بسم الله الرحمن الر حيم
إن الحمد لله نحمده تعالى ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهديه الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، واشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، واشهد أن محمد عبده ورسوله {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون} سورة: آل عمران – الآية: 102
OLEH:AL FADHIL USTAZ MUHAMAD NAJIB SANURI
PENGENALAN
HUDUD
Dalam tugasan ini membincangkan dengan lebih dalam lagi mengenai
kesalahan jenayah yang terkandung di dalam hudud.
Hudud merupakan himpunan perkataan “ حد “
yang membawa maksud menahan atau mencegah . ia menjelaskan bahawa hukuman hudud
ini dapay menahan daripada berlakunya pencerobohan.
Menurut istilah syarak , hudud adalah hukuman-hukuman yang telah
ditemtukan terlebih dahulu oleh syarak( Allah ) melalui nas-nas daripada
al-quran dan hadis nabi keraqna kesalahan yang melibatkan hak Allah. Apa yang
dimaksudkan dengan kesalahan Allah ialah yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat umum yang dapat merosakkan ketenteraman
orang ramai dan hukuman-hukumanya pula membawa manfaat kepada mereka. Kesalahan
hudud yang dianggap menceroboh hak Allah atau kepentingan orang ramai itu ialah
mencuri, hirabah,zina,qazaf,minuman khamr dan riddah (murtad).
1.0) HUKUMAN BAGI JENAYAH ZINA
Al-Quran telah menetapkan hukuman sebat,
hukuman pengasingan dan hukuman rejam bagi hukuman untuk tindak jenayah
perzinaa. Walaupun demikian, jika pelaku perzinaan itu adalah seorang yang
belum berkahwin (ghairu mukhsan), maka hukumannya adalah berbeza dengan hukuman
bagi penzina yang telah berkahwin iaitu sebat sebanyak seratus kali dan
diasingkan daerah selama setahun.
Firman
Allah dalam surah An-Nur, ayat 2 :
الزَانِيَةُ وَالزانِى فَاجْلِدُوا كُل وَاحِدٍ مِنْهَا
مِائَةَ جِلْدَة . . . . . .
Maksudnya:
perempuan yang
berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera. . .
Sabda Rasulullah S.A.W :
عن عبادة بن
الصامت رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم خذوا عنى خذوا عنى قد جعل الله لهن
سبيلا البكر بالبكر جلد مائة ونفى سنة والثيب بالثيب جلد مائة والرجم.
Maksudnya: Dari Ubadah Ibn Al-Samit r.a telah
berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda; Ambillah dariku, ambillah dariku,
sesungguhnya Allah telah memberi jalan keluar bagi mereka. Orang yang belum
kahwin dengan orang yang belim kahwin (jika berzina) didera seratus kali dan
dibuang selama setahun, janda dengan janda (duda) disebat seratus kali dan
direjam.
(H.R.
MUSLIM)
Namun
demikian, terdapat banyak perbezaan pendapat ulama fiqh mengenai penerapan
hukuman pengasingan selama setahun dan sebat seratus kali sebagaimana yang
terdapat dalam hadis di atas.
Perbezaan pendapat ulama fiqh :
1)
Jumhur Ulama telah sepakat menyatakan bahawa
disamping hukuman sebat seratus kali, pelaku zina yang belum berkahwin
dikenakan hukuman pengasingan selama setahun, sesuai dengan kandungan hadis
Ubadah di atas. Menurut mereka, hukuman ini telag diterapkan oleh al-khulafa
al-rasyidun di zaman mereka tanpa bantahan.
2)
Menurut Imam Malik dan Al-Auza’I, yang
diasingkan selama setahun itu hanyalah pihak leleki dengan memenjarakannya di
tempat pengasingan, kerana jika perempuan juga diasingkan di tempat lain
dikhuatiri akan mendatangkan fitnah. Disamping itu, Rasulullah melarang
perempuan musafir yang mengambil masa dua hari kecuali didampingi suaminya atau
mahramnya.
3)
Ulama Hanafiyyah pula berpendapat bahawa
hukuman pengasingan tidak wajib dilaksanakan. Ini kerana akan menyebabkan
penambahan terhadap nass, sesuai dengan prinsip mereka, mengakibatkan
kepada nasakh (pembatalan hukum). Menurut mereka, jika hukuman pengasingan
dilaksanakan juga, ianya bukan hudud tetapi ianya atas nama ta’zir dari
hakim. Atas dasar itu, hukuman pengasingan selama setahun boleh diterapkan
mengikut kebijaksanaan hakim dan hakim boleh memenjarakannya selama setahum
sehingga pelaku bertaubat.
4)
Kemudian, para ulama fiqh sepakat menyatakan
hukuman bagi orang yang telah berkahwin jika melakukan perzinaan adalah hukuman
rejam, iaitu dilempar dengan batu sampai mati. Hal ini berdasarkan kepada
tindakan Rasulullah yang telah merejam Ma’iz, tanpa menyebatnya seratus kali.
(H.R.Imam Ahmad Ibn Hanbal, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasa’I
dan Ibn Majah).
5)
Ali bin Abi Talib dan Daud Al-Zahiri
berpendapat bahawa hukuman bagi pelaku zina yang telah berkahwin adalah sebat
seratus kali dan direjam sampai mati. Atas dasar inilah Ali bin Abi Talib
mengatakan hukuman kepada pelaku zina yang telah berkahwin bahawa :
حدثنا
شعبه حدثنا سلمة بن كهيل قال: سمعت الشعبي يحدث علي رضى الله عنه حين جلدها يوم
الخميس ورجمها يوم الجمعة, وقال: أجلدها بكتاب الله وأرجمها بسنة الله وأرجمها
بسنة نبي الله صلى الله عليه وسلم.
Maksudnya: Dari Syu’bah dari Salamah Bin Kuhail telah
berkata; aku mendengar al-Sya’bi menceritakan Ali r.a ketika menyebatnya hari
khamis dan merejamnya pada hari jumaat, dan dia berkata; saya menyebatnya
berdasarkan kitab Allah dan merejamnya berdasarkan sunnah Nabi Allah S.A.W.
2.0)
HUKUMAN MENUDUH ZINA (QAZF)
Hukuman
pelaku qazf (menuduh orang lain berzina) telah terbahagi kepada dua hukuman
iaitu, disebat lapan puluh kali dan digugurkan haknya sebagai saksi untuk
selama-lamanya. Adapun, menurut Abd Al-Qadir Audah mengenai hukuman gugurnya
hak kesaksian penjenayah merupakan hukuman pelengkap.
Firman
Allah dalam surah An-Nur, ayat 4 :
Maksudnya: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita
yang baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka
deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali sebat, dan janganlah kamu
terima kesaksian mereka buat selama-lamanya.
Dalam
hukuman qazf ini, tidak terdapat perbezaan pendapat ulama fiqh tentang hukuman
sebat dan gugurnya kesaksian al-qazf ini. Namun demikian, hak kesaksian al-qazf
akan gugur apabila mereka kembali bertaubat dan memperbaiki diri seperti mana
dengan kehendak Surah An-Nur ayat 5.
Firman Allah,
Surah An-Nur ayat 5:
إلا
الذين تابو من بعد ذلك وأصلحوا فان الله غفور رحيم.
Maksudnya: Kecuali
orang-orang yang bertaubat sesudah itu memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
3.0)
HUKUMAN PEMINUM
MINUMAN KERAS :
Melalui persepakatan antara ulama fiqh,
mereka telah sepakat menyatakan bahawa jenis hukuman kepada para peminum
minuman keras adalah sebat. Namu demikian, mereka telah berbeza pendapat
tentang jumlah sebat yang dikenakan kepada peminum arak. Perbezaan pendapat
para ulama dalam menentukan jumlah sebat yang akan dikenakan kepada peminum
arak disebabkan tidak adanya jumlah yang pasti dalam Al-Quran mahupun sunnah
Rasulullah. Oleh itu, jumhur ulama telah mengambil pendapat Ali bin Abi Talib,
kerana menurut mereka, pendapat itu telah disepakati para sahabat di zaman Umar
Ibn Al-Khathab.
Perbezaan pendapat ulama fiqh :
1)
Jumhur ulama telah bersepakat bahawa peminum minuman keras
dikenakan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali.
Pernyataan Ali bin Abi Talib yang
menyatakan :
عن
امير المؤمنين علي رضى الله عنه في شرب الخمر قال أنه إذا شرب سكر, وإذا هذى إفترى, وحد
المفترى ثمانون.
Maksudnya: Dari Amir al-Mukminin Ali r.a mengenai
minuman keras telah berkata; bahawasanya jika ia minum (minuman keras), maka ia
mabuk. Jika ia mabuk, ia mengigau, ia akan mengada-adakan (menuduh orang
berbuat zina dan memfitnah), hukuman bagi yang menuduh seseorang berbuat zina
adlah lapan puluh kali sebat.
(H.R. al-Dar Quthni, Al-Nasa’I dan Al-Hakim)
Dengan yang
demikian, jumhur ulama fiqh menyamakan hukuman meminum minuman keras dengan
hukuman bagi orang yang menuduh seseorang berbuat zina.
2)
Ulama Syafi’iyyah pula telah
menyatakan bahawa hukuman bagi orang yang meminum minuman keras, samada khamar
atau minuman lain yang memabukkan adalah empat puluh kali sebat. Hal ini kerana
Rasulullah S.A.W tidak menetapkan bilangan yang pasti dalam menyebat para
peminum minuman keras di zamannya.
عن انس, ان النبي صلى الله عليه وسلم
كان يضرب في الخمر بالجريد والنعال أربعين.
Maksudnya: Dari Anas bin Malik; sesungguhnya Nabi S.A.W telah memukul (menyebat)
orang yang meminum khamar dengan pelepah kurma dan sandal sebanyak empat puluh
kali pukulan.
(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Namun demikian,
ulama Syafi’iyyah telah menyatakan bahawa jika hakim memandang ada kemaslahatan
yang akan dicapai dengan penerapan hukuman sebat lapan puluh kali bagi para
peminum minuman keras, maka boleh dijatuhkan hukuman lapan puluh kali sebat. Akan
tetapi, penambahan menjadi lapan puluh kali sebat itu bukan atas nama hudud,
melainkan atas dasar kebijaksanaan hakim (ta’zir).
Pelaksanaan hukuman lapan
puluh kali sebat telah dilakukan oleh Umar ibn Al-Khathab iaitu pada awal
pemerintahannya, beliau telah menyebat peminum arak sebanyak empat puluh kali
sebat, jika ia menjumpai seseorang dalam keadaan mabuk. Akan tetapi, pada akhir
pemerintahannya beliau melaksanakan hukuman lapan puluh kali sebat kepada
peminum arak. Hal ini kerana Umar Al-Khathab telah menambah hukuman itu melalui
dari praktik hukuman yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W yang telah
menyebat para peminum arak itu sebanyak empat puluh kali dengan sandal. Dengan
itu, Umar Al-Khathab telah berpendapat dengan dua buah sandal itu beerti dua
hukuman, iaitu dua kali empat puluh menjadi lapan puluh kali.
Dalam Mausu’ah
Fiqh Umar Ibn Al-Khathab telah disebutkan :
وان الذى رجع الثمانين على
الاربعين عند عمر هو ان رسول الله صلى الله عليه وسلم كما يقول ابو سعيد الخضرى:
ضرب في الخمر بنعلين اربعين فجعل عمر مكان كل نعل سوطا.
Maksudnya:
Umar menjadikan empat puluh ke lapan
puluh itu kerana Rasulullah S.A.W sebagaimana disebutkan oleh Abu Said
Al-Khudri telah menyebat atas peminum khamar dengan dua buah sandal sebanyak
empat puluh kali. Maka Umar menjadikan setiap satu sandal itu sebagai satu
cambuk.
3)
Abd al-Razzaq juga
telah meriwayatkan dari sanad yang sahih dalam Fiqh Umar Ibn al-Khathab telah
disebutkan; bahawa Umar telah melaksanakan hadd terhadap peminum
khamar sebanyak empat puluh kali sebatan. Disebabkan Umar Al-Khathab telah
melihat mereka masih meminum bahkan mereka telah meremehkan hukuman, maka
ditambah lagi dari enam puluh menjadi lapan pulih kali sebatan.
4) PENCURIAN :
Pengertian pencurian ialah seseorang yang mengambil milik orang lain secara
sembunyi-sembunyi.
Ulama fiqh mendefinisikan secara
terperinci,pencurian yang termasuk ke dalam jarimah hudud iaitu : “
mengambil harta orang lain dalam ukuran
tertentu yang tersembunyi ( dengan aman ) dengan cara diam-diam oleh seorang mukallaf
dari tempat tertentu tanpa ada ada syubhah “.Berdasarkan definisi
ini,jika pengambilan harta itu dilakukan secara terang-terangan,maka tidak
dinamakan mencuri,melainkan disebut dengan penyeluk saku.Dalam hubungan ini
Rasulullah s.a.w menyatakan:
عن المغيرة بن مسلم عن ابي الزبير
عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليس على الخائن والمختلس قطع .
Maksudnya: Dari al-Mughirah Bin Muslim dari Abi
az-Zubair dari Jabir r.a. berkata dia; Rasulullah s.a.w bersabda : Terhadap
pengkhianat (amanah) dan penyeluk saku tidak dikenakan hukuman potong tangan.
(H.R.
al-Turmuzi, al-Nasa’I dan Abu Daud).
Berdasarkan hadis di atas,pencurian yang
dikenakan hukuman potong tangan harus memenuhi beberapa rukun, iaitu:
1) Pengambilan harta orang lain itu
dilakukan secara diam-diam.
2) Yang diamabil itu bernilai
harta(menurut syara’.).Akan tetap,kecuali dalam kes menculik budak kecil yang
belum mumayyiz,juga akan dkenakan jenayah hudud dengan potong tangan.
3) Harta yang diambil itu mlik orang
lain.
4) Tindakan itu dilakukan secara sedar
dan sengaja.
Pendapat ulama :
1) Jumhur ulama fiqh:
Telah mengulas hukuman bagi mukhtalis (penyeluk saku) mengatakan
bahawa penyeluk tidak dikenakan hukuman potong tangan.Menurut mereka,disebabkan
batasan Mukhalis tidak sama
dengan batasan pencuri.Ini kerana Mukhalis melakukan pencurian dengan
terang-terangan,sedangkan pencuri melakukan pencurian disebabakan kelalaian
pemiliknya.
Selain itu,yang diperintah Allah untuk
dijatuhkan hukuman potong tangan hanyalah pencuri.
2) Pendapat Iyas bin
Muawiya : Baginya hukuman
potong tangan harus dikenakan dalam kes ikhtilas.Dia menetapkan hukuman
potong tangan hanya kepada penyeluk saku yang melakukan perlakuannya secara
sembunyi-sembunyi,sedangkan bagi penyeluk saku yang melakukan perlakuananya
secara terang-terangan,tidak dikenakan hukuman potong tangan. Selain itu,
beliau tidak ada pertentangan dengan pendapat ulama fiqh,kerana menurutnya
mukhtalis ( penyeluk saku) yang beraksi secara bersembunyi-sembunyi harus
dikenakan hukuman potong tangan.sedangkan yang beraksi secara terang-terangan
tidak dikenakan hukuman potong tangan.
Oleh sebab itu,Jika pengambilan harta itu
secara terang-terangan,atau pencurian itu dilakukan dalam keadaan tidak sedar,misalnya
mabuk,atau pencurian itu atas paksaan orang lain,atau harta yang di ambil
itu mengandungi syubhah al-milk dan yang
diambil itu tidak bernilai dalam pandangan syara’,misalnya,yang dicuri itu
adalah minuman keras,maka tindakan seperti ini tidak dapat dikategorikan
sebagai tindak jenayah yang boleh dikenakan hukuman potong tangan.
5) MURTAD
Para Ulama fiqh telah mengkategorikan
murtad (menyatakan keluar dari islam) termasuk dalam tindak jenayah hudud.
Mereka juga telah sepakat menyatakan bahawa hukuman terhadap orang yang murtad
adalah hukum bunuh.
Seperti sabda Nabi
S.A.W :
عن
ابن عباس رضى الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من بدل دينه
فاقتلوه.
Maksudnya: Dari Ibn Abbas r.a telah
berkata; Rasulullah S.A.W bersabda; siapa yang menukar agamanya, maka kamu
bunuhlah ia.
(H.R. Al-Jama’ah)
Adapun hukuman bagi orang-orang yang
murtad ini tidak ada perbezaan antara
lelaki mahupun perempuan. Namun yang demkian, jumhur ulamafiqh tetap
menganjurkan agar orang-orang yang murtad itu wajib terlebih dahulu bertaubat
kembali kepada islam.jika mereka bertaubat, mereka akan diterima dengan baik,
tetapi apabila mereka berterusan tidak bertaubat dan tidak kembali kepada islam
bahkan mengadakan kekacauan,maka orang murtad itu dikenakan hukum bunuh.
Sabda
Nabi S.A.W :
عن جابر رضى الله عنه قال : ان امرأة يقال لها أم مروان
إرتدات عن الإسلام فبلغ أمرها إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأمر أن تستتاب فإن
تابت وإلا قتلت.
Maksudnya : Dari
Jabir r.a dia berkata; bahawa seorang wanita yang
dikenali dengan nama Ummu Marwan telah murtad dari islam, lalu persoalan
itu
sampai kepada Nabi S.A.W. kemudian Nabi S.A.W telah menyuruh untuk
mentaubatkannya, jika ia taubat (terima), jika dia tidak mahu taubat,
dia
dibunuh.
(H.R.
Al-Dar Quthni, Al-Baihaqi )
CARA PEMBUKTIAN JENAYAH HUDUD:
JENAYAH
|
CARA
PEMBUKTIAN
|
PENZINAAN
|
·
SAKSI
·
PENGAKUAN
·
QARINAH (PETUNJUK)
|
QAZF (MENUDUH ZINA)
|
·
SAKSI
·
PENGAKUAN
·
SUMPAH
|
PENCURIAN
|
·
SAKSI
·
PENGAKUAN
|
MEMINUM ARAK
|
·
SAKSI
·
PENGAKUAN
|
MURTAD
|
·
SAKSI
·
PENGAKUAN
|
KESAN HUDUD KEPADA MASYARAKAT ISLAM:
Sejarah telah membuktikan bahawa hukum
hudud adalah satu peraturan yang
bijaksana, adil, dan mampu mengawal kebaikan. Ia telah memberi jalan keluar
kepada masalah manusia. Bagi orang beriman, hukum hudud dirasakan satu anugerah
yang mengandungi nikmat kerana ia memberi dua faedah yang besar seolah-olah
pagar yang mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang.Oleh itu,
hudud diyakini membersihkan masyarakat daripada
orang jahat yang mahu mengganggu
keselamatan, kebaikan insaniah dan harta benda.
Bagi orang yang melakukan kejahatan sama ada
sengaja atau tidak, mereka telah diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman
Akhirat. di mana dosa yang sudah dihukum di dunia (secara hudud) tidak lagi
dihukum di Akhirat. Di sini menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud
didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum
hudud hanya akan dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai
ditanam dan tumbuh dengan subur di dalam masyarakat.. Ertinya hukum hudud itu
ditegakkan dalam masyarakat yang sudah baik-baik demi mengawal kebaikan
daripada dirosakkan oleh orang jahat .
Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan
dalam masyarkat yang majoriti belum baik, maka fungsinya yang sebenar tidak
akan berjalan. Sebaliknya hudud akan jadi ‘bala’ dalam masyarakat, yakni
masyarakat akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yang tidak
kenal penat. Ia akan menyebabkan masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak
akan ada lagi kedamaian dan kasih sayang .Pagar hanya boleh mengawal dua tiga
ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh
dibuatnya.Sedang dalam masyarakat yang sudah dididik dengan iman dan taqwa, hukum hudud yang diancamkan
itu akan benar-benar mengawal maksiat.Cukuplah sekali tangan seorang pencuri
itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang lain, hasilnya tidak akan berlaku lagi sebarang
kecurian dalam masyarakat itu.Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja
tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain
“bercuti” dari kejahatan.Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek
mengatakan Islam itu kejam, zalim dan lain-lain lagi..
Hukum hudud yang ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuran adalah
satu kaedah menghukum yang sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak,
lebih tepat dan lebih adil dari “hudud-hudud duniawi” yang dicipta oleh
manusia.
Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong
tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda.
Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa
atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dengan penjara
atau denda. Bagi pencuri yang pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih
kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya kerana
kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya
orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan yg
setimpal. Yakni hilangkan atau ‘curi’ tangannya.Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki
pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak
keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri
kerana tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai
orang yang kena curi itu tidak boleh hidup lagi.
Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia
betul-betul setimpal dan berpada dengan
kesalahan seseorang. Ini jelas
menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yang seimbang
dengan kesalahannya keatas orang lain.Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam.
Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah
terhadap orang lain.Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam.
Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar
ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari
hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan