ وَلَا يَكُونُ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِنْكُمْ إِلَّا مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَا صَنَعْتُمْ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ تُسَبِّحُونَ وَتُكَبِّرُونَ وَتَحْمَدُونَ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ مَرَّةً .قَالَ أَبُو صَالِحٍ فَرَجَعَ فُقَرَاءُ الْمُهَاجِرِينَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا سَمِعَ إِخْوَانُنَا أَهْلُ الْأَمْوَالِ بِمَا فَعَلْنَا فَفَعَلُوا مِثْلَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِهِ مَنْ يَشَاءُ (رواه مسلم : 936)

Artinya: “Sekelompok fakir dari kaum muhajirin mendatangi Nabi SAW, lalu mengadu: beruntunglah para orang kaya, mereka memilik derajat, kehormatan dan kedudukan. Rasul SAW berkata: apa yang kalian maksud. Mereka menjawab: Mereka shalat sebagaimana kami shalat, mereka puasa sebagaimana kami puasa, dan mereka sedekah sedangkan kami tidak bisa bersedekah serta mereka bisa memerdekakan budak sedangkan kami tidak bisa. Rasul SAW bersabda: maukah aku ajarkan sebuah amalan yang bisa mengungguli orang-orang sebelum dan sedudah kalian dan tidak ada yang bisa menandingi derajat kalian kecuali mereka yang berbuat seperti yang kalian amalkan. Mereka menjawab; baiklah, ya Rasulullah. Rasul bersabda: bacalah tasbih, takbir dan tahmid setiap selesai shalat masing-masing sebanyak 33 kali. Abu Shalih berkata: Kemudian orang-orang miskin itu kembali menemui Rasul SAW dan mengadu: ‘Orang-orang kaya telah mendengar hal itu dan mereka juga melakukan hal yang sama sebagaimana yang kami perbuat. Rasul SAW bersabda: Itulah kelebihan yang deberikan Allah SWT kepada siapa yang dikehendaki.” (H.R Muslim: 936)

Hadits di atas menyatakan bahwa orang-orang kaya memang suatu kelebihan yang dikehendaki Allah SWT atas hamba-hamba-Nya yang dipilih. Imam Ramli menyatakan bahwa kelebihan orang kaya dibanding dengan orang miskin terletak pada kelebihan hartanya. Orang-orang kaya bisa bersedekah, berkurban, berhaji, berzakat dan ibadah-ibadah lain yang harus dengan harta, tidak demikian halnya dengan orang-orang miskin.

Namun demikian Rasulullah SAW memberi kabar gembira hanya kepada orang-orang miskin, sedangkan orang-orang kaya tidak mendapat kabar gembira seperti yang diberitakan Rasul SAW. Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُ فُقَرَاءُ الْمُسْلِمِينَ الْجَنَّةَ قَبْلَ أَغْنِيَائِهِمْ بِنِصْفِ يَوْمٍ وَهُوَ خَمْسُ مِائَةِ عَامٍ (رواه الترم ذي وقال وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ: 2277)

Artinya; “Orang-orang miskin akan masuk surga mendahului orang-orang kaya selama setengah hari atau sepadan dengan 500 tahun. (H.R. Turmidzi : 2277)

Ternyata orang-orang miskin memiliki keutamaan yang tidak dimiliki orang-orang kaya, yaitu akan memasuki surga terlebih dahulu dengan jarak 500 tahun dibanding dengan orang-orang kaya.

Dalam riwayat yan lain, Ibnu Taimiyah juga menukilkan, bahwasanya kelompok yang pertama kali minum telaga Rasul yang panjangnya sepanjang perjalan satu bulan dan lebarnya juga selebar perjalan satu bulan, adalah kaum miskin. Hal ini bisa dipahami bahwa orang-orang kaya tersebut masih sibuk menghadapi hisab. Sebagaimana kita tahu bahwa setiap perbuatan, umur, harta, anggota tubuh dan semua yang pernah dikerjakan dan dimiliki manusia pasti akan dihisab oleh Allah SWT. Oleh karena itu bagi orang yang punya harta yang banyak pasti akan menghadapi hisab lebih lama dibanding dengan orang yang tidak punya harta. Orang-orang miskin yang tidak banyak menghadapi hisab maka tentu akan lebih cepat memasuki surga dan akan lebih dahulu minum telaga Rasulu SAW.

Dalam keterangannya, Imam Ibnu Taimiyah menjelaskan bahwa walupun orang-orang miskin telah memasuki surga terlebih dahulu dari orang-orang kaya, namun kemungkinan kedudukan, derajat dan kenikmatan yang diberikan kepada mereka jauh lebih tinggi dan lebih baik. Hal itu dimungkinkan karena kelebihan orang kaya dalam bersedekah dan beramal lain yang memerlukan harta. Sedangkan orang miskin tidak bisa mengerjakannya karena memang tidak diwajibkan atas mereka untuk mengerjakannya, seperti qurban, haji, zakat, aqiqah, memerdekakan budak dan lain-lain.

Jika membaca sejarah maka kita menemukan orang-orang yang sangat mulia dari semua golongan, baik dari kaum miskin ataupun kaum kaya. Sehingga masing-masing golongan berpendapat bahwa yang paling utama adalah yang sesuai dengan keadaannya. Orang-orang sufi menganggap bahwa orang-orang miskin yang sabar, ridha lagi ahli ibadah lebih utama dari orang kaya. Adapun sebagian ulama berpendapat bahwa orang-orang kaya yang lebih utama. Karena selain beribadah seperti ibadahnya orang miskin maka orang kaya meiliki amal yang berbeda dengan mereka.

Pada dasarnya manusia itu ada tiga macam, yang pertama adalah golongan orang-orang miskin. Diantara mereka ada yang mencapai derajat sangat mulia baik dihadapan Allah maupun dihadapan manusia. Diantaranya adalah Isa bin Maryam as, Yahya bin Zakariya as, Ali bin Abi Thalib ra, Abu Dzaar al-Ghiffaari ra, Mush’ab bin Umair ra, Salman al-farisi ra dan lain-lain. Mereka ini adalah orang-orang yang dikenhendaki miskin oleh Alah namun diangkat derajatnya disisiNya melebihi yang lain. Golongan kedua adalah orang-orang kaya. Diantara mereka juga ada yang diangkat Allah SWT menjadi orang-orang mulia baik dihadapan-Nya maupun dihadapan manusia. Diantaranya adalah Nabi Ibrahim as, Nabi Ayub as, Nabi Daud as, Nabi Sualiman as, Sahabat Utsman bin Affan ra, Abdurrahman bin Auf ra, Thalhah, Zubair bin Awam ra, Abu Ayyub al-Anshari ra, Ubadah bin Shamit ra dan lain- lain. Mereka inilah dikehendaki Allah SWT memliki kelebihan harta dan juga diangkat menjadi orang-orang mulia disisi-Nya. Adapun golongan ketiga adalah yang paling mulia dihadapan semua makhluk yang ada di dunia ini, lebih tinggi derajat dari para nabi. Diala Nabi Muhammad SAW, karena Beliau SAW memilik keduanya, kaya dan miskin. Ketika menjadi kaya Beliau SAW menjadi orang yang sanngat bersyukur dan ketika dalam kondisi fakir Beliau SAW menjadi orang yang sangat penyabar. Keduanya ada pada diri Rasulullah SAW.

Jadi, jika kita bercermin kepada Rasul SAW, maka kita bisa mengambil kesimpulan bahwa kunci utama keutamaan seseorang adalah karena ketaqwaannya. Sebagaimana firman Allah SWT: Artinya: “…….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.(Q.S. Al-Hujurat 49:13)

Keutamaan seseroang akan diukur dari ketaqwaannya, kemudian diukur dari anugerah Allah SWT yang diberikan kepadanya. Apakah dia termasuk orang kaya yang bersyukur atau orang miskin yang sabar.

Mudah-mudahan kita termasuk orang kaya yang syukur, dermawan, ahli ibadah lagi bertaqwa

Selasa, 22 Oktober 2013

Kaedah Rawatan Demam Campak

 

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Kaedah Rawatan Demam Campak


Tanda-tanda Campak :
  • mata merah, bengkak
  • batuk (kerana bintik-bintik tumbuh di dalam)
  • peluh berbau hanyir..
  • bagi kanak-kanak (menangis lebih)

*jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, agar campak tersebut tidak terbantut.
*selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).
*Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap dibadan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.

Cara Merawat :
  • Selepas campak keluar, gunakan cara berubat ini.
  • Bagi pesakit minum air kelapa (bukan kelapa gading @ kuning), dengan makan sedikit isi kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan dan air kelapa.
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah kepala.
Kelapa hijau (digunakn untuk berubat)

Kelapa gading. (tidak digunakan untuk berubat)

Tanda campak telah habis :
  • akan kelihatan bintik-bintik merah ditapak kaki
Jika tidak dapat menahan gatal :
  • jika tidak tahan akibat campak yang keluar dengan banyak.
  • gunakan daun mamu @ mambu.
  • letakkn dibawah bantal, tilam, katil.
  • masukkn daun mamu dan pecah-pecahkan daun tersebut ke dalam timba, isi kan air dan mandi dengan air tersebut.
Daun Mamu @ Mambu.

Pantang larang :
  • tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
  • tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan)
Bagi menghilangkan parut hitam :
  • daun asam jawa dan bedak sejuk asli.
  1. tumbuk hingga lumat daun asam jawa tadi dan campurkan dengan bedak sejuk.
  2. sapukan diseluruh badan pada waktu malam sebelum tidur.
  3. pada pagi nya, mandi dengan air yang telah didoakn.
  4. amalkan 3 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.
Bedak sejuk asli (tidak semestinya keluaran HPA)

Daun Asam Jawa

InsyaAllah, campak akan sembuh dan parut akan hilang. Semoga Allah menyembuhkan kita semua.

Kombinasi ayat yang perlu dibaca:
  1. Al-Fatihah
  2. Selawat Syifa
  3. lau anzalna.... (surah Al-Hasyr 21~24)
Selawat Syifa'

Surah Al-Hasyr 21-24

Isnin, 21 Oktober 2013

Kaedah Mengusir Jin Pengganggu dari Rumah

 

بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

 

Kaedah Mengusir Jin Pengganggu dari Rumah


Untuk kes ini ada dua tindakan yang bisa Anda lakukan;



Pertama
Maksud kami adalah mengusir jin itu dengan segera.
Cara yang paling efektif dalam hal ini adalah membacakan surat Al-Baqarah, satu surat penuh. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لا تجعلوا بيوتكم مقابر، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya setan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (HR. Muslim 780, At-Turmudzi 2877)
Sahabat Ibnu Mas’ud mengatakan:
إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ فِي بَيْتٍ، خَرَجَ مِنْهُ
“Sesungguhnya setan, apabila mendengar surat Al-Baqarah dibacakan dalam rumah, maka dia akan keluar dari rumah itu.” (HR. Ad-Darimi 3422, At-thabrani dalam Mu’jam Al-Kabir 8642).
Hanya 3 hari?
Terdapat keterangan bahwa setan meninggalkan rumah itu selama 3 hari. Ini berdasarkan hadis dari Sahl bin Sa’d radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ فِي بَيْتِهِ لَيْلًا لَمْ يَدْخُلِ الشَّيْطَانُ بَيْتَهُ ثَلَاثَ لَيَالٍ
“Siapa yang membaca surat Al-Baqarah di malam hari maka setan tidak akan memasuki rumahnya selama tiga hari..” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya 780).
Hanya saja, keterangan tambahan tiga hari dalam riwayat tersebut dinilai lemah oleh al-Albani, sebagaimana keterangan beliau di Silsilah Ad-Dhaifah no. 1349.

Hanya Setan yang Mengganggu

Setan yang lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah adalah setan yang mengganggu secara zahir. Sebagaimana keterangan yang dinukil Ibnu Hibban, dari Imam Abu Hatim:
قَالَ أَبُو حَاتِمٍ: قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَمْ يَدْخُلِ الشَّيْطَانُ بَيْتَهُ»، أَرَادَ بِهِ مَرَدَةَ الشَّيَاطِينِ دُونَ غَيْرِهِمْ
Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam “setan tidak akan memasuki rumahnya” maksudnya adalah setan yang membangkang (mengganggu) bukan yang lainnya. (Shahih Ibnu Hibban, 3:59)
Siapa yang Membaca?
Siapa saja, tidak harus tuan rumah. Lebih-lebih, jika tuan rumah sendiri tidak bisa membaca Alquran. Karena lafal dalam hadis: “yang dibacakan surat Al-Baqarah” dengan bentuk kalimat pasif. Artinya siapapun yang membaca, selama dilakukan di dalam rumah, telah memenuhi syarat untuk mengusir setan.
Hanya saja tidak boleh menggunakan rekaman Mp3 atau sejenisnya. Karena membaca butuh niat, dan audio player atau komputer tidak bisa berniat.
Kedua, tindakan pencegahan
Tindakan ini merupakan upaya berkelanjutan selama menempati rumah tersebut. Karena berkelanjutan, upaya ini hanya bisa dilakukan oleh tuan rumah atau orang yang menempatinya. Dia tidak lagi bisa bergantung atau meminta bantuan orang lain. Karena itu, upaya ini lebih menekankan pada mental keagamaan penghuni rumah.
Ada beberapa rutinitas yang selayaknya dilakukan, agar rumah kita selalu dijauhi setan yang suka mengganggu:
1. Rajin baca Alquran dan ibadah apapun di dalam rumah.
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لا تجعلوا بيوتكم مقابر، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
“Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya setan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (HR. Muslim 780, At-Turmudzi 2877)
Dalam hadis ini, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam men-kontras-kan antara rumah dengan kuburan. Beliau memerintahkan agar rumah kita tidak dijadikan seperti kuburan. Salah satu sifat yang mencolok dari kuburan adalah itu bukan tempat ibadah. Agar rumah kita tidak seperi kuburan yang bisa jadi banyak setan pengganggu, gunakan rumah kita untuk ibadah.
Hadis ini sekaligus menuntut Anda yang belum bisa membaca Alquran agar segera dan serius dalam belajar Alquran. Untuk menjadikan rumah Anda sebagai taman bacaan Alquran, tidak mungkin setiap hari Anda harus mengundang orang lain.
Dalam hadis dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلاَتِكُمْ وَلاَ تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا
Jadikanlah bagian shalat kalian di rumah kalian. Jangan jadikan rumah kalian seperti kuburan.” (HR. Bukhari 432, Muslim 777, dan yang lainnya).
Maksud shalat di sini adalah shalat sunah yang dikerjakan sendiri dan tidak berjamaah. Sebagaimana dinyatakan dalam hadis:
إِنَّ أَفْضَلَ صَلاَةِ المَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا الصَّلاَةَ المَكْتُوبَةَ
Susungguhnya shalat seseorang yang paling utama adalah shalat yang dikerjakan di rumahnya, kecuali shalat wajib.” (HR. Bukhari 7290 dan yang lainnya).
2. Jangan pedulikan segala bentuk gangguan.
Sikap cuek, tidak peduli, ternyata menjadi cara ampuh untuk mengusir setan. Setan sebagaimana manusia, ketika dia mengganggu, kemudian tidak digubris, bisa jadi dia akan bosan untuk mengganggu Anda.
Berbeda ketika Anda merasa ada yang mengganggu, kemudian Anda cari-cari di mana tempatnya, atau bahkan Anda ajak bicara, atau Anda siram dengan garam dan semacamnya, dia akan semakin menjadi-jadi dalam menggoda Anda.
Dari Abul Malih dari seseorang, dia berkata, “Aku pernah diboncengi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu tunggangan yang kami naiki tergelincir. Aku pun mengatakan, “Celakalah setan”. Namun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang,
لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ
Janganlah kamu ucapkan ‘celakalah setan”, karena jika kamu mengucapkan demikian, setan akan semakin besar seperti rumah. Lalu setan pun dengan sombongnya mengatakan, ‘Itu semua terjadi karena kekuatanku’. Akan tetapi,  ucapkanlah “Bismillah”. Jika engkau mengatakan seperti ini, setan akan semakin kecil sampai-sampai dia akan seperti lalat.” (HR. Ahmad 5:95 dan Abu Daud 4982 dan dishahihkan al-Albani)
Ketika Anda mendengar atau melihat ada sesuatu yang mengganggu, jangan diajak bicara, tapi mintalah perlindungan kepada Allah dan berdoa kepada-Nya.
3. Baca doa ketika masuk rumah
Hal kecil yang mungkin perlu dibiasakan adalah memulai segala yang penting dengan doa atau dzikir. Salah satunya, ketika kita masuk rumah. Meskipun kelihatanya remeh, namun hasilnya luar biasa.
Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ
Apabila ada orang yang masuk rumah, kemudian dia mengingat Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka setan akan mengatakan (kepada temannya): ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingat Allah (bismillah dan jangan lupa ucapkan salam) ketika masuk, maka setan mengatakan: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.” (HR. Muslim 2018, Abu Daud 3765 dan yang lainnya)
Ada doa khusus ketika masuk rumah, akan tetapi doa ini dinilai dhaif oleh al-Albani. Karena itu, makna dzikir kepada Allah adalah membaca basmalah.
4. Baca doa ketika hendak makan
Membaca basmalah ketika hendak makan, menjadi penghalang setan untuk ikut makan bersama Anda. Hadis dari Jabir di atas menegaskan hal ini,
وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، فَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ
Tapi apabila dia tidak mengingat Allah ketika masuk maka setan mengatakan: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’. Dan jika dia tidak mengingat Allah ketika makan maka setan akan mengatakan: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap dan makan malam’.” (HR. Muslim 2018, Abu Daud 3765 dan yang lainnya)
5. Baca doa ketika tutup pintu
Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan banyak saran agar kita tidak terganggu setan. Salah satunya:
وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا
Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah. Karena setan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).” (HR. Bukhari 3304, Muslim 2012 dan yang lainnya)
Sekali lagi, hanya dengan membaca: Bismillah..
6. Berdoa ketika keluar rumah
Satu doa ketika keluar rumah. Ringkas, mudah dihafal, tapi khasiatnya besar:
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
BISMILLAHI TAWAKKALTU ‘ALALLAAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.
Dalam hadis dinyatakan, siapa yang keluar rumah kemudian dia membaca doa di atas, maka disampaikan kepadanya: Kamu diberi petunjuk, dicukupi dan dilindungi. Maka setan kemudian berteriak:
كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ
“Bagaimana kalian bisa mengganggu orang yang sudah diberi hidayah, dicukupi, dan dilindungi.” (HR. Abu Daud 5095, Turmudzi 3426 dan dishahihkan al-Albani)
7. Jauhkan rumah Anda dari gambar makhluk bernyawa
Siapa sangka, ternyata gambar makhluk bernyawa bisa membuat jin dan setan nakal itu semakin betah di rumah kita.
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَنَّ المَلاَئِكَةَ لاَ تَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ
Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar.” (HR. Bukhari 3224, Nasai 5348 dan yang lainnya).
Ketika malaikat penebar rahmat tidak memasuki rumah Anda, di saat itulah makhluk lain, yang juga tidak kelihatan, akan menggantikan posisi mereka. Foto keluarga, gambar binatang dan seterusnya bisa jadi membuat rumah Anda makin indah bagi setan.
8. Jauhkan rumah Anda dari musik
Banyak orang tidak sadar, ternyata suara ini berbahaya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutnya mizmarus syaithan (musik setan). Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan salah satunya, lonceng. Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,
فِي الْجَرَسِ مِزْمَارُ الشَّيْطَانِ
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata tentang lonceng: musik setan. (HR. Abu Daud 2556)
Di kesempatan yang sama, malaikat penebar rahmat menghindari rumah yang dipenuhi denngan musik. Dari Ummu Salamah radhiallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَا تَصْحَبُ رُفْقَةً فِيهَا جَرَسٌ
Sesungguhnya malaikat tidak akan menyertai rombongan yang di sana ada loncengnya.” (HR. Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, 1001).
Kita telah memahami, terjadi sikap kontradiktif antara malaikat penebar rahmat dengan setan pembangkang. Ketika salah satunya menghindar, di saat itulah satunya menggantikan.
Jadikan rumah Anda seperti taman-taman malaikat penebar rahmat, bukan tempat peristirahatan yang nyaman bagi setan. Hiasi rumah Anda dengan berbagai ketaatan dan amal shaleh. Agar yang menemani Anda juga makhluk yang sholeh. Hiasi rumah Anda dengan bacaan Alquran, shalat, kajian mengupas halal-haram, dan lantunan suara langit lainnya.
Allahu a’lam

Sabtu, 19 Oktober 2013

KAEDAH MERAWAT SAKIT DEMAM PANAS







 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI


KAEDAH MERAWAT SAKIT DEMAM PANAS


Langkah #1: Sediakan bahan berikut:
1. Air mineral
2. Besen kecil
3. Tuala muka
4. Ais
5. Baldi kecil
Langkah #2: Bacakan rangkaian doa berikut 
1. Al-Fatihah (1x)
2. Ayat Kursi (1x)
3. Selawat Syifa’ (1x)
Sambung dengan doa berikut;
4. Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)
Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)
atau;
. Doa demam panas (1x)
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.
atau;
6. Doa penyejuk (1x)
Maksudnya:
Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.
atau;
Kesemua 6 rangkaian doa tersebut.

Langkah #3: Proses rawatan
1. Setelah selesai membaca doa hembus pada air mineral (air zam-zam lagi bagus) sehingga habis nafas.
2. Masukkan air yang telah didoakan ke dalam besen kecil. ( Aku letakkan sekali asam jawa aku campur kaedah perawatan Islam dan petua orang Melayu lama)
3. Rendam tuala ke dalam besen yang berisi air doa.
4.  Tuam tuala tadi ke anggota badan pesakit bermula dengan celah jari kaki kemudian di belakang lutut, celah paha, celah ketiak, leher, tengkuk dan jelum kepala (gunakan kain yang lain).
Langkah #4: Usaha tambahan
1. Mandi seperti biasa mesti dilakukan (pagi & petang)
2. Jika panas berterusan;
a. masukkan air doa ke dalam baldi kecil (mesti didahulukan)
b. masukkan ais
c. Rendam kaki pesakit ke dalam air yang berisi ais
d. Pantau suhu badan pesakit
3. Dapatkan rawatan doktor
 
CARA DOA INI PUN BOLEH

1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa'


 






3. Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr



 















4. Doa demam panas ,



 





"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka"

KAEDAH RAWATAN

Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan atas segelas/sebotol air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.

Nota editor:
1. Langkah tersebut dilakukan adalah sebagai ikhtiar awal sebelum pesakit mendapat rawatan daripada doktor
2. Sekiranya air doa sudah berkurangan, ia boleh ditambah dengan memasukkan air mineral (bukan air masak)
 Ok kita dah tau doa dan kedah perawatan untuk deman panas ni.. Now meh kita baca sedikit sebanyak mengenai demam panas ni pulak..


Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”
Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”


Demam adalah daripada percikan api neraka dan 
Sejukkannya dengan Air





Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)



Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:
Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”
# Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.
# Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
# Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Membaca Ruqyah
Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”
Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:
Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”
“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”
Berpunca daripada Bahang Neraka?
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.”
Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t.
Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.
Maksud Air
Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda s.a.w. menyebut, ‘Air zamzam.’”
Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.
Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim)
Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.
Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)
Jangan Mencela Demam
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.
Setiap ujian dan musibah yang Allah swt timpakan kepada hamba-Nya yang sabar dan redha, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”
Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah swt akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam