15
Keutamaan Dan Keistimewaan Hari Jumaat
بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من
شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ،
واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ
تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية:
102
.
Setiap
hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada
dalam setiap minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan
penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu
memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan
Hari Jumaat sebagai ‘Penghulu Segala Hari’.
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah
Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ
قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ
اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ
الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ
الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat,
maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu
Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat.
Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum
kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di
dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk
mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Sebagaimana
Allah SWT telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota Suci;
menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid yang
paling utama; menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia di antara
bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam Seribu bulan;
menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk mendekatkan diri
kepada Yang Maha Khaliq; begitu juga hari Jumaat, Allah SWT telah menjadikan
Hari Jumaat sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari (hari
paling utama). Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini
termasuklah Solat Jumaat.
.
Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di
mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan,
dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari
syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat
suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan
kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR.
Muslim)
.
.
Keutamaan Hari Jumaat
.
Hari
Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat
mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada
hamba-hambaNya.
.
Berikut
adalah keistimewaan dan keutamaan hari Jumaat:
.
1. Hari Paling Mulia
Hari
Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari.
Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
.
- Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
- Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
- Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
- Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
- Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
.
Dari
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم
bersabda: “Hari paling baik di mana matahari
terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan
pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga.
Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu
waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan
kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)
.
Abu
Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم
bersabda;
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ
يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ
أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat;
pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam
Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda
dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari
ini.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam
riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ
الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ،
وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….
“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari
ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari
ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari
kebangkitan.”
.
.
2. Hari Bagi Kaum Muslimin
.
Hari
Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله
عليه وسلم dalam masjid-masjid
mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah
jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
.
Dari
Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم
berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum
kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad,
kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka
umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang
terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan
dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
.
Al-Hafidz
Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan
dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada
hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan
hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”
.
Allah
SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ
ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن
كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan
solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan
tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)
.
.
3. Penghulu Segala Hari
.
Hari
Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai
ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam
suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu
segala hari (sebaik-baik hari).”
.
Dari
Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang
paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya
Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima
peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam
dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta
kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari
Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di
sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.”
(HR. Ahmad)
.
.
4. Hari Kebesaran Mingguan
.
Dalam
7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang
setiap minggu.
Ibnu
Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى
الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat
Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih
dahulu.” (HR. Ibnu Majah)
.
.
5. Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat
.
Solat
Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu
adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah
SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah
صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama
berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti
berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang
ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada
saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir
solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
.
.
6. Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
.
Pada
hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di
tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak,
mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama
mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila
telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk
menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang
masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah
SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan
dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit
pun.”
.
.
7. Hari Mustajab Berdoa
.
Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu
terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa)
kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau
ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah
melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
.
Hari
Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik
iaitu di antara:
a.
Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b.
Pada akhir waktu Asar.
Ibnu
Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian
banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak
hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat.
Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat
tadi.” (Zadul Ma’ad Jilid
I/389-390).
.
Keterangan
lanjut :-
‘Masa-masa
Mustajab Berdoa di Hari Jumaat’ ~ (Klik Di Sini)
.
.
8. Hari Dihapuskan Dosa
.
Diampuni
dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
: “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat
hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak
dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
.
Dari
Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم
bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari
Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak
wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan
dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan
solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama)
ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi)
antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)
.
Salman
Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa
yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya,
memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa
melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam
berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).
.
.
9. Hari Lebih Utama Bersedekah
.
Sedekah
pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu
Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih
utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan
Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .
Hadis
dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari
itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)
.
.
10. Hari Meraih Pahala
.
Orang
yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala
untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat
dan puasa.
Aus
bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa
yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan
menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia
ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal
yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa
sahih oleh Ibnu Huzaimah).
.
.
11. Hari Hidayah Daripada Allah SWT
.
Hari
Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat
Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu
Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه
وسلم bersabda;
نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ
أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ
فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا
يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ
الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.
“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada
hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab
sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka
berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka
perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah
berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut
hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu)
untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam
riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ
قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ
اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ
الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ
الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat,
maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu
Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat.
Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum
kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di
dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk
mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
.
12. Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai
Tanda ‘Husnul Khatimah’
.
Meninggal
dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul
Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
.
Diriwayatkan
oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap
muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan
menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi,
undian sahih oleh Al-Bani).
.
.
13. Hari Terselamat Dari Seksa Kubur
.
Orang
yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah
(bencana/seksa) kubur.
Daripada
Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang
Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan
Allah SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis
Riwayat Tarmizi)
.
.
14. Hari Berlakunya Qiamat
.
Jumaat
merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari
pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى
الله عليه وسلم ada menyebut
bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan
berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada
Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat
Muslim r.a.)
.
Dalam
hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari
Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan
Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak
terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
.
Sabda
Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan
terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah
Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan
tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis
Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
.
.
15. Hari Dapat Melihat Allah SWT Di
Syurga
.
Hari
tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman
Allah SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak
terlintas di hati mereka).”
(Surah
Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang
sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami memiliki
pertambahannya’; Beliau mengatakan; “Allah SWT menampakkan diri kepada
mereka setiap Hari Jumaat.”
.
#*
Semoga
Hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah,
lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang di dunia & akhirat. Jadi, marilah
sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang
diberikan kelebihan oleh Allah SWT.
.
.
والله
أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui
apa yang benar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan