بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
SOLAT JENAZAH
Telah sepakat di kalangan para
ulamak bahawa setiap mayat orang Islam wajib disolatkan dan solat
tersebut dinamakan solat Jenazah. Solat Jenazah tidaklah
dikategorikan sebagai solat tathawwu’. Walaupun begitu
penulis tetap membahaskan tentang solat Jenazah di dalam buku ini
kerana ianya bukan termasuk dalam kategori solat yang fardu ‘ain
(iaitu solat lima waktu) yang diwajibkan kepada seluruh umat Islam.
v
HUKUM SOLAT JENAZAH
Solat Jenazah ini hukumnya adalah
fardu kifayah yang mana sekira ianya telah dikerjakan oleh
sebahagian daripada umat Islam maka ianya telah memadai. Dalil yang
menunjukkan ianya adalah fardu kifayah adalah sebuah riwayat
daripada Zaid bin Khalid al-Juhani, dia berkata:
أَنَّ رَجُلاً مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ تُوُفِّيَ يَوْمَ خَيْبَرَ
فَذَكَرُوا ذَلِكَ لِرَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ:
صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ.
فَتَغَيَّرَتْ وُجُوهُ النَّاسِ لِذَلِكَ.
فَقَالَ: إِنَّ صَاحِبَكُمْ غَلَّ فِي سَبِيلِ اللَّهِ.
فَفَتَّشْنَا مَتَاعَهُ فَوَجَدْنَا خَرَزًا مِنْ خَرَزِ يَهُودَ لاَ
يُسَاوِي دِرْهَمَيْنِ.
Maksudnya:
Ada seorang sahabat Nabi
radhiallahu’ anh meninggal dunia pada perang Khaibar. Ketika hal
tersebut diberitahukan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam, baginda pun bersabda:
Solatlah ke atas sahabat
kalian ini.
Maka wajah orang-orang pun
berubah kerananya. Baginda bersabda:
Sesungguhnya sahabat kalian
telah melakukan pengkhianatan di jalan Allah.
Kemudian kami memeriksa barang
yang dibawanya dan kami menemukan sebuah perhiasan dari permata kaum
Yahudi yang nilainya tidak setara dengan dua dirham
– Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam
Sunannya, Kitab al-Jihaad, no: 2710.
Melalui hadis ini kita dapati
baginda tidak turut serta dalam solat Jenazah tersebut dan hanya
para sahabat lain mengerjakannya. Sekiranya solat Jenazah itu
hukumnya fardu ‘ain tentu baginda akan turut serta
mengerjakannya.
v
KEUTAMAAN SOLAT
JENAZAH
q
Ganjaran Pahala
Yang Besar
Bagi yang mengerjakan solat Jenazah
mereka akan dianugerahkan dengan pahala yang besar. Daripada Abu
Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ
وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ.
قِيلَ: وَمَا الْقِيرَاطَانِ؟
قَالَ: مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ.
Maksudnya:
Barangsiapa yang menyaksikan
jenazah sehingga mensolatnya, maka mendapat pahala satu qirath dan
barangsiapa yang menyaksikannya sampai jenazah itu dikuburkan, maka
dia mendapat dua qirath.
Mereka (para sahabat)
bertanya: Apakah maksud dua qirath itu?
Nabi menjawab: Ia sama dengan
dua gunung besar.
– Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 945.
q
Sebagai Syafaat
Bagi Jenazah
Sekiranya jemaah yang mengerjakan
solat Jenazah itu mencapai empat puluh orang atau seratus orang maka
Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mengabulkan permohonan syafaat
mereka terhadap jenazah tersebut.
Diriwayatkan daripada Kuraib
pelayan Ibnu ‘Abbas daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiallahu’ anh
bahawasanya anaknya meninggal dunia di Qudaid atau ‘Usfan lalu dia
berkata: Wahai Kuraib, lihatlah sekiranya orang-orang sudah
berkumpul untuknya (iaitu untuk mensolatkan jenazah tersebut).
Dia (Kuraib) berkata: Lalu aku
keluar dan ternyata orang-orang sudah berkumpul untuknya. Aku pun memberitahunya (yakni Ibnu ‘Abbas)
Dia (Ibnu ‘Abbas) bertanya:
Apakah mereka berjumlah empat puluh orang?
Dia (Kuraib) menjawab: Ya
Dia (Ibnu ‘Abbas) berkata:
Keluarkan jenazahnya kerana sesungguhnya aku pernah mendengar
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ
أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا
إِلاَّ شَفَّعَهُمْ اللَّهُ فِيهِ.
Maksudnya:
Tidaklah seorang Muslim
meninggal dunia lalu ada empat puluh orang yang mendirikan solat
Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu
apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka
untuk jenazah tersebut.
– Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 948.
Daripada ‘Aisyah radhiallahu’
anha, dia berkata Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
مَا مِنْ مَيِّتٍ تُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ
يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلاَّ شُفِّعُوا
فِيهِ.
Maksudnya:
Tidaklah seorang yang
meninggal dunia lalu disolatkan oleh umat Muslim yang jumlahnya
mencapai seratus orang, yang semunya memohon syafaat baginya,
melainkan mereka akan diberikan izin memberi syafaat untuk jenazah
tersebut.
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 947.
v
TATACARA SOLAT
JENAZAH
Solat Jenazah merupakan satu solat
yang dikerjakan sambil berdiri disertakan dengan sejumlah takbir
tanpa rukuk, sujud dan tasyahhud. Seterusnya penulis akan
membahaskan tentang tatacara mengerjakan solat Jenazah..
q
Tempat Untuk
Mengerjakan Solat Jenazah
Para ulamak berbeza pendapat tentang
hukum mengerjakan solat Jenazah di dalam masjid sama ada diharuskan
atau tidak. Namun begitu terdapat riwayat yang menunjukkan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan
solat Jenazah di dalam masjid.
عَنْ عَبَّادِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ أَنَّ عَائِشَةَ
أَمَرَتْ أَنْ يَمُرَّ بِجَنَازَةِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ فِي
الْمَسْجِدِ
فَتُصَلِّيَ عَلَيْهِ فَأَنْكَرَ النَّاسُ ذَلِكَ
عَلَيْهَا فَقَالَتْ: مَا أَسْرَعَ مَا نَسِيَ النَّاسُ
مَا صَلَّى
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى سُهَيْلِ
بْنِ الْبَيْضَاءِ إِلاَّ فِي الْمَسْجِدِ.
Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin ‘Abdillah
bin al-Zubair bahawa ‘Aisyah memerintahkan orang-orang agar jenazah
Sa’ad bin Abi Waqqash dibawa ke dalam masjid, lalu ‘Aisyah ikut
mensolatinya. Melihat hal itu orang-orang mengingkarinya, maka
‘Aisyah menyatakan: Sungguh cepat sekali manusia lupa, tidaklah
Rasulullah mensolati Suhail bin al-Baidha’ kecuali di masjid.
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
al-Janaaiz, no: 973.
Namun yang lebih sering dilakukan
oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah
mengerjakan solat Jenazah di satu tempat khas di luar masjid (al-Musolla).
Daripada Sa’id bin Musayyab bahawa Abu Hurairah berkata:
إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَفَّ بِهِمْ
بِالْمُصَلَّى فَكَبَّرَ عَلَيْهِ أَرْبَعًا.
Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam mengatur mereka dalam shaff di musolla lalu baginda
bertakbir untuk (jenazah) Najasyi sebanyak empat kali
– Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no:
1328.
Pada zaman Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam terdapat sebuah tempat khusus (al-Musolla)
untuk mengerjakan solat Jenazah di luar Masjid Nabawi di Madinah.
Dalilnya adalah:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ
الْيَهُودَ جَاءُوا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
بِرَجُلٍ مِنْهُمْ وَامْرَأَةٍ زَنَيَا فَأَمَرَ بِهِمَا
فَرُجِمَا قَرِيبًا مِنْ مَوْضِعِ الْجَنَائِزِ عِنْدَ الْمَسْجِدِ.
Maksudnya:
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar
radhiallahu’ anhuma bahawa orang-orang Yahudi datang kepada Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam dengan membawa seorang lelaki dan
seorang wanita di antara mereka yang keduanya telah berzina. Maka
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar keduanya
direjam berhampiran dengan tempat pelaksanaan solat jenazah di
bahagian tepi masjid.
– Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no:
1329.
Menurut Imam Ibnul Qayyim
rahimahullah:
Tidak
termasuk kebiasaan dalam hidup Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
mengerjakan solat Jenazah di dalam masjid secara rutin. Sebaliknya
ianya dilakukan di luar masjid. Memang kadang-kadang baginda
mengerjakan solat Jenazah di dalam masjid. Keduanya boleh.
– Penulis nukil dari kitab
Syaikh ‘Abdullah al-Bassam bertajuk Taudhih al-Ahkam min Bulugh
al-Maram, (edisi terjemahan dengan tajuk Syarah Bulughul
Maram, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006), jilid 3, ms. 214.
Menurut Syaikh al-Albani
rahimahullah:
Diperbolehkan mensolati jenazah di dalam masjid berdasarkan hadis
yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha … Yang
lebih utama adalah mensolati jenazah di luar masjid, yakni di tempat
khusus yang disediakan untuk mensolati jenazah seperti yang
dilakukan pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan
merupakan sebahagian besar tuntunan baginda.
– Rujuk kitab Syaikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani, Ahkaamul-Janaa’iz wa Bid’ihaa (edisi
terjemahan bertajuk Tuntunan Lengkap Mengurus Jenazah, Gema
Insani Press, Jakarta 2002), ms. 107.
Dilarang mengerjakan solat Jenazah
di kuburan secara sengaja kerana terdapat dalil-dalil yang
mengharamkan untuk bersolat di kuburan atau menghadap kuburan. Namun
bagi mereka yang tidak sempat mengerjakan solat jenazah sedangkan
mayat itu telah dikuburkan, maka dalam situasi
sebegini dibenarkan baginya untuk mengerjakan solat Jenazah
di kuburan tersebut. Dalilnya adalah seperti riwayat di bawah:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِقَبْرٍ قَدْ دُفِنَ لَيْلاً
فَقَالَ: مَتَى دُفِنَ هَذَا.
قَالُوا: الْبَارِحَةَ.
قَالَ: أَفَلاَ آذَنْتُمُونِي.
قَالُوا: دَفَنَّاهُ فِي ظُلْمَةِ اللَّيْلِ فَكَرِهْنَا أَنْ
نُوقِظَكَ.
فَقَامَ فَصَفَفْنَا خَلْفَهُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: وَأَنَا فِيهِمْ
فَصَلَّى عَلَيْهِ.
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas
radhiallahu’ anh, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
melalui di salah satu kuburan yang baru sahaja dimakamkan pada malam
sebelumnya, maka baginda bersabda:
Bilakah orang ini dikuburkan?
Mereka menjawab: Malam tadi.
Baginda bersabda: Mengapa
kalian tidak memberitahu kepada ku?
Mereka menjawab: Kami
menguburkannya di tengah kegelapan malam hingga kami tidak suka
untuk membangunkan anda.
Baginda shallallahu ‘alaihi
wasallam berdiri dan kami membuatkan shaff di belakangnya. Ibnu
‘Abbas berkata: Sedang aku berada di antara mereka dan baginda
mensolatinya. – Hadis
riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz,
no: 1321.
Hadis di atas juga dijadikan dalil
bahawa anak-anak kecil juga berdiri dalam shaff yang sama
dengan orang dewasa ketika solat Jenazah kerana Ibnu ‘Abbas
radhiallahu’ anh ketika itu masih kanak-kanak lagi.
q
Solat Jenazah
Dilaksanakan Secara Berjemaah.
Seluruh hadis-hadis tentang solat
Jenazah menunjukkan ianya dilaksanakan secara
berjemaah. Tidak ada satu dalil pun yang menunjukkan baginda pernah
melaksanakannya secara berseorangan. Oleh itu diwajibkan solat
Jenazah itu dilaksanakan secara berjemaah sesuai dengan tatacara
yang diajarkan serta diamalkan oleh Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam. Sesungguhnya di dalam ibadah solat diwajibkan
bagi kita untuk mencontohi baginda sebagaimana sabdanya:
صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
Maksudnya:
Solatlah kamu sekalian
sebagaimana kamu melihat aku bersolat.
- Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan, no: 631.
q
Tempat Berdirinya
Imam
Sekiranya mayat tersebut adalah
lelaki maka Imam berdiri lurus di kepala mayat tersebut. Seandainya
mayat tersebut adalah perempuan maka Imam berdiri di tengah-tengah
mayat tersebut. Dalilnya adalah seperti berikut:
عَنْ أَبِي غَالِبٍ قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَلَى
جَنَازَةِ رَجُلٍ فَقَامَ حِيَالَ رَأْسِهِ
ثُمَّ جَاءُوا بِجَنَازَةِ
امْرَأَةٍ مِنْ قُرَيْشٍ فَقَالُوا: يَا أَبَا
حَمْزَةَ صَلِّ عَلَيْهَا. فَقَامَ حِيَالَ وَسَطِ السَّرِير.ِ
فَقَالَ
لَهُ الْعَلاَءُ بْنُ زِيَادٍ: هَكَذَا رَأَيْتَ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ عَلَى الْجَنَازَةِ مُقَامَكَ
مِنْهَا
وَمِنْ الرَّجُلِ مُقَامَكَ مِنْهُ: قَالَ: نَعَمْ. فَلَمَّا
فَرَغَ قَالَ: احْفَظُوا.
Maksudnya:
Daripada Abu Ghalib, dia
berkata: Aku pernah solat bersama Anas bin Malik ke atas seorang
jenazah lelaki, dia berdiri di hadapan kepalanya. Kemudian
orang-orang membawa jenazah perempuan dari suku Quraisy dan mereka
berkata: Wahai Abu Hamzah, solatlah ke atasnya. Maka dia berdiri di
bahagian tengah mayat tersebut. Setelah itu al-‘Ala’ bin Ziyad
bertanya kepadanya: Beginikah engkau dulu menyaksikan Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri saat mensolatkan jenazah wanita
seperti tempatmu (berdiri) tadi? Dia menjawab: Ya. Setelah selesai
dia berkata: Ingatlah selalu.
– Hadis riwayat Imam
al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 955.
Sekiranya terdapat beberapa jenazah
yang bercampur di antara lelaki mahupun perempuan maka Imam boleh
membuat pilihan sama ada untuk mengerjakan solat Jenazah tersebut
satu persatu ataupun secara serentak untuk semua jenazah. Sekiranya
solat dilakukan serentak maka posisi jenazah lelaki (walaupun masih
kanak-kanak) berada di hadapan imam sedangkan jenazah wanita
diletakkan setelah jenazah lelaki (dalam satu barisan panjang)
sesuai dengan arah kiblat. Dalilnya adalah sebuah riwayat daripada
Nafi’:
أَنَّ ابْنَ عُمَرَ صَلَّى عَلَى تِسْعِ جَنَائِزَ جَمِيعًا فَجَعَلَ
الرِّجَالَ يَلُونَ الإِمَامَ وَالنِّسَاءَ يَلِينَ الْقِبْلَةَ
فَصَفَّهُنَّ صَفًّا وَاحِدًا وَوُضِعَتْ جَنَازَةُ أُمِّ كُلْثُومِ
بِنْتِ عَلِيٍّ امْرَأَةِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَابْنٍ لَهَا
يُقَالُ لَهُ زَيْدٌ وُضِعَا جَمِيعًا وَالإِمَامُ يَوْمَئِذٍ سَعِيدُ
بْنُ الْعَاصِ وَفِي النَّاسِ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ
وَأَبُو
سَعِيدٍ وَأَبُو قَتَادَةَ فَوُضِعَ الْغُلامُ مِمَّا يَلِي الإِمَامَ
فَقَالَ رَجُلٌ: فَأَنْكَرْتُ ذَلِكَ.
فَنَظَرْتُ إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ
وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي قَتَادَةَ
فَقُلْتُ: مَا
هَذَا؟ قَالُوا: هِيَ السُّنَّةُ.
Maksudnya:
Bahawasanya Ibnu ‘Umar
radhiallahu’ anh pernah mengerjakan solat ke atas sembilan jenazah
sekaligus. Jenazah lelaki ditempatkan dekat (yakni di hadapan)
dengan Imam. Sedangkan jenazah perempuan setelahnya sesuai dengan
arah kiblat. Jenazah-jenazah itu ditempatkan dalam satu barisan,
lalu jenazah Ummu Kultsum binti ‘Ali, isteri ‘Umar bin al-Khatthab
dan puteranya yang bernama Zaid ditempatkan di satu tempat. Pada
saat itu yang menjadi Imam adalah Sa’id bin al-‘Asha, sedangkan di
antara jemaah yang ikut adalah Ibnu ‘Umar, Abu Hurairah, Abu Sa’id
dan Abu Qatadah. Lalu diletakkan jenazah anak kecil dekat dengan
Imam. Kemudian ada seseorang yang menyatakan: Aku tidak boleh terima
hal tersebut. Aku pun melihat ke arah Ibnu ‘Abbas, Abu Hurairah, Abu
Sa’id dan Abu Qatadah lalu ku katakan: Bagaimana ini? Mereka
menjawab: Itulah yang disunnahkan.
– Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam
Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 1952.
q
Susunan Shaff
Dalam Solat Jenazah
Disunnahkan untuk menyusun shaff
menjadi tiga barisan. Dalil yang menguatkan hujah ini adalah sebuah
riwayat daripada Malik bin Hubairah, dia berkata: Aku pernah
mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوفٍ مِنْ
الْمُسْلِمِينَ إِلاَّ أَوْجَبَ.
Maksudnya:
Tidaklah seorang Muslim
meninggal dunia lalu disolatkan oleh tiga shaff kaum Muslimin,
melainkan diwajibkan (baginya syurga).
– Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam
Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 2753.
q
Jumlah Takbir Dalam
Solat Jenazah
Sebenarnya terdapat variasi dalam
jumlah takbir yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam ketika mengerjakan solat Jenazah iaitu empat, lima,
enam, tujuh dan sembilan kali takbir. Tentang perbezaan jumlah
takbir ini Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
Semua
itu diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
dan yang mana sahaja dilakukan bererti telah mengikuti sunnah. Akan
tetapi yang lebih utama adalah melakukannya secara variasi,
adakalanya dengan empat, lima dan sembilan takbir… Namun bila kita
diharuskan untuk berpegang kepada salah satunya, maka dengan empat
takbir itulah yang paling tepat memandangkan terdapat banyaknya
riwayat yang menceritakannya.
- Rujuk kitab Syaikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani, Ahkaamul-Janaa’iz wa Bid’ihaa, ms.
110.
Berikut kita akan melihat
dalil-dalil tentang jumlah takbir dalam solat Jenazah:
1)
Empat Kali
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ
الَّذِي
مَاتَ
فِيهِ وَخَرَجَ بِهِمْ إِلَى الْمُصَلَّى فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ
عَلَيْهِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah
radhiallahu’ anh bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
mengumumkan berita kematian Najasyi pada hari kematiannya lalu
baginda keluar beserta mereka ke musolla dan mengatur mereka dalam
shaff kemudian bertakbir empat kali.
– Hadis Riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no:
1333.
2)
Lima Kali
Daripada ‘Abdurrahman bin Abi Laila
dia berkata:
كَانَ زَيْدٌ يُكَبِّرُ عَلَى جَنَائِزِنَا أَرْبَعًا وَإِنَّهُ
كَبَّرَ عَلَى جَنَازَةٍ خَمْسًا فَسَأَلْتُهُ
فَقَالَ: كَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكَبِّرُهَا.
Maksudnya:
Zaid (bin Arqam) mensolatkan
jenazah kami dengan takbir empat kali. Dia juga pernah bertakbir
lima kali atas satu jenazah. Akupun bertanyakan kepadanya mengenai
hal itu. Dia menjawab: Rasulullah pernah melakukan.-
Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
al-Janaaiz, no: 957.
3)
Enam Kali
Daripada ‘Abdu Khair, daripada
‘Ali:
أَنَّهُ كَانَ يُكَبِّرُ عَلَى أَهْلِ بَدْرٍ سِتًّا وَعَلَى أَصْحَابِ
مُحَمَّدٍ خَمْسًا وَعَلَى سَائِرِ النَّاسِ أَرْبَعًا.
Maksudnya:
Sesungguhnya dia pernah
mensolatkan jenazah ahli Badar melakukan takbir enam kali dan kepada
segenap sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lima kali takbir
sedangkan kepada orang lain dengan empat kali takbir.
– Hadis riwayat Ibnu Abi
Syaibah dalam al-Mushannaf (II/303) dan al-Daruquthni dalam
al-Sunan (II/73).
4)
Tujuh Kali
Daripada Musa bin ‘Ubaidillah
bin Yazid:
أن
عليا صلى على أبي قتادة فكبر عليه سبعا، وكان بدريا
Maksudnya:
Bahawa ‘Ali radhiallahu’ anh
pernah mensolatkan Abu Qatadah dengan bertakbir tujuh kali, beliau
adalah seorang yang ikut serta perang Badar.
– Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (II/304)
dan al-Thahawi dalam Syarhu Ma’aani al-Aatsaar (I/496).
Walaupun kedua-dua hadis yang
menunjukkan takbir sebanyak enam dan tujuh kali ini
مَوْقُوْفُ
yakni
ianya hanyalah perbuatan yang
disandarkan kepada sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
iaitu ‘Ali radhiallahu’ anh namun begitu hukumnya
مَرْفوْعُ
(sanadnya bersambung sehingga
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) kerana ianya
dilakukan oleh seorang sahabat besar di hadapan para sahabat yang
lain tanpa bantahan daripada mereka. Sekiranya amalan tersebut
bertentangan dengan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
pasti ianya akan mendapat tentangan daripada para sahabat yang lain.
5)
Sembilan Kali
Daripada ‘Abdullah bin al-Zubair dia
berkata:
أمر به فهيئ إلى القبلة، ثم كبر عليه تسعا، ثم جمع إليه الشهداء، كلما
أتي بشهيد وضع إلى
حمزة، فصلى عليه، وعلى الشهداء معه حتى صلى عليه،
وعلى الشهداء اثنين وسبعين صلاة
Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam memerintahkan pada hari terjadinya perang Uhud
untuk membawa kepada beliau mayat Hamzah seraya menyelimuti jasadnya
dengan burdah (kain tebal serban baginda) kemudian mensolatkannya.
seraya bertakbir sembilan kali. Kemudian baginda mendatangi para
korban yang lain dan membariskan jenazah mereka, setelah itu baginda
mensolatkan jenazah mereka dan Hamzah secara bersama
– Hadis riwayat al-Thahawi
dalam Syarhu Ma’aani al-Aatsaar (I/503).
q
Tatacara Mengangkat
Tangan Semasa Takbir Dalam Solat Jenazah
Ulamak berbeza pendapat dalam hal
ini yang dapat kita bahagikan menjadi dua:
Pertama:
Mengangkat tangan hanya pada takbir yang pertama sahaja sedangkan
bagi takbir yang seterusnya tangan kanan tetap berada di atas tangan
kiri yang bersedekap di dada tanpa mengangkatnya. Dalilnya adalah
sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu’
anh:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَبَّرَ
عَلَى جَنَازَةٍ فَرَفَعَ يَدَيْهِ فِي أَوَّلِ تَكْبِيرَةٍ
وَوَضَعَ
الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى.
Maksudnya:
Bahawasanya Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bertakbir ketika mensolatkan jenazah
dengan mengangkat kedua tangannya pada takbir pertama dan meletakkan
tangan kanan ke atas tangan kiri.
– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 1077.
Hadis di atas diperkuatkan lagi oleh
sebuah riwayat daripada ‘Abdullah Ibnu ‘Abbas, dia berkata:
أن رسول الله كان يرفع يديه على الجنازة في أول تكبيرة، ثم لا يعود
Maksudnya:
Sesungguhnya Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam dahulu apabila mensolatkan jenazah
mengangkat kedua tangannya pada takbir pertama kemudian tidak
mengangkat lagi. –
Hadis riwayat Imam al-Daruquthni dalam Sunannya
(II/75).
Para ulamak yang berpegang kepada
pendapat pertama ini adalah Imam al-Thawri, sebuah riwayat daripada
Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Ibnu Hazm, al-Syaukani, Sayyid Sabiq
dan al-Albani.
Menurut Syaikh al-Albani
rahimahullah:
Setakat
yang saya ketahui, tidak ada dalam al-Sunnah keharusan mengangkat
kedua tangan dalam melaksanakan solat Jenazah kecuali pada takbir
pertama. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan lainnya yang
merupakan pilihan al-Syaukani dan selainnya dari kalangan
penyelidik, termasuk yang difahami oleh Ibnu Hazm yang menyatakan:
Adapun
mengenai mengangkat kedua tangan tidaklah kita dapati daripada Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam riwayat yang menyatakan
sedemikian kecuali hanya pada takbir yang pertama. Oleh kerana itu
tidaklah diperbolehkan mengangkat kedua tangan dalam setiap takbir
saat melakukan solat Jenazah sebab hal itu merupakan amal dalam
solat yang tidak dilandasi nas.
- Rujuk kitab Syaikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani, Ahkaamul-Janaa’iz wa Bid’ihaa, ms.
115.
Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah
pula berpendapat:
Menurut
sunnah tidaklah diangkat kedua tangan pada solat Jenazah kecuali
pada takbir pertama sahaja kerana tidak diterima keterangan bahawa
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat tangannya waktu
takbir-takbir solat Jenazah kecuali takbir pertama sahaja.
– Rujuk Sayyid Sabiq, Fiqhu
as-Sunnah, (edisi terjemahan dengan tajuk Fikih Sunnah,
Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990), jilid 4, ms. 98.
Kedua:
Mengangkat tangan pada setiap takbir. Mereka melihat hadis-hadis
yang digunakan oleh mereka yang berpegang kepada pendapat pertama
kesemuanya memiliki kelemahan sehinggakan tidak dapat untuk saling
memperkuatkan di antara satu sama lain. Tambahan pula Imam
al-Tirmidzi setelah meriwayatkan hadis tersebut telah berkata:
Hadis
ini gharib. Kami tidak mengetahui selain dari bentuk ini.
Para ulamak berbeza pendapat mengenai hal ini. Sebahagian besar
sahabat Nabi berpendapat bahawa orang yang mensolati jenazah
hendaklah mengangkat kedua tangannya pada setiap takbir. Pendapat
ini dipegang oleh Ibnul Mubarak, al-Syafi’i, Ahmad dan Ishaq. Namun
sebahagian lain berpendapat tidak mengangkat kedua tangan kecuali
pada takbir pertama sahaja. Di antara mereka yang berpendapat
demikian adalah al-Thawri dan ulamak Kufah.
Gharib
bermaksud yang asing, yang jauh, yang aneh atau yang susah difahami.
Hadis Gharib bermaksud hadis yang diriwayatkan dengan satu
sanad atau hadis yang seorang perawi bersendiri dalam
meriwayatkannya.
Terdapat juga sebuah riwayat
daripada Ibnu ‘Umar bahawasanya dia mengangkat kedua tangannya
ketika solat Jenazah pada setiap kali takbir, dia juga mengangkat
tangannya pada setiap kali berdiri dari rakaat kedua.
– Hadis riwayat Imam al-Baihaqi dan
menurut Syaikh al-Albani dalam Ahkaamul-Janaa’iz wa Bid’ihaa,
ms. 116 sanadnya sahih.
Apa yang benar sanadnya mauquf
iaitu terhenti hanya kepada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh
sahaja. Walaupun begitu Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim berkata:
Banyak
sekali pendapat yang timbul berkaitan dengan hal ini (iaitu
mengangkat tangan ketika takbir untuk solat jenazah) namun yang
paling kuat adalah pendapat kedua; dengan merujuk kepada apa yang
dilaksanakan oleh Ibnu ‘Umar (dan dia adalah seorang sahabat yang
bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Nabi) apatah lagi bahawa
Ibnu ‘Umar dikenali sebagai seseorang yang tidak melakukan sesuatu
kecuali apa yang dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam. Wallahu a’lam.
– rujuk Abu Malik Kamal bin
As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa
Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 1009.
Pendapat ini juga merupakan pegangan
Imam al-Syafi’i rahimahullah. Dia berkata:
Takbir
pada solat Jenazah dibaca empat kali sambil mengangkat tangan pada
setiap takbir.
- Rujuk Abu ‘Abdullah Muhammad bin
Idris al-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fiil Fiqhi,
diringkaskan dan diteiliti oleh Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail
(edisi terjemahan dengan tajuk Ringkasan Kitab al-Umm,
Pustaka Azzam, Jakarta, 2005), jilid 1, ms. 392.
Penulis terbuka kepada kedua-dua
pendapat di atas kerana ianya adalah termasuk dalam hal-hal
khilafiyyah.
q
Membaca Surah
Al-Fatihah Selepas Takbir Pertama
Berbeza dengan solat-solat lain,
solat jenazah tidak dibacakan doa iftitah dan ini merupakan
pendapat jumhur (majoriti) para ulamak. Apa yang sabit
daripada hadis-hadis baginda adalah setelah takbir pertama dibacakan
surah al-Fatihah dan satu surah dari al-Qur’an secara perlahan (sirr).
عَنْ
طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ: صَلَّيْتُ خَلْفَ
ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَلَى جَنَازَةٍ
فَقَرَأَ
بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ. قَالَ: لِيَعْلَمُوا أَنَّهَا سُنَّةٌ.
Maksudnya:
Daripada Thalhah bin ‘Abdullah
bin ‘Auf dia berkata: Aku solat jenazah di belakang Ibnu ‘Abbas
radhiallahu’ anh, maka beliau membaca surah al-Fatihah. Beliau
berkata: Agar mereka mengetahui bahawa ia termasuk sunnah.
– Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no:
1335.
عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ صَلَّيْتُ خَلْفَ
ابْنِ عَبَّاسٍ عَلَى جَنَازَةٍ فَقَرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
وَسُورَةٍ وَجَهَرَ حَتَّى أَسْمَعَنَا فَلَمَّا فَرَغَ أَخَذْتُ
بِيَدِهِ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ سُنَّةٌ وَحَقٌّ
Daripada Thalhah bin ‘Abdullah
bin ‘Auf dia berkata: Aku solat jenazah dibelakang Ibnu ‘Abbas
radhiallahu’ anh, maka beliau membaca surah al-Fatihah dan satu
surah al-Qur’an serta mengeraskan bacaan sehingga kami mendengarnya.
Setelah selesai, aku pun menarik tangannya dan bertanya kepadanya.
Dia menjawab: Itu adalah Sunnah dan benar.
– Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam
Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 1961.
Menerusi dua hadis di atas ia
menunjukkan Ibnu ‘Abbas membaca surah al-Fatihah secara kuat (jahar)
namun beliau memperjelaskan tindakannya itu hanya untuk memberitahu
kepada orang ramai bahawa membacanya dalam solat jenazah merupakan
sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Hadis di bawah
daripada Abu Umamah radhiallahu’ anh menunjukkan bahawa
bacaan dalam solat Jenazah adalah secara perlahan (sirr):
السُّنَّةُ فِي الصَّلاَةِ عَلَى الْجَنَازَةِ أَنْ يَقْرَأَ فِي
التَّكْبِيرَةِ الأُولَى بِأُمِّ الْقُرْآنِ مُخَافَتَةً ثُمَّ
يُكَبِّرَ ثَلاَثًا وَالتَّسْلِيمُ.
Maksudnya:
Berdasarkan al-Sunnah
mensolati jenazah adalah membaca al-Fatihah sesudah takbir pertama
secara perlahan, kemudian diikuti dengan takbir sebanyak tiga kali
dan sesudahnya salam.
– Hadis riwayat Imam al-Nasa’i
dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 1963.
q
Membaca Selawat Ke
Atas Nabi Selepas Takbir Kedua
Menurut Imam al-Syafi’i
rahimahullah setelah takbir kedua hendaklah dibacakan selawat
kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga secara
sirr. Imam al-Syafi’i berkata:
Surah
al-Fatihah dibaca pada takbir pertama, kemudian berselawat ke atas
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (iaitu setelah takbir
kedua). Kemudian berdoa untuk kaum Muslimin baik lelaki mahupun
wanita, lalu kemudian mengkhususkan doa untuk jenazah tersebut.
- Rujuk Abu ‘Abdullah Muhammad
bin Idris al-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fiil Fiqhi,
diringkaskan dan diteiliti oleh Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail,
jilid 1, ms. 393.
Imam al-Syafi’i berdalilkan sebuah
riwayat daripada Abu Umamah:
أن السنة في الصلاة على الجنازة أن يكبر الامام، ثم يقرأ بفاتحة الكتاب
بعد التكبيرة الاولى سرا في نفسه، ثم يصلي على النبي صلى الله عليه
وسلم،
ويخلص الدعاء للجنازة في التكبيرات (الثلاث)، لا يقرأ في شئ
منهم،
ثم يسلم سرا في نفسه (حين ينصرف (عن يمينه)، والسنة أن يفعل من
وراءه مثلما فعل إمامه)
Maksudnya:
Berdasarkan al-Sunnah
mensolati jenazah adalah membaca al-Fatihah sesudah takbir pertama
secara perlahan, kemudian dibaca selawat Nabi, kemudian dengan
ikhlas mendoakan jenazah pada semua takbir, namun tidak membaca
bacaan apapun pada takbir-takbir tersebut. Selanjutnya, membaca
salam secara perlahan (sirr). Berdasarkan al-Sunnah orang-orang yang
di belakang imam melakukan seperti yang dilakukan imamnya
– Hadis riwayat Imam
al-Syafi’i dalam al-Umm dan Imam al-Baihaqi. Menurut
al-Hafidz Ibnu Hajar ‘Asqalani sanadnya sahih.
Bacaan selawat Nabi hendaklah
menggunakan lafaz-lafaz yang sabit datangnya daripada Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam yang merupakan contoh ikutan kita
yang terbaik. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
لَقَدْ كَانَ
لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو
اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Maksudnya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi
kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). - al-Ahzaab (33) :21
Menurut Syaikh Abu Ubaidah:
Setelah
kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam merupakan satu ibadah dan sesuatu bersifat
tauqify (terhenti sebagaimana ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam) maka kita semua wajib membaca selawat kepada baginda
dengan lafaz yang telah ditetapkan...Kita tidak boleh menambah
mahupun menggubah lafaz yang telah ditetapkan dengan bentuk formula
selawat yang baru. Kerana tindakan itu merupakan salah satu bentuk
pembangkangan terhadap pemilik syari’at (iaitu Allah Ta’ala)
yang sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh
hati.
– rujuk Abu Ubaidah Mashur bin
Hassan, Al-Qawl al-Mubiin fii Akhthaa’ al-Musholliin, ms.
162.
PERTAMA:
Daripada ‘Abdurrahman bin Abi
Lailah dia berkata: Saya berjumpa dengan Ka’ab bin Abi Lailah lalu
dia berkata: Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku
pernah mendengarnya dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam? Jawabku:
Boleh! Hadiahkanlah kepadaku! Dia berkata: Kami (para sahabat)
pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam
bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahlul bait, kerana
sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya)
kami memberi salam (kepadamu)?
Dalam Riwayat lain: Ya
Rasulullah sesungguhnya kami telah mengetahui bagaimana (caranya)
kami mengucapkan salam kepada mu, maka bagaimanakah cara kami
berselawat kepada mu?
Baginda menjawab : Ucapkanlah
oleh kalian
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ
حَمِيدٌ مَجِيدٌ
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
(Ya Allah, berilah selawat
kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah
berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan
keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan
keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha
Mulia.
-
Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab Ahadith al-Anbiya’, no:
3370.
KEDUA:
Dari Musa bin Talhah, dari
bapanya (iaitu Thalhah bin ‘Ubaidullah) dia berkata : Kami (para
sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat
kepadamu? Baginda bersabda: Ucapkanlah oleh kalian:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ
مَجِيدٌ
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ
مَجِيدٌ
Maksudnya:
(Ya Allah, berilah selawat
kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah
berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga
Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga
Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.)
-
Hadis riwayat Ahmad dalam
Musnadnya Ahmad, no. 1323 dan juga diriwayatkan oleh Imam
al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Sahwa, no. 1273 dan
1274.
KETIGA:
Dari Abi Mas’ud al-Anshari,
dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang kepada
kami sedang kami berada di majlis Sa’ad bin ‘Ubadah. Kemudian Basyir
bin Sa’ad bertanya kepada baginda: Allah Ta’ala telah memerintahkan
kepada kami berselawat kepada mu ya Rasulullah, maka bagaimanakah
(caranya) kami berselawat kepada mu? Kata Abi Mas’ud: Maka
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diam sehingga kami ingin
kalau sekiranya dia (Basyir bin Sa’ad) tidak bertanya kepada
baginda. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Ucaplah oleh kalian:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي
الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
(Ya Allah, berilah selawat
kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah
berselawat kepada keluarga Ibrahim, Ya Allah, berkatilah Muhammad
dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga
Ibrahim, atas seluruh alam sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi)
Maha Mulia.)...
-
Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam
Sunannya, Kitab al-Sahwa, no. 1268 dan juga diriwayatkan
oleh Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Tafseer
al-Qur’an, no. 3144.
KEEMPAT:
Abu Humaid al-Saa’idi dia
berkata: Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah,
bagaimana (caranya) kami berselawat kepada mu? Jawab baginda:
Ucapkanlah oleh kalian
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ فِي
حَدِيثِ الْحَارِثِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
وَبَارِكْ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ قَالاَ جَمِيعًا كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:
(Ya Allah, berilah selawat
kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya,
sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya
Allah, berkatilah Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan
keturunannya sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.)
- Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Anbiya’, no. 3369
dan Kitab al-Da’wat, no. 6360. Hadis ini juga diriwayatkan
oleh Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Sholaah,
no. 407.
Selain dari selawat-selawat di atas
terdapat beberapa lagi cara selawat yang telah diajar oleh
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang boleh kita
dapati dari hadis-hadis sahih yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan
untuk selawat pada takbir yang kedua ketika solat Jenazah. Maka
sewajarnya kita untuk mencontohi cara bacaan yang benar-benar telah
diajar sendiri oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
q
Membaca Doa Ke Atas
Jenazah Pada Takbir-Takbir Berikutnya
Pada takbir-takbir yang berikutnya
hendaklah dibacakan doa secara ikhlas kepada jenazah tersebut.
Sebagaimana bacaan ketika selawat ke atas Nabi, bacaan doa ini juga
hendaklah mencontohi lafaz-lafaz yang telah diajar oleh Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam. Tentang anjuran untuk
mengikhlaskan doa kepada jenazah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى الْمَيِّتِ فَأَخْلِصُوا لَهُ الدُّعَاءَ
Maksudnya:
Jika kalian mensolati jenazah,
maka doakanlah kepadanya dengan penuh keikhlasan.
– Hadis riwayat Imam
al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Ma Jaa’a fii al-Janaaiz,
no: 1486.
Beberapa contoh doa yang sabit
daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam Solat
Jenazah adalah:
PERTAMA:
Daripada ‘Auf bin Malik, dia
berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah
mensolatkan satu jenazah. Dia pun menghafal di antara doa baginda,
yakni baginda mengucapkan:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ
وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ
الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا
مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ
زَوْجِهِ
وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.
Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah ampunan
kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan
tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan
air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan
sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia
pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya,
keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang
lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta
lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka)
Dia berkata (yakni ‘Auf):
Sampai aku berharap seandainya aku yang menjadi jenazah
tersebut. – Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz,
no: 963.
KEDUA:
Daripada Abu Hurairah bahawa
Rasulullah s.a.w mensolatkan jenazah, maka sabda baginda waktu
berdoa:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا
وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا
اللَّهُمَّ مَنْ
أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ
تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلاَمِ
اللَّهُمَّ لاَ
تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تُضِلَّنَا بَعْدَهُ
Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah orang yang
masih hidup di antara kami dan yang telah mati, orang yang hadir di
antara kami dan yang ghaib, anak-anak kecil dan dewasa, lelaki dan
wanita. Ya Allah, orang yang Engkau hidupkan di antara kami,
hidupkan dia dalam keadaan Iman dan yang Engkau matikan, matikanlah
dalam keadaan Islam. Ya Allah, jangan Engkau haramkan atas kami
pahalanya dan jangan sesatkan kami setelahnya.
– Hadis riwayat Imam Abu Dawud
dalam Sunannya,
Kitab al-Janaaiz, no:
2786.
KETIGA:
Daripada Waathilah bin
al-Asqa’, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mensolatkan
seorang (jenazah) lelaki Islam bersama kami, maka saya dengar
baginda mengucapkan:
أَلاَ إِنَّ فُلاَنَ بْنَ فُلاَنٍ فِي ذِمَّتِكَ وَحَبْلِ جِوَارِكَ
فَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ
أَنْتَ أَهْلُ الْوَفَاءِ وَالْحَقِّ اللَّهُمَّ فَاغْفِرْ لَهُ
وَارْحَمْهُ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya:
Sesungguhnya si Fulaan bin
Fulaan adalah dalam tanggungan-Mu dan ikatan perlindungan-Mu, maka
lindungilah dia dari bencana kubur, siksa neraka, sesungguhnya
Engkau menepati janji dan penegak kebenaran. Ya Allah ampunilah dia
dan kasihanilah dia, kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi
Penyayang.
– Hadis riwayat Imam Ahmad dalam
Musnadnya,
no: 15443.
q
Mengucapkan Salam
Sebagaimana solat-solat lain, solat
Jenazah ini juga ditutup dengan mengucapkan dua kali salam ke kanan
dan ke kiri. Ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah
bin Mas’ud radhiallahu’ anh, dia berkata:
ثلاث خلال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفعلهن تركهن الناس،
إحداهن التسليم على الجنازة مثل التسليم في الصلاة
Maksudnya:
Ada tiga perkara yang selalu
dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan
ditinggalkan oleh orang-orang, salah satunya adalah mengucapkan
salam pada solat Jenazah seperti salam dalam solat lainnya
– Hadis riwayat Imam
al-Baihaqi dalam al-Kubraa (IV/43).
Diperbolehkan juga untuk mengucap
hanya dengan satu salam ke sebelah kanan sahaja. Daripada Abu
Hurairah radhiallahu’ anh:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صلى على جنازة، فكبر عليها أربعا،
وسلم تسليمة واحدة
Maksudnya:
Bahawasanya Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mensolatkan seorang jenazah,
baginda pun bertakbir empat kali di dalamnya dan mengucapkan salam
satu kali.
– Hadis riwayat Imam al-Daruquthni
dalam kitab al-Sunan, (II/72).
Ucapan salam tersebut hendaklah
dilafazkan secara perlahan (sirr). daripada Abu Umamah:
أن السنة في الصلاة على الجنازة أن يكبر الامام، ثم يقرأ بفاتحة الكتاب
بعد التكبيرة الاولى سرا في نفسه، ثم يصلي على النبي صلى الله عليه
وسلم،
ويخلص الدعاء للجنازة في التكبيرات (الثلاث)، لا يقرأ في شئ
منهم،
ثم يسلم سرا في نفسه (حين ينصرف (عن يمينه)، والسنة أن يفعل من
وراءه مثلما فعل إمامه)
Maksudnya:
Berdasarkan al-Sunnah
mensolati jenazah adalah membaca al-Fatihah sesudah takbir pertama
secara perlahan, kemudian dibaca selawat Nabi, kemudian dengan
ikhlas mendoakan jenazah pada semua takbir, namun tidak membaca
bacaan apapun pada takbir-takbir tersebut. Selanjutnya, mengucapkan
salam secara perlahan (sirr). Berdasarkan al-Sunnah orang-orang yang
di belakang imam melakukan seperti yang dilakukan imamnya
– Hadis riwayat Imam al-Syafi’i
dalam al-Umm dan Imam al-Baihaqi. Menurut al-Hafidz Ibnu
Hajar ‘Asqalani sanadnya sahih.
q
Ringkasan Tatacara
Mengerjakan Solat Jenazah
-
Imam berdiri berhadapan dengan kepala mayat lelaki. Sekiranya mayat tersebut perempuan maka imam berdiri berhadapan dengan bahagian tengah badan mayat tersebut.
-
Menyusun tiga shaff (barisan)
-
Niat di dalam hati untuk mengerjakan solat Jenazah
-
Takbiratul Ihram (takbir pertama)
-
Membaca surah al-Fatihah
-
Takbir kedua
-
Membaca selawat ke atas Nabi
-
Takbir ketiga
-
Mendoakan ke atas mayat
-
Takbir keempat
-
Mendoakan ke atas mayat
-
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan