بسم الله الرحمن الر حيم
إن
الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات
أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا
الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ
إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران
– الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
Yahudi dan Nasrani tidak akan Redha Terhadap Muslim
Gambar-gambar
yang membuktikan betapa penggunaan nama ALLAH yang ternyata
disalahgunakan dari kacamata aqidah Islam, dan jelas mengelirukan dan
boleh membawa kesan negatif kepada keharmonian dan ketenteraman awam
dalam negara kita.
Sebenarnya
ALLAH telah memberi amaran dan peringatan kepada kita umat Islam
tentang dakyah dan konspirasi halus Yahudi & Kristian ini yang tidak
akan redho dan setuju dengan kita umat Islam selama-lamanya selagi kita
tidak mengikut cara kehidupan dan kemahuan mereka:
Al Baqarah 120 : "Sesungguhnya
Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya
sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya
petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu
memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang
kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung
dan penolong bagimu".
Dan
ALLAH menceritakan kepada kita tentang kesesatan, kekufuran dan
kesyirikan golongan Yahudi & Kristian ini dengan menyalahgunakan
nama ALLAH ini:
At Taubah (30-32): "Kaum
Yahudi mengatakan , 'Uzair itu anak ALLAH' dan kaum Kristian pula
berkata 'Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka
dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang
terdahulu. Dila'nati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling".
"Mereka (Yahudi & Kristian) menjadikan orang 'alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan".
Mereka
mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan)
mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya,
walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya".
Dan
ALLAH menegaskan bahawa apa jua pun, ALLAH telah mengutuskan Rasul dan
kitab Al Quran yang benar dan hak, dan akan pasti menang atas segala
agama lain, walaupun kafir musyrikin tidak suka dengannya.
At Taubah (33) : "Dialah
ALLAH yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk
(Al Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama,
walaupun orang-orang musyrik tidak suka!"
Dan ALLAH memberikan penegasan yang muktamad tentang hakikat ketuhanan dan ketauhidan kepada ALLAH ini.
Al Ikhlas (1-4): "Katakanlah,
"Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang
bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula
diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan
Dia".
Malahan
sebenarnya isu penggantian nama God kepada 'ALLAH' ini juga muncul di
Eropah Isnin lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di
Belanda yang berusia 71 tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya
penganut Kristian menggantikan nama God kepada 'ALLAH', namun cadangan
beliau dibantah keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika.
Seorang
tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr.,
President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan
bahawa,
"it is inappropriate for Christians to call God "Allah" based on irreconcilable theological differences associated with the name "Allah" and core Christian beliefs.The key condition behind calling the Christian God "Allah" is that "Allah" must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that "Allah" has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy. “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday. “If "Allah" has no Son by definition, "Allah" is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of "Allah" by Christians lead to anything but confusion …and worse?”.Berdasarkan itu, saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu? Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang 'summum bukmum 'umyum faahum-buta, pekak dan bisu!! "Ingatlah "Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Na'uzubillah minzaalik.
Sebab
itu saya menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam yang masih
punya walau sekelumit iman, bertaubatlah kita kepada ALLAH dan
kembalilah kita kepada petunjuk Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan
ALLAH di dalam surah Al Baqarah:2, " sesungguhnya Al Quran itu tiada
sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju
ketaqwaan". Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida',
"aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang
kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku".
"Dan sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini (hari
wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian yang mendengarnya
lebih memahaminya".
Dan
pesan saya kepada diri saya dan saudara/i yang se aqidah dengan kalimah
Tauhid Laa ila ha illallah, janganlah kita terpedaya dan terpesona
dengan mainan hidup didunia ini. Janganlah kita menjadi saperti kalkatu,
yang begitu terpesona dengan keasyikan cahaya pemusnah, dan terus
berebut pergi kapadanya walaupun mereka tahu cahaya itu akan memusnahkan
mereka. Janganlah kita menjadi Muslim Al-Kalkatu, sehingga sanggup
menjual agama dan Tuhannya sendiri demi mengejar sedikit habuan didunia
ini!!
Ya
ALLAH, persaksikanlah bahawa aku telah menyampaikan amanat itu. Semoga
ALLAH memberikan keampunanNya, dan menganugerahkan petunjuk, taufiq dan
hidayahNya, dan memberikan istiqomah dalam perjuangan membela,
mempertahan, dan menobatkan syariat dan risalah tauhid ini. Ameen ya
robbal 'alameen.
ustad, penutup doa itu amin atau alameeen??? ap bedanya? maksih sebelumnya
BalasPadam