بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Tanggungjawab suami kepada isteri adalah:
1. Mengadakan walimah
Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan
kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar
dibuat kenduri perkahwinan walaupun hanya dengan seekor kambing.
2. Berakhlak baik dengan isteri
Walaupun isteri wajib dengar cakap suami tetapi bukan bermakna suami
boleh memberi perintah secara sesuka hati. Rasulullah memerintahkan agar
isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat
isterinya. Jika berlaku sebarang kesalahan, tegur dengan lembut, bincang
sama-sama. Jangan aibkan isteri atau memarahi secara membuta tuli.
3. Meraikan isteri
Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri
baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang
baik, perbuatan yang baik.
4. Cemburu, tetapi jangan cemburu buta
Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah
satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi
cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga
menimbulkan prasangka.
Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan
melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan
menutup aurat, serta melarang isteri ke tempat-tempat maksiat.
5. Sederhana dalam memberi nafkah
Maksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros.
Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta,
tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir kerana
membazir itu amalan syaitan.
6. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adab
Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut
adab. Kekerapan hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan
Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.
7. Tidak membuka rahsia suami-isteri
Rasulullah bersabda bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah
lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang
lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga
yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah. Rahsia dan
keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.
8. Setia
Semua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting untuk menjaga
keharmonian rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Hubungan yang jujur dan
ikhlas amat disukai oleh Allah.
Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam
ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya
(isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya
kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak
partners, a trust from God with you; and they are made by the divine
word permissible for you.
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah
diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat
menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah
rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami
hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun
disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri
bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu
daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika
sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna
suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami
hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan
salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual
bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan
juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.
PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami
bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap
pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan
yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan
orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya.
Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah
bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah
lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran
lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka.
Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga
diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)
NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya
mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri
iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat
tinggal.
Firman Allah
“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”
(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri
supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si
isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan
si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang
selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum.
Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah,
memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang
berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan
kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.
PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita
perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam
sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan
nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu
ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah
melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar
isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini,
tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang
disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah
memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan
menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.
PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan
kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah
tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya.
Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang
tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat
kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan
mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman
(yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa
keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang
lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah
menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan
dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara
suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri
dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan
sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang
disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah
dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri
tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he
responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as
job will be given for his forbearance.
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri,
si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah
perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca
masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar
dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang
ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan
mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak
mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah
melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana
perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu.
Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami
hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda
yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si
suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika
dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah
berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga
pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga
pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.
MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh
merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara
untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan
hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara
sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya
dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.
Tanggungjawab Seorang Isteri Mengikut Islam
TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh
kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan
terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud
kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada
suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa
maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu,
jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta
izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali
dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri
si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab
itu, meminta izin adalah sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada
bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin
antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan
bahawa ia melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia
enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu
malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka
isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan
yang kukuh untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai
satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang
menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan
damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah
itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga
itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan
ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si
isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan
wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut
keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan
ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk
keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan
keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi
pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat
pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan
sahaja.
-Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun
mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia
segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si
isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama
daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga
bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak
terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah
kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau
keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan
tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian
ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan
serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan
berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya
ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan
yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan.
Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh
mengganggu pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah
menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si
isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi
daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja,
isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk
hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper,
and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody
crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri
haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika
berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang
sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah
memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up
for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a
companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to
you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a
slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune
behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he
should become indifferent to you. If he approaches you, come running to
him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of
his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour
from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and
let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami,
menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan
suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”. Jika suami
menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka
berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama
memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai.
Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul
bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu
ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka
dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai
ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami
isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah
sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih
baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai
untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja.
Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan
tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan
dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat
kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya
untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya
kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang
daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi
tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan.
Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan
masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih
banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara
satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang
mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama
lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka
suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam
banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai
manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah
penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka
suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan
kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah
kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat
berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka
pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara
sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah
antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam
kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah
berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup
berumahtangga.
Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha
Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk
kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma
Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina
Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.
Imam kita pada Jumat ini berasal dari Moroko dan memberikan khutbah
tentang Kewajiban dan Hak Suami – Istri dalam Pernikahan. Imam memohon
maaf akan terbatasnya lingkup dan bahasan topik pada khutbah ini karena
waktu yang terbatas.
Sang Imam membacakan Hadist dan ayat Al-Quran, dan selain itu,hal yang berkaitan dengan meninggalnya Khalifah Utsman Bin Affan.
Pada hadist pertama, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seorang perempuan
dipertimbangkan untuk dinikahi karena empat hal: kekayaannya,
pengaruhnya, kecantikannya atau agamanya. Utamakanlah perempuan dengan
agamanya, karena jika tidak engkau tidak akan memperoleh apa-apa kecuali
debu.”
Pada hadist kedua, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Muslim
yang paling sempurna imannya adalah yang perilakunya paling baik, dan
yang terbaik diantara kalian adalah yang perilakunya paling baik pada
istri-istrinya.”
Pada hadist ketiga, Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Dalam Iman, muslim yang paling taat adalah yang berperilaku
paling baik, dan yang terbaik diantara kalian adalah yang berperilaku
paling baik pada istri-istrinya.”
Pada hadist keempat, “Siti
Aisyah ditanya, ‘Apa yang Nabi Muhammad kerjakan di rumah?” Aisyah
menjawab, ‘Nabi membantu anggota keluarga, dan apabila waktu sholat
tiba, Nabi bergegas menunaikan sholat.’”
Pada hadist kelima,
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Beberapa diantara kalian memukul istri
kalian seperti seorang budak, dan tidur bersama mereka di akhir hari!”
Ayat pertama Al-Quran yang dibaca adalah: “Apabila kamu menalak
istri-istrimu, lalu mereka mendekati akhir idahnya, maka rujukilah
mereka dengan cara yang makruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang
makruf (pula). Janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudaratan,
karena dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barang siapa berbuat
demikian, maka sungguh ia telah berbuat lalim terhadap dirinya sendiri.
Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah sebagai permainan. Dan ingatlah
nikmat Allah padamu, dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu yaitu
Al Kitab (Al Qur’an) dan Al Hikmah (As Sunah). Allah memberi pengajaran
kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada
Allah serta ketahuilah bahwasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(QS. Al-Baqarah: 231)
Pada hadist keenam, Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Suami yang beriman tidak boleh membenci istrinya yang
beriman. Jika ada sesuatu yang tidak disukai dari sang istri, maka sang
suami seharusnya mencari sesuatu yang disukai darinya.”
Pada
hadist ketujuh, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Istri selalu diperlakukan
dengan baik oleh laki-laki yang luhur dan dipermalukan oleh laki-laki
yang keji.”
Ayat Al-Quran kedua berbunyi: “Hai orang-orang yang
beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan
janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali
sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila
mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka
secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka
bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah
menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS. An-Nisa: 19)
Sifat cemburu dan
curiga adalah sifat yang lemah. Walau begitu, sang suami mesti
menyayangi dan melindungi istri dan perempuan dalam keluarganya.
Artinya, suami mesti waspada untuk tidak membiarkan perempuannya
berperilaku di luar batas moral Islam. Contohnya, saat ini banyak
muslimah yang mengenakan baju terbuka dan riasan berlebihan, baik di
pasar maupun di pantai. Pakaian yang terbuka itu tidak membuat suami
sadar, sampai ada laki-laki yang mengganggunya dan terlambat untuk
dicegah.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim: 6)
Muhammad SAW bersabda: “Tiga macam orang yang tidak masuk Surga.
Laki-laki yang membiarkan dan/atau mencari untung dengan merendahkan
istri mereka, laki-laki yang berlaku seperti perempuan, dan perempuan
yang berlaku seperti laki-laki.”
Pada saat kejadian
pembunuhan Khalifah ketiga Utsman bin Affan, istri beliau Na’il – sesuai
dengan tradisi Arab dalam mengusir orang asing mengganggu privasi rumah
tangga – menyingkap rambutnya untuk membuat orang asing yang hadir
terganggu. Melihat hal itu, Khalifah meminta Na’il untuk menutup
rambutnya dengan berkata “melihat kematian lebih mudah bagi beliau
daripada melihat rambut istri beliau (tersingkap di depan orang banyak)
dan kesuciannya ternodai.” Mendengar ucapan beliau, Na’il segera menutup
rambutnya dan menemani suaminya sampai mangkat.
Ayat Al Quran ketiga yang dibacakan adalah:
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah
telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain
(wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari
harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada
Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah
telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan
nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat
tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka
janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya
Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (QS. An-Nisa: 34)
Ayat
Al-Qur’an: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh
karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas
sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah
menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang
saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya
tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita
yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah
mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika
mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS. An
Nisa: 34)
Hadist 1: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidak
ada yang lebih baik di dunia ini bagi seorang muslim setelah menyembah
Allah, selain mendapatkan istri yang shaleh, cantik apabila dipandang,
patuh apabila diperintah, memenuhi sumpah pernikahan, menjaga dirinya
dan kekayaan suami di saat suami pergi, mengasuh anak-anaknya, tidak
membiarkan orang lain masuk ke rumah tanpa ijin suami, dan tidak menolak
apabila suami memanggil ke tempat tidur.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadist 2: Seorang perempuan datang memohon nasehat pada Nabi Muhammad
SAW. Nabi menanyakan apakah dia memiliki suami, dan perempuan itu
mengiyakan. Kemudian Nabi menanyakan apakah dia melayani suaminya.
Perempuan itu menjawab dia melakukan apa yang bisa dia lakukan. Kemudian
Nabi berkata pada perempuan tersebut: “Engkau sama dekatnya dengan
Surga dan sama jauhnya dari Neraka sebagaimana dekatnya engkau dalam
melayani suamimu”, dan dalam riwayat lain “suamimu adalah Surgamu atau
Nerakamu”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadist 3: Ummu Salamah ra.
(Istri Nabi) meriwayatkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang
perempuan, yang ditinggal mati suami dan sang suami tersebut senang
padanya, akan masuk Surga”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadist 4:
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Jika aku boleh memerintahkan
seseorang untuk menyembah yang lain, aku akan memerintahkan istri untuk
menyembah suaminya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadist 5: Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan tidak patuh pada
suaminya dan dia tidak akan mampu tanpa suaminya”. (HR. Bukhari dan
Muslim)
Hadist 6: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang
perempuan yang menegakkan sholat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan,
dan mematuhi suaminya akan memasuki Surga melalui pintu mana saja dia
suka”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadist 7: Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda: “Demi Dia yang berkuasa pada hidupku, ketika sang suami
memanggil istrinya ke tempat tidur dan dia menolaknya, Dia yang di
Surga akan murka padanya sampai suaminya senang akan dirinya.” (HR.
Bukhari dan Muslim)
Hadist 8: Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda: “Ketika seorang perempuan melalui malam dengan meninggalkan
suami di tempat tidur, para malaikat akan mengutuknya sampai pagi hari.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Hadist 9: Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda: “Yang terbaik diantara para perempuan adalah yang mengasihi,
mengasuh anak, supportif dan patuh, dan yang terburuk diantara perempuan
adalah yang suka mengenakan perhiasan dan egois, dan masuk surganya
tidak lebih mungkin dari seekor gagak putih”. (HR. Bukhari dan Muslim).
Gagak berwarna putih, tidak seperti yang berwarna hitam, sekalipun ada
tapi sangat jarang muncul di alam; sama jarangnya dengan kemungkinan
perempuan sombong yang suka mengenakan perhiasan untuk bisa masuk surga.
Hadist 10: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Pilihlah keturunanmu.”
Artinya, orang tua perlu memerhatikan kriteria moral dalam memilih calon
istri atau suami untuk anak laki-laki dan perempuannya, dengan
memeriksa orang tua dari pasangan anak mereka nanti. Jika orang tuanya
alim, tentunya anaknya juga demikian, dan demikian pula sebaliknya. (HR.
Bukhari dan Muslim)
Hak Suami sebagai Kewajiban Istri
Hak suami dan kewajiban istri 1: Istri yang sholeh adalah yang taat
pada perintah Allah, yang menunjukkan perempuan tersebut selalu ingat
pada Tuhannya.
Hak suami dan kewajiban istri 2: Istri yang
ceria itu enak dipandang, karena dia bisa merawat diri dan menjaga
perbuatannya. Perempuan yang berhias di dalam rumah itu membahagiakan.
Hak suami dan kewajiban istri 3: Istri sepatutnya selalu taat pada
suami, sepanjang tidak melawan kesukaan Allah. Hal ini menunjukkan
karakternya yang tulus, yang berlawanan dengan kesombongan.
Hak
suami dan kewajiban istri 4: Istri yang membantu suami dalam memenuhi
janji pernikahannya, sepanjang tidak bertentangan dengan kesukaan Allah.
Ini menunjukkan loyalitas.
Hak suami dan kewajiban istri 5:
Istri mesti menjaga kesuciannya, dengan melindungi kehormatan suaminya.
Ini menunjukkan bahwa sang istri layak dipercaya. Ini adalah sangat
penting dalam pernikahan, dan bisa berakibat menguatnya atau runtuhnya
pernikahan. Ini akan mempengaruhi kedamaian hati suami dan akan sangat
menggangu keberhasilannya baik di dalam maupun di luar rumah.
Hak suami dan kewajiban istri 6: Istri menjaga kekayaan dan harta milik
suami, dengan secara bijak mengolah apa yang dipercayakan padanya. Ini
menunjukkan sang istri cerdas dan handal, karena istri menunjukkan
kebolehannya dalam urusan suami. Ini adalah karakter luar biasa, yang
sangat dibutuhkan suami yang ingin terus meningkatkan posisi keluarga di
masyarakat.
Hak suami dan kewajiban istri 7: Istri mengasuh
anak-anak suaminya seperti yang diinginkan sang suami. Hal ini
menunjukkan sang istri sangat mengasihi dan menyayangi, dan anak-anaknya
menjadi prioritas utama.
Hak suami dan kewajiban istri 8:
Istri yang di saat ditinggal suaminya menolak orang lain masuk rumah
tanpa ijin sang suami. Keluarga istri selalu diijinkan, kecuali yang
dilarang oleh sang suami. Juga, di saat suami pergi, sang istri bisa
menerima saudara laki-laki suami masuk rumah; namun dia hanya boleh
masuk sampai ruangan khusus, seperti ruang tamu, dan saudara ipar
tersebut tidak boleh berduaan dengan sang istri. Contoh lainnya, sang
istri tidak semestinya meninggalkan rumah suami tanpa ijin. Sekalipun
perempuan diperbolehkan untuk datang ke Masjid, namun mereka harus
mendapatkan ijin dari suami sebelum berangkat ke Masjid atau hendak
beribadah puasa.
Hak suami dan kewajiban istri 9: Istri yang
tidak menolak saat dipanggil suami ke tempat tidur. Pekerjaan istri di
rumah memang berat, namun begitu juga godaan yang dihadapi suami di luar
rumah di setiap harinya. Jadi, seorang istri yang bijak akan mengerti
bagaimana caranya untuk melegakan sang suami, dengan diantaranya
memenuhi hasrat suami.
Hak suami dan kewajiban istri 10: Istri
berlaku ramah pada orang tua suami. Artinya, sang istri menunjukkan
keramahan pada orang tuanya, sebagaimana menantu yang baik berperilaku,
dengan setia melayani mereka. Perbuatan semacam ini memperkuat ikatan
suami istri, karena hal ini menunjukkan penghormatan.
Sang Imam
kemudian menutup khutbah dengan menekankan dua nilai penting bagi
suami, yang ingin memiliki keturunan yang baik dan ingin memberikan anak
mereka pasangan hidup yang baik. Yang pertama adalah untuk orang tua –
terutama sang bapak – yang meninginkan anak-anak yang patuh, mesti
menjaga perilakunya, atau anak-anaknya akan tumbuh menjadi tidak patuh.
Orang tua tidak bisa memberikan pada mereka apa yang mereka tidak
punyai. Yang kedua adalah pada sahabat Rasulullah, di saat mereka
membawa calon pengantin perempuan pada suaminya, menasehati mereka untuk
melayani suami,dan berbuat baik pada orang tuanya.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah
penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas
dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah
masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli
masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan
masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab,
pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu,
adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.
Semoga
tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada
kata-kata yang kurang berkenan. Wallahu a’lam bish-shawab
Semoga bermanfa'at.insya Allah
Bilamana catatan ini dirasa bermanfaat bagi Para Sahabat ?
Maka Sebarkanlah dgn cara klik tombol "share/bagikan" dibawah catatan ini,
semoga membawa PERUBAHAN ke yang lebih baik bagi Bangsa ini & menjadi amal jariyah bagi kita semua,aamiin... :-)
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Semoga kita bisa mengambil hikmah dalam setiap kejadian.
Dan bilamana ada kata maupun penulisan yang salah mohon di benarkan
Salah dan Hilaf andai ada kata yang kurang berkenan mohon ma'afkan
Kami Hanya Insaniah fakir Hamba Allah yang tiada daya dan Upaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan