SYARAT DITERIMANYA IBADAT
SYARAT DITERIMANYA IBADAT
Pernahkah terlintas di benak kita apakah ibadah kita itu diterima atau tidak? Maka, tidak ada seorang pun yang dapat menjamin hal ini, sehingga bagi tiap mukmin untuk beramal dengan sentiasa berharap dan cemas. Berharap agar ia mendapat redha Allah serta janji-janji yang sudah ditetapkan Allah Subhanahu wa Taala dalam Al Quran dan cemas kalau-kalau ibadahnya tidak diterima.
Oleh itu, dalam siri ini pula, saya akan menyambung elemen-elemen yang terkandung dalam konsep ibadah ini. Sekarang saya akan mengupas berkaitan dengan syarat ibadah kita itu diterima Allah......ha...penting ni...sebabnya kalau ibadah kita itu tidak memenuhi syarat-syarat-syarat ini, takut-takut ibadah yang kita lakukan selama ini menjadi sia-sia...NAUZUBILLAH.......
Bagi memudahkan kita untuk memahami subtopik ini, di sini saya sertakan peta minda berkenaan dengan syarat ibah yang diterima Allah ini.
Syarat ibadah yang diterima Allah ini terbahagi dua iaitu:
Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah swt tidak menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu :
pertama : ikhlas
kedua : bertepatan dengan sunnah dan syara’
Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan lahir.
Ketahuilah bahawa, semua amalan dapat dikatakan sebagai ibadah yang diterima bila memenuhi dua rukun di atas, iaitu Ikhlas dan bertepatan dengan sunnah dan syarak. Kedua syarat ini terangkum dalam firman Allah:
Maksudnya:
“…Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.”
(Al Kahfi: 110).
Beramal salih maksudnya iaitu melaksanakan ibadah mnegikut dengan cara yang telah diajarkan oleh Nabi, dan tidak mempersekutukan dalam ibadah maksudnya mengikhlaskan ibadah hanya untuk Allah semata.
Hal ini diisyaratkan pula dalam firmanNya:
Maksudnya:
“(Tidak demikian) dan bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Robbnya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 112).
Menyerahkan diri kepada Allah bererti mengikhlaskan seluruh ibadah hanya kepada Allah saja. Berbuat kebajikan (ihsan) bererti mengikuti syari’at Rasulullah S.A.W..
Syarat pertama (ikhlas) merupakan kesan dari syahadah pertama (persaksian tiada yang disembah kecuali Allah semata). Sebab persaksian ini menuntut kita untuk mengikhlaskan semua ibadah kita hanya untuk Allah saja. Sedang syarat kedua (mutaba’ah) adalah kesan dari syahadat kedua (persaksian Nabi Muhammad S.A.W. sebagai hamba dan utusan-Nya).
IKHLAS DALAM IBADAH
Seluruh ibadah yang kita lakukan harus ditujukan semat-mata untuk Allah . Walaupun seseorang beribadah siang dan malam, jika tidak ikhlas (dilandasi tauhid) maka sia-sialah amal tersebut. Allah berfirman:
Maksudnya:
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali untuk menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan agar mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”
(Al Bayyinah: 5)
Maka sungguh beruntunglah seseorang yang selalu memgawal hatinya, meletakkan hati ketika ia beribadah, adakah untuk Allah, atau untuk selain Allah.
Firman Allah:
Maksudnya:
“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.”
( al-An'am:162-163)
Dengan ini,ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana Allah.”
TANDA-TANDA ORANG YANG IKHLAS
Ikhlas mempunyai banyak tanda dan alamatnya yang banyak. Ia terserlah di dalam kehidupan orang yang ikhlas akhlaknya dan pandangannya kepada diri sendiri dan manusia. Di antara tanda dan alamat tersebut ialah :
1. Takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika seorang itu yang berkebolehan. Seseorang yang meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir, jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya bercampur-baur, maka ia tidak memberi apa-apa makna.
Inilah yang menjadikan ramai di kalangan ulama’ salafussoleh takut kalau hati-hati mereka ditimpa fitnah kemasyhuran, kemegahan dan sanjungan. Mereka memberi amaran kepada murid-murid mereka tentang perkara tersebut. Ibrahim bin Adham berkata: “Orang yang kasihkan kemasyhuran tidak berlaku adil terhadap Allah.”
Salim bin Hanzalah berkata :
“Ketika kami berjalan mengiringi Ubai bin Kaab, Umar melihat kepada beliau lantas memukulnya dengan cemeti. Ubai berkata : ‘ Lihatlah wahai Amirul Mukminin, apakah yang telah kamu lakukan?’ Umar menjawab : ‘ Ini adalah kehinaan kepada pengikut dan fitnah kepada orang yang diikut.”
Inilah pandangan tajam Saidina Umar yang berharga terhadap apa yang berlaku. Walaupun pada mulanya pada zahir yang remeh, tetapi ia akan memberi kesan yang besar terhadap para pengikut dan ketua yang diikuti.
Al Hassan berkata :
“Pada suatu hari Ibnu Mas’ud keluar dari rumahnya dan beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berpaling kepada mereka lantas berkata : ‘Mengapa kamu semua mengikut aku? Demi Allah jika sekiranya kamu mengetahui apa yang berlaku di dalam rumahku, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu yang mengikutiku.”
Al-Hassan berkata lagi:
“Sesungguhnya bunyi sepatu orang-orang yang mengelilingi seorang lelaki boleh menggoncangkan hati orang-orang yang bodoh.” Pada suatu hari Al Hassan keluar lalu beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berkata : “Adakah kamu mempunyai hajat? Jika tidak, apakah yang akan menimpa kepada hati mukmin?”
Ayyub As Sakhaitani keluar bermusafir, lalu beliau dikelilingi oleh manusia yang ramai. Beliau berkata :
“Kalau tidak kerana aku mengetahui bahawa Allah swt mengetahui dalam hatiku bahawa aku benci kepada perkara ini, nescaya aku takut kemurkaan Allah swt.”
Ibnu Mas’ud berkata :
“Jadilah kamu sumber ilmu, lampu petunjuk, penunggu setia rumah, pelita di malam hari, hati-hati yang sentiasa baru, berpakaian buruk, kamu dikenal di kalangan ahli langit dan tidak dikenali oleh ahli bumi.”
Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata :
“Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah swt?”
Janganlah difahami dari athar-athar* di atas bahawa ia menyeru kepada bersembunyi dan mengasingkan diri. Sesungguhnya athar-athar tersebut dari pemimpin-pemimpin para du’at yang soleh dan mempunyai peninggalan yang baik dalam arena da’wah kepada masyarakat.
Tetapi hendaklah difahami secara keseluruhannya bahawa ia adalah kesedaran terhadap bahaya syahwat diri yang tersembunyi dan berwaspada terhadap lubang dan jendela yang mana syaitan dapat menyusup masuk melalui ke dalam hati manusia.
Kemasyhuran pada zatnya bukanlah suatu yang tercela. Tidak ada di sana orang yang lebih masyhur dari para Nabi dan Khulaf Ar Rasyidin. Tetapi jika kemasyhuran itu wujud tanpa berusaha bersungguh-sungguh dan tamak untuk mendapatkannya, maka tidaklah menjadi kesalahan walupun ada keburukannya. Itulah yang disebut oleh Imam Al Ghazali :
“Ia menjadi fitnah kepada orang-orang yang lemah, tidak kepada orang-orang yang kuat.”
2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat megah dan taajub dengan diri sendiri. Bahkan seseorang itu merasa takut kalau-kalau dosanya tidak diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima. Setengah para solehin menangis bersungguh-sungguh di dalam sakitnya. Lalu sebahagian daripada orang yang menziarahinya berkata : Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah berpuasa, bersembahyang malam, berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, mengajar dan berzikir? Beliau menjawab : Manalah aku tahu sama ada perkara itu termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku? Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 27 :
“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa.”
At Tirmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa :
“Aisyah, isteri Nabi saw berkata : ‘ aku bertanya Rasulullah saw tentang ayat ini (al Mukminin : 60)
yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.”
Aisyah berkata : ‘Adakah mereka itu orang yang meminum arak dan mencuri? Rasulullah menjawab : ‘Tidak, wahai anak as Siddiq, tetapi mereka ialah orang-orang yang berpuasa, bersembahyang dan bersedekah dalam keadaan mereka takut kalau-kalau amalan mereka tidak diterima. Merekalah orang-orang yang berlumba-lumba menuju kepada kebaikan.”
3.Seseorang itu lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran.
Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu hari. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam keadaan menangis. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?” Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda : ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah, sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali. Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang gelap.”
4. Sama sahaja di sisi seseorang itu sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-duanya adalah berkhidmat dengan da’wahnya. Hatinya tidak dapat dikuasai oleh perasaan cinta untuk muncul ke depan, berada di barisan hadapan, mahu menjadi pemimpin dan menjawat bahagian kepemimpinan. Bahkan mungkin seseorang itu lebih mengutamakan untuk menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam melaksanakan kewajipan dan tugas kepimpinan. Dalam setiap perkara, beliau tidak berusaha untuk menjadi ketua dan tidak memintanya. Tetapi jika beliau dibebankan dengan tugas tersebut, seseorang itu memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah swt dalam melaksanakannya. Rasulullah saw menyifatkan golongan ini seraya bersabda yang bermaksud :
“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kekang kudanya di jalan Allah dalam keadaan rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Sekiranya beliau brtugas sebagai pengawal, beliau menjadi pengawal. Dan jika sekiranya beliau berada di belakang, beliau berada di belakang.”
Semoga Allah meredhai Khalid bin al Walid yang dilucutkan dari jawatan panglima tentera sedangkan ketika itu beliau adalah panglima tentera yang sentiasa menang dalam peperangan. Beliau lantas bekerja di bawah pimpinan Abu Ubaidah tanpa merasa gelisah ataupun menyesal.
5. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan Allah swt. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari sudut tabiat, kecenderungan, cara berfikir dan matlamat mereka. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan mereka adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. Orang yang ikhlas tidak menyusahkan dirinya dengan perkara ini.
6. Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana Allah swt dan agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya. seseorang itu tidak menjadi orang seperti orag-orang yang mengejar manfaat yang terdiri dari golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya ( surah at Taubah : 58 ) yang bermaksud :
“Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentng pembahagian zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadaya dengan serta merta mereka menjadi marah.”
7. Seseorang itu tidak bersifat malas, lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. seseorang itu tidak bekerja untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya.
Sesungguhnya Allah tidak bertanya manusia pada hari kiamat : “Mengapa kamu tidak mencapai kemenangan?” tetapi Dia akan bertanya : “ Mengapa kamu tidak berjuang?” Dia tidak akan bertanya mengapa mereka tidak berjaya, tetapi bertanya kenapa mereka tidak bekerja.
8. Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila melihat ada orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau mengundur diri dalam keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya dalam keadaan taat dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang.
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA HILANGNYA IKHLAS
1. Amalan riyak semata-mata, iaitu amalan itu dilakukan hanya supaya dilihat makhluk atau kerana tujuan duniawi semata-mata. Amalan seperti ini hangus, tidak bernilai sama sekali dan pelakunya akan mendapat murka Allah. Amalan yang ditujukan kepada Allah dan disertai riyak dari sejak awalnya, maka nas-nas yang sahih menunjukkan amalan seperti iniadalah sia-sia. Walaubagaimanapun, amalan yang ditujukan bagi Allah dan disertai niat lain selain riyak, seperti jihad yang diniatkan untuk Allah dan kerana menghendaki harta rampasan perang. Namun amalan seperti ini berkurang pahalanya dan tidak sampai batal dan tidak sampai terhapus amalnya.
Amalan yang awalnya ditujukan untuk Allah kemudian disertai dengan riyak di tengah-tengah, maka amalan ini terbagi menjadi dua, jika riyak tersebut terbersit sebentar dan segera dihalau maka riyak tersebut tidak berpengaruh apa-apa. Namun jika riyak tersebut selalu menyertai amalannya maka ulama salaf menyatakan bahwa amalannya tidak batal dan dinilai niat awalnya sebagaimana pendapat Hasan Al Bashri. Namun dia tetap berdosa karena riyak tersebut dan tambahan amal (perpanjangan amal karena riyak) terhapus.
Sedang amal yang ikhlas karena Allah kemudian mendapat pujian sehingga dia senang dengan pujian tersebut, maka hal ini tidak berpengaruh apa-apa terhadap amalnya.
Dari Abu Hafsh Umar Ibnu Khattab radhiyallaahu ‘anhu ia berkata : Rasulullah shallallaahu ‘alaih wa sallam bersabda : “Sesungguhnya setiap amal itu tergantung dari niatnya…(HR Bukhari dan Muslim).
Syaikh Salim bin ‘Ied al Hilaly dalam kitab Bahjatun Naadziriin menurunkan 5 pengertian terhadap hadits ini yang 4 diantaranya adalah :
1. Niat merupakan suatu keharusan dalam suatu perbuatan, baik itu yang ditujukan pada wujud perbuatan itu sendiri, seperti solat misalnya, mahupun sesuatu yang menjadi penyebab bagi perbuatan lainnya, seperti thaharah (bersuci). Yang demikian itu kerana ikhlas tidak tergambar wujudnya tanpa adanya niat.
2. Niat itu tempatnya di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan dengan lisan. Yang
demikian itu sudah menjadi kesepakatan para ulama, dalam semua ibadah : thaharah, solat, puasa, zakat, haji, memerdekaan budak, jihad dan ibadah-ibadah lainnya.
3. Amal-amal yang salih harus disertai dengan niat-niat yang baik. Niat yang baik tidak akan mengubah kemunkaran menjadi kebaikan dan bid’ah menjadi sunnah.
4. Ikhlas karena Allah Ta’ala merupakan salah satu syarat diterimanya amal perbuatan. Sebab, Allah Ta’ala tidak akan menerima amal perbuatan kecuali yang paling tulus dan benar. Yang paling tulus adalah amal yang dilakukan kerana Allah, dan yang paling benar adalah yang sesuai dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang sahih.
MENGIKUT CARA YANG DIAJAR RASULULLAH S.A.W.
Ketahuilah, ibadah bukanlah produk akal atau perasaan manusia. Ibadah merupakan sesuatu yang diredhai Allah, dan kita tidak akan mengetahui apa yang diredhai Allah kecuali setelah Allah kabarkan atau dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W.. Dan seluruh kebaikan telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W., tidak tertinggal sedikit pun.
Tidak ada dalam kamus ibadah sesorang melaksanakan sesuatu kerana menganggap ini baik, padahal Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencontohkan. Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W. “Barangsiapa yang melakukan satu amalan (ibadah) yang tiada dasarnya dari kami maka ia tertolak.” (HR. Muslim)
Pengertian Ibadah
Ibadat dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
yang berbeza sama sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan
kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut ialah tidak ada
sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia, dan ibadat dalam Islam
tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu.
Firman Allah SWT :
Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain.
Pintu untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk mengumpulkan tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.
Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Di antara ayat perintah beribadat, contohnya sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya:
Maksudnya :
Maksudnya :
Firman Allah SWT: Maksudnya:
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Oleh itu, amalan-amalan biasa hanya akan diakui sebagai ibadat jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
Maksudnya :
RUJUKANFirman Allah SWT :
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)
Rasulullah SAW bersabda. ( Terjemahannya ):
“Seluruh muka bumi ini adalah masjid untukku; Suci dan bersih.”
Ibadat itu terdiri daripada berbagai bentuk, bukan satu
macam sahaja sehingga manusia merasa tidak jemu dalam menunaikan
ibadatnya. Peningkatan ibadat itu pula berbeza dan beraneka rupa sesuai
dengan perangai, kecenderungan dan minat manusia itu sendiri.Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain.
Pintu untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk mengumpulkan tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.
Pengertian Dan Ruang Lingkup Ibadat
Perkataan ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh, taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu.Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Di antara ayat perintah beribadat, contohnya sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Dirikanlah sembahyang serta berikan zakat.”
(An-Nisa’ : 77)
Sementara itu banyak terdapat ayat al Qur’an dan al Hadis yang mewajibkan supaya beribadat. Di antaranya:Maksudnya :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Az-Zaariyat : 56)
Firman Allah SWT lagi:Maksudnya :
“Wahai sekalian manusia
beribadahlah kepada Tuhan kau yang telah menciptakan kamu dan
orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi
orang-orang yang) bertaqwa.”
(Al-Baqarah : 21)
Daripada ayat di atas boleh dibuat kesimpulan berikut:- Allah SWT menciptakan umat manusia dan memerintah mereka supaya melakukan ibadat serta menjunjung perintahNya dan meninggalkan larangan-laranganNya.
- Tujuan sebenar Allah SWT menciptakan manusia ialah untuk beribadat. Manusia diwajibkan beribadat kepada Allah SWT serta mengemukakan ibadah-ibadahnya, hanya kepada Allah tanpa menyekutui Allah dengan sesuatu makhluk.
- Mewajibkan dan tugas beribadat sentiasa dituntut hingga sampai menemui Allah, seseorang itu tidak akan terlepas daripada tugas tersebut walaupun jiwanya telah meningkat tinggi dan sentiasa dalam perhubungan yang kuat dengan tuhannya.
- Setiap peribadatan hendaklah berdasarkan keikhlasan yang lahir daripada hati yang redha, sebagai mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Pembahagian Dan Matlamat Ibadah
Ibadah terbahagi kepada tiga iaitu ibadah asas (fardu ain), ibadah fardu kifayah dan ibadah umum.- Ibadah Asas. Ibadah asas ialah ibadat yang merupakan fardu ain yang merangkumi soal-soal aqidah sperti dalam rukun iman yang enam. Ia juga merupakan amalan wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap orang muslim seperti yang terkandung dalam rukun Islam. Ini bererti bahawa sebelum kita melaksanakan ibadat yang lain, kedua-dua ibadat yang asas ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
- Ibadah Fardu Kifayah. Bidang ibadat ini menitikberatkan kepada amalan-amalan sosial dalam masyarakat Islam yang merupakan nadi atau urat saraf yang menghubungkan antara antara satu sama lain. Ia meliputi menyelenggarakan mayat untuk dikuburkan, menegakkan jihad dalam semua bidang, menegakkan sekolah dan institusi pengajian tinggi (dalam semua bidang yang diperlukan), mewujudkan ekonomi Islam, mewujudkan pentadbiran Islam dan melaksanakan kebajikan am.
- Ibadah Umum. Ibadah umum ialah segala kegiatan manusia yang tunduk kepada hukum-hukum dan nilai-nilai agama Islam. Segala aktiviti dan amalan manusia dan tugas-tugasnya sehari-hari tergolong dalam istilah ibadah jika ia dilaksana dengan ikhlas dan jujur. Ibadah umum boleh dibahagikan kepada dua bahagian :
- Peribadi dan akhlak yang tinggi yang boleh mendatangkan pahala seperti bercakap benar, amanah jujur merendah diri, tidak mementingkan diri sendiri atau menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain, menunaikan janji dan tidak mengkhianati orang lain.
Firman Allah SWT: Maksudnya:
“…hendaklah kamu
bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah
kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat )…”
( Al- Iara’ : 37 )
Sabda Rasulullah SAW ( Terjemahannya ) :
“ Iman itu mempunyai 77 cabang dan malu ialah salah satu daripada cabang iman.
( Al Bukhari )
Termasuk dalam erti iman ialah sayang kepada saudaranya. Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Tidak beriman ( iman yang sempurna ) salahnya ( sesama Muslim ) sebagaimana ia mencintai dirinya . “
( Al Bukhari )
Ibadah umum dalam bentuk mengatur cara kehidupan
seharian daripada pengurusan keperluan peribadi sehinggalah kepada cara
membina negara, perhubungan antara bangsa, cara melaksanakan hukum dalam
masa perang dan damai. Semuanya ada peraturan-peraturan akhlak yang
mulia daripada perspektif Islam yang boleh membuat amalan-amalan kita
itu menjadi ibadah.Syarat-Syarat Bagi Sesuatu Amalan (Adat) Menjadi Ibadah
Semua pekerjaan kita boleh menjadi ibadah jika dilakukan mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam. Ia mesti mengandungi perhubungan dua hala. Iaitu perhubungan kita dengan Allah dan perhubungan kita sesama manusia.Firman Allah SWT :
“Akan ditimpa kehinaan ke atas
mereka itu di mana sahaja. Mereka berada melainkan mereka menghubungkan
diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia”.
Kalau kita hanya menegakkan salah satu dari dua
hubungan ini sahaja, umpamanya perhubungan sesama manusia sahaja tanpa
memberikan perhatian kepada perhubungan dengan Allah SWT dan tidak
menurut perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW, ia tidak dikira ibadah
dan Allah mungkin menimpakan azab dan kehinaan ke atas kita.Oleh itu, amalan-amalan biasa hanya akan diakui sebagai ibadat jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
- Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, iaitu sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
- Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah. Sebagai seorang muslim amalan tersebut mestilah untuk memelihara kehormatan dirinya, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah SWT.
- Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti; “Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu.”
- Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.
- Dalam mengerjakan amalan-amalan dunia itu tidak lalai dan tidak cuai dari menjalankan kewajipan ibadat yang khusus seperti solat, puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah SWT :
Maksudnya :
“(Ibadat itu dikerjakan oleh)
orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan
atau berjualbeli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan
sembahyang serta memberi zakat. Mereka takutkan hari (kiamat) yang
padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
(An-Nuur : 37)
Jadi bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan
kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan
urusan hidupnya setiap hari dia adalah dikira sentiasa beribadat kepada
Allah meskipun dia tidak duduk di masjid-masjid atau di surau-surau
ketika membuat kerja-kerja tersebut.Kesimpulan
Konsep ibadah dalam Islam adalah amat luas dan menyeluruh, merangkumi tingkah laku dan amalan manusia seluruhnya yang dikerjakan menurut ajaran Islam. Ibadah mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlak. Menerusi ibadah yang betul akan melahirkan kelakuan yang baik bersopan dan berakhlak mulia. Nilai akhlak berpunca daripada agama ditetapkan oleh al Qur’an dan al sunnah. Setiap amalan yang memenuhi syarat-syarat berkenaan boleh menjadi ibadah.1. AL-QURAN
2. HADIS SOHIH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan