Cara-cara Sembelihan Menurut Islam
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Konsep sembelihan dalam Islam atau ‘Zabiha’ telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.
Islam adalah agama ‘Rahmat – Kasih Sayang’ untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan.
.
Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.
.
Sembelihan adalah salah satu cara untuk
mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan
memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam
dengan niat kerana Allah.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Diharamkan
kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan
darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan
binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,
dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari
tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan
binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.” (Surah Al-Maidah: 3)
.
Hukum sembelihan adalah wajib dan
binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan
haram dimakan. Allah SWT berfirman: “Dihalalkan bagi kamu segala yang baik-baik”. (Surah Al-Maidah: 4)
.
.
A. Rukun SembelihanIjma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4:
1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.
.
.
B. Syarat-Syarat Sembelihan
.
1) Orang yang menyembelih a) Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).
b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.
c) berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e) Dengan sengaja membaca Basmalah.
.
Firman Allah SWT: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).
.
.
2) Binatang Yang Disembelih a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).
.
.
3) Alat Sembelihan a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.
.
Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi’ ibnu khadij Radhiallahu ‘anhu: “Apa-apa
yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu
menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan
khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan
kuku adalah pisau orang Habsyah.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
.
Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh
itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila
kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah
pisaunya serta selesakanlah haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).
.
.
4) Tempat Sembelihan
Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu
penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan
ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.
.
a) Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) ke atasnya.
Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.)
.
b) Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.
Binatang yang sukar ditangkap (buruan)
atau binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti
sembelihan biasa seperti binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan
sukar dikeluarkan. Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada
tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati.
.
Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat marih sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.
.
.
Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARIH (salur nafas) bagi haiwan sembelihan.
.
Keratan rentas leher binatang sembelihan.
Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di
tengah-tengah leher. Kawasan yang berwarna merah pula adalah salur yang
membawa darah dari jantung ke otak.
.
.
Gambarajah dalaman leher seekor ayam.
.
.
Keadaan ketika sembelihan dijalankan
.
.
Gambarajah dalaman leher seekor lembu
.
.
Keadaan ketika sembelihan dijalankan
.
.
C. Syarat Sah Sembelihan1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih.
.
.
D. Sunat Sembelihan1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang
6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.
.
.
E. Makruh Sembelihan- Menggunakan alat yang tumpul
- Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
- Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
- Tidak menyebut nama Allah
- Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
- Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.
Jika putus tengkok atau leher ayam, tidak
membatalkan syarat atau rukun sembelihan. Walaubagaimanapun perlu
dilihat pula dari segi lain iaitu penyembelih itu berdosa jika dia
sengaja memutuskan leher ayam tersebut yang boleh dikira melakukan satu
kezaliman kepada ayam tersebut.
.
.
F. Cara Penyembelihan. Disyaratkan penyembelihan itu:
1. Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman).
2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.
3. Jika seseorang memegang pisau di
tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher
binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya,
tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk
melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang
tersebut.
4. Hendaklah binatang itu mati
semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu
perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika
disembelih).
.
Apabila telah cukup segala rukun-rukun
dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu,
kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan
sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu
mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah,
daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama
Allah.” (Surah Al-Nahl: 115)
.
.
G. Hikmah Sembelihan1. Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
2. Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit.
3. Memastikan daging bersih dan bermutu.
4. Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.
5. Membezakan antara daging halal dan haram.
6. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.
.
Wallahua’lam bish showab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Tiada ulasan:
Catat Ulasan