AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

Jumaat, 18 April 2014

MENGENAI FIQH HUDUD


بسم الله الرحمن الر حيم

إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمرانالآية: 102

OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI

 MUQADDIMAH

Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yang bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kepada masalah manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau , orang kafir pun menerimanya.Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu anugerah yangmengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yang besar:

1. Ia seolah-olah pagar yang mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang yang hendak memakannya.Yakni HUDUD membersihkan masyarakat drp orang-orang jahat yang mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan insaniah dan material yang mereka telah cetuskan.

2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat. yang mana dosa yang sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum diAkhirat.Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam.Sebagai pagar, maka hukum HUDUD hanya mungkin di lakasanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat.Orang tidak pernah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam. Dan lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untuk memagari lalang.Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yang sudah baik-baik demi mengawal kebaikan dari pada dirosakkan oleh orang-orang jahat yg sudah tidak di makan ajar.Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat yang majoriti belum baik, maka fungsinya yang sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akan jadi 'bala' dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayanglagi.Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapikalau sudah beribu-ribu lembu, pagar boleh robohdibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididikiman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akanbenar-benar memberhentikan maksiat.Cukuplah sekalitangan seorang pencuri itu dipotong dan di pamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalammasyarakat itu.
Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan sajatangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain "bercuti" dari kejahatan.Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dll.ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulubaru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH sudah tetapkan dalam Al Quran adalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi nilaidan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebihadil dari "hudud-hudud duniawa" yg dicipta oleh manusia.

Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan. Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda.Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yang mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akandapat diubat penyakitnya itu hanya dengan penjara ataudenda. Bagi pencuri yang pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yang diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuribenar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicurihartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan ynag setimpal. Yakni hilangkan atau 'curi' tangannya.Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri,walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidakboleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itubukan sampai orang yg kena curi itu tidak boleh hiduplagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, iabetul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yg seimbang dengan kesalahannya keatas orang lain. Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sematimpal dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain.

Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas danterperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak,dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencarihikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak bolehberubah-ubah lagi ialah:

1. Hukuman pancung kepada orang yang tidak sembahyang tiga waktu berturut-turut tanpa uzur syar'i sesudah dinasihatkan.
2.Hukum qisas iaitu membunuh di balas bunuh, luka di balas luka.
3.Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah.4.Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudahkahwin.
5.Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang berzina tanpa bukti yg cukup6.Rotan 80 kali untuk peminum arak

Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma menyerahkan kepada kebijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dengan kesalahan, itu dinamakan hukum ta'zir. Yakni pesalah diberi malu.Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kepada siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukuman ta'ziryg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya.Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalu lalang umum ddll. Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yang dilakukannya.Perlu diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan yang dibuat. Jadi tak timbul istilah kejam disebabkannya.Pesalah sendiri akan mengaku nanti:"Beginilah hebatnya kekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia."Sebenarnya 'hudud dunia' ini lebih kejam. Ada orang ditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa.Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yg tidak terdidik degan nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yang sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru diadapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan inihanya akan timbul kalau hukuman yang dikenakanbenar-benar menyakitkan dan seimbang. Tidak lebih dantidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yang lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?Sedangkan kita hendak menghukum anak yang kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susahkita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yang tiada sangkut-paut dgn kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!.Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satu andaian tanpa asas. Yang lebih banyak salah dari betulnya. Sebenarnya bangsa asing yangg cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman daripada orang Islam yang sudah rosak imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dll yang dibuat didunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak?. Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar darinya dari tangan yang dipotong itu. Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yang sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakat terjamin.Dalam sejarah Islam, hukum hudud yang dijalankan tepat mengikut cara dan peraturan yang ditentukan oleh Islam,telah memberi kesan yg sungguh baik.Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kepada pesalah yang menyerah diri, kesalahan yg sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan dan kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan hidup Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan mustahil. Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap!Demikianlah dengan hukum hudud.Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi pelik kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.

FIQ HUDUD

Di dalam Islam, hukuman-hukuman tertentu yang diwajibkan atas tindak orang yang melanggar disebut hudud. Perbuatan ini jelas diharamkan dalam Islam dan pelakunya tidak hanya dikenai sanksi di dunia berupa qishash dan diyat, serta ta’zir, tapi juga dikenai siksaan yang pedih di akhirat nanti. Naudzubillah. Perbuatan tentang jarimah dan sanksinya ini telah diatur dalam Al Quran dan Sunnah. Para ulama telah membahas dan menulisnya secara jelas dan gamblang di dalam kitab-kitab Fiqh (bab jinayat) berdasarkan pemahaman mereka terhadap Al-Quran dan Sunnah. Pembahasan ini lebih popular disebut “Fiqh Jinayat”.
Dalam mengatur masalah kriminal,

Islam menempuh dua macam cara.
Pertama, menetapkan hukuman berdasarkan nash (Al-Quran dan hadits).

Kedua, menyerahkan penetapannya kepada ulil amri (penguasa).

Dalam cara yang pertama, Islam tidak memberikan kepada penguasa untuk menetapkan hukuman yang menyimpang dari ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan As-Sunnah. Hukuman-hukuman untuk tindak pidana yang pertama ini berlaku sepanjang masa dan tidak berubah karena perubahan ruang dan waktu.
Jarimah hudud dapat diartikan pula dengan jarimah. Adapun pengertian jarimah sebagaimana dikemukakan oleh Imam Al-Mawardi adalah perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh syara’ yang diancam Allah dengan hukuman had atau ta’zir. Perbuatan jarimah diancam dengan hukuman yang telah ditentukan dalam nass Al-Quran atau sunah Rasul dan telah pasti ancamannya. Sehingga tidak dapat diganti bahkan dibatalkan sama sekali oleh manusia. Sebagai contoh kongkrit didalam (Qs Al-Baqarah: 188) disebutkan larangan makan harta dengan cara yang tidak sah, apapun bentuknya baik dengan jalan suap-menyuap, dll.
Bahwa suatu perbuatan dapat dipandang sebagai jarimah dalam sebuah kenegaraan jika sesuatu itu sudah dalam bentuk undang-undang. Dengan adanya prinsip tersebut jarimah dan sangsinya akan dapat diketahui dengan jelas dan pasti.
Dengan demikian seseorang akan berhati-hati agar jangan sampai melakukan pelanggaran tersebut yang akan berakibat pada dirinya sendiri. Selain itu dengan adanya prinsip tersebut akan mencegah terjadinya penyalahgunaan wewenang pengadilan dalam menjatuhkan hukuman. Meskipun demikian, dapat dikecualikan untuk hal yang dipandang amat besar bahayanya terhadap masyarakat maka aturan dapat dibuat kemudian.
Macam-macam Jarimah (Berdasarkan ketentuan dalam Al-Quran) :
Zina. Hukumannya bagi yang belum menikah dicambuk 100 kali berdasarkan Al-Quran (An-Nuur: 2). Sedangkan bagi yang sudah menikah hukumannya rajam (dilempar batu sampai mati) berdasarkan Sunnah Nabi SAW.
Qadzaf (menuduh zina). Hukumannya dicambuk 80 kali berdasarkan Qs An-Nuur : 4.
Minum minuman keras. Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, hukumannya dicambuk 80 kali berdasarkan perbuatan Umar Bin Khattab yang menjadi ijma’ para sahabat. Sedangkan menurut Imam Syafi’i hukumannya dicambuk 40 kali berdasarkan perbuatan Rasulullah saw. Tetapi ia menambahkan bahwa imam boleh menjadi 80 kali dera. Jadi yang 40 kali adalah hukuman had, sedangkan sisanya adalah hukuman ta’zir.
Sariqah (pencurian). Hukumannya dipotong tangan berdasarkan (Qs Al-Maidah : 38).
Hirabah (perampokan/pengacau keamanan). Hukumannya yaitu dibunuh, atau disalib atau dipotong tangan dan kaki secara bersilang (Qs Al-Maidah: 33). Menurut Imam Abu Hanifah, Syafi’i dan Ahmad, sanksi bagi perampok berbeda-beda sesuai dengan perbuatannya. Bila hanya mengambil harta dengan paksa dan tidak membunuh, maka sanksinya adalah potong tangan dan kaki secara bersilang. Bila hanya membunuh, tidak mengambil harta, maka sanksinya hukuman mati. Menurut Imam Malik, sanksi hirabah ini diserahkan kepada imam untuk memilih salah satu hukuman yang tercantum dalam ayat di atas sesuai dengan kemaslahatan. Adapun bagi pelaku yang mengambil harta dan membunuh maka hukumannya menurut Imam Syafi’i dan Ahmad adalah dihukum mati dan disalib. Sedangkan menurut Imam Abu Hanifah, ulil amri dapat memilih apakah dipotong tangan dan kakinya dulu, baru dihukum mati dan disalib, ataukah dihukum mati saja tanpa dipotong tangan dan kakinya dulu, ataukah disalib saja. Sedangkan Imam Malik berpendapat bahwa imam dapat memilih antara menghukum mati dan menyalibnya sampai mati.
Riddah (murtad). Hukumannya dibunuh berdasarkan sunnah (H.R Bukhari).
Pemberontakan. Hukumannya dibunuh (Al-Hujurat: 9-10).
Pembunuhan dan penganiayaan. Bagi pembunuhan sengaja hukumannya qishash. Namun bila dimaafkan maka bayar diyat (kompensasi), dan jika dimaafkan juga maka hukumannya ta’zir. Sedangkan pembunuhan semi sengaja dan karena tersalah, hukumannya membayar diyat dan kaffarat.
Kedelapan macam tindak pidana tersebut merupakan tindak pidana yang sangat membahayakan kepentingan individu dan masyarakat, sehingga karenanya, hukumannya langsung ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Ketujuh macam tindak pidana yang disebutkan lebih dahulu (zina, penuduhan zina, minum minuman keras, pencurian, perampokan, murtad dan pemberontakan) semuanya disebut jarimah hudud, yang hukumannya merupakan hak Allah dan hak masyarakat. Sedangkan tindak pidana yang kedelapan, yaitu pembunuhan dan penganiayaan disebut jarimah qishah-diyat, yang hukumannya merupakan hak individu.
Perbedaan prinsip antara hak Allah dan hak masyarakat dengan hak individu terletak dalam masalah pengampunan. Dalam hukuman hudud tidak ada pengaruh pengampunan terhadap hukuman, sedangkan dalam hukuman qishash ada pengaruh hukuman yang dapat diberikan oleh si korban atau keluarganya.
Dalam cara yang kedua, Islam memberikan kesempatan yang luas kepada ulil amri untuk menetapkan macam-macam tindakan pidana dan hukumannya. Al Quran dan As-Sunnah hanya memberikan ketentuan umum, yang penjabarannya diserahkan kepada penguasa. Ketentuan umum tersebut adalah bahwa setiap perbuatan yang merugikan, baik terhadap individu maupun masyarakat, merupakan tindak pidana yang harus dikenakan hukuman. Tindak pidana yang termasuk kelompok ini, oleh fuqaha’ dinamakan jarimah ta’zir dan hukumannya pun disebut hukuman ta’zir.

PEMBAHASAN
Adapun yang akan di bahas disini hanya dari jarimah pencurian, perampokan dan minuman Khamar saja.
I. JARIMAH PENCURIAN
Pengertian
Pencurian adalah mengambil hak orang lain yang bukan miliknya secara diam-diam tanpa paksaan dan tidak di ketahui oleh pemiliknya. Adapun pengertian lain pencurian adalah mengambil harta orang lain secara diam-diam yang di ambil berupa harta, harta yang di ambil merupakan milik orang lain dan ada itikat tidak baik.
Dasar hukum
Jarimah tentang pencurian diatur dalam QS Al-Maidah: 38 yang mengajarkan ”Pencuri laki-laki dan perempuan hendaklah kamu potong tangan mereka sebagai balasan atas perbuatan mereka dan merupakan hukuman pengajaran dari Allah Yang Mahakuasa dan bijaksana.” Dan hadis Nabi pun mengajarkan bahwa “Batas pemotongan tangan adalah pada pergelangan tangan dan pada tangan kanan.”
Hukuman
Mengenai hukuman pencurian para ulama berbeda pendapat.
Menurut Imam Malik dan Imam Syafi’I berpendapat bahwa “Pada pencurian pertama yang di potong adalah tangan kanan, pada pencurian yang kedua kaki kiri, yang ketiga tangan kiri dan pada pencurian yang keempat kaki kanan.jika pencuri masih melakukan pencurian maka yang kelima kalinya di hukum penjara sampai ia bertaubat”
Adapun menurut pendapat “Atha, pencurian yang pertama di potong tangannya. Yang kedua di beri hukuman ta’zir.
Menurut Zhahiri bawa pada pencurian pertama di potong tangan kananya. Pada pencurian kedua di potong tangan kirinya dan pada pencurian ketiga dikenakan hukuman ta’zir.
Menurut Imam Abu Hanifa, pada pencurian pertama di potong tangannya kanannya,pencurian kedua di potong kaki kirinya dan yang ketiga di penjara sampai tobat.
Syarat hukuman potong tangan atas adalah:
a) Pencurinya telah baligh, berakal sehat dan ikhtiyar.
Dengan demikian anak-anak dibawah umur yang melakukan pencurian tidak memenuhi syarat hukuman potong tangan, tetapi walinya dapat dituntut untuk mengganti harga harta yang dicuri anak tersebut. Dibawah perwaliannya si-anak dapat diberi pelajaran seperlunya. Orang gila yang mencuri juga tidak dapat dijatuhi hukuman potong tangan demikian juga orang dewasa sehat akal yang melakukan pencurian atas dasar desakan ataupun daya paksa tidak dapat dijatuhi hukuman potong tangan.
Khalifah Umar bin Khaththab pernah tidak melaksanakan hukuman potong tangan terhadap pencuri unta pada saat terjadi wabah kelaparan (paceklik) karena dirasakan adanya unsur keterpaksaan disana. Pencuri yang demikian itu jika akan dijatuhi hukuman hanya dapat berupa hukuman ta’zir, atau dapat dibebaskan sama sekali, bergantung pada pertimbangan hakim. Dapat ditambahkan bahwa keadaan memaksa ini dapat terjadi juga dalam masyarakat yang keadaan sosialnya belum terlaksana dengan baik. misalnya, dalam masyarakat yang jurang pemisah antara dua golongan itu amat dalam. Di satu pihak terdapat orang kaya yang membelanjakan hartanya dengan cara bermewah-mewah. Dilain pihak terdapat kaum miskin yang untuk memperoleh pekerjaan saja amatlah susah.
b) Pencuri benar-benar mengambil harta orang yang tidak ada syubhat milik bagi orang tersebut.
Dengan demikian, jika seorang anggota suatu perseroan dagang mencuri harta milik perseorannya, ia tidak dijatuhi hukuman potong tangan karena ia adalah orang yang ikut memiliki harta perseroan yang dicurinya. Tetapi tidak berarti si-pencuri tersebut bebas dari ancaman pidana sama sekali. Karena si-pencuri tersebut terkena pidana ta’zir.
c) Pencuri mengambil harta dari tempat simpanan yang semestinya, sesuai dengan harta yang dicuri.
Dengan demikian, orang yang mencuri buah dipohon yang tidak dipagar tidak memenuhi syarat hukuman potong tangan. Orang yang mencuri sepeda di halaman rumah pada malam hari juga tidak dapat dijatuhi hukuman potong tangan. Tapi si-pencuri tersebut terkena pidana ta’zir
Lain halnya bila ada pencuri sapi dikandang diluar rumah memenuhi syarat dijatuhi hukuman potong tangan. Sebab sapi memang tidak pernah dikandangkan didalam rumah.
d) Harta yang dicuri memenuhi nisab.
Nisab harta curian yang dapat mengakibatkan hukuman potong tangan ialah seperempaat dinar (seharga emas 1,62 gram). dengan demikian, pencurian harta yang tidak mencapai nisab hanya dapat dijatuhi hukuman ta’zir. Nisab harta curian itu dapat dipikirkan kembali, disesuaikan dengan keadaan ekonomi suatu waktu dan tempat. Keadaan ekonomi pada masa Nabi, harta seharga seperempat dinar itu sudah cukup besar. Meskipun dapat pula dipahamkan bahwa kecenderunan untuk menetapkan nisab harta curian dalam jumlah amat kecil itu dimaksudkan untuk menghilangkan kejahatan pencurian yang amat merugikan ketenteraman masyarakat. karena jangan sampai hak milik seseorang tidak dilindungi keselamatannya.
II. JARIMAH PERAMPOKAN
Pengertian
Pencurian secara terang-terangan atau disertai kekerasan. Adapun perampokan terdiri dari segerombolan manusia, maka seluruh mereka di anggap sebagai perampok selama masing-masing melaksanakan perbuatan langsung atau sebab.
Ada 4 kategori perampokan
Perampok yang membunuh korbannya dan mengambil harta si-korban. Dalam hal ini hukumnya wajib dibunuh. Sesudah dibunuh kemudian di salib.
Perampok yang membunuh si-korban tapi hartanya tidak diambil, maka hukumannya wajib dibunuh saja.
Perampok yang hanya mengambil harta benda si-korban (lebih dari satu nisab) sedangkan si-korban tidak dibunuh. Maka perampok yang seperti ini dipotong tangan kanannya dan kaki yang kirinya.
Perampok yang hanya menakut-nakuti saja, maka hukumannya hukuman yang bersifat Ta’zir (hukuman yang bersifat mendidik)
Dasar hukum
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rosulnya membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka di bunuh atau di salin atau di potong tangan dn kaki mereka secara bersilang atau di buang dari negeri (kediamanya). Yang demikian itu sebagai suatu penghinaan bagi mereka di dunia dan di akhirat mereka mendapat siksaan yang besar (QS al-Maidah :33)
Sanksi atau hukuman bagi perampok menurut Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’I dan Imam Ahmad berbeda-beda sesuai dengan pembuktiannya.
Menurut Imam Malik sanksi perampokan diserahkan kepada Imam untuk memilih salah satu hukuman yang tercantum Pembuktian hukuman bisa dengan saksi, yaitu dua orang saksi laki-laki dan bisa juga dengan pengakuan. Hukuman perampokan dapat terhapus karena sebab-sebab yang menghapuskan hukuman pada kasus pencurian dan karena tobat sebelum berhasil ditangkap.
Dasar hukumnya adalah firman Allah SWT: “Kecuali orang-orang yang bertaubat (diantara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Q.S. Al-Maidah: 34).”
III. JARIMAH MEMINUM KHAMAR
Meminum minuman keras yang memabukan (arak, dsb). Hukumnya haram dan merupakan dosa besar. Mengapa tidak? Dengan meminum barang haram tersebut dapat menghilangkan kemampuan akal dalam berpikir. Sebenarnya bukan hanya saja minuman, tetapi suatu makanan yang dapat menghilangkan fungsi akal hukumnya juga haram karena termasuk dalam arti memabukan.Untuk lebih memperjelas tentang sub-bab ini marilah kita kaji pembahasan dibawah ini.
Pengertian
Khamr adalah minuman yang memabukkan
Adapun pengertian dari meminum khamr adalah memasukkan minuman yang memabukkan kemulut lalu di telan masuk ke dalam perut melalui kerongkongan,yang menyebabkan hilangnya akal sehingga tidak dapat membedakan mana langit mana bumi.
Dasar Hukum
“Tegas-tegas dinyatakan bahwa khamar itu salah satu perbuatan setan dan karenanya harus dijauhi.(al-Maidah:90)
Adapun hadist Nabi sebagai berikut:
“Setiap yang memabukkan adalah khamr dan setiap khamr adalah haram“(HR Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar).
“Sesuatu yang bila banyak memabukkan, maka sedikitnyapun haram“(HR Ahmad dan Arba’ah)
Hukuman
Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Malik hukuman meminum khamr adalah delapan puluh kali jilid, edangkan menurut Imam Syafi’i adalah empat puluh kali jilid, meskipun ia kemudian membolehkan menambah sampai delapan puluh kali jilid bila Imam menghendakinya, jadi empat puluh selebihnya menurut Imam Syafi’I adalah ta’zir.
Wallahu a'lam bisshowaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan