بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURIإن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية: 102
Agama & Kepercayaan Jahiliah
Bentuk Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam.
Pengenalan :
-
Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam ( 610 M)
-
Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
-
Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
-
Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
-
Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Isi :
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu
Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui
nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang
direka oleh manusia sendiri.
1. Agama Hanif :
Agama yang diturunkan kepada Nabi
Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab
tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa.
Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi
Muhammad s.a.w sendiri.
2. Agama Yahudi :
Agama yang dianuti oleh masyarakat arab
sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab
suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah
mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama
ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
3. Agama Nasrani :
Agama ini juga telah diselewengkan oleh
golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab
Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan
asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli
kitab.
4. Agama Wathani :
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut
agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu,
kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan
manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360
buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza,
Al-Manat, dan Al-Hubal.
5. Agama Majusi :
Agama ini juga digelar Zoroaster dan
berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta
Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak
mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan
anak serta adik beradik.
6. Agama penyembahan Cekarawala :
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
7. Agama Animisme :
Mereka menyembah objek-objek alam
sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber
kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan
yang jahat.
8. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek
moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa
ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin
keselamatan mereka.
9. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf (
‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak
pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan
berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
10. Kepercayaan tahyul :
-
Kepercayaan tangkal azimat
-
Roh orang mati menjadi burung.
-
Percaya kepada ahli nujum.
-
Percaya kepada ahli sihir.
-
Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
-
Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
-
Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
-
Membuat keputusan melalui anak panah.
Kesimpulan :
Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di
atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas,
sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan